Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 30, 2013

Kisahnya Kebab G-wrap McDonald's Punye Penangan

Korang pernah tak makan Kebab McD? Sekarang ni dorang tengah promo ada kebab kan, tapi tak tau sampai bila la. Sejak sebelum kawin lagi, aku memang suka beli makanan untuk mak abah. Contohnya barang dalam peti ais tu, kalau mak kata sayur dah takde, aku mesti akan pergi supermarket belikan barang2 dapur. Kalau aku balik lambat, tetiba abah dengan mak call suruh belikan makanan. Mesti dorang nak McD. Kegemaran sangatlah. Aku McD memang kureng sikit. Aku tak suka burger.

So baru-baru ni ada promo kebab, aku belikan2 set untuk mak dengan abah. yang burger biasa-biasa belikan untuk ayie kak ninie dengan abang. Saja la belikan kebab tu sebab mak dengan abah memang suka makan kebab. Kalau balik umrah atau haji, asik cerita pasal makanan sana sedap, ada kebab, ada kebab, ada kebab. Gitu. Hihi! Orang arab kan memang makanan harian dorang roti. Parent aku memang suka makanan arab. Kena dengan tekak. Aku kureng sikit. Aku nak sambal belacaaaannn. Takde sambal belacan boleh takde mood *lah sangat* hihi!

Hari pertama sampai la harini, setiap hari makan kebab. Hari ahad tu, pagi petang nak kebab. Makanan hospital tak pandang langsung. Semalam 1 hari tak makan. aku datang pun nak dekat pukul 6, bawak kebab McD, baruuuuuuu nak makan. Sanggup tunggu.

Hari Ahad, aku datang melawat dengan parent Qery, pukul 2 macam tu sampai. Qery takde dia ada kelas kat UPM. Mak Pak mertua jemput kat rumah. Dorang ada belikan buah untuk abah makan. Sampai-sampai sana tengok ada ayie, kak ida, mia dengan hakim, Ode otw belikan kebab abah, tapi tak balik lagi. So Ayah Qery tanya Abah.

Ayah = Ayah Qery
Abah = Bapak aku. Hihi!

Ayah : Makan Bang
Abah : Nak tunggu Kebab

dah 10 minit macam tu aku pulak offer makan. Sebab yela kite ni risau dia tak makan, nanti perut masuk angin. 

Aku : Abah makan la roti ni sikit.
Abah : Tak nak. 
Aku : Kebab nak?
Abah : Nak..hihi *sambil sengih-sengih*

Ko kata la apa pun, dia tetap nak kebab. Huhu!

Setiap kali datang aku akan lapkan badan abah dengan air panas. Suka la kalau lap dengan air panas, terasa mandi kat rumah. Lepas lap badan request nak sapu losyen. Nak jaga kulit katanya. Takut kulit kering. Hikhokhikhok. Paling lawak. Orang tua kan kulit dia ada jeragat yang hitam hitam tu kan. Jeragat kat tangan abah tu memang dari dulu kot. Kelmarin abah tanya

Abah : Na, cuba ko tengok tangan abah ni *sambil tunjuk jeragat*
Aku : Kenapa? *aku pun belek-belek la dengan penuh perasaan pelik*
Abah : Ko rasa dia bintik2 ni sebab allergy ke??

Hahahaha! Aku dengan mak tahan gelak. Eh eh eh, ada hati nak cover jeragat. Aduiii....lawak betul lah rasanya..

Aku : Ni jeragat la Bah, mana ada  allergy macam ni.
Abah : Takde la. katil sebelah abah dia tanya doktor kenapa kulit dia ada bintik-bintik hitam.
Aku : pastu?
Abah : Doktor tu pun tak tau nak cakap apa. Dia belek-belek je tangan orang tu.

Hihi! Macam-macam lah. Haritu Ayie cerita lagi kelakar. Sabtu yang aku rushing balik tu, selang sekatil abah meninggal. Ayie sampai-sampai tengok abah tengah sedih. Yela sedih la mungkin sebab tengok kawan sebelah tu meninggal, walaupun tak kenal. Tapi terasa la jugak kan. 

Pastu Ayie kata Abah nak mintak MC dengan doktor sebab nak balik rumah. Alasan MC sedih tengok orang meninggal. Huhu!  Siap konon2 nak balik kejap je, nanti dia datang la balik. Pftttt. Abah aku ni la, dia bukan boleh duduk hospital lama-lama. Kalau kite pun sama kot kan. Bosan satu, satu lagi asik kena cucuk je. Dah la PPUKM tu semua pun doktor pelatih. Cari urat nak cucuk doploh kali baru betul. 1 hari 6 botol drip. Urat tangan dua2 belah sampai dah tak boleh masuk air. Urat dah bengkak. Cucuk masuk kat urat kaki pulak. Hihi!

