Masalahhhhhhhh Apakahhhhhhhh??

Aku rasa dalam dunia ni, semua orang pun ada masalah...kan? Dulu masa tingkatan 4, ustaz aku tanya dalam kelas. "Dalam dunia ni semua orang ada masalah, sapa takde masalah angkat tangan". Yakni dengan semangat aku sorang je yang angkat tangan. Lepas tu ustaz soal bertalu-talu. "Awak langsung tak ada masalah?" "Kat rumah awak takde masalah?" "Kat sekolah pun tak ada masalah dengan pelajaran?" Sekali lagi aku yakin menjawab "Takde, itu bukannya masalah"

Ceaaa...kemain. Tapi memang betul. Dulu aku rasa aku takde masalah langsung, hidup dengan gembiranya..haha! Exam adalah bukan satu masalah okey, exam adalah satu perkara NORMAL yang semua orang pun kena hadapi. My family was okey je takde masalah. Semua pun happy go lucky. I dont have any boifren masa tu, so i dont have problems la. *nampak tak kat situ motif dia?* haha!

*nasib kat blog tak boleh tag tag, kalau tak mampuihhh haku, mesti ramai je nak tag tunang i. auwww...muntah sekarang, haha*

Tapi memang la, aku rasa masa sekolah..aku memang tak ada masalah. Orang lain aku tak tau la. Tapi aku memang hidup dengan bahagia gila masa kat sekolah. Start habis sekolah, aku dah start fikir nak kerja. Nak cari duit sendiri. Walaupun aku tauuuuu masa tu baru 17 tahun, kena tunggu result SPM, nak sambung belajar lagi. Tapi ada gap berbulan-bulan sementara nak tunggu surat tawaran kan. Jadi aku berkeras dengan parent aku. AKU NAK KERJA!!

Gitteew, kalau huruf besar tu ofkos la i is terlalu nekad. Masa tu kena marah dengan abah kaw kaw punya yeah. Tapi aku TETAP NAK KERJA! Sekali lagi huruf besar. Harap semua orang perasan betapaaaa tekadnya aku. huhu!

Habis exam umur 17 tahun kan, aku habis exam bulan 11. Jadi bulan 11 tu aku cakap dengan mak nak keluar jalan-jalan dengan kawan. Yang sebenarnya aku tipu, aku cari kerja. Sebab aku nak cari duit. Aku tau masa tu still 17 tahun. Tapi adalah bosan duduk kat rumah 6 bulan. Makan tidur makan tidur, ini tak boleh jadi. Aku nak DUIT. Kan wierd gila mintak duit kat parent. Dulu alasan aku mintak duit kat parent samada nak pergi sekolah, mahupun nak beli buku SAHAJA. *aku harap tang beli buku tu parent aku sangat2 percayaaaaa yang AKU MEMANG BELI BUKU. Tapi bila dah habis sekolah, alasan apakah yang perlu ke berikan?? Tell Tell!!??!! Hoih...

Dah la kena marah dengan abah sebab iolls berkeras nak kerja. Abah aku bukan la saja marah aku, dia cuma rasa aku kecik lagi, dan mungkin dia risaukan keselamatan anak dia yang cun melecun ni, ehem...perkatan tu aku tak besarkan, so aku tak tekad sangat mengatakan aku cun ye, jangan simpan dalam hati. mihmihmih..

Bulan 12 start kerja. Bulan pertama takde gaji kan. Aku cuma ada Rm5 satu hari untuk naik bas pergi balik, dan makan. RM1.50 pergi, Rm1.50 balik. Jadi RM2 tu beli roti untuk makan tengah hari. Masa tu memang aku terus kurus, haha! Gila tak kurus, kerja 10 pagi sampai 10 malam. Cuma makan roti. Tapi aku still nak kerja. balik kena marah lagi. Kejadian tu berulang sehingga la aku dapat gaji pertama. Aku tak pernah cerita kat sapa2 pun, tapi tak tau la tetiba nak cerita pulak. Nak mintak simpati lettew, kahkahkah!

