Uncle Bagio

Ni cerita bulan 5, sekarang baru aku nak cerite. Nampak sangat rajin dia tewwww.. Haha! Haritu uncle Baha ada datang rumah, sebab nak melawat Abah. Aku tak ingat la hari apa, Jumaat kot. Pagi tu Ceera ada, lepas solat Jumaat Ciput amik Ceera, baru je Ceera balik, tetiba mak dapat kol dari uncle Baha kata nak datang rumah. 

*Uncle Baha tu adalah Bagio ye. Orang kampung panggil dia Baha sebab nama dia Bahagia*

Aku pulak nak keluar rumah. Tapi sempat la lepak kejap. Kerana dah lama tak jumpa uncle Baha kite ni, marilah kite amik gambar bersama-sama. Haritu masa Ayie kawin dia tak dapat datang.

Eh kenapa aku gemok? Cea pura-pura bertanya kan..haha! Padahal memang gemok pun.

Lepas tu upload gambar kat IG dengan FB, ada la bertanya-tanya, bapak saudara betul ke?? Gittew. Sebelum aku cerita, aku bagitau siap-siap, aku sahaja yang tak rapat dengan uncle baha, sebab aku dari kecik tengok dia dari jauh je. Huhu! Adik beradik aku yang lain kalau jumpa dia kenal la. Aku pulak, dia tau aku paling bongsu, tapi tak tau nama. Adik beradik aku yang lain semua dia hafal nama, sampai ke aku je terus erm erm erm..ni yang paling bongsu tu kan.. *sampai hati tak tau nama iolls, lap air mata*

Begini ceritanya. Kalau tak silap tau. Kalau silap im sorry. Nenek belah abah aku, kitorang adik beradik panggil Nenek. Belah mak pulak panggil Opah. Ok Opah takde kene mengena dengan cerita ini. Hihi!. Nenek ada adik. Kami adik beradik panggil adik nenek tu Nek Yang.

Abah adalah anak Nenek, dan Uncle Baha adalah anak Nek Yang. Nenek dan Nek Yang tinggal satu rumah. Jadi mereka ni adalah sepupu yang mungkin rapat jugak la. Aku mana tau aku tak lahir lagi.. Ok panggil Bagio la kan senang korang nak pikio. Haha! Aku tak tau la umur dia berapa, tapi umur Bagio lebih kurang umur abang sulung aku. Dan dipendekkan cerita, kakak-kakak and abang-abang aku je yang ada bahan nak bersembang sebab mungkin mereka rapat. Aku duduk celah ketiak mak je.

Dulu masa kakak-kakak aku kawin, Bagio mesti datang, lepas tu mesti nyanyi sekali. Cuma yang last-last macam aku ni takde la nak nyanyi dah kot. Sebab kami bukannya rapat sangat. Haha! Jadi ko tak payah nak poyo buat permintaan suruh Bagio nyanyi ye. Libas kang.

Uncle Baha memang amik berat dengan mak abah aku. Abah sakit dia mesti jenguk. Haritu aku nak amik gambar dengan dia, dia boleh buat aku blur.

Aku : Nak amik gambar sesama boleh??
Uncle Baha : Eh kite selalu jumpa pun nak amik gambar sama-sama ke??
Aku : Bila? Mana ada??
Uncle Baha : Oh ye la kan.. Hihi

????????????

Bila masakah kite selalu berjumpa?? Ni mesti jawapan standard kalau saudara mara nak amik gambar sesama ni. Pukul kang. Haha!

Sekarang ni kan, rasa rugi pulak tak mintak sign haritu.... Muahahaha! Ofkos aku pun peminat Bagio. Walaupun aku tau dia bapak saudara, tapi aku tak pernah bagitau sapa-sapa pun bila aku nyanyi lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Sebab takut orang kata poyo. Baru saudara dengan bagio dah hidung tinggi walaupun hakikatnya aku hidung penyek. Huhu! Nowadays, aku rasa orang dah tak kisah kot..

Tapi aku masih berharap yang Siti Nurhaliza tu kakak aku. *tak dapek nak nolong...ye aku tau,huhu*

***************************
MAIXARA WHITE ESSENTIAL (MWE)
PILIHAN TERBAIK UTK WANITA MENGANDUNG & MENYUSU● TIADA PEWARNA TIRUAN
● TIADA PERASA TIRUAN
● TIADA PENGAWET
BAHAN-BAHAN BERKUALITI TINGGI, DIJAMIN HALAL & BERKESAN SEAWAL 3 HARI
Membantu mengurangkan keradangan, mengurangkan gula didalam darah dan mengurangkan kolestrol. Membantu menambah susu badan bagi ibu menyusu. Membantu meningkatkan antibodi untuk ibu dan anak. Mencantikkan dan mencerahkan kulit ibu dan anak. Membantu merawat kerosakan sel badan. Membantu meningkatkan metabolisma badan. Membantu merawat masalah kulit & kaki merekah.

Comments

Tengkubutang said…
hai.. salam kenal,

done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
Tengkubutang said…
bagio yg popular dgn lagu umpama mimpi dalam mimpi kan?
Irfa said…
SEPUPU BAPAK YE
KIM SALAM EK
#DEDULU ZAMAN SEKOLAH MENENGAH SUK NYANYI LAGU TU.HIHI
Mimy Hamid said…
hi akak kenal wife dia nelly....bagio ni jiran kawan akak kat desa pandan
Dzureen Darwis said…
wah ade retis lah :o
::Kak Sambal:: said…
Bagio ni adik bos akak...so sepet cam tak abg die nama nordin...akak pa hj nordin tu
::Kak Sambal:: said…
Sepet, so sepet kenal ler abg bagio nama nordin...akak pa hj nordin tu...hehehe
::Kak Sambal:: said…
Bagio ni adik bos akak...so sepet cam tak abg die nama nordin...akak pa hj nordin tu
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
klu xsila sy kaka dia nama rohani kot tinggal di kmapung sy di terengganu. bagio ni anak kandung ke anak angkat nek yang. sb kaka dia pnh cerita bagio dibela keluarga angkat.
zeera lily said…
ohooo...
btw, salam ramadhan & selamat berpusa =)
jmput follow blog sy http://belogzeera.blogspot.com/