Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 5, 2013

PART 3 : MAJLIS PERTUNANGAN

Hoyeahhhhhhh!! Tak sabar nak tunggu entry yang ni kannnnnnnn.... Entry ni memang banyak gila gambar, jadi korang harus pakai spek *bagi yang rabun*, kepada yang pakai contact lens sediakan eye mo, kepada yang cepat lapar, pastikan ada roti atau biskut kering, kepada yang tengah diet, telan air liur je k.

Hari yang di tunggu-tunggu. Yup, semua family aku pun menunggu-nunggu tarikh 2 Feb 2013. Sebab aku dah pesan kat dorang, pakai cantik-cantik. Beli baju warna  ROYAL BLUE. mesti CANTIK. Tak kira apa pun terjadi MESTI CANTIK. hahaha! Kejam sungguh diriku. Sebab aku nak album aku cantik, gambar semua orang cantik, semua kenangan yang cantik-cantik je bila kite tengok album tu nanti. Semua gembira. Jadi jangan sesiapa pun tak cantik haritu. Awas yeah. Dan alhamdulillah, semua cantik seperti yang dibayangkan. Huhu!

Majlis start pukul 2 petang. Lambat lagi, tapi pukul 9 aku dah siap mandi semua. Catering sampai rumah aku pukul 8.30 macam tu, dah start pasang meja, pukul 10 11 macam tu makanan dah ada. Padahal majlis pukul 2 petang kan. Sengaja suruh dorang datang awal, sebab mak aku risau bukan main lagi. Yela tak pernah guna catering, selama ni kan masak. Kalau masak mak aku tak risau sangat sebab makanannya dah tentu depan mata. Mak selalu gi kenduri kawan-kawan yang pakai catering, catering datang lambat. Tetamu dah lapar. Itu yang dia takut sangat catering yang aku upah ni datang lambat. Untuk melenyapkan kerisauan mak, aku suruh dorang datang awal. Biar lauk pauk depan mata mak aku. Iyela...aku paham perasaan malu kalau tetamu dah sampai tapi takde lauk nak dimakan kan. Pftttt. Alhamdulillah Khafa Catering ni memang on time sangat. Mak aku lega, aku doploh kali lagi lega. Haha!

Kak Nur kata mekap artis (MUA) datang pukul 9.30 - 10 pagi macam tu. Aku suka MUA ni sebab dia datang awal,  dia datang belek dulu muka aku, tengok mana nak kena adjust, almaklumlah banyak nak kena adjust kan. Mekap pun teliti. Habis mekap dalam pukul 12. 


Masa aku mekap tu jiran-jiran dah start datang. Mana tak awal jiran aku datang, mak aku jemput jiran datang makan dulu tengah hari. Biasalah makcik-makcik mana tahan perut tunggu pukul 2 kan, pegilah makan dulu. MUA aku lepas mekap terus balik, sebab dia ada mekap artis lain lepas tu. Iolls artis pertama  dia mekap untuk haritu..tetttttt!!Haha!


Disebabkan mekap artis dah balik. Marilah kite berpura-pura mekap sambil betulkan tudung. Rasa rugi pulak tak sempat bergambar dengan MUA.



 Ini bukan berlakon tau, ini memang Ceera betulkan tudung aku, dah senget-senget.

 Sementara menunggu pukul 2. 2 jam kot kena tunggu. Marilah kite ke pelamin dulu. Berpoyo-poyoan di sana. Bila lagi nak merasa poyo sebegini. Kihkih!


Testing duduk dulu. Hoiiii...susahnyaaaa nak duduk silang sambil badan tegak. Sakit pinggang. Kaki bersimpuh ke kiri 5 minit je boleh, cuba simpuh ke kanan 3 minit je boleh. Parahhhh...haha! Bersila tak boleh pulak kan.. Senonoh sangat tak kaki terjulur ke depan, rilex la i kan anak dara moden..

(_________________________)

Walaupun pinggang sakit, tetap ku memberi senyuman. Biar sakit asal cantik. haha!

Ayu habis, oh jangan korang tanya kenapa aku pakai tudung macam tu, aku sendiri tidak mengerti. Tapi okey la, walaupun nampak tembam. Tapi tembam yang masih diterima akal fikiran. 

Dah letih duduk bersimpuh, aku sambung duduk kat kerusi ni je. Baru selesa sikit. Baru seminit duduk sini, Photographer suruh posing depan pelamin. Korang jangan muntah, tengok aje k =)

 Paling kelakar, aku senyum macam biasa kan. Ceera asik marah aku. Dia kata aku senyum buat-buat. Aku senyum luas-luas pun dia kata aku senyum tak ikhlas. Sebenarnya bukan salah aku tau, sebab MUA tu dia memang tebalkan bibir aku. jadi bila aku senyum beriye-iye pun dia tetap macam senyum nak mintak penampo.. Gegirl mangsa keadaan... *duck face*

 
 Ada macam duta sendayu tinggi tak? haha! Tengok gambar ni rasa nak lempang diri sendiri. 

 Yang ni macam Mustika Ratu. 







 Bersama emak tercinta. Tudung yang mak aku pakai tu sebenarnya aku beli online untuk aku pakai, tetiba tudung tak sesuai dengan baju aku, sesuai dengan baju mak aku. Rezeki mak laaa...huhu!

 Ok dah muak dah tengok gambar aku. Haha! Lepas tu aku dah letih.. Stamina aku memang cepat weak. Sikit-sikit letih. Boringgg....huhu! Bila aku masuk je bilik rehat. Adik beradik aku start la menghuru harakan keadaan. Semua bolot pelamin. haha! Bila aku tengok gambar ni tergelak sorang-sorang.