Bulan ke 2, dapat gaji pertama. Aku ingat lagi, gaji masa tu RM800. Bagi mak Rm200. Beli MP3 pertama RM200. Then RM400 tu la nak makan dan nak minum dan nak naik bas pergi balik dan nak beli topup semua. Masa tu pun aku makan roti, tapi dah upgrade roti yang sedap sikit, yang ada roti pizza tu, kuikui! Itu la sarapan aku, dan aku tak makan sampai la balik rumah. Bukan sebab keluarga aku miskin. Tapi sebab aku nak berdikari sendiri. mak abah tak tau langsung pasal ni, kalau masa tu dorang tau...me die die okey.

Bulan ke 3 kerja, bagi mak Rm200, tak beli barang apa-apa. So kali ni ada duit lebih sikit, rm600 sebulan. Hihi! Terasa la kaya sekejap. Masa bulan ke 3 ni, baru tengah hari aku berani nak naik food court dia untuk makan tengah hari. Aku round tengok apa yang best, tapi gadis cantik gojes jelita seperti ku tidak dapat lari dari di ngorat. Statement tipu sangat kan..haha! Dan nampak pelik bila makan sorang2 kat foodcourt. Jadi aku jalan je kat foodcourt tu, tak berani nak makan sorang2. Turun balik, lepak baca novel je kat tepi-tepi.

Masa ni la ada sorang negro ngorat aku. Disebabkan berhari-hari aku lepak baca novel kat situ, sampai negro tu pun dah tau timing aku rehat. Scary. Sampaikan satu hari dia menangis-nangis merayu nak couple dengan aku, katanya 'i really really love you, without u..i rather to die'...oh please die..huhu! Hello..sungguh menakutkan. Aku report kat bos, mintak bos tukar rehat dengan i. So aku tak perlu lagi jumpa negro yang menggelikan ittew. tak cukup dengan aku tukar timing rehat. Negro datang menggangu di kedai. Seminggu aku mintak tukar jaga kedai kat monorail BB. Jauh jugak haku kena menapak dari Times Square ke BB semata-mata keranamu abang Neg. Terima kasih la..huhu!

Selepas tu...hidupku kembali aman. Jadi aku rehat macam biasa. Semua kembali normal la. Bos aku Andy, dia cakap dia sangat respect aku. Sebab aku bijak *tq*..bagitau dia kalau ada masalah, tau macam mana nak solve problem kalau ada lelaki kacau. Ofkossss i know, i dah biasaaaaaaaa sebab i memang ditakdirkan HOT.Ops tak sengaja huruf besar, hahaha! Then lepas tu wife Andy pun bagitau "Hana, Andy memang sayang sangat kat you tau, dalam banyak-banyak staff, dia paling sayang kat you..jadi you jangan resign ye, kerja je sini, kita boleh naikkan gaji u bla bla bla"

Oh mana mungkin bekerja terus. Aku punya angan-angan nak jadi jurutera perempuan yang berjaya *masa tu la* sebab dulu masa spm aku ambik subject mekanikal. Itu je la pun cita2 yang aku boleh fikirkan. Hari-hari berlalu pergi, sampai la bulan ke 4. Masa ni aku baru bukak kedai. Yup kerana Andy sayang aku, memang dia bagi aku kunci untuk aku bukak dan tutup kedai hari-hari. Pfttt.... Ada sorang lelaki kehulu kehilir lalu depan kedai. Lelaki melayu...muda lagi. Setiap kali dia lalu aku akan senyum kat dia, dia pun akan senyum kat aku. Dan tak tau berapa kali nak senyum kat dia. Dalam hati rasa macam..banyak pahala sedekah aku pagi ni...kannn...huhu!

