Dec 6, 2012

Walaupun iolls berpura-pura bizi.

Aku tak tau la macam mana nak terangkan kat korang. Kadang2 rasa kalau terangkan lebih-lebih nanti nampak macam poyo sangat pulak kan. Ye lah orang lain pun bisnes jugak, jual macam-macam, tapi rilex je. Takde la sampai kena explain gittew. Aku baru jual beberapa jenis barang, kelam kabut macam sehari 1000 customers. Amboi..hahahaha!

Tapi kan, ni nak nasihat kepada diri sendiri dan kepada semua peniaga lain la. Ramai gila kan buat bisnes online. Lagi ramai yang bisnes online melalui facebook. Dorang takde blog. Tapi dorang popular kat facebook. Ramai jugak la jugak peniaga online yang dalam fren list aku. Aku ni bukan la bijak sangat dalam hal ehwal berniaga ni. Tapi ada jugak experience sebab mungkin parent pun ada bisnes sendiri hampir 20 tahun.

Please bersikap profesional. Kalau u nak jadi taukeh. Buang sifat pemarah. Rendahkan ego. JANGAN MARAH CUSTOMER. Hormat customer. Dalam sesuatu perniagaan, CUSTOMER adalah PUNCA PENCARIAN kita. Customer always right okey. Walaupun ko dapat customer yang tak boleh bla. Dia still ko punya customer. Layan je. 

Ada sorang ni, bukan kawan aku la. Tapi tak tau la bila masa aku approve dia kat facebook, haha! Dia jual macam aku jual la. Everyday macam stress tau ayat-ayat dia. Ini aku bag contoh tau..

'Serabutnya dengan sorang customer ni, bla bla bla bla'
'Dah la order satu je, soalan macam-macam, macam aku takde benda lain dah nak buat'
'bayar dah la slow gila, tapi sibuk nak barang cepat'
'tak menang tangan aku layan customer ni, ni pun ada lagi tak layan, stress la'

OMG!! Kalau ko stress pun, tak payah la update kat status facebook macam tu. Ko berniaga. Itu adalah risiko yang ko memang dah tau akan jadi macam tu. Kalau ko tak nak rasa stress tu. Tak payah berniaga la. Which is, semua orang akan rasa stress, tapi kawal la sikit dik oi. Kalau yang update status maki-maki tu budak sekolah takpe, aku paham dorang tak matang lagi. Ini dah baya-baya aku. Dah boleh fikir. Macam tu ke ko layan customer? Adoilaaa...

Memang orang kata, tak fair la customer je menang walapun dah terang-terang nampak customer tu salah. Ada satu cara customer boleh kalah. Iaitu undang-undang, terma dan syarat. Jadi, sila buat undang-undang sendiri, terma dan syarat. Hihi.

One more. Issue harga. Haritu aku ada masuk page owner Felinna, ada issue pasal harga. Situasi dia macam ni.

Peniaga A : Jual murah
Peniaga B : Jual harga ikut harga pasaran.

Jadi peniaga B marah peniaga A. Sebab jual murah. Peniaga A kata, itu hak dia. Dia dah beli, barang tu jadi hak dia, suka hati dia la nak jual murah ke apa. Peniaga A marah Peniaga B sebab itu periuk nasi dia, peniaga A kata dia tak kacau pun bisnes peniaga B, jadi jangan sibuk dia nak jual harga berapa.

Kalau nak dilihat dari segi situasi, ofkos. Kau dah beli sesuatu barang. Itu dah jadi hak kau. Kau nak jual harga berapa pun. Sukahati. Tapi..ini adalah tipikal peniaga yang pentingkan diri sendiri. Nak untung sendiri.Seriusly, walaupun mak bapak aku sekolah sampai darjah 6 je. Tapi dorang masih tau hormat peniaga lain. Mak aku dulu pernah pesan. Kita berniaga, kita kena tau jiran kita jual apa. berapa harga dia jual. Kalau ada benda yang sama, brand yang sama, jangan jual harga jauh lebih murah atau lebih mahal. Hormat peniaga lain. Kalau nak lama dalam perniagaan. Ikut harga pasaran. Jangan tamak.

