Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 23, 2013

Cerita Semalam.

Ish, nak fikir tajuk pun dah dekat 10 minit. Masalah negara betul. Huhu!

Semalam Qery pergi sekolah naik motor. Dah lama sangat dia tak naik motor. Aku risau la sebab selama dia bercinta dengan aku pun memang dia dah jarang sangat bawak motor pegi sekolah. Selalu bawak kereta je sebab banyak fail nak kena angkut. 

Qery nak yakinkan aku la yang dia dulu masa tahun pertama sekolah hari-hari bawak motor. Tak bagi aku risau. Yela, tapi kite semakin berusia, vision kite semakin kurang peka. Lebih-lebih lagi bila dia jarang bawak. Start Qery pergi sampai la dia sampai sekolah. Aku gelisah je. Menunggu-nunggu mesej. Hihi!


Poyo sangat. Excited pakai helmet baru. Bila Qery mesej kata dah selamat sampai, baru la aku boleh update dengan tenang. Lepas tu aku ambik order, tulis nama kat borang pos laju. Sekali tau tau tertidur. bangun-bangun tengok jam pukul 11.30. Dem!!!

Inilah akibat tidur pukul 4.30 pagi. Entah bila masa aku terlelap aku pun tak tau.  Lepas tu tengok fon dh berderet mesej. Bersilat jari balas semua. Lepas tu terus gelabah sebab baru teringat udang tak buang kulit lagi. kerja yang paling tak disukai.

1. Buang kulit udang
2. Siang ikan
3. Belah ikan bilis
4. Kerat daging

Dulu kalau kena buat benda2 ni kat rumah, tak pernah buat sambil senyum. Muncung je mulut tu sampai la habis masak. Huhu! Anak bertuah la katakan. Sekarang, padan muka kena buat semuanya. Nak kawin sangat kan. Kekekeke!

Tapi bila dah kawin ni, perasaan tu takde la macam masa bujang dulu. Semuanya happy, buang kulit udang pun happy. Masak untuk Qery je la happy, kalau balik rumah mak tetap aku tak nak buat kerja2 tu. Kahkahkah!

So lepas setel bahan-bahan nak masak. Sambil tu lipat baju yang dah kering, kemas ruang tamu, Lagi sikit Qery nak balik baru pung pang pung pang kat dapur. Habis masak dalam pukul 2. Sekali Qery balik pukul 3. Sebab dia gi servis motor. Motor dah berapa tahun tak pakai kan. Harus la kena pergi servis.

Balik-balik terus cari makanan.





Menu sambal lagi. Haih bosan aku hari hari masak sambal. Hihi! Ni Qery la request. Dan seperti biasa memang licin. Dan seperti biasa jugak aku sempat makan sikit je. Yang lain Qery sebat. Tak berperikemanusiaan sungguh. Tak payah la tunjuk sangat aku masak sedap. *mata ke atas sambil hidung kembang kempis*. 

Lepas makan dia tidur. Terbaik. Memang pakej gemuk dalam masa seminggu. Hihi! Aku sambung buat kerja. Amik order semua. Ramai pulak yang order slimming set dengan tabita. Kombo Maixara pun ramai yang nak rupanya. Selama ni aku tak mention ada kombo sebab budget korang suka beli separate. Rupanya ramai yang suka kombo yeah. Silap lah ramalanku. Kihkih!

Setel semua benda, menuju ke pos laju. Semalam pos laju lengang sikit. jadi cepat la dapat turn. Ramai yang macam 'Sepet, kenapa tak buat Pick up Servis, kan Pos laju boleh datang collect kat rumah'. Jawapannya adalah... Pos Laju datang tak mengira waktu. Aku pulak suka pos petang. Sebab selalunya even aku pos pukul 8 malam sekalipun, barang akan sampai esok jugak. Selalunya lah. Sapa yang tak bernasib baik tu, dapatlah dalam 2 3 hari.

Lepas pos barang, nak pergi amik baju yang Qery dah tempah. Ontheway tu tetiba mak aku call kata Abah aku dah teruk. Nak bawak pergi hospital. Sebab makan muntah makan muntah dah 4 5 hari.  Badan dah lemah sangat. Aku memang plan nak datang rumah mak, tapi dalam pukul 9.30 macam tu, sebab nak gi ambik baju tu tak tau lama ke kejap. 

Sekali sampai-sampai sana, orang tu kata baju tak siap lagi. Terus la aku patah balik rumah, sebab nak amik tabita. Akak aku pesan bawak tabita pergi rumah mak, sebab anak buah aku punye kawan nak beli. Sampai-sampai rumah, mak kata abah dah pegi hospital dengan Ode. Qery pulak kebetulan memang dia dah berjanji dengan kawan ada badminton. Nak cancel macam last minit tak boleh la kan. Aku suruh dia pegi main je. Apa-apa hal aku call la. So aku pegi hospital dengan Ateh.