Sepanjang melawat abah kat hospital, hari pertama tu tengok abah kering sikit, tapi sampai semalam tengok dah okey sikit. Masih kurus, cuma kalau jalan ke bilik air tengok dah balance sikit. Kulit abah masa mula-mula masuk tu, boleh tarik-tarik. Kulit dah kecut sebab air badan takde asik muntah kan. Paham tak kulit boleh tarik-tarik? huhu!. Sekarang ni nampak kulit dah tegang sikit. Masih berkedut la, tapi better dari haritu. Cuma tempat yang sakit tetap sakit.

Semalam lepas lap kan badan abah, aku nak sapu losyen, dia kata harini tak nak losyen, dia nak minyak pulak. Suruh aku urut2 sekali belakang badan. Dekat setengah jam jugak la aku urut. Lepas tu terus abah tidur nyenyak. Akak aku jaga semalam. Katanya abah tidur dari semalam tu, sampai pagi ni. Kadang2 je bangun nak buang air. Lega sikit. Sebab selalunya abah memang tak tidur malam. 



Abah yang manjaaaaa dengan anak-anak. Hihi! Tapi kan, kalau nak diikutkan, dari kecik, aku memang selalu bergaduh dengan abah. Mak kata sebab perangai kitorang sama. Degil. Dua-dua ikut kepala sendiri. Contohnya, dulu lepas SPM abah tak bagi kerja. Aku pedulik hape. Aku kerja jugak. Haha! Gitu. Tapi gaduh-gaduh gitu je la. Kadang2 aku merajuk, kadang2 abah merajuk. Mak malas nak layan. Haha!

 Nasib Qery ni memahami dari dulu masa bercinta lagi. Kalau mak abah sakit, mesti Qery akan cari jugak masa untuk hantar aku.. Walaupun sekarang dia bizi dengan aktiviti akhir sekolah. Still dia akan ingat timing nak hantar aku melawat abah. Masa mak dulu pun setiap hari hantar aku pergi IJN. Kadang2 kerja dia tak siap sebab aku. Tapi dia okey je. TQ Qery, I lap u lah. Hihi!

Eh nak tau tak, haritu Qery bagi kite bungaaa..nanti cerita kat entry lain eh. Bye bye =)

9 comments:

Cik Cammy Lia said...

cepat2 sihat ye pakcik..

Mcm nak try la kebab mcD tu..ape yg best sgt smppi abah sepet suke sgt tu hehe

mikamusz said...

ALhamdulillah.. dapat abg Qery yg very understanding.. lap u lah abg Qery.. opss..

Selagi hayat kita masih adakan, berkorban sedikit untuk ibu bapa tak rugi apa pun.. sedih pulak baca cerita pasal Pakcik Noh.. nanti update lagi perkembangan pakcik ek.. supaya pakcik cepat sihat sedia kala..

ALONG SURI DAHLILAH said...

Semoga abah sis cepat sembuh n cepat keluar hospital..

Safarina Shaari said...

semoga cepat sembuh ye....kebab tu mcm sedap je..nnt blik keje nk beli la....hehe

http://thestoryofayna.blogspot.com/

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Lawak betul pasal jeragat tu... & pasal abahnye nk mtk MC. Tp mmg betul...dok hosp mmg boring tahap gaban. Tp, kalau abahnye x sihat...we as doctors will definitely retain him.

Shazwani Ramly said...

mesti sedap sangat kebab tu sampai itu je jadi pilihan abah akak. hahaha.

Miss Fadhilah said...

selangkah ke syurga...semoga abah zack-u cpt smbuh yea

nur hidayah said...

baca ni terus rasa nak makan kebab mcd tu. MCD SILA AMIK SEPET JADI MODEL KORANG SBB DIA MELARISKAN JUALAN KEBAB MCD! heehee
jaga abah selagi mampu lah sepet.abah kite pun baru je sakit ni,baru terasa dia dah tua kalau tak selama ni rasa dia steady je.bila dia sakit baru rasa sedih nyesal tak jaga dia masa dia sihat lagi dulu.semoga abah awak sembuh dan sihat kuat kembali.

http://oursandthem.blogspot.com/

mrs kayrul said...

moga cepat sihat ye abah sepet...