Tak sampai 2 bulan aku kawin kan, jadinya tak sampai 2 bulan jugak aku duduk rumah ni. Masa mula-mula masuk rumah ni. Aku tak biasa sangat. Sebab 25 tahun aku duduk kat kawasan kampung.Maksud aku duduk kat rumah sebuah sebuah.
Sekarang ni adalah pertama kali aku duduk rumah teres. Dan aku tak berapa biasa sebab aku boleh dengar rumah orang sebelah kalau dia naik tangga hentak kaki kuat-kuat. Dia tutup pintu pun aku dengar. Bukak pagar pun kadang2 aku fikir rumah aku, sekali rumah jiran.
Mula-mula tu rasa blur jugak, sebab masa basuh pinggan kat dapur, tetiba dengar pintu tertutup. Bunyi macam kat rumah sendiri sebab kuat gila. Tapi bila pegi cek tengok rumah aku macam tu je. Masa gosok baju, tetiba ada orang ketuk dinding. OMG terkejut aku. Dinding batu kot, macam mana bunyi ketuk tu macam bukan kat batu, bunyi dia macam orang ketuk rumah papan. Aku fikir rumah sebelah mungkin ada anak kecik dorang main kat dinding ke apa kan.
Still la aku buat tak tau je. Dalam bilik pulak memang aku tidur tutup lampu. Masa baru minggu ke dua kawin. Pukul 2 3 pagi aku terjaga tengok Qery tengah dengar sambil ayat-ayat Quran dalam fon dia. Lepas tu dia bagitau kat aku dia takut. Aku tanya la kenapa takut. Dah terpaksala aku suruh dia tidur. Malam tu aku jaga dia. Tapi memang malam tu agak panas sikit dalam bilik. Lepas Qery tertidur. Dalam pukul 5 macam tu aku tertidur. Baru terlelap, tetiba kena hempap. Badan tak boleh gerak semua.
Bila baca ayat Kursi, baru badan boleh gerak. Tengok Qery badan macam gerak kiri kanan. So aku gerak la takut dia kena kacau ke apa kan. Pastu aku suruh dia tidur balik sebab dia macam dah mamai-mamai. Lepas tu rasa macam panas gila. Aku bangun, amik Quran. Letak kat dada. Terus rasa sejuk. Baruuu boleh tidur. Esoknya lepas subuh Qery kata dia nampak ada something macam asap berkumpul warna hitam kat bucu dinding bilik.
Kite mengadu kat mak ayah mertua. Dorang suruh banyak mengaji dalam bilik. Lepas tu tidur jangan tutup lampu. So selepas dari kejadian. Memang tidur tak tutup lampu. Hihi! Tapi still tak selesa la kan. Dan Qery lagi suka tidur kat bawah. Tidur depan TV. Sejak kejadian tu, aku kan duduk rumah sorang. Kadang2 memang ada tetiba je rasa takut. Tapi selalu buat tak tau je. kadang2 aku bengang jugak. Sebab aku tak suka benda ni kacau-kacau.
Semalam masa nak tidur pun aku rasa something je. Qery dah sleep dulu. Aku semalam banyak kerja. Pukul 4 baru dapat tidur. Masa nak tidur, tetiba Qery macam tidur nak dekat-dekat dengan aku. Aku pelik jugak. Tapi aku biar je la. Pukul 5,30 aku terjaga tengok jam. Dia still hug aku. Eh tetiba cite pulak kan. Haha! Pastu fikir eh lamanya dia ni peluk. Tak selesa kot tidur dalam posisi macam tu. Kahkahkah! Tapi aku biar la sebab dia yang peluk. Aku masih dalam posisi yang selesa. Pagi tadi, dia bagitau dia kena kacau.
Ait. Patutla dia melekat je dengan aku. Dia kata kat bucu dinding ada imej perempuan. Bangun lambat la pagi tadi, maybe sebab tidur tak selesa kan. Tapi malam tadi memang agak seram jugak la. Qery buat kerja lewat jugak. Dalam pukul 2 lebih macam tu dia tak siap lagi, tapi dia kata dah letih, so dia baring kat sofa sambil tengok tv. Tak sampai berapa minit dia terlelap. Bila dia terlelap terus macam ada suasana yang seram. Tapi kerja aku perlu disiapkan jugak. Itupun pukul 4 tak boleh siap. Aku surrender nak tidur.
Haih aku bengang betul la. Tak payah la ganggu2 kan. Very rude. Huhu! Tapi masa mula masuk sini pun kitorang takde panggil ustaz buat baca-baca sikit. Later rasa macam kena panggil jugak la. Kesian Qery tidur tak tenteram. Aku pun tak tenteram jugak la kan. Huhu!
Gambar sebelum kejadian. Ecececeh..
Kat belakang ni la Qery nampak imej perempuan
Ish ish ish. Beraniiiiii kacau laki kiteeeeeeeeee... Tumbuk kang. Hikhok!
