Eceh...ayat manis tau. Tapi sumpah tak tipu. Kadang2 bila aku fikir, tanpa customer, siapalah aku. Walaupun pembelian RM1, aku tetap sayang tau. Tak kisah la yang cerewet ke, yang suka marah-marah ke, yang sweet ke, yang kelakar ke, semua aku sayang.
Aku seperti tak boleh bla bila bukak facebook, bila ada orang marah customer dia. bila customer marah2 barang tak sampai, lepas tu dia pergi marah balik customer dia. Jangan macam tu tau. Customer beli dengan kite sebab dia percaya kat kita. Dia marah mungkin sebab dia frust, dia tak tau keadaan pos laju sekarang macam mana. Kite yang tau ni kite kena explain. Kalau dia still tak boleh terima, just pulangkan duit dia, tapi tak perlu marah2 customer tu dengan bahasa kasar. Bahasa adalah melambangkan bangsa.
Sekarang ni ramai tau orang melayu macam ni. I is pelik. Kadang2 aku tengok bangsa lain elok je bahasa dia layan customer, yang melayu ni yang ramai emosi. Kadang2 tak semestinya dia tanya kite, dia nak beli kat kite, kadang2 dia tanya kite, tapi dia beli kat orang lain. Aku dah biasa pun. Anggap je bukan rezeki kite. Jangan nak marah2 and paksa orang beli kat kite. Sangat wierd tau.
Minggu lepas aku bizi, kerana aku nak bertunang, aku mintak maaf sangat memang 2 hari aku tak tengok handfon, bukanlah langsung tak sempat nak tengok fon. Tapi aku pun ada tetamu untuk di layan, aku ada family,. Secara amnya, ewahh..haha! Aku pun perlukan masa untuk bersama keluarga, sangatlah tak sopan bila hari yang penting untuk aku, tetiba aku sibuk nak berbisnes kan. Gila duit sungguh, haha!
Jadi ada yang paham, ada yang tak paham. Takpe yang tak paham tu aku anggap je dia memang tak paham, nak buat macam mana. Hihi! Tapi bukannya setiap sabtu ahad aku bizi. Cuma minggu lepas je pun. Tapi disebabkan aku rasa macam hectic gila life sabtu ahad pun nak berbisnes. Seperti kau takde life, kadang2 keluar pun tak senang, nak buat apa pun tak senang, kerana orang kol nak itu nak ini kan. Hihi!
Ada masa aku memang jawab. Kadang2 kalau i is dalam wayang, sorry tau. Kite buat2 tak perasan je vibrate tu. Hihi!
Aku sebenarnya takde tetapkan masa pun untuk sesiapa mesej aku. Korang boleh mesej aku anytime, pukul 9 pagi, 9 malam, 3 pagi, sabtu, ahad, public holiday, anytime korang rasa teringat nak beli, korang boleh terus mesej aku. Aku tak ada masalah. Tapi kalau macam public holiday, sabtu ahad, korang pepaham tau, kalau aku reply on the spot tu, kire alhamdulillah la.Haha! kalau aku reply lambat tu, mungkin aku tengah melayan anak buah, tengah dengan family, tengah dating, tengah ada hal.
So far so good, semua customer pun memahami. Semua agen dealer pun paham keadaan aku, aku pun tak kisah kalau customer tetiba beli dengan orang lain sebab aku lambat reply. Sebab aku paham, aku slow, aku tak dapat nak commit kalau hari sabtu ahad. Aku baru lagi dalam bisnes ni, aku punya service memang aku mengaku tak tip top macam orang lain. Tapi aku serius bersyukur, bila bisnes online, ramai kawan2 yang aku kenal, walaupun kat handfon je, tapi aku rasa aku ramai gila kawan. haha!
Kepada semua peniaga online, hargai customer anda, jangan kerana mereka marah2, korang pun marah balik. Biasalah tu. Adat berniaga. Pengalaman tak dapat dijual beli.
Kepada customer, tak kisah la korang suka beli kat siapa. Maafkan jika service so so je. Hihi! TQ sebab percaya kat aku. Semoga korang dimurahkan rezeki, diberkati hidup, dan ceria selalu. =P
Salam sayang dari Sepet
012-2678-134
Tetiba bagi no fon, suruh order barang lettew, haha!
(promo felinna inchloss dengan vcoa dah nak tamat, cecepat grab k)
6 comments:
btol tue...sy nie suka jg beli on9.ada jg penjual nie suka marah2 kalo kt tnya..kt tanya ja kan kalo 4 5 hari barang x sampai tue pown kata mcm2..eh sy x kn bli lg kat orng mcm tue
sayang sepet juga... tahniah dh bertunang.. xtau cite pun... semoga sampai ke jinjang pelamin.. cepat2 upload gambar tunang byk2 ye... :=)
nak tgk pic tunang plzzzz ^^
suke lah penjual cam sepet nie
cantik kening ? pkai celak ape ? :)
Aunty pun sayag cik zu tapi kenal dah terlambat.....kalau tak boleh jadi kan menantu.....qery sila jangan marah aunty.....nanti kena jual.
Post a Comment