Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 5, 2013

PART 2 : PERSIAPAN TUNANG

Tak tau nak cerita dari mana..sebab rasa macam dah lama. Nak kena refresh balik. Ermmmm Ermmm Ermmmm.. Kitorang ada masa lebih kurang sebulan untuk buat persiapan. Aku sebenarnya memang tersangatlah bizi antara bulan 12 sampai bulan 1 tu. Tak dapat bayangkan kebizian masa tu. Sampai aku stress asik marah Qery, Qery pun stress asik marah aku. Apa pun tak boleh...hihi!

Aku tak ingat hari apa, rasanya awal bulan 1, ada pameran pengantin kat Ampang Point. Tetiba Qery kata nak pergi sana tengok pelamin. Aku sebenarnya haritu tak ready pun nak gi tengok-tengok pelamin ke apa kan. Aku memang tak habis-habis dengan tak ready, haha! Boring dengan perangai sendiri. lalalala~~

Pernah buat entry pergi Pameran Pengantin, tapi mase tu cerita pun kias-kias. KLIK SINI

Mula-mula round, jalan kemain laju. Sebab tak tau nak singgah butik mana. Lepas tu tanya dengan Kak Yana. Kak Yana tu kakak angkat yang comel, yang boleh dipercayai kata-katanya. Kalau dia kata butik tu best, best la jawabnya, kalau dia kata butik tu so so, memang so so la jawabnya..kalau dia kata tak best, makanya jangan la buang masa pergi. Masa tu Kak Yana kata dengan aku ada dua butik. Satu sangat bagus, satu okey-okey je. 

Aku pun pergi la yang okey-okey dulu, saja tanya-tanya dia punya pakej. Tengok pelamin macam biasa je. Aku dengan Qery, walaupun nak majlis tunang yang simple, tapi biarlah simple yang terbaik. Tunang kan sekali seumur hidup. Bisik-bisik dengan Qery, kalau takde pilihan baru kite pilih yang ni, hahaha! Kong ajo sungguh. 

Pastu kami pun jalan mencari butik Symbolique Asia. Bila jumpa booth nya, kena tunggu turn, sebab dia ada customer masa tu. Staffnya suruh duduk kat dalam booth sementara menunggu customer tu habis. Punyala setia menunggu. Tapi tak lama, baru nak duduk, customer tu pun bla. Bagus...hihi!


Pandangan dari luar, cantik sangat. 


Tempat menunggu turn. 


Kat sini la kami bincang-bincang pakej


Siapa yang ambik pakej dorang time ada pameran, siap dapat free gift songket sepansang lelaki perempuan tau. Terbaik!
Dapatla layanan dari sorang kakak ni diberi nama Kak Nur. Aku dengan Qery tengok album dia, semua cantik. Pelamin cantik. Aku pun tanya la kot ada pakej tunang yang best-best kan. Sebab aku malas la nak cari mekap artis, malas nak gi survey baju, malas nak buat hantaran, malas nak cari barang hantaran. Biarlah kalau boleh semua ada dalam pakej. Sebab kawan aku pernah ada pengalaman. Dia cerita dia ambik asing-asing, pelamin orang lain, baju orang lain, mekap orang lain, hantaran orang lain, lepas tu bila majlis, kelam kabut, kena telefon orang tu, orang ni. Dia pun nasihat kat aku, kalau nak cari pelamin, biar yang ada semua. Senang.. Ko telefon sorang je, semua dia kasi setel.

Kebetulan Symbolique ni semua ada. Ko nak pelamin, mekap artis, baju, hantaran, goodies, catering, khemah, photographer, semua ada la alangkah bagusnya. Bila Kak Nur kata, aku boleh pilih design aku sendiri, terasa seronok pulak. Sebab Kak Nur kata, dia takkan buat design yang sama, kecuali kalau customer tu nak sebijik-sebijik macam dalam gambar. Jadi aku dengan Qery decide nak warna tema ROYAL BLUE, design 100% bagi kepercayaan kat Symboliqeu Asia. Aku tak risau langsung pasal design dia, sebab aku tau dorang punya taste memang terbaik.

Pergi pulak butik dia, oh besar dan cantik dan banyak gila pilihan baju. Rambang mata aku dengan Qery



Kat meja ni la aku dengan Qery dengan Kak Nur bincang2 pasal majlis nak macam mana semua. Sambil try baju-baju yang ada kat dalam ni. hihi!
 


Antara pelamin yang ada, tapi takde la aku punya yang ni. Aku bukan kawin pun kannn... Hover.


Tempat try baju pun homei!

Aku ambik pakej yang ada Pelamin, Baju Tunang untuk perempuan, Mekap Artis, Hantaran lelaki dan perempuan, dengan tempat letak hantaran. Gittew. Sebab yang lain-lain macam photographer aku dah ada photographer sendiri. Ecewah rasa nak lempang bila cakap photographer sendiri ken..kahkahkah!

Setelah fikir punya fikir punya fikir, aku dengan Qery buat keputusan bagi hantaran 3 balas 5 je, sebab tunang ni rasanya tak payah la nak bagi banyak-banyak. Asalkan ikut adat je dah la. Ingatkan nak bagi 1 balas 3, tapi macam melampau sangat kan, haha! Pun bagi benda simple2 je, takde la barang yang berjenama ke apa, kitorang bagi makanan je. Alasannya...tunanggggg je kot... Nanti kawin baru la kite beriye-iye beli barang okeyh..kuikui!