*********************************************************
Baju dari Miraz RTW Shop
Boleh add kat IG : MirazRTW
atau direct wasap 019-3226002
=)
Comments
citer seram ni menakutkan..
yes, better do sumthin k .. take care dear ..
xoxo
norul
sementara tew ley la pasang surah Al-Baqarah dulu dalam umah . Ada ustadz kat umah akak ni bgtau kalau kita pasang surah Al-Baqarah dlm umah nanti 3 hari benda2 halus nih tak masuk
akak sebab last time bibik kena ganguan cam nih siap panggil org darul syifa dtg umah ...sampai anak anak akak pun jadi takut
rupa rupanya benda tew mmg dah follow dia dr indon ...scarry kan .
alhamdulillah skrg dah ok
Sebelum masuk rumah, mintak qery azan 3 kali. Semoga semua yang 'ada' tu keluar. Then baru buat bacaan yasin. Tambah la smyg hajat ke ape ke. InsyaAllah clear. Kitorg kan student macam byk gangguan and xtahu nak panggil ustaz kat mana daerah Sarawak ni. Pagar rumah sendiri je. Baca yasin dan tiup empat penjuru. =)
kuat semangat betul kamu ni ye :)
Sabar ek.
Apa yang boleh buat... boleh panggil ustaz and bebudak tahfiz. baca doa dan azankan setiap penjuru rumah. Kalau rumah 2 tingkat, mcm kita org dulu dalam 9-10 org budak tahfaz akan berdiri setiap penjuru dan laungkan bacaan azan. Masa dia org laung tu.. kita org rasa sayu sangat, mcm nak nangis, even anak (masa tu 2 thn).. dia takdelah nangis ke apa, biasa je. Bila habis ustaz tanya bebudak tu .. "ada rasa apa - apa?" takde ustaz.. Alhamdulillah, kata ustaz tu.. and Alhamdulillah kawasan rumah kita org ok lagik. cubalah. Apa -apa pun kalau solat, kalau boleh kita solat merata rumah, bilik tido kita, kat hall ke. memana.. asalkan kita solat setiap bahagian rumah. Lagi best bila org dtg, sbb kita akan suruh dia solat kat semua bilik and ruang yg kosong. In Sha Allah.. kalau kita solat, selalunya dia tak berani nak masuk rumah. Suruhlah Qery bertahan ek, sbb benda mcm ni memang suka kacau lelaki je.. sbb tu perempuan jarang nampak.
Akk dulu pun mcm tu..ustaz ajar suruh buat mcm tu..mula2 ustz buatkan..lepas tu buat sendiri
To awak blh kira berani la jgk blh tahan duduk sorang2..
moga sejahtera semua.amin.
First time mesti meremang bulu roma and fikiran akan melayang ke benda2 ghaib. Also, ambil wuduk sebelum tidur and baca ayatul kursi. Malaikat akan sentiasa menjaga kita bila kita tidur, inshallah. :)
Also, ambil wuduk before tidur and baca ayat kursi.. Malaikat akan sentiasa menjaga kita sampai ke subuh esok, inshallah... :)
rmh ct dulu pun dgr guli melantun, org tolak perabot mlm2 etc. dulu ada bibik pun dia kena kacau tapi tuan rmh xpenah kena cuma dgr jer...kite buat xtau jer
Lawok sajo***
Apa yg sepet alami...akak pun kerap dgr kat rmh akak ni, mcm bunyi dinding org ketukla...pintu org hempas kuatla..heran jgk..takkanlah anak org nk main tepi dinding & hempas pintukn? Kuat satu mcm, terpikir gak, takkan hari2 anak jiran hempas pintu, tp mak bapak x tegur..kdg tu bunyi mcm org lari kt tangga la..tp bunyi tu mcm dr arah rmh sebelah...penah gak bila x tahan sgt smpai call rmh sebelah n tanya dorang dgr x apa yg kitorang dgr..tp dorang ckp xde pun..haiyooo..tak ke cuak dibuatnya? Apa yg kami buat ialah.. jumpa ustaz darul syifa jgk..tp tu dah lama la kn... Skrg ni kalau dgr je pelik2 tu..pasang surah al-mathurat..ada apps ni kat playstore hp boleh install..amik yg ustaz Don baca tu...lapang hati dan tenteram je dgr bacaan dia... InshaAllah..lama-lama gangguan akan hilang...
Cuba amalkan surah al jinn..seeloknya lepas solat.
masa saya baru kahwin bln 3.. takde apa yang kacau.. sampailah bulan 6 macam tu suami mimpi ada makhluk usap kepala saya masa saya tido.. dia pun confius samada mimpi atau ms tu dia celik.. dan sekor lagi menyerigai kat depan muka dia.. malam esoknya ada budak perempuan kat bucu tingkap dlm bilik saya pandang katil kitorang.. pastu dalam bulan 8 lepas raya.. masa tu 3mlm berturut adik saya nampak perempuan rambut panjang tenung pintu bilik saya.. rumah jadi panas sgt.. malam pertama n kedua kejap je tapi mlm ke3 lama sangat.. mak mentua suh baca ayat2 kt atas tu.. n suh amalkan.. Alhamdulillah... setakat ni takde pape berlaku.. adatlah orang baru kahwin.. darah msh manis.. mmg bnda tu suke.. kite ikhtiar dan percaya Allah swt akan tolong kita.. In Shaa Allah
kita langkah masuk utk tgl kat situ mesti kena wat doa selamat & bacaan yasin..penting sgt sbg umat Islam..sbbnya kita xtahu pa tapak rumah tu tempat apa sebelom ni,elok ke tidak,sblum ni spa yg tgl sini...kalau dah buat masih ada gangguan...mybe ad somethig xkena..elok cari yg lebih pandai..wallahualam