Sejak aku buat blog, sejak tu jugak la aku baca blog Arianna. Siapa Arianna?? url blog dia bvlgarigirl macam tu la. Dia buat blog saing-saing aku. Since dia update, memang aku baca, walaupun bukan la setiap entry, tapi aku baca kehidupan dia.
Since ramai kata dia pembohong, ramai yang sibuk tetiba buat CSI pasal Arianna, aku rasa macam..pleasee la korang ni, aku tau korang memang banyak masa yang nak dibuang, tapi tolong la jangan sampai nampak macam busuk hati sangat.
Kalau korang tak pernah baca blog Arianna ni, meh aku bagi sinopsis sikit.
Arianna ni umurnya 26 tahun, 3 tahun belajar kat sabah. Tapi dah pulang ke KL and dah kerja pun. Sejak dia buat blog, dia tak pernah la upload gambar muka sebenar dia. Dalam blog menggambarkan yang dia ni seperti orang berada jugak. Dia tak cakap la dia orang berada, tapi kite sebagai readers yang dah baca gila punye lama akan tau la.
Then dia jugak baik hati, ada boifren yang bukan beragama Islam. Selalu mintak pendapat reader dia tentang isu ni semua. Lepas tu dia ambil anak angkat Clara *anak jiran dia masa kat sabah* tinggal dengan dia kat KL atas sebab-sebab jiran dia selalu bertengkar suami isteri then anak terabai sikit. So Arianna ni memang kerap tolong jagakan Clara.
Arianna pulak pandai masak. Memang dalam blog nampak seperti seorang perempuan yang perfect la. kat mata aku dia perfect sebab yela, aku bayangkan dia cantik, sukati aku la nak bayangkan dia macam mana kan. Haha! Lepas tu bijak, baik hati, dan pandai masak. Cara penulisan dia pun sedap je nak baca.
Bila dia tak upload gambar, dan kerana dia terlalu perfect, ramai la orang macam tak puas hati. Eh eh eh kalau kau perfect sangat kenapa kau tak tunjuk muka sebenar kau kan. Gitu. Jadi mereka2 inilah yang buat CSI cari siapakah Arianna. Siap buat blog tulis situ arianna yang sebenar.
Haih...masalah orang sekarang memang nampak sangat masalah hati...
Apalah masalah kau kalau kau dapat detect dia tipu pun. Atau kau dapat tau yang cerita tu semua rekaan. Kenapa?? Kalau dia bohong dalam entry dia, akan effect buah pinggang kau ke? Atau kalau dia cakap benar dalam semua entry dia, kau akan dipanjangkan umur? Ha?? Aku memang la tak mengerti orang yang takde keja macam ni. Dia nak tipu ke, dia nak jujur ke, itu dia punya pasal la. Takde lagi undang2 blog yang kite kena bagitau sejujurnya kisah hidup kite. Kalau tak jujur kau akan dikeji didalam forum.. Boleh gitu? Hihi!
Ini semua mentaliti. Atau pun Tipikal orang yang berhasad dengki. Kau suka kau baca la. Kau tak suka, kau takyah baca. Kan senang tu. Tapi benda2 yang senang ni memang ramai yang tak boleh buat.
Dah la aku nak tau apa ending Arianna dengan Kelvin/Eddie. Sekali dia dah tutup blog. Kau paham tak perasaan memberontak aku nak tau tu. Ko boleh bayangkan tengah syok syok baca novel, sekali bab last dia kena bakar. Atau pun beli cd korea, cd last rosak. Lama ok aku baca since 2009. Yang ko baru baca, sibuk buat csi. pastu menyusahkan aku and reader2 lain yang nak tau apa ending dia.
Tapi hidup aku takde la terganggu dek kerana tak dapat baca blog Arianna tu. If Arianna baca blog aku, please la Yana ko update balik blog ko tu. Aku dengan Ceera dengan Jemah ni dah rindu gila kot. Aku tak kisah la ko siapa pun. Tolong la menulis balik. Huhu.
Masa kes tengah panas gila tahap kalau goreng telur boleh hangus. Aku google jugak la. Cari-cari apasal la si Arianna ni tutup blog. Sebab aku memang tak bergosip sangat dengan orang, so aku tak tau perkembangan semasa para-para blogger. Tau pun sebab ada reader pm kat fb tanya pasal Arianna. Masa tu memang ramai la blogger yang aku tengok update entry merasakan diri tertipu.. Lolsss...
Apa point sangat la nak rasa tertipu. Itu kan cerita je. Kalau dia tipu kan, kite patut rasa 'hebatnya imgainasi dia'. Boleh karang novel. Berbakat dalam penulisan. Dan aku jugak kagum dengan csi tu. Boleh jadi detective okey. Siap cari sana sini info nak mengiyakan yang Arianna ni penipu. Tapi memang syabas gila la. Tabik spring aku. Sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Amacam? Dapat habuan tak?? (*_*) Ke puas hati je??
