Befday girl

Entry reception belah Qery tak habis lagi sebenarnya, ada lagi 1 part yang outdoor. Tapi aku seperti kemalasan pulak. Tengok la kalau rajin. Lagipun gambar berdua feeling2 syok sendiri je. Mihmihmih!

2 hari sebelum befday aku, aku ada tengok tv rancangan 'Kalau dah jodoh ustaz kazim'. Kebetulan pulak dia ada sebut pasal hadiah hari jadi. Ustaz tu kata, apa kata kali ni punya hari jadi bagi mak kita hadiah. Sebab susah payah lahirkan kita masa tarikh tu, kandungkan kita 9 bulan dalam perut. Plus aku lahir songsang. Mak pun kata susahnya nak lahirkan aku, sebab aku jugak la doktor nasihatkan mak tak boleh beranak lagi. Huhu! Kalau tak, tak merasa iolls title bongsu. 

Jadi aku bagitau Qery, aku tak nak hadiah. Belikan mak aku je hadiah. Pastu Qery pun belikan lah mak anting2 sebab haritu aku tengok mak pakai anting2 macam cantik je tergantung2. Hihi! Belikan mak buku agama, macam perang salib, sejarah syaitan jin. Mak aku tu suka membaca tak macam anak dia. Kihkih! Hari jadiaku pagi sabtu tu ingat nak melawat kubur arwah abah, tapi satu hari hujan tak berhenti. Kubur abah tu tinggi, takut jugak jalan naik atas licin2 kang jatuh pulak dah satu hal.

Qery paksa2 aku suruh mintak hadiah. Pening kepala aku nak fikir apa. Huhu! Tak ada apa kot yang aku nak. Pastu terfikir susah nak tidur sebab pinggang selalu sakit, so mintak hadiah bantal. haha! Tetiba malam detik 12 tu aku nak tidur dah sebab penat sangat la tak tau kenapa. Sekali Qery ada beli hadiah lain. OMG nak seprise2 konon. Huhu! Dia belikan subang rama-rama. Masa pilih anting2 untuk mak tu, memang dia ada tanya aku subang mana cantik. Aku tunjuk je la subang rama-rama, subang love love, mana tau dia belikan pulak. Syukur syukur. hikhik!

 Gambar anting2 lupa nak snap sebab terus pakai.  Hihi!

Petang Sabtu tu ajak Qery gi Jusco je cari bantal. Lepas tu cari buku untuk aku sekali. Saja la nak baca2 kat rumah ni. Novel2 ni dah tak main kot sebab umur dah tak sesuai. Dah takde makna nak feeling2 bercinta sweet2 bila baca buku romantik. Dulu masa remaja boleh la kan. Sekarang dah kawin nak sweet dengan laki sendiri je uolls. Tak boleh nak bayangkan hans isac ke, jericho ke, tak boleh dah. Kena bukak mata besar2 gambar laki banyak kat rumah ni, hahaha.

Pastu beli kek pun 1 slice je kat secret resepi. 


Aku bukan makan kek sangat. Kecuali la kalau kek tu sedap melampau2 baru makan. Pegi pasaraya beli buah and sayur2 untuk rumah sendiri. Beli buah lebih sikit untuk nak bagi mak dengan mak mertua. Malam tu Qery nak main badminton so hantar aku rumah mak. Teruja gila la mak aku dapat hadiah buku dengan anting2 sampai hentak2 kaki macam budak kecik tu. Haha!

Dulu beli jugak buku untuk mak, tapi mungkin sebab mak dah lama gila tak beli buku, dapat buku baru happy gila. Lepas tu masa nak susun kat rak buku tu dia cakap buku banyak sangat, kadang2 cari tak jumpa. Aku suruh susun ikut kategori. Kalau yang untuk solat tu, susun sebaris. Kalau Quran Yasin tu sebaris, kalau buku tauladan tu sebaris, kalau buku sejarah2 islam tu sebaris, buku cerita nabi2 sebaris. nanti senang nak cari. Poyo nasihatkan orang, haha! Padahal sendiri punya buku pun tak susun. Pftttt

Ahad tu Syah nak belanja makan. Masa tengah lepak2 sekali dia keluarkan kek. 

 Hihi!

Termalu aku, TQ Syah sebab belanja makan, belanja kek lagi. =)

Pastu Kak Azlin pun ada bagi hadiah, ala akak yang aku pegi bandung sesama tu. Befday dia 6.4, befday aku 5.4. Kak Azlin dengan hasben bagi beg. Terharu betul. Huhu!

TQ tau semua yang wish, yang doakan tu. I love you =)

Ucapan kepada diri sendiri. Selamat menempuh umur 26 tahun. Kbye

**************************************************************************88


Susah nak cari baju online untuk lelaki kan. http://facebook.com/kayde.lanun ada jual online and offline. Semua baju original dari anak jati johor. Kay de lanun akan beroperasi setiap malam jumaat sabtu dan ahad.. bermula jam 9 mlm hingga 2 pg di uptown putrajaya presint 2 berdekatan dgn bangunan monumen alaf baru dan cafe umai. Kalau korang nak boleh contact kay 0197191992 atau usha fb kay de lanun. :)

Fb : Kay De Lanun
Contact : Kay 019-719 1992

Comments

attyfir said…
Happy belated besday na.
Semoga dirahmati allah dunia akhirat.amen
Chekgu Azrine said…
Happy belated birthday sepet!!
Unknown said…
happy belated birthday..smoga sntiasa sihat & bahagia selalu...
kayyana said…
happy belated birthday sepet.. and thanks for the iklan yg sgt cumil.. tq again.. =)
happy belated birthday, Sepet. Semoga panjang umur dan diberi kesihatan yang baik serta berbahagia di samping orang yg Sepet sayangi dan senangi.
Happy belated birthday Sepet... moga sentiasa dibawah lindunganNya dan sentiasa bahagia disamping orang tersayang.. btw birthday kita sama 5/4/1987.. beza setahun je kan.. :)..one day tu cter ngn kwn nama Masri pasal ur blog sepet..besh2.. haha..skali Masri cakap suami sepet kawan aku tu..heheh..oh dunia ni kecik aje...
Unknown said…
selamat hari lahir. MOga sihat selalu... dan bahagia sokmo.

http://cikfa87.blogspot.com/
Amyz! said…
Happy birthday adik. :-)

Haa. Kalau nak baca buku, tapi tak tau baca buku apa, sekarang ni, bagus baca buku nama2 anak. Dan amalan ibu mengandung. Hihihi.