99% perempuan je kannnnn..

Setelah 5 tahun berblogging. Aku rasakan, pembaca blog aku ni, 99 peratus adalah perempuan. Sebab sukati la aku nak rasa macam tu kan. Haha! Dulu lagi la aku gedik gila dalam blog sendiri. Sebab aku memang yakin sangat takde lelaki yang baca. Sebab seandainya mereka membaca blog aku. Kofem dorang jatuh cinta m =eluat. Macam...eh apahal pompuan ni buang tebiat tergedik bajet manje sangat..sambil mata mereke ke atas. Kalau boleh keluar bijik mata dorang, mungkin dorang dah pos kan ke aku, nak tunjuk mereka terlalu menyampah dengan aku kan. Haha!

Tapi sebab aku ni hati memang kering sikit. Ko tak suka ke, ko suka ke. Aku pedulik hape.. Sambil libas shawl biar kena mata dorang tu. Hihi! Ekceli benda-benda macam tak suka blogger itu blogger ini atau pun tak suka someone itu ini, perkara normal kan. macam lumrah dunia. Aku pun bukan suka semua orang. Kadang2 tak suka orang tu, takde reason pun. Saja je tak suka. Saja je suka psycho sorang-sorang. Huhu! Macam aku psycho diri sendiri, tak suka lelaki hensem, tak suka lelaki kaya. Tanpa sebab pun.

Aku memang suka pembaca blog aku perempuan. Aku suka sebab selalu perempuan ni walaupun mulut dia pok pek pok pek, tapi sebab kite perempuan. Hati kite cenderung memahami hati perempuan. Sebab kita memang sejak azali dah jadi perempuan. Aku tak tau la kot ada yang sejak lahir konfius dia lelaki ke perempuan kan. Huhu! Tapi aku yakin la yang sejak lahir dia perempuan, memang sensitif dengan hati dan perasan kaum wanita. Ha kau dah macam topik wanita hari ini. Terus rasa nak duduk silang kaki badan tegak 90 darjah posing muka senyum pandang kamera kennn... Tak sesuaiii... 

Aku tak tau la kalau lelaki baca blog aku ni apa perasaan dorang. Jangan berperasaan dengan aku dah la ye. Nanti iolls feeling market tinggi, terpaksa tangguhkan pernikahan. Hahaha! Ok tak klaka. Mungkin la bila aku ada update entry contoh yang nak mengadu itu ini kaum lelaki akan berkata-kata di dalam hati 'ek-eleee...itu pun boleh jadi topik kau, itu pun nak cerita. itu pun menjadi satu masalah' Gittew. Eh bukan la lelaki yang selalu cakap camtu dalam hati, aku tak ada jugak perempuan spesis aku yang tak suka perempuan gedik macam aku ni, feeling anoyying sangat la kononnya. Lepas tu feeling rimas-rimas. Tak sukala aku merepek meraban benda yang remeh-temeh ni.

Kalau perempuan jenis yang macam memahami hati naluri jiwa raga aku, haha. nak muntah pulak kan. Jap tunggu jangan muntah lagi. Tunggu sampai habis cerita, lepas tu korang nak muntah ke, nak sawan ke, silakan..kekeke! Selalu kalau orang yang memahami and positif ni dia akan bagi kata-kata nasihat (dalam bentuk emailla aklau isu sensitif ke hape), atau dorang akan komen kat blog bagitau dorang paham perasaan aku, atau bagi idea macam nak solve problem. Kan...

Aku ni jenis orang yang menerima nasihat orang lain, dengan syarat takde ayat-ayat yang menyakitkan hati aku la. Kalau kau nak nasihat pastu ada motif lain. Ko nak laser2 dengan aku, kirim salam. Barisan pertama aku baca, barisan kedua, selamat dah dalam tong sampah. Hihi~ 

Tapi aku memang suka berkawan dengan orang perempuan.  Lagi2 dengan makcik-makcik. Sebab bila berkawan dengan makcik-makcik ni, yang pertama aku boleh feeling muda selamanya. Hahaha! Sebab tu bila aku anje-anje dengan makcik dorang tak rasa geli. Tak tau la kot tetiba ada cakap dalam hati 'woi,jijik kot perangai kau macam tu, puiii' hahaha! Mungkin la ada, tapi aku rasa mungkin dorang rasa aku ni macam adik-adik je nak mengada pun. 

