Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 3, 2013

Entry kelam kelibut

Semalam adalah hari tak boleh bla. Aku punyela bersemangat pagi tu nak update, akan tetapi terbantut sebab secara tiba-tiba ramai sangat yang buat payment. Terus aku berpura-pura menjadi rajin, lalu membalut barang-barang sambil tersenyum. Kau mampu buat kerja sambil senyum. Tak tau la senyum tu dapat pahala ke tak. kekekeke!

Rumah aku ni, tak tau la dah macam apa je. Bersepah. Aku la tu yang menyepahkan. Huhu! Dengan lip tint tercampak seketul belah sana, pastu kertas tetiba berterbangan belah sini, kipas yang salah. Asik nak terbangkan barang. Lols

Pastu Qery balik, tengok aku terus geleng-geleng kepala. 

Q : Kenapa buat kerja sepah-sepah.
S : Mana ada sepah *mempertahankan diri, mihmih*
Q : Barang-barang kamu ni tengok lip tint ni.
S : Ala barang kite je nampak sepah, beg futsal kamu kat tepi tu lagi sepah

Padahal dia letak beg futsal tu cantik je tepi pintu, sebab aku dah takde point lain. Terpaksa la aku cakap beg futsal tu sepah. Kihkihkih!

Qery balik sekejap sebab petang tu dia nak gi kursus.. Aku fikir dia tak balik rumah, ingatkan lepas sekolah dia direct terus pergi. Tu yang rilex je buat kerja sepah2. Sekali dia balik pulak. Huhu! Tak pasal-pasal kena buatkan air nescafe. Hikhokhikhok

Lepas dia pegi, 30 minit dia call kata kursus dia silap tarikh. Bahahaha. Padan muka. Dia pun balik rumah. Terpaksa la aku buat kerja dalam keadaan bersih. me not like. 

Tapi memang patah pinggang lah rasanya semalam.

Syukur sangat-sangat, TQ tau sapa-sapa yang beli tu. Aku dah balut dengan penuh kasih sayang dah. Hihi! Harap2 masa korang dapat ni korang happy la ye.

Ada info tambahan untuk sapa-sapa yang beli MME, nanti korang rujuk balik entry MME tu tau.Cara pengambilan dia, atau nanti aku akan buat entry macam mana nak amik. Itu kena kumpul kekuatan lain nak update. Huhu! Atau korang boleh direct wasap aku.

Dan semalam jugak kena restock MME. Amboih kemain semua ye. Sapa nak kuwussss lagi boleh la order. Dan insyaallah akan buat contest untuk MME ni. Sebulan lagi ye. Sapa-sapa yang beli dah boleh ambil gambar sebelum. Kihkihkih!


Lepas balut terus siap-siap nak gi pos.

 Sibuk nak ikut, sebab lepas tu nak gi beli raket bandminton,lepas tu nak balik rumah mak kejap.

Eh tetiba aku malas nak cerita. sebab Qery baru lepas mesej dia nak balik pukul 1, rumah bertewaborrr lagi. Aaaaaa tatut. Nak gi kemas. Cepat cepat update.

 Konon je.aku tak tau main badminton pun. 

Mamat ni la baru pandai main. Bertahun main okeyh, kalau tak pandai tak tau la.

Ok tu je. nak kemas. Kang tak pasal2 beg futsal tu jadi mangsa lagi. Hihihi!
Bye bye

 Shawl dari
Instagram : Shawlfactory
Facebook : Shawlfactory
Email : shawlfactory@gmail.com
Msg/WhatsApp : 0126673142

2 comments:

MasReena said...

Banyaknya Sepet! Dasyatt nya sale!

Sya Mimie said...

waa.. ramainya orang order.. :)