Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 19, 2013

Cari pasal

Sebenarnya aku tak berapa nak sihat sejak sabtu lepas. Tapi tu la, orang kata kalau kita layan..lagi menjadi kan.. jadi kite berpura-pura je tak ada apa-apa berlaku. Hihi! Bila tak sihat, mood pun agak kelaut sikit, nyampahhh tau...

Semalam dah berapa kali Qery kena marah dengan aku. Stress dia. Huhu! Tapi aku marah pun anje anje je *yelatu, haha*  Semalam aku saja la tanya dia..

S  : Sebenarnya taste kamu perempuan muka macam mana?
Q : Nealofa.
S : Oh, kamu suka yang muka garang2 eh? jap kita teka lagi. Tasha Shila suka?
Q : Suka
S : Nasha Aziz
Q : Tak
S : Oh dah tau taste kamu macam mana. Habis kenapa pilih muka macam kita?
Q : Sebab tak dapat dorang. Dapat kamu pulak. Terima je la.

(-_-')

Apakah semua ini????? Dah la aku takde mood kan. Saja la tu cari pasal dengan aku. huhu!

Q : Kamu suka lelaki macam mana?
S : Semua kita suka, kecuali kamu.

Rasakannnnnn rasakannnnnn!!

Q : Hahaha! Hebat permainan diaaaaaaa!!

mihmihmih!! Padan muka. Tak patut okey dia cakap macam tu. Dulu masa nak ngorat, katanya suka yang macam chinese look, putih, rambut panjang, homei. Sekarang tetiba dah tukar. Pftttttt..

S : Kamu kalau nak perempuan muka macam Nealofa tu pun kita rasa boleh dapat kot. Pegila..
Q : Kenapa cakap macam tu?
S : Sebab kita rasa kita dah tak minat sangat lelaki buncit macam kamu ni.

*terus tergelak2 dalam hati* OMG Qery sekarang macam pregnant tau. Kalau dia tak tahan napas. Ngeri sangat. Lelaki kan kalau pakai tshirt suka yang ketat. Lepas tu dahla sendat kat bahagian perut. Aku ni pun buncit jugak, tapi takde la pakai baju ketat so boleh cover lagi. Perut dia kedepan.. Macam dah ada anak 5.

Malam tu, gi The Mines, tetiba dia singgah gerai tepi-tepi tu. Beli D'Herbs..yang untuk kuruskan perut. Hahaha! Mesti dia kecik hati masa aku cakap tu, terus gi beli untuk kempiskan perut.

S : Olololooooo...nape nak kurus pulak?
Q : Ada orang tu tak sayang kite sebab kite buncit.
S : Sapa? Ish tak baik betul.
Q : Diaaaaammmm ahhhh!!

Terus dia jalan laju-laju sambil hentak kaki kuat2. kat The Mines okey! Buat perangai hentak-hentak kaki sambil muka merajuk. Aku rasa orang yang lalu sebelah dia semua tahan nak muntah tengok perangai dia. Bila aku ke kiri, dia pandang kanan, aku ke kanan dia pandang kiri. Amboiii... Aku pun terpaksa tahan muntah jugak.

S : Ok sorry, nanti kite belanja kasut bola ok.
Q : Ok! Kite nak yang paling latest sekali. Yang warna merah putih tu, tapi kan satu je ke boleh?

Kemonnnnnnnn laaaaaaa... kalau cakap nak belikan kasut, terus ok. Matalastik sungguh. Huhu!

S : Beli satu dulu, kalau lepas ni game Poron menang baru beli 1 lagi ok? *haritu poron kalah 5-0, gila lembik poron sekarang*
Q : Kalau tak menang tak dapat ke?
S : Tak
Q : Ajukkkkk!!

 

Huwaaaaaaaaa!! Stress!!

p/s : sapa-sapa nak beli AuraWhite lagi, boleh order harini. Insyallah aku akan dapat stok malam ni. Kalau dapat malam ni, aku pos esok. Kalau dapat awal, aku pos harini jugak k. Sebab semalam punya stok dah licin. AuraWhite Rm150(s), RM155(SS) free postage

8 comments:

NinaAz said...

hehehehe... dia saje tu nk ngusik sepet :)

C i k R e n e x said...

hahahaha.gelak sakan baca entry ni.bab hentak² kaki tu lawak.

"CT CoMeL" said...

best tengok kamu bedua....hehehhe...nanti kawen jgn luper jemput ahkak yer....

!za VS c!c! said...

sweet gilela korg ni..hahah

Irfa said...

mmbayangkan Qery hentak kaki dgn perut buncit.hahahah
#buncit ke boroi ke tetap dah jd tunang kamu.mih mih mih

dee yana said...

hahha comell je,,due2 prangai sengal2

Ika Ika Faid said...

sumpah geli perut ulu hati semua.best!

sharifah rosidah said...

Heran betul lah...macamana perut dia boleh buncit sedangkan dia selalu main bola....ke dia telan bola tu selalau,hihihi sorry qery.