Lepas tu pasal photographer pulak. Aku dari duluuuuuu nak Onald yang ambikkan gambar tunang dengan kawin aku. Sebab gambar dia mantap-mantap. Lepas tu Onald dah kenal keluarga aku. Dia dah tau mak abah adik beradik, anak buah. Kelebihan apabila photographer kenal ahli keluarga adalah, dia tau gambar siapa yang patut dia snap. Gambar mana yang perlu banyak, gambar mana yang perlu sikit, dan gambar mana yang tak berapa nak perlu, kahkahkah! Kadang2 ada photographer yang tak kenal ahli keluarga ni susah jugak. Kang gambar orang lain kemain banyak, gambar family sikit je. Sentap okey.

Cecepat suruh Ceera tanyakan kat Onald, takut Onald tak free tarikh tu kan. Nasib baik Onald free. Lega hati iolls. Pakej pun berpatutan.  Hasil kerja tak perlu di ragui lagi. Onald ni boleh nak di katakan pilihan pertama aku untuk snap gambar majlis kawin nanti. Uolls tau kan taste i memang tip top. Ceaaa puji diri sendiri. haha! Kalau Onald kata dia tak free, aku rasa mau aku bersedih di hari pertunangan ku.. *drama air mata* Ceera  bincang2 dengan Onald, pakej itu dapat itu ini itu ini, aku tinggal nak bayar je. senang kerja aku kan.  Haha!

Lagi satu, kenapa aku pilih Onald, sebab aku rasa selesa nak berposing depan dia. Pepaham la eh. Kite kan tengok orang jugak, kalau orang yang kite tak biasaaaaaa, kita rasa kekok, malu semua. Tapi kalau kita dah biasa, ofkos kite akan rasa tak tertekan nak posing kan. Lagipun Onald banyaaaak gila idea. Kot tak tau posing pun, dia akan ajar. Kalau buruk pun dia akan cakap. Haha!


Ceera pun guna khidmat Onald as a photographer okey




Lepas tu makan-makan. Oh kali ni aku ingat nak buat catering je. Sebab memandangkan majlis buat hari Sabtu. Aku fikir-fikir hari Sabtu ramai orang kerja, tak ramai yang boleh tolong masak. Lagipun aku pemalas gila nak kemas rumah. Aku ni dah la pemalas. Suruh lagi basuh pinggan segala. Maaf di pinta, kite upah catering je la. 

Kebetulan pulak..cea semua nak kata kebetulan kan. Haha! Oh tak eh. Memang sangat-sangat kebetulan. Kawan Qery pulak buat catering. Senang hidup. Aku tanya je parent aku nak lauk apa, list kan. Dan Qery bagi kat dia. Dengan Khemah, dengan pekerja, dengan meja kerusi. Dia bagi harga speacial. Maklumlah kawan baik masa main badminton.  Kawan bergu menang kalah bersama. Haha! Senang catering dengan kawam Qery ni, sebab dia boleh masak apa saja lauk yang korang nak. Ko cakap je nak style kampung, nak style arab, nak style omputih. Takde hal. Celah jari je. Cuma kena bayar la yeah. huhu!

2 Hari sebelum majlis, team symbolique dah datang rumah aku untuk pasang pelamin.Rasanya ramai dah tau pelamin aku tu macam mana rupanya. Takpe, mana yang dah tau tu buat-buat macam tak tau okey.

 

Jadi, sesiapa yang nak bertunang tu, kalau korang nak buat macam aku buat. Korang perlukan ini semua.

1. Mini pelamin (Kalau kreatif boleh buat sendiri)
2. Baju Tunang (perempuan je, laki suruh beli sendiri)
3. Make Up Artis (kalau tak artis pun takpe)
4. Hantaran (Lelaki dan Perempuan)
5. Photographer (Jangan pilih ahli keluarga please, upah je orang lain, kesian ahli keluarga ko takde dalam gambar nanti asik ambik gambar engko je)
6. Catering (Terpulang nak masak sendiri, tapi penat sikit la)
7. Khemah + Meja + Kerusi (Jika perlu, kalau tak ramai takyah khemah, makan je dalam rumah)
8. Cincin Tunang

Mini pelamin, mekap artis, baju tunang, hantaran aku sewa kat Symbolique Asia
Photographer adalah tak lain tak bukan Mohd Onald
Catering pulak Khafa Catering (Mr Khalid, 013-664-6300, email jawes_1981@yahoo.com)

Sambung kat Next Entry, aku dah penat taip ni, haha!

5 comments:

NinaAz said...

Combination white blue cannntikkkkk. ♡♥♥

Cik Cammy Lia said...

Yeahhh...entry seterusnya?????

kissz said...

Hahahhahaha..
Best best...
Pelamin sgt gorjes...
Dia nk tak buat kat perak agak2..
Hehehhee

Sally Yatiey said...

Cantik pelamin ^_^

Miss Ima said...

Suka sangat