Aku termasuk golongan alien?

Secara tiba-tiba aku nak bercerita pulak harini. Maaflah selalu sangat cerita pasal bisnes pun borinnnngggg...hihi!

Tajuk karangan kita pada hari ini adalah 'Diriku sekeping kertas' Amboi...hahahaha! Metafora sangat. Aku rasa aku dah cerita berpuluh kali, tapi sebab aku dah save entry lama kat draf, tak mengapalah. Aku cerita lagi banyak-banyak kali pun takpe, blog haku kennn...muahahaha! Ok tak klaka.

Kan aku pernah bagitau, masa aku kecik-kecik kakak-kakak aku tak suka kawan dengan aku kan. Sebab aku ni paling kecik. Budak kecik adalah leceh kerana suka sepahkan barang, suka nangis, mengada-ngada, manja terlebih, bla bla bla. Aku rasa kerana perangai yang menjengkelkan ittew lah, dorang tak selalu main dengan aku.

Lagipun aku lagi suka main sorang-sorang, dengan teddy bear, main lego. Lego kan nama dia? yang susun-susun buat rumah la robot la. Aku lagi suka baca buku cerita, jangan tak tau masa kecik aku suka blaja. *see? ciri-ciri budak berilmu telah diterap ketika kecil, tolonggg la percaya, ekekeke*

Kalau nak main pun, aku akan keluar rumah. main dengan ayie. Tapi selalu Ayie tak nak main dengan aku. Sebab aku ni leceh. Kawan2 dia kan ramai lelaki. Main tembak-tembak. Aku kena tembak sikit nangis. Pastu balik ngadu dengan mak. Mak marah ayie sebab tak jaga adik. Oleh kerana itu jugaklah Ayie tak suka main dengan aku. Hahaha!

Jadi masa kecik, kerana tak ada orang nak kawan dengan aku. Aku berkawan dengan mak aje. Kalau mak ada marhaban, aku akan ikut. kalau ada jemputan buat marhaban kat rumah sana sini, aku akan ikut. Mak iolls ketua marhaban masa tu. Konon bawak aku tu, supaya aku belajar la. Boleh la ganti dia bila besar nanti. Sekarang? Apa dah jadi? Macam tak berhasil sangat kan..huhu!

Siap dulu mak bagi buku marhaban tu. Suruh hafal sikit-sikit. Kalau ko suruh aku baca sekali boleh la ikut, tapi kalau nak solo tu, maafkan patik. Hihi! Selain emak, yang rajin melayan aku adalah Jemah dan Ceera. Tapi disebabkan dulu Jemah dengan Ceera blaja kat UUM. Jauh kat Kedah. Bila dorang balik rumah pulak. Turn aku masuk asrama. Memang tak selalu jugak la berborak ke hape. Tapi bila borak, tak hingat dunia. Kalau gi rumah Jemah, boleh berborak sampai tak tidur.

Aku ada sejenis perangai yang kalau ada masalah. Memang susah nak cerita kat orang. Even tak ada duit ke apa kan. Masa mula-mula kerja kan mana ada duit. Gaji pun tak dapat lagi. Tapi aku tak pernah pun mintak kat parent. Pun bukan Qery yang tanggung aku. Nasib iolls ada simpan duit sikit masa blaja. jadinya kite jimat-jimat guna duit tu je. Bila orang tanya ada duit ke tak kan. Walaupun memang tak de duit, aku mesti akan cakap ada. Sampai Qery marah tau. Dia kan tau la aku belum ada gaji lagi, banyak kali tanya aku ada duit ke tak semua. Aku tetap mempertahankan yang aku ada duit. Muahaha! Meminta-minta meminjam-minjam duit orang adalah perkara yang memalukan bagi aku.

Macam cerita problem kat tempat kerja kan. Hanya emak je la yang tau, dengan Ceera. Kalau gaduh dengan doktor ke, kena marah dengan boss ke, kena pulau dengan kawan sekerja ke, semua iolls cerite dengan emak. Ngadu-ngadu. Takpun cerite dengan Qery. Aku kan looser, takde kawan. Kehidupan aku tak macam korang. Korang sabtu ahad hangout dengan kawan-kawan. Shopping sana sini. Girls day out. Bla bla bla. Aku pulak jenis dating dengan Qery je. Aku tak suka keluar ramai-ramai, sebab banyak kepala. Nak gi sini la, nak gi sana la. Nak makan kat mana pun susah. Sorang nak sini, sorang nak sana. Masuk kedai sini, masuk kedai sana. Aku tak boleh macam tu. Aku masuk kedai apabila aku nak beli barang je. Kalau tak beli, memang aku tak masuk.

Selalu kawan-kawan ni dia akan masuk, tengok tengok, try pat ploh baju. tapi satu pun tak beli. Aku tak suka. macam buang masa kot. Kalau nak masuk beli terus. Kalau tak, jangan masuk. Sebab tu aku suka shopping online. Muahahaha! Tak payah selak baju selai-selai. Dah terpampang orang tu pakai macam mana. ko klik next next je. Kaki pun tak penat jalan. Pun tak yah rimas dengan promoter yang asik ikut belakang. Lepas tu sibuk cakap 'yang ini baru, yang ini pun cantik'. Aku tak suka mintak pendapat orang. Kalau benda tu aku suka, aku beli terus. Kalau keluar dengan kawan, nanti kang bila aku pilih barang tu, yang sorang ni sibuk cakap 'yang tu tak cantik la' terus terbantut aku nak beli, padahal aku suka je.

