Dec 19, 2012

Setia dengan satu supplier kejadahnya??!!??

Aku tak tau la, aku kan kebelakangan cepat hangin. Qery la perasan. Sebab aku memang jarang amukan. Tapi tadi amukan pun takde la over sangat. Amukan tahap 2 je. Hehe!

Kan aku update yang vitamin c takde stok. Stokis aku memang tak boleh buat apa dah. Sebab dia dah order dan dah bayar. Yang problem sekarang ni stok kat kilang. Tak tau la aku apa yang problem, sebab aku bukan order direct ke Felinna Marketing. Kawan aku ni yang stokis, dia yang order. Aku ni under dia je.

Tapi disebabkan kawan aku takde stok. Takkan la aku nak berdiam diri. Sebab dia sendiri tak tau bila ada stok kan. Jadi aku telah mengambil inisiatif lain untuk mencari backup stokis. Sekiranya kalau stokis aku takde stok, aku ada la stokis lain yang boleh supply aku barang.

Dulu pernah masa mula-mula aku nak jual losyen, losyen tak de stok. Aku pun macam biasa cari stokis lain. Member aku ni takde hal. Dia paham. Dia sendiri cakap dengan aku yang kita ni kena cari banyak stokis, tapi yang kita rapat bukan semua. Jadi aku rasa dia tak kisah pun kalau aku cari stokis lain sementara dia takde stok. Tapi aku still akan stick dengan kawan aku la. Sebab servis dia bagus. Cuma kilang takde stok. Takkan kau nak letak kesalahan ke atas dia kan. Sangatlah tak munasabah. Huhu!

Aku pun cari la nombor sorang-sorang stokis. Paling aku menyampah tahap cipan dengan sorang stokis ni. Aku cakap la yang aku nak beli banyak mana. Dia pun tanya soalan kat aku.

Stokis 1 : Awak ni ada under mana-mana stokis lain tak?
Aku : Saya stokis under bla bla bla, tapi dia takde stok buat masa sekarang. Sebab tu la saya cari stokis lain sementara nak tunggu stokis saya ada stok.
Stokis 1 : Saya rasa baik awak stick dan setia dengan stokis awak, kesian dia. Tunggu je stok dari dia. Lagipun nanti dia cakap saya curi customer dia pulak.
Aku : Stokis saya tak kisah rasanya kalau saya cari backup stok.
Stokis 1 : Saya hanya boleh bagi kat dealer under saya je. Tapi kalau awak nak 10 botol boleh la.

Tak sekolah ke apa stokis ni? Siapa ajar ko kalau beli kat satu supplier, tak boleh beli kat supplier lain? Kalau ko gi Kedai A nak beli gula, tapi gula habis. Mesti la ko akan cari Kedai B. Takkan la ko bodoh sangat nak tunggu sampai Kedai A restock gula dia. Bingai gila.

Lepas tu ingat aku ni bodoh tahap apa nak beli 10 je? Aku nak 100. Kalau ko pun takde stok sampai seratus, cakap je la takde. Ofkos la beli 10 lagi mahal kan. Stokis ni pun bijak. Dia nak jual sikit-sikit je, sebab dia nak untung banyak. Tadi kata tak nak jual, lepas tu boleh jual sikit je. Boleh nampak tak kat situ?? Tapi bukan semua gitu la. Stokis aku yang terbaik setakat ni. Tak pernah aniaya dealer dia.

Siap dia cakap tak nak jual kat aku sebab apa tau. Dia cakap dealer under dia jual banyak. Kiranya setiap seminggu ada order. Takut jual kat aku nanti tak laku la apa la. Habis kau ingat aku beli barang untuk apa? Untuk frame dalam almari. Memang la aku ni tak beribu customer satu hari. Tapi tak payah la kot nak merendah kan orang lain kan.

Boleh nampak tak aku tengah marah ni? Hehe! Geram okey...Itu kes lama la sebulan lepas. Ini kes semalam. Memang kebanyakan stokis kehabisan stok vit C. Aku kol dekat 10 stokis, semua kata takde stok. Ada pun tinggal sikit je, aku kalau sikit aku tak nak ambik. Baik aku cari yang banyak, senang tak yah banyak keje aku nak bayar kat sana sini.

Stokis 2 : Awak stick je la dengan stokis awak, nanti dia kata saya curi dealer dia.

OMG!!! Apa maksud mencuri ni sebenarnya? Aku tak paham sungguh dorang ni. Banyak kot kat fesbuk tulis, stokis 1 curi customer stokis 2. Aku rasa dorang ni slow + lembap + pemikiran dalam kotak. Amboi, hamik kau. haha! Dalam perniagaan, tak ada kes curi mencuri customer. Customer sekarang ni bijak pandai.

