Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 4, 2013

PART 1 : MERISIK

Bismillahirrahmanirrahim..... Setelah sekian lama, barulah berkesempatan nak cite. Poyo konon2 tak berkesempatan, padahal sebenarnya kau memang malas nak cerita kennnn. Okey marilah kite story dari A-Z.

Berbincang

Tak ada siapa yang tak nak kawin, ye tak. Benda ni sebenarnya dah lama dah berbincang, dari akhir 2011  lagi. Masa tu Qery kata dia nak mintak mak ayah dia datang merisik, kebetulan pulak secara tiba2 abang aku kata dia nak bertunang. Gittew.. Jadi aku dengan Qery ambik keputusan untuk setelkan majlis abang aku dulu. Abang aku merisik bulan 12 tak silap, bertunang bulan 1 atau 2 aku tak ingat, kawin bulan 9. Nampak tak kat situ. Bulan 9 kawin kat belah perempuan, tapi bulan 10 baru buat majlis kat rumah aku. Bulan 11 tu pun rasa penat tak habis lagi. Kekeke! Tetiba Qery kata dia nak merisik jugak, dan dah bincang dengan family dia nak datang merisik bulan 12.

Satu hari, lepas balik dari pos barang. Tiba-tiba Qery singgah kedai bapak aku. Aku ingat dia nak gi beli topup. Aku pun biar je la dia kuar sorang. Pun tak terlintas nak tanya dia nak buat apa. Masa dalam kereta tu aku nampak la dia gelak2 ngan bapak aku kat dalam. Lepas tu Qery pandang aku sambil suruh keluar kereta. Aku pun pelik...aku keluarla. Datang2 kat abah aku, sekali dengar dorang tengah bincang2 bagitau datang nak merisik. I is tanjat tauuu.. 

Dia bukan nak bagitau awal2, aku tak prepare mental fizikal lagi ni. Benda2 penting nak cakap mesti kena ada kekuatan kan. hahaha! Tapi macam takde apa berlaku pun. Abah aku kata hantaran sendiri bincang berapa nak bagi, tarikh dorang berbincang. Lepas habis tu, aku masuk kereta dengan perasaan malu gila.  Hadoi..terlebih gentle pun susah jugak. huhu!

Balik je rumah, aku masuk bilik. Terus tak tenang. Yela kan. Harus la tak tenang, tiba2 je nak datang merisik. Aku terus masuk bilik mak. Rupanya mak dah tau. Cis! Cepat betul abah sampaikan berita. Kuikui! Aku pun gelisah la bersama-sama. Sebenarnya malu nak bagitau mak, tapi sebab kalau tak bagitau lagi gelisah, jadi kita bagitau je. Mak pun nampak cam okey. Boleh berbincang, siap tanya aku dah fikir tarikh kawin ke belum. Hamboiiiii......hahaha!

"mak, apa kata tunang bulan ni, kawin bulan ni"
"mak, agak-agak tak awal sangat ke?"
"mak agak-agak nak tunang berapa bulan"

bertalu-talu tanya..yang mak aku lagi selamber...

"Takyah tunang la Na"
"Kalau kau nak tunang, tengah hari tunang, petang nikah, ramai orang buat macam ni sekarang"
"Lagi cepat kawin lagi bagus"

Fionneeeeeee...jawapan yang tak memberangsangkan..huhu!

2 hari sebelum nak bertunang, Ceera mesej aku tanya dah ada baju ke belum untuk merisik nanti. Aku macam...

Perlu eh??? hahaha..gila tak mengerti apa-apa kan. Kelam kabut ajak Qery gi beli baju kurung. Cari-cari baju kat Ampang Park. Kemain semua cantik, tapi saiz dia besar. Ada yang cantik, tapi nampak macam over. Ada yang simple, tapi harga dia kalah yang cantik gila tu. Apakah?? Pusing punya pusing, cuba punya cuba, aku dengan Qery pilih baju merah makngah. Tak kisah la over pun, asalkan murah dan cantik dan gojes kat mata aku..


Cincin merisik pun cari seminggu sebelum merisik. Qery kata stress cari cincin aku, jari kecik sangat. Aku size 9. Masa merisik tu ikut size cincin yang mak aku bagi, cincin tu size 11, size 11 pun dah limited, inikan pulak size 9. Nasib baik Qery kata ada, dia kata kalau tak jumpa dia bagi cincin tikam je, yang boleh adjust tu. Grrrrrrr

Lepas mak abah bincang2 tarikh untuk datang merisik. Datang la saudara terdekat Qery, dalam 6 orang macam tu. 


Mak, ayah, Pakcik, Makcik, dengan kawan baik mak Qery. Aku tak tau langsung apa yang dorang bincangkan. Tapi aku dah bersiap2 dalam bilik, kalau mak panggil. Aku terus gi depan ambik cincin. 

Perasaan masa tu tak de perasaan. Yang aku tau..cepatlah habis. Hehe! Semua tanya-tanya aku nerves ke tak. Aku rilex je. Nerves pun tak ada guna. Marilah kite melaluinyaa saja. 