Dari atas, Ceera, Kakcik, Kaklang
Dari Bawah : Angah, Ika, Ayien

Yang atas kakak-kakak aku, yang bawah adalah anak buah.

 Lepas dorang, dorang lagi. Pfttttt

 Engko tengok bukan main over lagi. hahaha! Tak padan dengan dah tua tau.. Kaklang tahun ni dah 40 tahun okey. Eii, tak dapat terima langsung kan..haha!
 


 Sesungguhnya aku tak tau apa motif dorang berperangai begini, haha!
 

 Dari kiri, kaklang, kakcik, Kak Ninie, Kak Ieda, Akak.

 Kawan-kawan mak yang sempat snap gambar

Baru aku nak rehat dalam bilik, kena panggil lagi. Sebab nak ambik gambar adik beradik dulu sebelum rombongan lelaki sampai. Aku okey je kalau part menggedik. Hihi! Korang tengok gambar je la k







Haha! Masa ni semua orang kena sebut keledeeeeekkkkk..tu yang semua mulut sama je.

 Gambar paling sopan, haha! Susah nak dapat gambar sopan2 ni. Harus frame nanti. Huhu!

Tapi alangkah ruginya , Jemah takde. Hahaha! Dia kena gi kursus. Nasib Abangndak Nisa dengan Anoi ada. Jadilahhhhh jangan sedih2 yoooo...hihi! Tapi kan, nasib Jemah takde, kalau tak dia nak buat onar masa majlis ni. Katanya nak pakai baju warna pink. Kemonnnn laaaa.. ROYAL BLUE okey, apahal tetiba nak pakai Pink kenn...hahaha! Sabotaj sungguh.

Bawah ni adalah gambar-gambar suasana sebelum majlis. Korang tengok je la k.
 









Sambung Next Entry ye =)

23 comments:

✿ pink velvet ✿ said...

cantiknyer sepet.. berseri sgt.. dah la warna royal blue tu mmg mengancam :)

^*NaNa*^ said...

ada iras siti nurhaliza ...cantikk..:D

NinaAz said...

Sepetttt. U cantik. Putih melepak. Pakai pulak baju putih.. muahaha. Mengancam. Pelamin belakang tu menampakkan seri ok... sweetttttttt ♥♥♥♥♥

Rina Ellisa said...

mcm deeja moss pon ade akk.. hihihi :P

Filla ~ Kasihs said...

tantek tangat iye tu.. mcm ct nurhalizaaaa ;)

Irfa said...

baru nak komen ttg bibir yg nampak cam angelina jolies itu.hehe
meriah majelisnya

sharifah rosidah said...

Cantek nya mekap cik zu...pandai mekap artis tu.....tak berlebihan sangat.

Warna pelamin pun sangat cantik....terima kaseh kongsi cerita petunangan kat sini.....tak sabar nak menerima menantu....eh tetiba pulak aunty ni.....ahahaha.

Zumie said...

baju lawa.mekap lawa..pelamin lawa..semua lawa

RieNa said...

kak jemah @ VP! kalau kak jem baca komen ni, percayalah kak jem, pic2 ni akan lebih berseri kalau kak jem ada. :D

(ai ikhlas ni tak tipu.. hehehe)

RieNa said...

kak jemah @ VP! kalau kak jem baca komen ni, percayalah kak jem, pic2 ni akan lebih berseri kalau kak jem ada. :D

(ai ikhlas ni tak tipu.. hehehe)

Lady D'yot said...

cantikkk...mcm siti nurhaliza pon ada, tapi versi mata sepet..haha

LILI said...

sepet, kalo x keberatan leh x update bajet tunang sepet?

MAIZATUL ASYIQIN said...

cantiknyee kakak2 sepet :)

MAIZATUL ASYIQIN said...

cantiknye kakak2 sepet :)

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

meriahnyaaaaaaaaaaaa....
curlasss pelamin ko dik...
akak rasa mcm majlis akad nikah dah...

mmg kebabom habisss!!
thank you sbb update dgn kelajuan cahaya hehe ;D

mrs.ecam said...

alahai sepett...smbg lg ke....cptla...x lena tdo aku klu x tngk ending gambo ko nih
hikhik...pape pong mmg chantek sume gamboo...tahniah sepet...lawo kaler royal blue tu...apesal dl aku x terpk...hekhek

♥nurul♥ said...

wahh cantiknya pelaminnn.baju pun cantik.

kaler royal blue ni jrg tgk org buat. fu mengncam mengancam

nnti kahwin mesti lagi meriah ni hehe

Sally Yatiey said...

Cantiknya kak Sepet! ^_^

Xilla Chinta said...

wah, bru tung dah cenggini..blom kawin lg tue
siyes mcm izara aishah kauuu...

Shahada Fauzi said...

cantiknyeeeeeeee artis yg bertunang tu..kui3..:P

kite suke la family kamu..happening sangat..

Nurulchumel said...

tahniah ana!
dah tunang dah ko!
kawen jangan lupa jemput aku yg jauh diperantauan melaka ni yek!

Aida Effarina said...

congrats sis sepet! finally, update pun. hewhew.

suka la tengok sis n qery! envy~ haha :D

sHieRa cAkAp said...

Sepet... Cantik nye ko! Jeles amk incik di sini. Selamat bertunang ye cik adik manis.

P/S : baju kaklang is sangat cantik. Beli kat mne? Tell me tell me. please.....