Mar 11, 2013

Sesi Kenal Diri Lagi...Pfttt

Minggu lepas aku received email dari new follower, katanya kagum sebab ramai follower *malu sunggu diperkatakan begitu*. Dia kagum lagi sebab katanya tengok aku baru buat blog bulan 7, tahun lepas. Mihmihmih!

Omioooooomiooooo...kite dah 5 tahun blogging. Tapi entry lepas kite dah save dalam draf pun. Tapi kite comel kan *tetiba sangat* haha!

Alangkah untungnya kalau buat blog tahun lepas, lepas tu terus ramai followers. Pasti dicemburui remaja2 belasan tahun. *motif, hew hew hew*

Dan rasanya aku dah delete jugak entry untuk sesi perkenalan diri kan. Ingat tak dulu pernah buat. Tapi haku rasa dah save jugak kot. Terlalu banyak gambar tak pakai tudung menyebabkan aku rasa malas nak edit, lalu rasa save to draf lebih senang. Gittew. 

Kerana ada yang macam mesej aku malu-malu nak panggil aku Sepet, eh jangan malu-malu. Memang boleh panggil aku sepet. Kadang2 ada yang cam malas nak panjang, dia panggil aku Pet je. Boleh? Macam tak berapa senonoh kan..haha! Tapi aku redha... *gigit bibir*

Aku suka je kalau korang panggil aku Sepet. Kak Sepet, Dik Sepet. Sepet Jelita Habis. Aku tak ambik hati pun. hihi! Terpulang kepada keselesaan. Mana datang namanya Sepet. Panjaaaaaaaag ceritanyaaa dan malas nak cerita

Dulu kalau macam terserempak dengan blogger kat luar. Dia akan tanya "Ni Blogger Sepet kan" Aku pulak akan "Yup, saya Hana" Lepas tu semua orang macam.....blur, mata ke atas, ke kiri kenan sebab konfius. Sepet ke Hana. Jadi aku pun mengaku je aku Sepet. Sapa-sapa panggil aku Hana pun aku masih menerima dengan hati terbuka.

Masa aku jaga mak kat spital dulu, ada sorang nurse dan makcik ni ingat iolls budak sekolah. *auwww!!*. Tapi sedarlah...aku lahir pada tahun 1988. Sudah 8 tahun meninggalkan SPM. Jangan dikenang result yang entah pape tu. *bahagia rasanya bila puji diri sendiri kan, haha*

Aku lahir kat Hospital Besar Kuala Lumpur. Anak nombor 9. paling bongsu, paling manja, paling cantik *ini serius, jangan senyum* , paling rendah, paling degil dalam keluarga. kikiki!

Aku sekolah kat sekolah biasa, dan aku bukan student yang bijak gila tu. Aku biasa-biasa je. Sampai masuk kolej pun aku still student biasa-biasa je.

Pekerjaan aku pun biasa-biasa je. Pun staff yang biasa-biasa jugak. Nak kata disayangi bos pun tak jugak, di benci apatah lagi kan. Maksud aku biasa-biasa je adalah, kalau aku takde pun takpe je. Farmasi masih beroperasi seperti biasa. Gittew. Sehinggalah aku resign, pekerjaan sekarang pun biasa-biasa je. Semua orang boleh buat.

Boifren. *aummm!!*, boifren sekarang ni kenal dah lama. Tapi kite miang-miang gatal-gatal masa awal tahun 2009. Boifren aku pun biasa-biasa je

Aku adalah perempuan biasa. Kalau korang jadi lelaki, kalau tengok aku dari jauh pun rasa tak nak tengok kali ke dua *kecuali korang gatal la, hahaha* Dan aku seorang yang setia *puiiii*

Masih single , tapi rasanya dah tak available. heeeeeeeeeeeee.. *lap peluh*

Itu saja biodata pagi ni. =)
Yang ringkas je.


TQ readers =)

9 comments:

NinaAz said...

Mcm mana boleh dapat ramai follower dan komentar yang gigih taip komen? Tips2. Haha. *tetibaaakannn tanyaa*

kissz said...

Best gak pet...
Ok.. hye PET!

Unknown said...

Sblum ni jarang follow blog sepet.skrg ni mcm dah ktagih...hehe

Unknown said...

Sblum ni jarang follow blog sepet.skrg ni mcm dah ktagih...hehe

ceera said...

Pffftttt ramai gileh. Kagum atam.
Jgn lupa link blog atam ye hahaha....

sharifah rosidah said...

Aunty suka panggil 'Cik Zu' kalau bertandang kesini.....orang yang lawa hanya layak di panggil dengan nama yang sedap je...sepet bunyi nya tak berapa nak lawa....tapi kalau dapat berjumpa aunty nak panggil Zu je..ok tak ok tak....kalau tak ok aunty panggil hana lah ya.

Anonymous said...

Wowww..Ramai yang view dan follow blog kak Sepet ni ^_^ hehe

Unknown said...

hari2 wajib bukak blog sepet ni..
sepet yg mesra alam..tu yg ramai suke tu...

NenetPenne (NP) said...

kelakar..apa yang kelakar?..
ntahlah! tapi entry biasa2 je mampu buat i tersenyum...