Sempat menggedik dalam bilik.


Yunnan yang comel!!

Di saat kena panggil tu. Aku terus jalan ke depan. Tengok semua tengah pandang aku. Demmit! 


Salam semua orang, duduk sebelah mak. 


Lepas tu mak bagi aku cincin tu tanya cantik tak. 

Hello? Emas kot...emas mana yang tak cantik??? Kan?? Hahaha! Tak kisahla corak macam mana, asalkan emas. Aku sukaaa je. Pitam Qery kalau baca ni..kuikui!!


Lepas dapat cincin terus blah.Kong ajo sungguh. Datang depan semata-mata nak ambik cincin. huhu! Bukan apa...sebab dorang tak habis bincang lagi. Jadi aku takkan nak duduk lepak bincang sekali...Kemainnnnn diaaa tu....

Jangan buat perangai, marilah kite sambung lepak di dapur sambil bergaya dengan cincin merisik.

Family Qery dengan family aku pun sambil berbincang sambil makan.




Dan aku sambung excited dapat cincin. Photographer hari itu adalah Ceera. hahaha! Tapi camera dia takde effect 360 la. Habis muka i tak floles seperti yang digembar gemburkan..kekekeke! 

Cincin ittew

 Muka excited 1 *flash camera hover gilaaaa*
 
 Muka excited 2

 Muka excited 3

Turun dapur sebab nak menunjuk cincin.


Begitulah hari merisik aku.

TQ kepada kakak-kakak ku yang banyak membantu. Masak la, tolong kemas rumah, basuh pinggan. Tetiba menjadi tukang ambik gamba la, kekeke!

Ini adalah kenangan indah yang aku takkan lupa. Sekali seumur hidup. Next entry untuk persiapan bertunang. Tungguuuuuuuuuuu =)

19 comments:

NinaAz said...

HAPPY for u sepet.. hihihi.. next update please!

✿ pink velvet ✿ said...

bestnyer jadi yg bongsu kan.. kite ni dulu sulung, sume nak kene urus sendiri, dah la takde pengalaman, haha!

RieNa said...

cpt sambung! tak sabar nak baca ni. hahahaha

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

waaa...seronoknya...
thank you Sepet sbb akhirnya sudi jugak share detik di risik..ewah!
Next please...
kisah bertunang yg kebabom itu...
akak tunggu niii tau...

Aju Mohit said...

u look so pretty!! congrates dear

Udez said...

baru pasan sepet ade taik lalat atas bibir.sama la kita.huhu

NenetPenne (NP) said...

gentleman laa qery pi jumpa ur father... machoo gituh... yes that is the man lah...

Ms.Su said...

sepet cepat sikit update citer tunang ye!

Jojet said...

kita plak merisik+tunang terus 24.03.2012 arituh..dan 24.03.2013 tarikh akad nikah kita..pray untuk kelancaran majlis dan semua gembira..amin..

congrats dear sepet!

sharifah rosidah said...

Berani nya Qery....terus pergi jumpa bakal mertua, tapi sebenar nya bagus cara dia...bertanggung jawab.

Xilla Chinta said...

haha, longar tue cincin nye.. tp my jari is lg kecik dr kamu, ssh gler cari cincin dulu.. i xde la kna risik smpi camtu sekali. jumpa mak ayah hb p0n sekali jer. semggu kemudian, hb kata mak ayah dia nk jumpa my mak, nk kenal2. 0.ke, kte bawa jer la. mne la taw nk kna kenen2.. ckp pon dpn2 jerk, mak ayah dia..mak kte, kte & hb. semggu kemudian trus tung. rse berdebar mse tung jer lah..

Aileeza Radzak said...

Kita paham perasaan awakkk!!! Hehehe... Masa dalam bilik, pasang telinga x? Hahahaha... Kita pasang tau (matiklah mengaku terang2) hahaha... Congrats! Kalau kahwin tahun ni, kita sama lah :)

Sally Yatiey said...

Seronoknya kak ^_^ Congrats!
Tak sabar nak tahu kisah selanjutnya ^_^ hehe

Shahada Fauzi said...

woiii..kurusnya jari!! hahaha..jari kite 11..tu pun jenuh nak cari size..lagi la kamu size 9..-_-"

kite hari tu takde risik2..terus je tunang..sebab jauhhhhhhhhhhh...

sweet lovely said...

Cntik bju sepet..wrna merah hitam..

sweet lovely said...

Cntik bju sepet..merah hitam..

Sape Aku said...

Thanks for this information, sbnarnya malu ak nk letak komen kat sini sbb ak lelaki.. tiba2 gedik skit pg search camna nk tunang, sbb mcam dah sampai seru.. tapi tau camna.. klu tunang kena hdir ksus khwin gak ke

Herney Aqilah said...

tq untuk entry ni..mmg tengah carik info pasal merisik..kiki..biasalaa....sy ni noob sgt.kikiki

Herney Aqilah said...

hai...sy ada featured blog awak kat sini...jom singgah...
http://herneyaqilah.blogspot.com/2014/08/persiapan-merisik_4.html