Lepas tu..sambil dia senyum, sambil aku senyum jugak, smbil tu jugak makin dekat dekat dekat. Oh rupanyaaaa dia dah masuk kedai, dan duduk depan aku, duduk kat kerusi pulak tu..tak pelawa duduk pun. Hihi! Dia pun memulakan bicara..ecewah... "Awak dah lama kerja sini, haritu saya nampak awak kat foodcourt, kenapa awak dah lama tak naik, tak makan ke?" Gittew.. Aku pun terus jawab dengan jujur sekali. Oh aku memang jujur sebab tu Qery sayang aku. *sempat*. "Saya segan makan sorang-sorang" Lepas tu dia offer... " Awak naik harini, saya belanja awak makan. Naik cari kedai *******, saya kerja situ". Dan aku dengan tak malunya jawab "ok"

Kerana lelaki tu agak comel jugak, kekekeke! Tak dapat menghalang kegatalan ittew. So petang tu pun aku naik, dan cari kedai makan ******* tu. Dari luar nampak dia terintai2 kat pintu, Suruh aku masuk dapur dia. Dalam tu ada dua orang lelaki. Sorang abang B dengan laki tadi..kita panggil laki tu A la yeah. Abang B ajak makan sana hari-hari, dia belanja. First day A masak, dia tanya sedap tak dia masak, aku jawab kalau lagi pedas lagi sedap. Jadi esok dan esok dan esoknyaaaaa dia masak PEDAS PEDAS untuk aku. cili lagi bayak dari nasi. SUPERB!! A suka sangat tengok aku makan, sampaikan dia bekalkan aku nasik masa nak balik. So maknanya aku dapat makan tengah hari dan malam FREE OF CHARGE. hahaha! Rezeki.

Sampai la suatu hari, hari yang aku dapat result SPM. Aku tengok A dah tak kerja. Tanya abang B, rupanya A pun lepasan SPM macam aku. Tak tau dia punya result macam mana, tetiba terus resign je. Sedih jugak berpisah dengan kawan macam tu je. Tapi sebelum result SPM keluar, A suruh abang B bagi rantai kat aku. So romantic tau. Sejak tu jugak aku tak naik makan dah. Abang B yang turun bagi aku bekal. Hahaha! Sebab aku sedih la kan..aku naik sebab nak borak2 dengan A, A funny tau. Lost contact macam tu je. Sobs..

Sehinggalah..hujung bulan April, aku resign. Andy sedih. Pujuk supaya aku stay. Siap sanggup cakap dengan parent aku, sanggup naikkan gaji aku sampai 2k. semata-mata taknak aku gi sambung belajar, suruh kerja dengan dia. Apakah kegilaan.. Tapi Andy memang baik sangat. Bos yang sangat-sangat baik. Bos yang sentiasa di hati. mihmihmih *tetiba gelak tatut qery mawahhhh*

Jadi aku cari kolej. masa ni semua orang belum dapat surat tawaran lagi, tapi aku tak boleh la. begitu lama nak tunggu ipta. ipta kan kemasukkan bulan 7. masa tu baru bulan 5. tak boleh tunggu, aku apply MSU. bulan 5 terus masuk. Dah ditakdirkan Allah, aku ambik course Pharmacy. Sila redha dengan ketentuan-Nya, hihi! Masa ni dah start mintak duit kat parent balik, hehehe! Situasi dia macam Back To School!!! Gittew

Masa ni aku duduk asrama 6 hari seminggu. sebab sabtu half day, aku balik rumah ceras sampai ahad. Isnin gi kelas macam biasa balik. dapat belanja seminggu Rm50. Siapa duduk Shah alam, you tell me, Rm50 cukup tak seminggu? Makanan dia super mahal. Ini tahun 2006 tau. nasi ikan sayur air total mesti Rm7+. Kan...... Dengan nak fotostat lagi. Takkan la makan sekali sehari. Mujur ada PTPTN. hahaha! Tapi bukanla PTPTN dapat ontime. Semua orang pun tau kot. Cita banyak takde. Pandai2 la nak hidup.