Pernah kau pergi stesen minyak Petronas Ampang dapat harga murah dari stesen minyak Cheras walapun owner dia berbeza. Takde kan? Semua sama. Harga selaras. Persaingan yang sihat. Jangan main kotor dalam perniagaan. Tak baik. Begitu... Walaupun aku tak amik jurusan perniagaan langsung masa sekolah dulu. Tapi kena tau jugak sikit-sikit.

Tapi aku amatlah bersyukur, customer aku semuanya nice. Sampai pernah aku termiss out sorang ni punya nama, dah seminggu okey. Sobs...punyalah aku tatut kena marah kan. Aku paham, sebagai seorang pembeli, kita dah bayar, kita nak barang tu sampai awal. Nak servis yang bagus. Tapi apa yang dia harapkan kat aku..OMG, seminggu okey!! Kelam kabut aku mesej sorry. Tapi dia cuma cakap

'Takpe Sepet, tak sampai hati nak marah awak, sebab awak cute sangat' 

lalalalalala~~

Bukan sorang dua tau mesej macam ni. Maknanya bukan sorang dua jugak la yang aku termiss out. Muahahaha! Punyalah cuai. Tapi paling lama aku termiss out tu seminggu la. Yang lain dalam 3 4 hari gitu. Selalu kalau aku terlepas pandang ni, aku akan bagi free gift. Malu okey. Harus bagi free gift. Sebagai penghargaan sebab tak marah aku. Huhu

Baju dari Whitesoot. Cantikkan. Peplum sangat. Hihi

Ok sekarang baru nak cerita pasal dengan tajuk entry, muahahaha. Punyalah banyak gilos membebel. Senang buat entry panjang-panjang. Semua masuk sekali.Semua kejadian ni adalah lepas aku pos barang . Aku nak bagitau je, walaupun kita semua ni bizi, aku tau semua orang bizi, tapi kita kena pandai curi masa untuk tenangkan fikiran. Kalau dah hari-hari 24/7 bizi sibuk dengan kerja, boleh pitam jugak, jadi walapun dalam sehari tu ada 2 jam je waktu free, gunakan sebaik mungkin hokeyhhh..

Baju tu baru dapat dari Whitesoot. Sebab semua orang macam kena ada peplum dress, jadi aku pun nak ada satu. Cantik gila la aku rasa, lagi cantik bila dia lengan panjang, jadi aku tak payah susah-susah pakai inner bagai. Kadang2 panas tau pakai inner. Iye la memang tau tak baik cakap panas panas kan. Hahaha! *lap peluh* 


Makan kat Itchiban Ramen. Aku suka makan miso sup dia je. Sedap!! Korang boleh tak suggest kat aku, makanan korea yang halal. Aku teringin la. Kadang2 ada jugak lalu kat kedai makanan korea, tapi tatut nak masuk. Mahal tak eh harga dia? Kang bawak duit tak cukup pulak. Hihi! Maklumlah..tak pernah masuk, jadi perasaan first time nak masuk tu kan macam over sikit. Takut menu dia pelik susah nak sebut, takut mahal sangat tak mampu nak bayar sampai kena cuci pinggan pulak kat belakang kan. Nak bagi jam, tak pakai pulak. Jam Qery beli Rm10 kat pasar malam. Acane??
 

Gigi tak cantik, sibuk nak tayang jugak. hehe! Gambar Qery takde, sebab dia tak mms. Ini ihsan MMS dari Qery je. Sebab aku memang pemalas nak snap gambar, tapi ada instagram. Habis? Semua orang ada isntagram, ko pun sibuk nak ada jugak. Lepas tu malas nak snap. Lepas tu serba salah bila orang follow, tengok la dua gambar je sampai ke sudah. Hahahaha! Bukan apa. Handfon tu slow la. Tunggu Qery hadiahkan fon, macam tak dapat je. Ekekekeke!

Meh aku tunjuk kat korang baju-baju yang aku macam tergila-gilakan kat Whitesoot

cantik sangat. tertekan aku

korang boleh pakai dengan seluar. mesti cantik

yang grey tu yang aku pakai. Huhu!

simple, tapi cantik.

Aku ambik baju ni, tapi belum pakai, maybe pakai sabtu ni kot, pergi rumah orang kawin. Ada satu lagi warna pink pastel, korang gi tengok sendiri

pemplum yang comel!!

Semua cantik gila kan!! Korang tengok kat Whitesoot sementara masih ada. Okey cau cin cau!!

p/s : Promosi Felinna dah habis yeah. Sekarang ni beli 1 RM75 (free postage), beli 2 Rm150 (free postage and free gift)
sms/mesej sepet 0122678134 =)
Happy working and happy shopping!!