Cuba kalau aku gedik anje-anje dengan budak muda dari aku. Ofkos dorang akan fikir aku ni over gila, nak test market lettew. Jadi bila berada dalam golongan muda belia ni, aku jadi kaku. Sebab aku tak boleh nak gedik. Seperti mana anak buah aku sendiri tau aku memang gedik sejak bayi. Haha! Kong ajo punya anak buah. Jadi, aku akan jadi pelik la bila dengan orang yang aku rasa aku tak boleh gedik.

Aku pernah cerita kan dulu, masa sekolah teknik, malam tu ada kelas tambahan budak letrik. Aku budak meki. Aku tumpang la belajar masuk kelas letrik sebab aku nak belajar LK *lukisan kejuruteraan* Aku borak2 dengan kawan perempuan aku *ofkos la aku gedik sangat dengan dorang kan*. Tetiba esok pagi dapat surat layang dari sorang budak laki kelas letrik, tulis kat daun besar 'zack-u gedik'. Aku hampir la sengseng lengan nak naik kelas letrik cari budak tu bagi tumbukan jantan, tapi ditahan oleh kawan2 lain *yang ni memang nampak sangat tipu kan,kihkihkih*. Yang sebenarnya aku buat tak tau je. Hahaha! Siap rasa kelakar, simpan lagi daun tu. Tapi ada dalam stor. nanti kalau ada aku tunjuk kat korang yeah.

Jangan salahkan perempuan kerana kegedikkannya ye. Ada banyak faktor kenapa engkau tak gedik macam aku. Mungkin sebab adik beradik kau semua lelaki. Atau mungkin kau tak rapat dengan adik beradik kau. Atau mungkin kau memang minat zamani sejak kecil *takde kene mengena*. Yang penting, aku tak gedik dengan lelaki. Aku cuma gedik dengan kawan-kawan, adik beradik, dalam blog ofkosla sebab sukati aku la blog aku. Haha! Dan juga dengan Qery. Apahal pulak tetiba aku nak gedik sakan dengan Lee byung Hun.Kalau jumpe Lee Byung Hun mungkin aku tak gedik, tapi aku terus histeria. Haha! 

Aku suka bila perempuan baca blog aku, sebab perempuan ni tak kedekut ilmu. Bukan la aku cakap lelaki ni kedekut ilmu sangat. Tapi aku rasa kebanyakkan lelaki ni malas nak share. Tak de keje aku nak share bende remeh temeh ni kat ko Sepet. Gittew kan. Yang perempuan ni memang suka share. Walaupun kite tau sikit je, tapi asalkan kite tau sikit-sikit, kite terus nak share. contoh kalau aku tanya camne nak masak pudingn caramel. Kalau yang tau sikit tu jawapan dia camni la. 'Sepet awak beli barang macam susu pekat, susu cair, haritu aunty kite ada buat, lepas tu awak google la eh' Haaaa...nampak tak kat situ? Hahaha! Kalau yang memang tau tu, terus bagi link blog dorang sendiri kan. Kalau lelaki aku tanya, dia tak cite banyak la. Memang tak cerita la sampai kesudah pun. Haha!

Setakat itu sahaja bebelan hari ni, sebab dah lama tak membebel. Kepada yang tak suka bila aku gedik, its okey, take time. *macam paksa orang suka kenn..huhu* Okbye bye

p/s : Untuk makluman, trial tabita takde promosi ye. And now stok available ada dua je. Sapa cepat dia dapat. Tapi insyaallah petang ni aku restock lagi. Tapi jumaat baru pos.Happy sangat bila ramai yang repeat order tabita. Ramai jugak yang terus order regular/exclusive.
MWE pun dah ada banyak testimoni, next time aku update entry testimoni MWE tau. Kbye

Comments

QERY HASAN said…
weiii.. aku suka baca blog ko.. dah of koz la aku laki.

aku paling suka baca part ko tulis dialog. tak kira ah ngan sape. mesti lawak.

haha.
cikmerpatiputeh said…
sepet skolah amek meki, degree amek farmasi..gile ahh xserabut alam ke bljr?haha
anggap jew lelaki yg dtg baca blog sepet tuh boifren sendiri atau lelaki yg ingin mencari ilmu ttg wanita.. kiki
Irfa said…
wpun kamu sedikit gedik,akak suka je baca.ada blog akak baca je nampak aura gedik terus x masuk dah.follow lagi tidak.hehe
Izz Latif said…
kelakorlah sepet nih
haha
Unknown said…
Xde gedik lah...akak suka jer bca sepet mengomel..hihi..
Unknown said…
Suka jer bca sepet mngomel...hihi
NinaAz said…
Ermmm... hehee. Sepet gedik comel. Ok lettew. Hehehee