Kenapa la malas sangat ni

Mesti korang perasan aku malas gila nak update kan. Yela nak banding dengan tahun lepas punya puasa. Sehari aku rasa 3 kali kot aku update. Sekarang ni panjatkan kesyukuran je la kalau nampak entry dalam sehari tu. Itu pun aku paksa-paksa update. Entry ni pun sama dengan je la. Tak kuasa sebenarnya nak update, tapi sebab peminat *hahaha, perasan gila* iolls teruskan jugak. 

Masuk je bulan Julai, dah setahun aku jadi suri rumah tak bertangga. Happy gila kot tak yah kerja dah. Sebab aku memang tak suka kerja, tak suka fikir nak pakai baju apa, tak payah fikir kerja yang belum setel. Tak payah refer bos punye decision, tak payah fikir rehat nak makan kat mana. Happy la kan.. Tapi setiap kali aku resign pun aku happy je. Haha! Dulu resign kat KPJ pun happy. Habis praktikal pun happy. Clash dengan boifren pun happy *tetiba..haha*

Apa bezanya bisnes part time dengan full time. Ofkos la ada beza. Kalau ko part time, bulan2 ko still dapat gaji dari bos. Kau rajin ke kau malas ke ko tetap dapat amount yang sama. Aku ofkos la kategori rajin. *mata ke atas sangat*. Bisnes ni lain. Kau usaha banyak tu, banyak tu la kau dapat. Ko tak boleh nak komplen dengan orang gaji ko sikit sebab ko malas. Sendiri tau usaha banyak mana, sendiri redha je la. Macam aku, kadang2 aku rajin, kadang2 bila penat aku jadi malas.

Mula-mula aku resign, memang aku buat kerja dalam bilik. Aku tak tau kenapa, tapi aku suka gila buat kerja dalam bilik. Haha! Sepah la bilik macam mana pun, aku tetap nak buat kerja dalam bilik. Jadinya, untuk beberapa bulan pertama. Mak abah aku macam fikir aku ni asik duduk dalam bilik je takde kerja ke budak ni. Macam tu. Sebab sebelum aku resign pun aku memang suka duduk dalam bilik je. Itu la padahnya bila duduk dalam bilik, orang ingat aku tido. Sebab memang aku suka tido. Pfttttt

Bulan pertama aku resign, abah aku dah bising suruh aku kerja kat kedai dia. Dia dah plan nak suruh aku jaga kat kaunter bla bla bla bla. Satu hari dia panggil aku bagitau suruh kerja kat kedai. Eh eh ehhhh.. Suka hati je kan. Aku dah la tak suka kerja dengan orang. Walaupun dengan bapak sendiri. Aku tak suka yeah. Lepas tu nak jaga kedai. Tercongok tunggu customer. The very No Way la kan. Aku cakap la aku tak nak. Tak tanya aku tetiba je buat keputusan sebegitu rupa. Pastu abah aku sentap ke apa aku tak tau la. Aku ni kan jenis degil ikut kepala sendiri. Makin besar makin susah nak jaga.. Kuikuikui!

Tapi aku explain la kenapa aku tak nak jaga kedai. So kedua orang tua ku redha. Huhu! Sebab aku memang bersungguh-sungguh kata aku nak bisnes sendiri. Aku tak nak la amik bisnes mak bapak kan. Takpe la aku susah dulu pun takpe. Mak aku tau kot macam mana aku susah tu. Masuk bilik je 'kesian anak mak' 'kesian anak mak' Sampai kadang2 aku rasa diri ini memang kesian. Psycho betul mak aku ni. Haha! Padahal takde mende yang nak dikesiankan pun. Dah ko degil nak bersusah macam tu. Ko hadap la kan. Rasakan.... 

(*_*)

4 bulan pertama, memang suffer sangat. Tapi aku happy. Sebab aku dah tak kerja dengan orang. Bila tak kerja dengan orang kan. Bahu tak rasa beban lagsung. Serius tak tipu. Dulu masa kerja, tak rasa pun terbeban. Tapi bila aku hantar surat resign and bos aku nak tak nak kena accept. Bos kata 'Ok Hana. i akan hantar ke HQ' terus aku rasa badan ringan gila. Nanti kalau korang resign, korang akan paham perasaan aku. Haha! Sukar nak diterangkan.

Tapi aku memang aku bersyukur sangat. Aku bertunang, aku nak kawin. Aku pakai duit sendiri. Memang tak guna langsung duit parent. Dari awal merisik, sampai bertunang, insyaallah sampai la aku kawin nanti, A-Z aku nak merasa susah senang nak kawin ni.  Mak aku takde la kejam. Dia ada la offer jugak nak bayarkan catering semua. Mak aku kan mak paling baik dalam dunia ni. Hihi! Ofkos dia tak sanggup tengok anak dia susah. Aku cakap dengan mak aku biar aku rasa susah. Bukan senang nak kawin. Tak salah pun kalau kawin mak ayah nak bantu. Terpulang individu ye. Aku kan degil. Dari dulu nak sendiri yang buat. Tak suka orang tolong. Tu la jadi macam ni. Hahaha! Lantak kau la Sepet. Asalkan bahagia.

