Di Hari Jadi Part 2

Bukan nak cerita pasal befday Qery tau, haha! Tajuk je hari jadi sebab semalam befday dia, isi dia memang takde kene mengena.

Petang tu Qery amik aku pukul 5.45. Aku tak siap balut habis. lagi 3 parcel sambung balut dalam kereta. Aku dah biasa dah balut barang dalam kereta. Mak aku sampai kagum2 bila tau aku balut barang dalam kereta. haha! Ofkos dah biasa buat Kalau Qery langgar lubang pun i takde hal lah. Ceaa..tipu sangat, padahal terus marah Qery sebab aku tak boleh focus membalut, kuikui! Memang selalu ada yang beli last minit. Kebetulan barang memang aku bawak spare. Huhu!

Lepas pos dah pukul 6.30 macam tu. Terus menuju ke Jusco. Qery kata nak beli hadiah kawan dia kawin. Okey la. Boleh je. Tetiba dah setel beli barang, dia ajak masuk kedai kasut lagi. Pfttt

 Kaki sebelah tak pakai kasut.Hihi!

Punyelah banyak kasut dia nak try. Lenchai kat sini dah biasa dah melayan Qery. Siap perli letak 3 jenis kasut lagi depan Qery, kot kot Qery nak try, haha! Selagi dia tak dapat kasut warna gold, selagi tu la dia suka termasuk kedai kasut. Bengang je aku.

Balik pukul 9.30, singgah amik stok Opti E Plus, sebab dah habis semalam, tetiba ramai pulak beli Opti E Plus ni. Kawan aku yang ada cyst siap repeat order tau. Tak tau la result cyst dia ok ke tak. Sebab dia tak gi cek. Hihi! Pastu belikan untuk mak dia sekali. 

Lepas tu ada sorang repeat order untuk ayah dia, katanya ayah dia kat kampung, call kata ubat dah habis, haha! Opti E plus bukan ubat tau, dia supplement, tapi kesan dia hebat macam ubat. Apa-apa pun, kesihatan tu datang dari Allah, kita ikhtiar je k. Yang penting yakin dengan apa yang kite buat. Doa pun mesti yakin. Apa sahaja korang amik, supplement atau ubat, sebelum makan tu, niat kerana Allah tau. Bukan la kite percaya 100% kat supplement tu, itu semua adalah ikhtiar. Hihi! Gittew ye, ustazah don sangat ni. Haha!

Balik rumah, bukak pintu, bukak lampu, terdiam sekejap.

Hello Minnie Mouse, kenapa duduk je situ. Kemas la bilik ni.?!?

Huhu!

Serabut kan..Begitulah keadaannya..kemas 5 minit. terabur 23jam 55minit. Mihmihmih!

Kbye

Comments

sharon m.q. said…
hahhahaa..tak ley blah okay suruh Minnie Mouse kemas bilik.,... :P
Razila said…
Kikiki...MInie dah penat jaga barang...sepet lah pula tukang kemas =)