16 comments:

yun said...

sepet...
betul lah apa yg sepet ckp tuh..
mesti beri keutamaan pada cust...walaupun cust tu buat t**k kat kita...rehda jer lah..kak yun nih hah,baru jer terkena...sob...sob...

yun said...

oopppss luper...kita punyer acane??..hehehe

myraa wi said...

sepet makin bertambah2 comelss la pakai tudung..ngeee...sesuwai sangat kaler shawl tu :DDD

Izz Latif said...

Sepet try Korean Cuisine dekat Pavilion...
sedap!
ni contoh dia - http://izzlatif.blogspot.com/2012/11/silent-hill-korean-cuisine-new-hair-cut.html

Anonymous said...

cantiknya baju hijau tu :)

Anonymous said...

cantiknya baju hijau tu :)

Filla said...

betul apa mak ngan apak sepet buat tu.. nasihat tu betul sangat.. nak berniaga boleh, tapi hati jangan ada hasad dengki.. bersaing cara sihat bleh, tapi jangan bersain sebab tamak dan dengki.. tuhan marah.. nanti rezeki susah nak masuk ;)

mrs kayrul said...

kita nie tak cukup sabar macam awak so duduk diam2 beli jer la barang dari org tak sesuai jadi peniaga....hehehhe

s.y.a.r.q said...

ermmm..Kalau nak makan makanan betul2 korea try Street Cafe, kat SS15, Subang Jaya, ataupon dekat Sunway Pyramid.

Kalau nak makan Korea BBQ try dekat Seoul Garden...Dye ade byk cawangan, dekat One Utama atau Stesen LRT Kerinci atau dekat Setia City Mall, Setia Alam (^_^)

Irfa said...

ayat x leh blah 'x smpi hati nak marah sebab kamu cute sgt'hehe

ye..cust always right..dulu2 mmg selalu deal dgn penumpang.dia bayar mahal naik kapal terbang..so sabar jelah kalau byk komplen ;(

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Tokey cute...customer pn suka....me customer frm sbh yg bnk in td pagi...hi!!!!!

[Miss Eriqa] said...

ada satu restoren korea halal kat subang jaya ss15.. nama dia the street cafe.. rasanya dekat sunway piramid pun ad.. baru keluar kat jjcm sabtu lepas.. itu yg berani cakap restoran tue halal..

Sepet said...

yun : Kak yun, dah pos tadi. hehe!

myraa wi : Itu lapik meja lah..kekeke!

Izz Latif : Tenkiu..pavilion ke?? Mahal tahap apa tu? nak kumpul duit ni. hehe!

Rara Nasiha : Cantikkan..beli la ada warna pink tau..hihi

Filla ~ Kasihs : Ye la kan kak. Orang sekarang ni banyak pentingkan diri sendiri je. Itu la yang susah tu..huhu! rasa nak gigittt je..

mrs kayrul : Haha..takde la sabar mana pun..kalau marah tu, kite lepas kat Qery je. muahahha~

s.y.a.r.q : Whoaaaa..ni mesti penggemar makanan korea ni, punyala banyak tau..tenkiuuu tau. kena salin ni, tak boleh hapal. huhu!

Irfa : Lawak kan, saya pun rasa nak gelak je time baca. Customer memang selalu betul. Kena redha je. hihi!

QASEEH HATIKU QASEEH : Haaaaa!! Tau tau!! hehe!! Tenkiuuuuu beli dengan sayaaaa.. Muahhh!!

[Miss Eriqa] : subang jaya..menu dia apa yang sedap ingat tak? Nasi ke? Ada nasi tak? huhu! Kampung sangat, apa pun tak tau.. =P

Rara talks said...

nice dress! i've followed ur blog.hari2 baca.hehe.. feel free to visit my blog k, im still new, baru beberapa hari muncul.:D

http://thefreestylist.blogspot.com/

Mrs.Wanida said...

hai..suke baju yang kamu pakai..cantik banget!!
eh, sy dah follow awak..bestlah blog awak.jom jengok blog saya pulak okeyh.. wink!!wink!!

Rozana Razali said...

sepet, try la Spring Potato Cafe @ Sri Gombak.

Owner dia melayu kawen dengan korean. =)