Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 7, 2013

Kampung ku sudah berjaya

Rasanya readers semua tau kot aku tinggal kat rumah kampung dan kawasan pun kampung. So i is memang gadis kampung. Terpulang kat korang nak bayangkan aku ayu, manis, sopan, pfttt...haha! Geli bulu hidung mak abah aku kalau baca ni.Ayu sangatlah anak bongsu dia ni. Tapak tangan kasar ada hati dapat title ayu. 

Kerana aku membesar kat kawasan kampung, jadi aku suka je kalau bayangkan satu hari nanti aku duduk kat rumah kayu macam cite hobit tu *tak habis2 dengan cite hobit*.. Tapi rumah aku ni dapur batu la. Dia dah campur-campur. Daku pun tidak mengerti mengapa. 

Bertambah best apabila rumah aku ni lorong mati. Senang  nak jalan-jalan. Kereta tak banyak lalu. Tapi nak kata takde kereta lalu menipu sangat la kan. Lorong aku duduk ni kemain satu rumah sampai 2 3 kereta. Ada je kadang2 kereta keluar masuk. Bagus jugak. Sunyi sangat pun scary.

 Haritu jalan-jalan dengan Qayyum. Geram betul dengan budak demok ni.
Berat gila okey. aku kan selalu je dukung anak buah. Keisha lagi ringan dari dia tau. Dia ni aku dukung seminit dah lenguh tangan. Aku agak la, kalau aku jaga Qayyum ni, sebulan badan aku dah macam watsinyambek. *ada hati, haha*

 Lemak lipat-lipat kat kaki perut semua ada. Ini pun dah kurus sikit, pun still aku rasa berat la.

 Hengko tengok ni. Rasa nak gigit pipi dia.


 Suka kucing, anak buah aku memang semua suka kucing pun. Dulu rumah aku kucing banyak gila. Mak aku suka kucing, tapi sebab lama-lama tak tahan dah asik kena basuh berak kencing dia je. Mak aku tak bela dah.

 Pokok limau purut ni mak aku tanam tepi rumah. Memang banyak gila la buah dia. Orang kampung kalau nak dia ambik je. Sebab buah dia memang banyak sangat



 Pokok cili pun ada banyak. Mak aku kan memang suka menanam. Anak sorang pun tak pandai tanam pokok. Tanam je mampus pokok tu, haha! Kakak-kakak aku, kalau ambik pokok dari rumah mak, pokok yang segar terus tinggal ranting je, pokok yang ada bunga terus tinggal daun.lawak gila tau..haha! Padahal dah siram hari2. Pokok tu merajuk nak mak aku jugak kot.

 Mak sapaaaaaaa la ni.

ps : maixara c-sential still harga promo Rm99.90. tahan 2 bulan. Kalau korang ada masalah kulit memang aku suggestkan ambik maixara ni, sebab setakat ni aku pun puas hati. Tambah pulak pakai Myracles Beauty. Memang terbaik. Sapa nak terus contact aku tau. Postage hari-hari kecuali sabtu ahad dan public holiday. Bye =)

4 comments:

Miss Moon said...

sporting ar mak

Sally Yatiey said...

Memang best tinggal kat kawasan kampung ^_^ Suasana kampung ;D hee

sharifah rosidah said...

Kat situ ada kawan uncle duduk.....so uncle tau kawasan tu.

Mak ai steady lah mak kamu.....aunty kalau bawak kereta bolehlah.....motor haraaam.

Siti Nurhayati Dollah said...

Hehe.. amboi mak ada stail ok naik motor.. Best kan dok kampung. Suasana tenang je. Sebab tu yati tak leh duk bandar. Tak sesuai jiwa, jiwa memberontak gitu kalau dok bandar haha