Dengan cerita-cerita aku kat atas ni. Kesimpulan yang korang boleh nampak. Aku adalah seorang yang ikut kepala sendiri. Which is not good. Hahaha! Sejak bila aku berperilaku begini??? Sejak aku give up apabila semua orang macam nak tentukan hidup aku. Dengan Qery yang memang suka tentukan hidup aku kan. Suruh aku kerja bla bla bla. Aku berenti sebab keputusan sendiri. Aku bisnes pun sebab keputusan aku sendiri. Masa resign, parent suruh aku jaga kedai dorang. Kemain lagi la mak abah nak suruh aku duduk kedai. Ofkos aku tak nak. Aku tolak pelawaan tu pun keputusan sendiri. Macam bagusss je okey, hahaha!

Best sebenarnya bila kita boleh buat keputusan sendiri. Rasa puas hati. Even keputusan tu salah. Tetap tak de rasa menyesal ke apa. Manusia memang belajar dari kesilapan kan. Kalau asik buat benda betul je pun takut nanti riak takbur pulak. Macam kawan aku, dia jarang buat salah la. Lepas tu riak asik cakap dia tak pernah buat salah la apa la. Sekali bila dah buat salah. Termenung berhari2. Hamik kau. Jadi bila ada buat salah tu sebenarnya bagus. Benda tu mengigatkan kita yang bukan semua benda yang kita buat adalah betul dan lebih berhati-hati.

Biarlah kita cuba sesuatu benda masa kita muda. Berjaya tak berjaya itu dah ketentuan. Atleast kita dah puas hati. Kita tau kita sebenarnya tahap mana. Cuba je. Tak cuba tak tau kan.

Amboi..poyo tak hagak. macam la ko pakar motivasi ke apa kan. Hahaha! Aku ni sebenarnya bukan kuat bercakap pun, aku diam je. Kadang2 kalau kakak-kakak aku balik rumah ni, aku rilex je lepak dalam bilik buat kerja. Kahkahkah! Kong ajo sungguh. Kadang2 kalau aku ada masa sikit, aku keluar layan anak buah. Aku lagi suka layan anak buah kerana mereka memang fun gila tau. Dengar problem, dengar cerita hantu, dengar teka teki la, maybe sebab umur aku pun lebih kurang dorang je. Pemikiran tak matang. Hahaha!

Kalau lepak dengan kakak-kakak pun fun. Tapi sekarang tak fun sangat sebab dorang tu asik main fon je. Depan mata pun nak wasap. Haku memang tak paham langsung. lepas tu gelak sambil tengok fon. Apakah ini? Aku tak paham sebab fon aku takde internet. Wakakakaka! Village sangat aku ni.

Bila dah habis tulis ni. mesti ada orang cakap. Iyelah Sepet....orang lain tak betul...engkauuu je la yang betul. Muahahahaha! Semua orang tak nak kawan dengan aku sebab mungkin aku spesis alien. *skali lagi tak klaka*

(____________________________)

Dari :
Alien yang cantiq

Comments

Sheila Salim said…
Assalamualaikum awak. panjangnya. nasib baik baca habis! tapi betul cakap awak, belajar drpd kesilapan baru hidup kita best sikit. hehehe. takyah lah ngaku diri tu alien. hehe. kita semua manusia. sama je, yang membezakan hati dan ilmu!
Shima Mazlan said…
hmmm .. aku pon mcm ko la .. klu nk kuar g shopping memang aku ske g sorg2 .. sbb aku bebas nk g mne .. event ng bf aku pon aku xske .. dr cara ko menaip blog ko ni pon aku taw ko mmg ske wat kepala sndri .. terletak kt individu tuh nk jd apew .. knnnnn .. mesti qery pening layan kepala ko kn .. huhuhuh
udez said…
kite agak sama la sepet..pasal masuk kedai bila nak beli je,xsuka kua ramai2,suka wat keputusan sendiri tu.dari sekola dulu kalo kua gn kawan2 memang memenatkan.pastu suma jenis suka try tapi tak beli.stres2.kita sekapal..huhu
Felis Domestica said…
Alo....lo....
ni nape ni? jangan la mcm sayu sangat. mesti tengah terasa dengan sesapa, sensitif kan.
Kiter pun tak der kawan sangat,malas nak berkawan pun yer jugak. samaalasan mcm sepet bagi. takper, nanti dah khawen, rasa la penuh sikit hidup.

semoga happy selalu....
semangat...
sedih jer tulisannyer....x pe...as long as u enjoy with your life...x mo pikir byk2 ehh....
Nur farahiza said…
kak sepet , fara pun macam too jugak , ta suke nak bergaul , sbb dari kecik mmg macam too , yela anak sulung kan , adik abg mmg tade , kalau pape pun mesti main sorg2 , waktu kecik2 mak ta bagi keluar , yela bahaya , lagi pun nie jew la satu2 anak dye kan *wah ayat nak sedih nie * hehehhe , so sampai skrg keluar dgn kawan mmg la jarang , kawan2 pun tak ramai , skrg ade pakwe , kite keluar dgn pakwe jew lew , hehehhehe
ceera said…
Tersirat sgt ni hahaha...
mrs kayrul said…
sama la kita ..senasib....kita pun x ramai kawan....bukan ngan kengkawan jer ngan dalam family pun kita pendiam..ikut kepala sendiri jer janji happy..dulu kawan kita tue boyfriend kita bila dah kahwin dia je la kawan kita