Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 6, 2013

PART 4 : MAJLIS PERTUNANGAN

Sambung part semalam. Banyak nau part. Maaflah ye sebab banyak sangat gambar. Letih haku nak edit. Qery kata family dia akan datang ke rumah aku dalam pukul 2 gitu la. Masa ni baru pukul 1.30 macam tu, aku lepak dalam bilik dengan kawan-kawan. Cerita itu ini, maklumlah aku rasa ada 3 4 tahun aku tak jumpa kawan2, haha! Gila kentang.. banyak cerita. Tunggu pukul 2 tak sampai lagi, paham2 la hari Sabtu, jalan kompom jem kan. Pukul 2.30 baru semua sampai. Korang tengok gambar dulu yeah. Aku pun tak tau suasana masa dorang datang sebab aku terperuk dalam bilik. Bila tengok gambar baru tau apa yang terjadi. huhu!


Rombongan lelaki, aku tak tau la berapa kereta. Haha!








 Aku pun tak tau apa dorang bincangkan. Sampai la dorang ketuk pintu bilik suruh aku keluar. Huhu!
 
 Masa ni Ode panggil aku suruh keluar. Keluar berjalan dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Jalan kepit-kepit tanpa perasaan. Serius masa ni aku takde perasaan sangat. Cuma aku tak tau nak senyum macam mana, haha! Tapi aku tau aku senyum macam mana pun lawa.. Pfttt
 
 Cara duduk tadi sebelum family Qery datang haku dah praktis patploh kali. Jadi masa ni takde hal. Simpul sikit terus duduk dengan sempurna. Ecewah..tumbuk kang. haha!

 Hebat ke tidok cara iolls duduk, kahkah!!

 Masa duduk ni sempat aku bisik kat kawan aku suruh ubah kedudukan hantaran, sebab kedudukan hantaran pun dah set belah mana semua okey, punya lah nak perfect. Gilo.. Terpaksa kawan aku pun alih kan semua hantaran secara ayu..kekeke!

 Emak yang setia di sisi.


 
 Baru nak feeling2 primadona sekali terus kena sarung cincin. Tanjat gegirl.  

 Inilah mak Qery.



 Masa salam ni, aku risau sebenarnya, haha! Sebab malu tapak tangan aku kasar gila tau. Segan nak salam-salam dengan orang. Tapak tangan serupa jalan raya. Sedih.. 


 Lepas tu kite duduk diam2 bagi photographer snap gambar. Pastikan kedudukan badan anda menarik, haha! 



 Cincin tunang ku yang susah di cari ittew.

Lepas sarung cincin, marilah kite berdoa.


Doa dari abah ku tercinta

Doa dari emak ku tercinta

 Doa dari ayah Qery tercinta *hikhik*

Doa dari emak Qery tercinta *hikhik jugak*

Doa dari adik beradik tercinta

 Doa dari kawan2 tersayanggg.


 Doa dari saudara mara

 Sedang aku khusyuk berdoa, tetiba photographer memanggil2 suruh senyum. huhu!

 Woi mana ada orang senyum baca doa woi..haha!

 Habis je berdoa. Semua orang dijemput makan.




 Yang kakcik  pulak gi amik video ucapan, aku tak tau la video tu ada lagi ke tak. Kalau ada boleh share dengan korang. Lawak gila video tu.




Habis semua dia suruh bagi ucapan, haha!

Sementara teman saudara mara Qery makan, ternampak Qery datang dengan adik lelaki dia. Oh sebenarnya aku tak bagi dia datang pun masa tunang ni. Akan tetapi Onald kata nak tangkap gambar outdoor. Jadi aku suruh je Qery datang. Ada pulak outdoor okey, aku ingat ambik gambar masa majlis je.

Qery datang bersama adik bongsunya. Cepul gila dah tinggi , baru form 2 kot. Malu la bakal kakak ipar awak yang pendek tapi cantiq ni. Auw! haha!

Jap, aku rasa kan, adik bongsu Qery ni taste mesti dah terikut2 dengan Qery, baju pink, seluar terang2. Takpe, nanti awek dia mesti cantik. *MOTIF SANGAT KAN..KAHKAH!!*

 Sampai2 terus dia salam mak ayah.

 Lepas tu dia nak gi salam sedara mara, aku bla la. Yang pakai songkok tu Syah. Adik bawah Qery. Aku pernah cerita. Yang aku cerita adik ipar tua setahun dari aku. Tapi panggil aku Kak Hana. I menangis di dalam hati tau..huhu!

Lepas tu masuk dalam rumah semata-mata nak snap gambar ni.
 

OMG OMG OMG!!
I dah ada tunang!
Geli mat mat mat...

Sambung part lain. Penat dah ni. baru bertunang dah kemain entry aku. haha!

11 comments:

kissz said...

So kiuttttttt pelamin iteww
Kerlassss kau pett

✿ pink velvet ✿ said...

teringin nak tgk video ucapan tu, confirm lawak.. btw, tangan kasar takpe, nnt bakal mak mertua ingat kite rajin melampau buat keje dapo, haha~~

Lady D'yot said...

comel la sepet..;)

NinaAz said...

Wahhh. Hantaran pasu bunga je hape tu sepet

ibh_sue said...

Kiutttt ko sepet. Tunang pun dah kelass..Kawen nnati lg meriah tu..

Sally Yatiey said...

Cantikkkkkk ^_^ hee

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

terkekek2 akak gelak dpn pc ni dik...
korang semua mmg kelakar sgt & very sporting...
family qery pun sama sporting....
mmg untung sangat korang...
very the happening bila tgk aksi memasing...
pose pun menarik!
i likeeeeeeeee...

makan nasik minyak nanti..jgn lupa jemput akak eh...



sharifah rosidah said...

Entah kenapa aunty memang sangat2 berkenan dengan tukang mekap awak tu.....cantik sangaaaat mekap nya.

Baju yang cik zu pakai pun cantik juga.....eh semua lah cantik cantik.....memang kelas taste awak.

Nur Syalillah Kamrudin said...

lawanyaaaaaa sepet..sekali pandang mcm siti nurhaliza..dua kali pandang mcm zahnita.. :)

berry said...

rupa umie aida lah bila mekap tebal :))

arda said...

sepet byknya gelang iyerrr..nk satu bolehhh..mcm anak mami uolsss. *sambil hentak2 gelang ala hindustan* :p