Tengok Abah dah lemah je. Sedih pulak rasanya.

Kepada yang tak tau. Abah aku ada adalah pesakit lung cancer stage 4. Dah start sakit sejak April. Mula-mula suspek TB, tapi last-last bila buat ct scan, baru tau ada cancer. Tau-tau je dah stage 4. Memang benda ni mengejutkan satu family aku la. Sebab kita tak sangka benda ni akan jadi. Macam-macam jugakla ikhtiar ke sana ke sini. 

Bila dah jumpa doktor. Doktor tak boleh nak bagitau detail sangat sebab dia kata dia MO.. Dia bukan doktor pakar yang rawat abah sejak mula-mula tau ada cancer tu, dia boleh bagi ubat ikut result darah, air kencing, dan buah pinggang. Yang lain macam ubat tahan muntah, ubat tambah selera makan adalah request daripada aku. Hihi! Tapi aku tak risau sangat sebab appointment jumpa doktor pakar tu dalam minggu ni jugak..

Andak dari Seremban pun turun PPUKM sebabnya abah nak dia. Kekekeke! 

Gambar semasa tunggu giliran. Tapi okey la, kali ni tunggu dalam 2 jam lebih je. Takde la menderita sampai 5 6 jam.

 Lepas dapat ubat, aku mesti kena tulis satu satu kat ubat tu, ini fungsinya apa. berapa kali kena makan. Sebab abah aku makan ubat sendiri. Lagipun bila dah tak duduk rumah parent. Susah sikitla dia nak tanya ini ubat apa semua.

Bila fikir balik, macam mana la orang yang sakit macam-macam, mesti ubat banyak sangat, lepas tu mesti ada potensi untuk tersalah makan ubat. Hish. bahayanya kan...

Pukul 12.30 malam tu dah setel semua. Qery pun memang dah menunggu kat kawasan PPUKM tu. Andak balik. Ode balik. Abah balik dengan Ateh, aku pun berambus dengan Qery. Hihi!

Balik rumah terus sambung tulis alamat. Semalam aku ingat orang dah gaji, sebab kemain ramai lagi. Eh rupanya belum ye. Takpe2, sapa nak order lagi silakan refer My Shop =)

10 comments:

Mas reena said...

Baru nak happy tengok Sepet masak banyak lauk.. tapi sedih bila baca ayah Sepet kena cancer tahap 4.. Doa banyak-banyak ye, be strong k ='(

Puan Ida said...

salam perkenalan dari ida
jemput singgah blgo ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no4734

Cik Puan Rara said...

nugget n hot dog tu wajib ada eh.hehehe

Fieda Redzuan said...

sepet maybe kamu boleh tolong asigkan ubat tu letak dalam pillbox siap2. chances nak salah makn tu kurang sikit. nenek kte makan ubat sendiri dan dia tak tau membaca. so setiap hari kteorg isi pillbox dia senang la dia tau makan yang ni untuk pagi yg ni untuk malam. mcm tu.. hehe

attyfir said...

semoga dipermudahkan semua urusan pakcik,

Cik Cammy Lia said...

alahai sedihnye tengok keadaan org tua kite klo dorg skit kan..moga kamu2 semua tabah hadapi smua dugaan ni

peej said...

sakit abah sepet sebijik macam sakit arwah atuk kita.
atuk kita pun sihat siap dah 70+ boleh jogging apa semua.
tetiba jatuh sakit. pun sama memula dorang suspect tb.
siap masuk hospital tb kat area tawakal tu.
tapi last2 baru discover rupanya lung cancer.

doakan semoga umur panjang. boleh tengok sepet n qery junior. :D

JunAina said...

Semoga semua keluarga diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

Rajin sepet masakkan kalau akak berdua je memang beliii je...hehehee...

FiQa said...

abah kita dulu kanser jugak, tahu2 dah teruk. abah kuat senam, tak merokok, tapi itulah dugaan kan, terkena pada dia... kita sekeluarga kena kuat, kalau depan mereka jgn sedih2...sebab kdg2 pesakit kanser ni mind set dia lemah. smpai hospital je ada yang smpai muntah2 masa nak buat kimoterapi, oh ye, ayah akak dah buat kimoterapi??? apepun... semoga tabah hadapi, selalu balik lawat dia tau.. :)

Arzilinawati Idris said...

sedeh nyerr.. mak akk pon baru jer meninggal dunia bln 5 baru ni..lung cancer tahap 4 jugak..mula2 batok2 sampai sebulan..last akk bwk g check pakar..suspek tb tp bkn..rupanya lung cancer thp 4..last2 arwah dah xblh kimo n radiotherapy sbb to weak..pasrah dan redha jer laa..al fatihah utk mak akk..n semoga ayah sepet cepat sembuh ea..take gud care..