Umrah

Panjangggg cerita dia. tetiba panjang cerita dia kan. macam ada orang kisah je. Hihi! Sepatutnya Emak, Maklong, dengan Cik Intan pergi umrah sama-sama harini. Dah cop tarikh ni dari tahun lepas lagi. Kemain semangat mak aku kata nak pergi umrah dengan adik beradik perempuan dia. Lepas tu ingat tak yang mak tak berapa nak sihat. Batuk, sesak nafas. 

Mak kata dia rasa dia tak boleh nak pegi. Tapi dia dah bayar semuakos umrah. Dia pun cakap kat aku, kalau mak tak boleh pergi, mak suruh aku gantikan dia. Pft..... Aku okey je, tapi hari2 aku doa supaya mak aku sihat dan dapat pergi umrah. Sebab mak memang dah lama excited nakpergi umrah dengan adik bradik. Hari2 jugak aku bagi semangat kat dia. Hihi!

Tapi tu la, orang kata belum rezeki mak nak pijak tanah suci. Mak decide tak nak pergi. Dia pun suruh aku pegi. Tapi....pun belum rezeki aku nak pegi, sebab mak takde mahram.1 lelaki boleh 4 orang yang ikut dia. Tapi kalau tak ada lelaki, perempuan tu kena bergerak secara kumpulan dengan syarat umur permpuan tu 45tahun ke atas. Aku baru 25 tahun. Hihi! Jadi sah sah tak boleh pegi.

Fikir punya fikir, cuba tanya Ode, kol Ode petang tu jugak. Dan alhamdulillah...Ode kata dia boleh pegi. Cuma kena tambah duit visa je. Sebab visa mak aku dah siap masa tu. Duit dah cut kat situ kan, kot mak bagitau awal sebelum dorang buat visa, takdela kena tambah apa2. Jadinya Ode pun bersemangat gila nak gi umrah harini.

Seronoknya dapat pergi umrah kan. 

Aku tak hantar pun Ode gi KLIA, sebab mak kata tak payah tak cukup kereta. Sob sob. Jadi kite tengok je gambar kakak-kakak upload kat facebook.

 Dari Kiri, Maklong, Cik Intan, Emak.

Sepatutnya 3 orang ni pegi sama. Takpe2, mak tahun depan boleh try lagi. hihi!

 Kak Ida dan Ode, bertabahlah Kak ida selama 2 minggu ini. huhu!

 Akak with Ode

Kakcik with Ode

Andak with Ode

Kemain adik beradik ni.



Semoga semua selamat pegi selamat pulang yeah, dan selamat2 je kat sana. =)

Comments

NinaAz said…
Semoga selamat srmuanya. IAllah. Masa kit nanti akan tiba ♥♥♥ tetamu Allah
RieNa said…
gambar sama mcm akak antar mak akak umrah khamis lps. sobs.
Unknown said…
takpe pet.. ade rezeki nanti tu kan..
mila said…
muka cik intan ngn mak sepet sebijik..kembo ke? huhu
:: CIKVIVA :: said…
seronok kalau dapat pg umrahh...
NenetPenne (NP) said…
ode handsome..ok bai..ha ha ha
Unknown said…
Semoga selamat semuanya. :)
Eray Majid said…
bestnya dapat pergi umrah, semua yang pergi kata tak puas...insyaallah semua akan ke sanan nanti

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/03/ostematrix-tulang-sekuat-tembok-cina.html
Cik Intan dengan mak kamu muka sebijik betul.

Dah rezeki Ode kamu.....semuga mereka semua selamat pergi dan kembali, insyaallah.
syazana said…
Lari tajuk.Hehehe...akak nampak awk kat alamanda hari tu,tp nampak awk dari belakang sbb perasankan Mr.Q.Nak tegur tp segan.Cakap slow2 je..'sepet tu'...x da sapa dgr pun :p
Unknown said…
Semoga sentiasa bahagia sekeluarga dan umrah yg mabrur...
Unknown said…
Semoga sentiasa bahagia sekeluarga dan dapat umrah yang mabrur