Jul 31, 2013

Seni lahhhh sangattttttt

Cantik tak iolls lukissssssss... (**,)

Semua orang tau melukis kot, tinggal cantik atau tak je. Aku memang tak berapa nak berseni sangat la sejak di bangku sekolah lagi. Selalunya seni aku kadang2 je A. Selalu mesti B ke C.

Bukan aku tak suka seni tau. Aku suka seni, tapi sebenarnya faktor minat jugak kot. Dulu memang aku suka melukis, tapi masa tu minda tak bukak lagi, bila masuk kelas seni kite bayangkan seni tu lukisan, so bila macam kena buat arca, kena reka something yang berseni. Aku jadi blur. 

Plus masa tu aku kena buat arca gambar patung teddy bear kot. Tapi buruk gila la ofkos, sebab aku tak pandai. Kawan2 aku pun takde la cantik sangat arca dorang, tapi aku tak tau kenapa dorang dapat A aku dapat C. Haha. Gila tak dapat terima kan. Bila dapat resul takhir tahun, mesti seni aku yang sedihhh...

Haritu Qery main fon aku, dia belek2 la note pen tu kan. Pastu dia jumpa gambar kat atas tu. Dia punye kutuk takyah cite la. Dia kata seni aku seni tahap satu. Amatur la. Setakat lukis macam ni je mampu. Nasib baik aku puasa. Kalau tak kaki aku dah naik atas meja , talk to my leg la kan. Haha!

Pastu dia pun bantai la melukis. konon2 nak tunjuk skill dia ni berseni tahap PHD. Aku memang tau Qery ni berseni, tapi aku tau seni Qery ni bukan kat lukisan. Dia tak pandai lukis sangat pun. Cite je pung pang pung pang dengan aku. Dia seni reka cipta boleh la. 

Sekali aku tengok dia lukis, ?????????????????? Apa?yang?cuba?kau?sampai?kan????????????????? korang tengok lukisan aku tu, contoh la itu 1 bintang kan. Kalau korang tengok Qery punye lukisan,  korang mesti tak sanggup pun nak bagi bintang. Hahaha. 

Qery terus padam sebab malu. Lepastu nak cover malu siap cakap nak praktis pinjam bawak balik seminggu fon aku. Amboii..banyak cantik nak pinjam seminggu. Aku lukis ni ingat praktis ke. terus lukis je hokey. Walaupun kau tak kagum, tetap anak buah aku kagum dan dapatlah jugak aku kembang2 hidung dengan anak buah sendiri. Hahaha!

Qery dia berseni ke tempat lain, kalau bab-bab hiasan landskap semua memang serah kat dia. Haritu anak murid dia ada perbarisan rumah sukan. Dulu aku ingat lagi cikgu2 aku takde pun nak beriye2 sangat nak hias anak murid. Tapi Qery berkobar2 okey. Yang mangsanya aku. Aku la kena ikut dia pegi cari topeng, cari sarung tangan, cari stokin. Sanggup ni berhabis duit untuk anak murid. Sikit pun tak berkire. 

Dia pun tanya la aku, kalau topeng ni pakai dengan baju ni, lepas tu pakai itu ini bla bla bla. Aku memang tak boleh nak imagine sebab inilah kelemahan aku. Tapi Qery lain, imaginasi dia tinggi. Dia boleh bayangkan lepas tu angguk sorang2. Untungla siapa yang rumah hijau dapat cikgu Qery. Aku tengok rumah sukan lain so so sooo je.  Takde meriah mana pun. 

 Baju pun Qery tempah okey. Pengsan iolls...

 So cute la. Masa beli topeng tu aku macam was-was jugak, takut tak kena dengan baju. Tapi bila semua orang pakai, nampak comel sangat

Ini puteri and putera pegang sepanduk kat depan. Amboiii...

Nasib menang perbarisan. Kalau tak harus sentap. Haha!

Kalau budak2 ni bagi kat aku, memang tak jadi gini la. Ko pakai je baju rumah hijau tu, pastu kawad macam biasa. Haha!

Sebab tu jugak Qery adalah guru tarian. Korang nak gelak kan. Aku pun. Hahahahaha! Sekarang dah slow sikit, mungkin faktor usia. Tapi dulu dia siap bawak budak tarian okey. Aku masih tak boleh bayangkan macam mana dia mengajar budak2 tu.

 Antara budak2 tarian yang comel ittew

 Gambar lama

Masa ni buat tarian kat majlis kawin.

Dah besar dah pun budak2 ni. Agaknya dah tingkatan 3 4 kot.

Aku menari? Aku langsung tak tau menari. Keras semacam je badan aku ni. Badan tak boleh lentur dah. Bengkuk lebih sikit komfem patah pinggang. Huhu!

Korang pandai tak melukis muka orang?? Bukan lukis muka jadi kartun tu, lukis muka jadi muka la. Haha! Kalau adaaaaaaaaaaaaaaaaa...untung laaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Aku selalu cemburu dengan orang yang pandai lukis ni. Kalau korang masuk instagram Tizz Zaqiah. Gila hebat si Tizz tu. Pandai gila dia melukis. Kalau dia tengok lukisan aku yang tadi tu, mesti dia koyak pakai kaki. 

Kbye

************************************************

Clearance Stok BEDAK ARAB
(Russet, cherry, cherry pink, orange jade, roshalle)
1 RM40
6 RM180
 12 RM336
50 ke atas sila contact 012-2678134 (panggil aku Sepet)
Harga tidak termasuk postage

3 comments:

anna hashim said...

mesti si qery ni cikgu PILIHAN kan, cikgu kesayangan...ala, mcm ala2 menantu pilihan gittewww....hehheheheee

Dzureen Darwis said...

wah mesti sanding ada boria. Kakaka cikgu Ery punya student datang buat persembahan

NinaAz said...

Pergh... patutlah dpt byk hadiah hari guru. Cikgu kesayangan nih. Heehehe