Iyela kite update k

Aku tau korang boring asik baca pasal nak jual barang je kan. Bukan korang je, Qery pun boring. Semalam sedap je sound aku pemalas sebab tak update blog. Eleh, tau la suka baca blog awek sendiri. Siap paksa2 tulis cerita pasal dia lagi. Tak kuasa betul. Malas nak layan tau. *tapi jap g dating* Kahkah

Marilah kite cerita sekali harung apa yang aku buat sejak minggu lepas.

Sabtu lepas Qery tetiba kata ada meeting. Adoi, aku dah la tak bersedia mental dan fizikal. Pagi tu nak meeting, pagi tu jugak baru cakap. Terbaik! Janji dengan DH pukul 10.30. Tapi sesat punya sesat. Pukul 11 baru sampai. Qery kalau tak sesat dulu memang tak sah. Rasa nak drive sendiri je malas bawak Qery. Ecewahhh...cite nak up diri sendiri. Padahal drive pun terkedek2 ken..haha! Jangan nak phoyooooo...

Setelah selamat sampai. Peluk-peluk dengan Kak Nad, Kak Yana, tunggu Team DH siapkan proposal untuk dibentangkan. Ceaaa. cite mengalahkan projek berjuta-juta sambil konon2 pegang fon 'Iye Dato K saya tengah bizi tolong tinggalkan pesanan kat PA saya' Perghhh, tampa tau la. Haha! Sambil tunggu kat meja meeting, marilah kita berpoyo-poyo sekejap.


Tanpa secalit mekap dan camera 360, muka sebenar yang agak mengerikan. Kak Nad dengan Kak Yana siap tegur kenapa tak pakai mekap. Scary lettew, haha!


Pinjam sweater Qery, sejuk hokeyh. Aku kan sibuk snap gambar sendiri kan. Sekali Qery pun nak ada gambar dia. Aku bukan tak suka snap gambar Qery tau, tapi kalau snap gambar dia, 10 kali snap baru dia puas hati. Gemuk la, tak cun la. Geram je.


Dah la suruh aku snap bawah meja. Ko bayangkan kedudukan aku. Haih. Rasa nak tumbuk je muka dia.

Aku rasa sekarang ni aku banyak berfikir la. Kepala aku pening tau. Sakit kepala otak aku. Kalau contohnya, aku tekan kepala aku. Sakit okey, aaaaaaaa...stressnyeeeee. Tak suka tau. Pastukan, kalau macam bila satu masa, aku fikir banyak sangat. tetiba seminit otak aku blank. Rasa macam, hilang semua benda yang aku fikir tu. Macam bengong sekejap. I is takuit. Huhu! Siap tanya Qery 'eh tadi kite cite pasal apa' Gila. Baru fikir sesaat dah terus lupa. Opah i pun geleng2 kepala kalau tau ni. Huhu!

Meeting tak lama la. Zohor setel kite balik. Pastu dating sekejap. Tengok cite erm. Tak ingat la pulak. Jap eh nak ingat balik. *setelah 5 minit berfikir sambil hempas2 kepala kat bantal* tolong la percaya, hihi, aku tengok cite hansel n greetel. Bestttt. Pompuan ngan laki dia hot! Korang gi la tengok tau.

Balik tu tengok kemain lagi anak buah aku tengah main2 kat rumah. Marilah la join sekali. Tapi aku yang penat lebih.  Peluh2 ketiak tau.


Hakim over gila siap nak pakai semua ni. Aku tak tau apa nama dia. Tapi memang over la. Memula dia tak pakai pun.Lepas tu dia terjatuh. Terus nak pakai. Layankan je.
 

Siap paksa kena ambik gambar dia.Pftttt


Keisha siann okey, mummy dia tak belikan dia basikal. Hello? Minggu ni sila pergi beli basikal Keisha. Mummy Keisha ni borinngggg. Dia ingat main rumah2 best ke. Not funnyyyy!!
 cc: ceeramoon


Maksu : Keisha pinjam helmet abang hakim nak ambik gamba kejap boleh?
Hakim : Boleh, tejap je tau
Maksu : Yeay!!! *over, sambil sarung kat kepala Keisha*
Hakim *tiap 30 saat pandang Keisha, takut Keisha jadikan harta, haha*

Esoknya patutnya ada meeting Treenea, tapi aku tak dapat pergi, hantar Qery je pergi. Lagipun Qery ni dia macam mulut, kaki, tangan aku. Amboii, haha! Belum jadi laki dah jadi tangan mulut kan. Eii malas nak layan kann..Haha! Bukan tau. Maksud aku. Selama kite menjadi satu team. Selalunya semua banda memang aku yang banyak fikir. And Qery akan dengar pendapat, idea. Kalau aku silap, aku salah, dia akan tegur. Dia akan nasihat, macam ni betul, macam ni salah. Macam penasihat la. Sepatutnya memang aku kena attend meeting tu sebab banyaaaak benda aku nak cakap, tapi aku dah siap2 bagitau Qery apa yang dia perlu cakap, apa yang tak perlu, cadangan, bla bla bla. Semua tu.