Dah 7 bulan ku tahan nak buat entry ni, hahaha. Aku tak kisah la korang sebelah kan siapa. Nak suka Arianna, atau korang benci sebab Arianna tipu dan terkesan kat hati korang. Atau korang rasa tak suka aku, sebab aku sebelahkan Arianna. Itu semua terpulang. Aku pun tak paksa korang suka Arianna ni. Dan aku pun rasa Arianna ni tak paksa korang nak percaya atau tak cerita-cerita dia. Ini masing2 punye part la. Kite tak suka orang tu, dan bukan semua orang suka kite. Asik nak membenci orang pun masalah jugak. Hati pulak asik nak sensitif pun susah jugak.
Aku tak suka orang yang jenis, dia tak suka orang tu, lepas tu dia ajak kaum kerabat dia tak suka orang tu. Ewahhh... Kalau ko sorang tak suka dah la. Perlu ke ko ajak orang sama-sama tak suka. Kau suka tak bila orang yang tak suka kau tu, ajak semua orang tak suka kau. Eh takde sorang pun suka kot. Orang gila je suka.
Dalam dunia ni, semua orang pernah menipu. Sama ada terang atau sembunyi2 je. Kemonnnn laaaaa... Kite semua manusia.
31 comments:
cik siti pulak yg trtanya tanya sapa Arianna ni...huhu
Agree with you!
Baca blog dia tu dari zaman buat a-level dulu.
feeling habis sebab i kan orang sabah so tempat2 yang dia cakap tu memang i tau lah so dapat imagine lebih sikit the situation.
tak rugi apa2 pun actually if dia reka je cerita tu, sebab real ke tak ke memang tak effect our lives pun kan.
yang penting dapat resepi masakan and few tips yang dia share about life and so on.
herghhh ni tiba2 hilang terasa juga macam ehhhh, apa jadi ha cerita kevin tu? yang eddie lagi.
kesian je dia orang sanggup csi bagai, padahal kalau baca novel/ tengok drama tv tu sama je kot cerita rekaan tapi yang tu okay pula.
*sigh*
Betul tu.wanda pn rndu nk bca blog dia..cerita cam novel pn xpela kn..
aku tak pernah komen belog ko, ke pernah? eh? tapi bab yana ni, laju je aku nak komen.
Aku pon rindu gila dengan dia. we shared a lot of things. x kisah la dia tipu ke apa ke but there is one part of her life she has been so sincere. n aku ske try resipi dia.
skang mana aku nak carik resipi buttered prawn dia yang tak sempat aku terai tu???
*sigh* i miss clara tu. aku pernah beli bantal doomagic dekat yana. so skang kalo tgk bantal tu mesti terigt dia (dah bunyik cam org bercinta plak)
but if yana ever read this, i miss u. we miss u. hope u r doing fine, girl.
Sama lah. selalu baca blog arianna and follow twitter dia.
Tak pnh baca pun blog arianna ni..ala..tak tahu pun..sayanv je xdpt baca ek..
sebab kita tak tahu pasal arianna tu, buat kita tertanya tanya. hiks
garang gler sepet dlm blog ni.hahaha
garang gler sepet dlm blog ni.hahaha
terkejut gak bila tau die menipu...tapi kalo boleh mohon die habiskan cerita kevin tu...gile ko..tiap kali die story kat blog die aku excited... =,=
same. biarpun rekaan tapi jalan cerita arianna buat memang best..eddie n kevin..ending tergantung hehe.. tolonglah sambung balik arianna oiiii *kalau la dia baca entry sepet ni*
tu lah kan sepet...dah tak leh tau ending cerita arianna hmmmm pasal ada org yg dengki dgn dia dah semua readers yg lain dah tak dpt tau kesudahan cerita... hampagas betul..
kekadang bnda simple org suka gembar-gemburkan, apelah nk sibuk life org kan sepet :) best gak kalo dpt baca blog Arianna tu! hihi
Agreed!
Saya pun sedih dia dah tak teruskan blog. Kalau tipu pun, takde big deal, bukannya kita bayar pun baca blog dia. Saya belajar few recipes dari Yana. Saya pun orang Sabah so boleh relate every story yang dia tulis tu. She's a good writer, u know. I miss her badly :(
Yana, if you read this, Selamat Hari Raya :)
perghhh..memang tak pernah taw la pasal Arriana ni...btw saya start blogging taun 2010...so memang tak taw la kot..huhuhu..tetibe curious plak...