Haritu, sebelum puasa. Ada sorang nenek ni. Kira sekampung la. Tapi dia tinggal atas bukit sana. Mak aku tinggal sini dah 40 tahun lebih. Memang ramai la dia kenal kan. Aku jiran sebelah belum tentu aku kenal. Haha! Dia datang rumah aku dengan cucu dia. Cucu dia nak bertunang. Dia cakap dengan mak aku, dia nak pelamin sebijik sejiban macam aku tunang haritu. Cantik sangat katanya. Aku dalam rumah terdengar2 terus kembang2 hidung.

Nenek : Aku dah round satu kampung ni Has, pelamin anak kau yang haritu paling cantik. 
Mak : Kejap Has amik gambar.

Mak aku pun masuk bilik ambil album tunang aku, tunjuk kat Nenek tu. Aku bagi sekali name card butik tu, so senang la nenek tu nak contact nanti. Lepas nenek tu balik. Aku pulak tengok album tu. Eh cantik sangat ke kan. Haha! Aku sendiri pun macam dah lama sangat tak tengok album tu. Lepas tu ofkos la macam bangga gila orang suka pelamin kite. Rasa macam puas hati tu tak habis lagi. Haha!

 Mengimbau kembali.

Lagi sebulan setengah.

I is tatut tangat tangat

Eh lupa nak cerita. Kan mak aku teman aku kerja sampai 2 3 pagi kan. Dia tetiba cakap kat aku..

Mak : Ko dah kawin nanti macam mana Na?
Aku : Erm, macam mana apa?
Mak : Mana nak masak, nak kemas rumah, nak kerja.
Aku : Makan koko crunch je mak. Haha!
Mak : Nanti kerja ni ko buat bila?
Aku : Buat malam la macam sekarang ni.
Mak : Nanti malam-malam buat lain...

Pfttttt... Aku tak dapat terimaaaa mak aku cakap macam tu dengan aku.. Whoaaaaaa!!! Terus stress.

Okbye

p/s : Aurawhite masih jual. Ramai tanya aku jual lagi ke tak sebab dah start jual MWE kan. Hihi! Aurawhite still RM150 (10 free gifts termasuk postage).
Myracles Beauty RM150 ada 13 free gifts termasuk postage
Tabita memang ada stok. #Hot item

Comments

Salfiza said…
Akak pun.. kalau orang mula cakap pasal tu tetiba cuak.. haha. apakah.. tarikh sepet bila? agaknya tarikh kita dekat2 kot :)
Aileeza Radzak said…
Sepet, x sabarrrnyeee nak tunggu awak kahwin... tapi serius, kahwin sangat best... bukan sebab "tut" je, tapi memang best sangat life dah kahwin ni... al-maklum la, kita pun kira "newlyweds" lagi kan sebab tu kita kata best... hehehe... tapi life berbeza sangat... merajuk bleh pujuk terus, malam2 tido orang peluk (awww... gatal) hehehe... semua orang takut, kita pun takut jugak dulu bila nak kahwin tapi bila dah sah, leganyaaa tak terkata... hope semua dipermudahkan untuk wedding awak nanti... insyaAllah, benda baik, Allah mesti tolong kita... bestnyaaa... eh,kita plak yang x sabar... hehehe... goodluck... amin :)
RieNa said…
ahahahahaah!! terbaekk lah mak. mmg memahami sgt..malam2 lg sebuk laa nanti. hahahaha!
izansalleh® said…
Sepet. Ni first time ni nak komen. Padahal follow blog ko dari zaman u lg dari tahun 2009. Haha. Best tengok ko dah boleh ada bisnes sendiri. Aku ni ntah bila la nak menyetart bisnes nye. Huhu.

psssst: Ntah-ntah majlis kite sama tarikh. Kalau sama haruslah aku rasa bangga sebab sama tarikh dengan blogger pujaan! *pujaan sangat!* haha
meera said…
Mak aik.. Selamba jek mak sepet. Wish u all the best dear. Sesungguhnya prkahwinan itu mmg indah jika kita sering bertolak ansur.
selamat menghitung hari bahagia ;)
me suya said…
sepet...kita sama part degil nak uruskan sendri part kewangan dri merisik..tunang hingga kawen..Alhamdulillah.. Tahniah sepet.. Cuma beza Suya kerja ng org sepet plak dah berbisness..ai is jeles.. tapi ai xreti bisness!
Dzureen Darwis said…
Goodluck :) In shaa Allah
Irfa said…
kagumnya akak baca bab bisnes awak ni
bab kawen tu, no komen ;)
Kak Jah said…
Auwww sporting gile mak sepet...haha...mesti skg dupdapdupdap kan menghitung hari...