I is percaya kat Qery sejak dulu lagi. Dalam bisnes, aku hanya percaya Qery sorang je. Qery ni dia function dia adalah perantaraan la. Kerja luar semua dia buat. Postage, beli barang, jumpa orang, meeting. Semua dia. Manakala iolls buat kerja dalam. Layan customer, akaun, packing, research, gittew. Itu sebab aku cakap, kalau Qery takde, aku macam patah tulang belakang. Sob. 

Tapi walau macam mana sekali pun, aku tetap akan bergaduh dengan dia hari hari. Haha! Stress Qery. Aku suka dia stress. Biarkan... biarkannnnn diaaaaa.. Padan muka. Sapa suruh tiap2 petang ada training bola. Tak cukup tau kasih sayang diberikan kepadaku *mata ke atas sangat2, haha*

Semalam pun rasa nak mengamuk je kat Qery, bila tengok pejabat pos penuh. Memang bukan salah Qery, tapi aku tetap nak salahkan dia, haha! Nampak kejam gila kan. Tapi sebenarnya, aku marah anjee anjeee je.. marah sambil kerut2 dahi, jeling sikit. Pastu ugut tak nak makan. Pfttt... Qery tak kisah pun, sebab dia tau aku kompom akan makan, walau apa pun terjadi. haha!


Haritu makan cheese nan. Sebab terpengaruh dengan Kak Pija, dan Kak Filla. Semua nak update kat IG gambar roti canai la apa la. Kong ajo dorang ni. Kalau makan, tak perlu la nak tunjuk gambar makanan tu. Aku tak kisah tau orang nak tunjuk beli handbag LV limited edition ke, beli beg fosil ke, tapi tolongggg la jangan tunjuk gambar makanan. Stress tau mak jemah. Kannnnnn aku dah tak senang duduk. Huhu!

Itu je setakat ni eh. Nanti kite update lagi. =P

*******************************************************

Felinna Vitamin C tinggal sikit. Sapa cepat dia dapat. Ada lagi 10 kotak kot. Sebab syarikat tetiba stop kan sekejap pengeluaran vitamin c ni. Tak tau berapa lama. Tapi tak silap aku dah seminggu camtu.

Felinna Inchloss masih ada seperti biasa.Beli 2 botol dapat free gift. Myracles Beauty pun masih ada. Vcoa pun masih ada. Nak tanya, haritu ada orang msg aku tanya pasal bedak arab. Kot kalau ada permintaan, aku jual je. Kalau nak la, kalau sorang dua je nak, aku malas nak jual. Haha! Kalau ada permintaan tolong sms/wassap aku seperti biasa yeah 012-2678134.

Pengambilan agen Rm150 sampai esok je. Start 1 Feb 2013,modal RM300
Dealer pulak Rm500 sampai esok. 1.2.2013 modal naik RM850.
Jadila agen dan dealer under Treenea Selangor. Kerana insyaallah saya akan buat yang terbaik untuk semua. *ehem2, rasa nak lempang diri sendiri, hihi*

Kbyeee

Comments

mshazadoes said…
suke tgk skin awk..natural beauty gituuu..
Filla said…
uii roti nan ngan ayam tandooriiiii... nyamssss slurrppp
Makan jetak payah nak cont
Makan je tak payah nak control2 diet.....tak pakai mekap pun tak apa....cantik je aunty tengok...betul takmtipu tau.

Eh aunty nak tanya sikit...kenapa blog Ariana dah diprivate kan....last aunty bukak ada orang2 yang mengata dia macam2....kesian nya...jangan lah ganggu orang...kalau tak percaya jangan baca lah kan....jangan sebar kan hal dalam kain orang sedang kan mereka2 tu bukan kenal dia.

Rara talks said…
cheese naan pon sedap.hari2 mkn smpai bulat.hehe..suke bc blog awk,lawak. ;)
http://thefreestylist.blogspot.com/