Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 1, 2013

Befday Emak Abah Andak Atam

Paling boring kalau tetiba nak sambut befday mak abah, mesti nak selitkan andak dengan atam. *bunyi seperti jeles je,kekeke*. Kenapa semuaorang nak lahir bulan 9 ni? dah berpuluh tahun aku masih tak puas hati. Hahaha!

Dorang ni berwasap la dalam group family, selalu wasap dari group family ni aku malas nak layan sangat, haha! Sebab aku tak paham sangat, yela benda dah berjela. Aku bukak semata nak hilangkan notification tu je. Banyak okey dorang ni berborak. Kadang beratus tak baca. Tak kuasa la aku nak baca satu satu. Tu yang skip je, tetiba alih-alih hari Jumaat tu dorang tanya 'jadi tak jadi tak sabtu ni' Gittew.

Aku yang 'eh eh apahal yang Sabtu ni..?' terus la scroll balik, apakebenda la mereka semua ni. Biasalah family ramai cengginilah ye. Group Family Noh termasuklah semua adik beradik ipar anak buah semua. So macam-macam ada lah kan. Rupanya dorang nak buat makan-makan sambut befday mak abah andak dengan atam. Pastu bertemakan semua orang pakai Jubah. Ops...aku dah la jubah takde ni. Acane??

Mula-mula dorang kata nak buat port luck, tapi tetiba ada kesedaran yang tak ada orang nak mengemas rumah. Hahahaha! Ofkos la takde. Mak kan dah sakit. Lepas tu Kak Nini pulak sarat mengandung. Kalau dah ramai-ramai macam tu, ofkos la rumah akan kotor. Takyah buat port luck pun kalau dah ramai-ramai mesti la bersepah kan. Gittew. 

Jadi, sepakat membawa berkat, semua nak makan kat restoren makanan arab.. Abah aku ni memang suka makan makanan Arab. Ikut selera dia je. Sabtu tu Qery pukul 8 dah ada kelas, habis lewat. Tapi Qery kata kalau sempat dia join sekali. Dia cancel main badminton malam tu. So dapatlah join sekali makan sama-sama. 

Mula-mula aku fikir kalau kelas Qery habis lambat, aku tumpang Atam je, sebab rumah aku dengan jugak dengan rumah atam. Dekat la kalau nak kereta. Huhu! Berfikir jugak aku, kalau Qery tak dapat ikut jugak ni, mesti family aku fikir yang Qery ngelak nak makan sama-sama ke apa kan. Tapi aku pedulik hape. Hahaha! Lantak la dorang nak fikir apa pun. Sekali Qery kata dia balik awal sikit. Phewwww... Kering balik peluh kerisauan akhak. Kuikuikui!

Jadinya, berkumpul rumah mak dalam pukul 9. Kakcik Akak Kaklang Ode rasanya sampai awal, petang-petang camtu sampai kot. Aku Andak dengan Atam sampai nak ngam-ngam pukul 9 camtu. Kitorang sampai-sampai, semua dah menunggu nak bergerak je. Hikhikhik!

 Inilah baju Arab terbaik yang aku ada, haha! Sebab dulu aku beli kat kedai pak Arab. Boleh la ye semua. Kihkih! Kalau tak boleh, amik gambar belakang2, keluarkan kepala je. Huhu!

Sampai je Restoren Sawarbina ni, semua cop tempat.  Aku bisik dengan Qery, duduk dekat dengan mak. Pastu aku cakap lagi, duduk sini, sana banyak budak.Perangaiiiiiii teruk kebeno kan. Hahaha!

Sekali Ayie duduk depan aku. Dia cakap 'Oi Na Ayie dengar la apa ko cakap, hahaha'

Taktik dari dulu lagi. Kalau nak makan,mesti sebelah emak, dan jauh dari budak. Haha! Nyaman sikit nak makan kan. Tapi last last, kat area aku duduk jugak budak2 ni nak main. Sajeee jeee.. Grrrr

Eh malas la nak cerita, korang tengok gambar je la eh.










 Qery behave je. Hihi! Qery okey je dengan family aku. Takde la kekok sangat. Cuma dia tak biasa bila ramai-ramai. Maklumlah family dia 3 orang je adik beradik. Semua lelaki pulak. So bila ramai-ramai macam ni, mungkin take time jugak la nak biasakan diri dengan persekitaran. Gittew kan. Jangan kata Qery la, semua orang pun sama kot. Huhu!

Pastu, lepas habis makan, sambut befday dorang and tiup lilin.





 



Sebenarnya aku nak update proper tau, tapi kan..harini banyak order, aku dah terjeling2 kat fon tengok wasap n mesej dah bertingkek-tingkek. Jadi, update macam ni pun bolehhh la eh. Hihi!

Glitter Shawl yang aku pakai tu dari

Instagram : fznisa_scarfshop
Facebook : Fznisa Scarfshop
Direct What'sApp/Msg 0133644855

Banyak gila shawl cun. Lepas tu glitter shawl memang trend kot.

3 comments:

Sheila Salim said...

assalamualaikum sepet. wahh bestnya sambut harijadi dengan family semua. teringin nak makan nasi arab tu. heheh happening la family awak. hehehe

Hidayah said...

Boleh la dek dari takde..hikhik..

Sepet pnh tgk cerita bersiri kan.. feeling akak nih biar ada sambungan kisah hidup mu dek jgn nk buat mcm drama tv tu nak tunggu tungu tunggu sambungan. .. paham tak paham tak. ..

Tak phm jom jumpa dpn dpn akak explain..

Haha * ada hati nk jumpa sepet ;)

miss shuwa said...

muke sepet mmg fotostat muka mak sepet...hehe