Rindu jugak kat arianna..dulu bvlgarigirl mmg dlm top list la utk bace blog die..penulisan die mmg best..mmg rase skt ati jer mase sane sini kecoh yg arianna menipu smp die ttp blog..serius, nak tau sangat ape ending love story die..
curiosity tinggi tetiba. tak pasal2 dah tergugel si arianna ni pulak...huhu...
see...rmi sbnrnya peminat arianna ni..compared to haters....love her blog too....tp syg.....
arianna..IF YOU READ THIS..please up balik your blog.. rindu la... jom ramai2 buat blog entry/fb status suruh arianna up kan balik die nyer blog...
ahha..actually i dah save resepi butterprawn yana tu..ada kat laptop ni haa..sapa nak sapa nak?hehehe..:)
Hi sepet! cuma nak bg pandangan peribadi. hehe. :D for me, arianna memang salah sebab dia takde etika menulis blog. sbg cth, dia sanggup copy gambar makanan orang lain, pastu cakap member dia jual (which is orang yg dikatakan penulis blog ariana). gambar makanan tu gmbr kenalan saya. dia dah hbiskan masa siapkan makanan, cari sudut yang cantik, snap dan edit. tp Ariana senang2 je curi dan claim kwn dia buat. satu lagi, menipu memang salah.kalau in real life, kita dengar luahan hati kwn kita bertahun2. last2 tau cerita tu semua rekaan. kita menaruh penuh emosi kepada cerita kwn kita tu, bila tau dia menipu. memang akan rasa sakit hati. benda yg salah tetap salah.
but, in positive way..mmg ariana tu pandai menulis. kalau dia buat novel, cnfirm akan kebaboom! so kepada Arianna (yg mungkin akan baca blog sepet), saya pun mengharapkan penulisan di blog disambung. seriously rinduuuu selama 5 tahun setia dengan blog Arianna. :'(
err...ntah la ea.
rasanya kalau dah menipu tu, tetap salah.
x pernah baca blog dia. tp pernah baca entry pasal org investigate dia jer.
tp setuju la ngan pendapat -atiQah- kat atas ni.
rasanya sape2 pun yg kena tipu, confirm akan rasa sakit hati.
http://ninimohd.blogspot.com
kita pun ade bace blog arianna nie. kisah die dgn kevin.. lepas tu dah tutup.. tak boleh bace dah. huhu
Seriously dah tutup?! Patutlar cek kat bloglist dah xde..bace pasl eddie,kelvin,clara,n bibik dia buat diri rasa dekat je dgn dia..ariana,up blik blog!
Seriously dah tutup?! Patutlar cek kat bloglist dah xde..bace pasl eddie,kelvin,clara,n bibik dia buat diri rasa dekat je dgn dia..ariana,up blik blog!
setuju sangat ngan ko sepet...asal tak suka orang jer, dok hasut orang lain tak suka orang lain....choyy perangai cam tu..ewah teremo plak!
Sepet. Bila saya tahu yg ariana ni tipu, saya termenung lebih kurang seminggu. Sebab x sangka semua cerita dia rekaan semata. Sebab saya pernah chat ym dgn dia. Bertukar pandangan mengenai nnjaga anak angkat pada usia muda, jauh dari keluarga dan percintaan yg dilarang oleh org tua, sbb semua situasi ni .saya pernah alami. Dan dia mintak saya tolong doakan dia, dan mmg saya doakan dia dalam solat. Serius tak tipu. Jadi saya sangat kecewa bila dpt tahu ini semua rekaan. Wpun saya x membaca blog dia dr awal, tp saya sanggup baca balik semua entri utk faham situasi. Utk pengetahuan sepet, sebelum saya baca semua entri, saya chat ym dgn dia tanya blog dia ni rekaan atau kisah benar? Dan dia jawab dah penat nk jwb soalan ni. Tapi dia ckp blog ni kehidupan dia.dan tiba2 dpt tahu ini semua adalah rekaan? Sangat kecewa........ dan bila dah tahu ini rekaan, ok, cuba terima. Sbb tetap nk tahu endingnya.
Ala. Baru nk try bukak link dia. Sekali sepeet ckp dah tutup. Hurm. Xtahu pulak pasal ariana nih.
Seriously i dont mind dia menipu or tak.Yg penting her writing mmg betul2 dpt grab ramai readers utk tahu what is going to happen next.But personally,sy tak rasa dia ni penipu la.Tak tahu kenapa saya rasa dia mcm betul2 wujud.Hope dia sambung balik cerita yang tergantung tu.:')
Akak...betul tu sy baca jgk blog dia...sy pun rindu dia...tak kisah la ape2 org ckp psl dia...sy hrp dia mnulis balik...n selamat mna jgk dia berada...rindu clara n aroanna..kdg2 sy bukak je url blog dia yg padam tu... Sy trtanya2 apa trjadi... Tp sy hrp dia akn bhgia..
Akak...betul tu sy baca jgk blog dia...sy pun rindu dia...tak kisah la ape2 org ckp psl dia...sy hrp dia mnulis balik...n selamat mna jgk dia berada...rindu clara n aroanna..kdg2 sy bukak je url blog dia yg padam tu... Sy trtanya2 apa trjadi... Tp sy hrp dia akn bhgia..
Post a Comment