Assalamualaikum Salam Jumaat. Hihi!
Masa sekolah agama dulu, bila ustaz ustazah cerita tentang orang yang baru memeluk Islam, hati dia akan suci sesuci bayi. Tak ada dosa. Bersih. Mula-mula aku macam tak paham sangat. Sebab yela kan. Kita dah fikir 'mereka' ni pun ada buat dosa. Kenapa bila dorang memeluk agama Islam terus tak ada dosa. Kenapa itu kenapa ini kenapa kenapa. Pftt. Aku masa kecik memang banyak tanya. Kalau tak dapat tanya orang, aku akan bertanya-tanya dia dalam hati. Aku tanya aku jawab. Tapi jawapan aku mesti ada 'kot' kat belakang sebab tak pasti kan.Huhu!
Bila dah besar, dah mengerti, dah start paham kenapa kenapa kenapa yang masa dulu-dulu tu. Kalau kite relate dengan itu ini sana sini memang akan dapat jawapan dia kenapa hati mereka sangat suci dan kenapa Allah SWT hapuskan dosa-dosa sebelum mereka memeluk Islam tu.
Bila aku tengok Video ni kat youtube, rasa malu sangat-sangat dengan saudara Islam kite. Tak kisah la dari negara mana dorang datang. Tapi yang pastinya, aku tau dorang lagi tinggi ilmu agama dari aku. Itu yang buat aku malu and sedih. ='(
Kite ni sejak lahir memang dah Islam. Masa sekolah bukan main bertudung, belajar subject ibadah, feqah, tajwid, Quran. Result pulak bagus sebagusnya. Tapi habis sekolah, habis exam. Hilang dah semua tu. *aku la tu*. Solat bila ingat je. Selalu tinggal la pun. Memang bila fikir-fikir, layak ke jadi orang Islam. Tak malu ke dengan Muallaf. Aku malu.
Muallaf ni yang lahir-lahir dari agama lain. Bersusah payah dorang cari agama Islam. Susah payah dorang belajar baca Al-Quran. Yang kita ni dari kecik tau baca, tapi jarang gila la bukak kitab suci tu. Dorang kena buang keluarga, hilang kawan. Yang kita ni, kalau orang tu pakai macam ustazah sikit kite jauhkan diri. Nampak tak beza kat situ. Aku mengaku aku memang teruk la. Sebab tu la aku malu sangat-sangat dengan saudara baru ni.
Kadang2 sayu hati dengar kisah-kisah pengalaman muallaf. Ada yang baru setahun masuk Islam,tapi lebih beriman dari kite yang dah berpuluh tahun Islam ni. Terus teringat ayat-ayat Ceera.
'Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa'
Hehe! haritu kami berborak dalam bilik, keluar la ayat-ayat tu. Kami cerita la pasal ada orang ni anak imam la apa, tapi anak dia memang worst. Aku anggap tu semua dugaan yang Allah bagi kat imam tu. Tapi bila fikir balik, betul la lagu yang kumpulan Raihan nyanyi tu..
'Iman tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai'
Bulan puasa ni buatkan aku rasa macam....apalah amalan aku setakat ni. Terus rasa nak bersedekah. Tak kisah la berapa ramai orang bersedekah sampai orang kata anak-anak yatim sekarang kaya-kaya ke apa. Itu tak payah ambik pusing. Yang penting niat kite tu nak sedekah. Duit yang kite sedekah tu la bahagian kite nanti. Yang ada dalam purse pulak adalah bahagian orang lain.
Kongsikan sedikit kegembiraan untuk mereka menyambut Hari Raya. Insyaallah RM10 tak akan menjadikan kita kaya dan Rm10 jugak tak sesekali menjadikan kite miskin. Simpanan dalam tabung kite sekarang ni memang untuk dunia je. Tapi sedekah tu la simpanan kite yang sebetulnya untuk akhirat nanti. Hehe! Tetiba sangat jadi ustazah. Ini ayat-ayat dari kakak-kakak kenalan aku. Aku bagitau balik je. Sebab tak mungkin aku boleh cakap macam ni kan. Hehe!
Tanya diri sendiri.Umur kite dah berapa. Dan berapa banyak iman dan amal kite kat dunia ni
=)
p/s : Bermula 1 Ramadhan dan insyaallah sampai bila-bila, Setiap Rm2 pembelian korang, aku akan sedekahkan ke Pusat Bimbingan Cinta Madinah. Kalau ada sapa-sapa nak sedekah ke situ jugak pun boleh. Terus contact no ni 019-2786441 (Kak Ana). Semoga sama-sama dapat kite beramal dan dilindungi Allah SWT. Aminnn. =)
2 comments:
Alhamdulillah. Semoga hdup kita terus dberkati dgn amalan y baik2
Okey, lepas ni beli tabita lagi :) smooth lotion tu n sabun mcm dah nak habis. huhuhu
Post a Comment