Masa ni ramai la kawan-kawan aku yang kol abang kakak ayah mak mintak duit. Dan aku terkejut. Call kakak abang mintak duit? Boleh? Ke aku sorang je yang tak mintak kakak abang duit? haha!  Aku seperti pelik gilaaaaaa babeng tau..Rupanya dekat mak mintak, kat ayah mintak, kat kakak mintak, kat abang pun mintak. Apakah? Untunglaaa...haha! Tapi kesian kot kat kakak abang. dorang pun ada komitmen lain, apakah tetiba kena peruntukkan untuk ko tetiap bulan. Hahaha! nasib aku takde adik.

Bila korang baca apa yang aku cerita ni, mungkin ada yang nampak certain part yang aku kadang2 ada masalah. Contoh macam masalah duit, masalah ego sebab taknak bagitau parent, masalah degil keras kepala, masalah pemalu nak makan sorang2, haha. Tapi aku tak pernah pun anggap tu satu masalah. Kadang2 aku rasa itu bukan masalah pun. Itu adalah pengalaman, ataupun dugaan, ataupun satu perkara yang nak tak nak kau kena lalui jugak. Tak kira la kau bersedih meratapi mengadu domba, kau tetap kena hadap jugak. Bila kite fikir benda tu sebagai masalah, kita akan psycho diri sendiri. Lepas tu rasa stress. Lepas tu rasa sedih, lepas tu aura negetif semua datang.

Bagi aku, susah senang ni semua..kite kena lalui jugak kan. Kalau kau tak boleh berlari, kau jalan la, kalau tak boleh jalan, kalau merangkak, kalau tak boleh merangkak, kau boleh mengesot, kalau tak boleh mengesot, pergilah daftar OKU. hihi!

eh banyak i bebel harini. penat korang baca kan. Dah la gi keje k. Asik baca bloggggg je kejenyaaa...wakakaka...matiklaaa cakap camni. Kbyeee

p/s : Promo Myracles beauty last day ye, Rm156 termasuk postage + free gift bekas sabun. KLIK SINI. Maixara. HOT ITEM!! Promo RM99.90 free postage, beli 2 ke atas dapat free gift bekas makanan yang comel! Buy now!

Comments

Shima Mazlan said…
suka post ko yg ni ..
Ainul Anne said…
HAHAHA suke je baca blog ko. lawokkk.


tetibe je daftar OKU. apakahhh
ieda iedana said…
thanks sepet. tetiba termotivasi plak baca blog awak hari ni... =)
aynadys said…
best bace entry sepet arini tq sepet ^^
Shahada Fauzi said…
mengesot gitu..macam suster ngesot je bunyi nye..:P

semua org pun ade masalah kan? nak terima itu sebagai masalah atau sebaliknya dan camna cara kite handle tu la yg menjadikan kita siapa hari ni..ecewah..
Bagus lah cik zu ni....zaman sekarang semua anak2 mintak duit dengan ibubapa....aunty respect lah dengan awak..

Patut lah sampai sekarang cik zu berdikari...pandai berniaga....aunty baca blog ceera...dia kata masa bertunang pun semua awak buat sendiri....tak nak menyusah kan semua orang....beruntung lah Qery dapat bakal isteri yang berperibadi baik2.
NenetPenne (NP) said…
kelakar.... yaa anda memang HOT... ha ha ha
ayanuts said…
moon pinjam ayat dkt perenggan ke 3 sblm last tu...nk update dkt fb..skrg tgh down glerr..bila bc entry ni jd bersemangat pula..trma ksh ;)
Anonymous said…
wah,,sweet nye abg A tu..haha erm bgus nya akak rjin cari duit ea,gud2

sunnah nabi:bangun tidur
Unknown said…
sepet, mana tuto shawl biru.. ?? :-[
Unknown said…
best entry nih =)