Ni aku bagi contoh senang la yeah. Ada kedai A yang dah lama di bukak kat kampung. Kedai biasa la runcit kan. Yang tukang jual dia pun Ah So. Kerana tak ada persaingan semua orang pergi Kedai A. 10 tahun kemudian, penubuhan Kedai B. Kedai B selesa, ada aircond, chasher pulak awek cun. Customer kompom akan ke Kedai B.

Lepas tu Ah So pemilik Kedai A cakap Kedai B curi pelanggan dia. Boleh? Masuk akal tak? Adakah Kedai B ni bodoh sangat, halau pelanggan tu suruh masuk Kedai A balik  sebab tak nak dituduh pencuri?? Gila ke apa? orang tak berpelajaran je tolak-tolak customer.

Contoh lain, ko nak gi beli beg LV design A kat KLCC, tapi KLCC dah tak de stok, kena tunggu sebulan baru dapat. Ko pergi la Pavilion sebab design A tu ada. Tetiba manager Pavilion kata 'eh tak boleh la, u kena beli kat KLCC sebab u regular customer kat sana kan' God HELP Me!!

Kalau antara korang ni kalangan supplier ataupun stokis, jangan jadi bodoh tahap itu okey. Kalau sendiri takde stok bagitau je takde stok. Jangan nak poyo-poyo kata tak nak jual, ataupun  nak berpura-pura baik konon2 nak menjaga kepentingan stokis lain. Jujur je bgtau takde stok. Apsal? Malu nama stokis tapi takde stok? Hello?? Aku ni bukan bangang sangat. Aku tau stok stuck kat kilang. Bukan salah korang pun. Habis cubalah jujur sikit. Tak payah la nak poyo. Geli aku.

*ini semalam tulis entry tau, sekarang aku dah tak marah dah. Sebab semalam dah makan cili 10 biji akibat menahan marah, muahahaha. sekarang ni iolls anjeeee je...kuikuikui!*

lagi sekali, stok vit c insyaallah sampai kat aku khamis ni. Kalau mana yang sempat, aku pos khamis, mana yang tak sempat, aku pos jumaat ok. Jangan takut-takut sms/wasap aku tau. Mana tau korang takut sangat sampai taip mesej kat aku macam ni 'salam sepet, saya bukan stokis A mahupun B, saya customer je tau nak beli vitamin C yang stokis B tak nak jual tu' Muahahaha!

Inchloss : RM75(semenanjung), RM80 (sabah/sarawak)
PMCVC : RM85(semenanjung), RM90 (sabah/sarawak)

12 comments:

gnesop said...

hmm entry marah nih.. hehehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum...
macam2 kes ek.. diorang mungkin terlalu obses dgn customer kut. hihi

Irfa said...

fuyooooooooooooooo kagum ngan kamu walaupun marah tetap cute ;)

Unknown said...

sabar si comel.. sabar.. nanti makin sepet mata, makin come.. semua jeles..

Me And The Boyz said...

lempangkan aje :)

Yana Syila said...

betul jgk tu..
takkan lar xboleh beli kt tmpat lain kalau tmpt tu xde..

http://diyanasilah.blogspot.com

Shahada Fauzi said...

hahahahaha..entri ni memang terbaek..i like berjuta-juta kali..kui3..

sabo ye zuhana..kamu niaga je macam biase..cari stokis yg terbaek je..macam kamu jugak..^_^

Khalilah said...

Yg tetakut + kekunun curi dealer @ customer tu agaknya tak nak terlibat dgn persaingan. Mslhnya, bila dh nama business mane la yg tak de persaingan kan...? Bersaingla cara sihat kan bagussss~

Sepettt pls sabar oke... Hope segale akan oke2 juge :)

sharifah rosidah said...

Tu lah orang kita...tak meniaga tapi lepastu nak aniaya orang....saja nak ambik untung lebih kan...orang macam ni tak payah lah awak ber urusan dengan dia lagi.

mi$$ Wh@teveR said...

Zuhana. kamu sangat comel setiap masa. Marah ka, sedih ka, apatah lagi gembira. Tengah stress, tengah bosan, baca ja entry blog kamu, terus tersenyum kembali. Kekalkan sikap kamu tu, insyaallah, semua orang sentiasa sayang kamu. Nk marah kamu pon xsmpai hati. Hihi. You inspire me a lots dear.

Hidayah said...

puas hati tau k.dyh baca..

mmg entry marah..

tapi marah yg berhemah la..

dan butiran kemarahan tu jelas..

tak de koner koner..

saper terasa tu mmg padan muka..

haha..

Kak Jah said...

Sepet, fiza rasa diorg x nak dealer lain beli sbb mybe stokis tu akan dpt point kalau dealer yg berdaftar bwh diorg yg beli...

Kalo dealer yg lain beli, mybe diorg tak dapat pape point just dpt sikit untung...xtau la kalo cmane biz fellina ni beroperasi...cer selidik camne cara biz fellina ni sebenarnya...

* just pendapat :)