Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 19, 2013

Rindu tapi.....

Eceh...macam tajuk novel tak, *mata ke atas* Eh aku dulu ada buat novel tau. Tak siap pun la sebenarnya, baru chapter 5. kemain berchapter kau..best sangat ke kan...tetttt...haha! Lepas tu laptop aku rosak. Apaaaa pun tak boleh. Sob sob.

Tadi terbaca status kawan aku. Dia baru resign dalam sebulan. So sekarang ni dia kerja kat tempat baru la. Macam every day dia akan lalu tempat kerja lama dia. Lepas tu dia kata dia terkenang la tempat kerja lama semua macam dalam hati 'ini la tempat kerja aku dulu' Gittew

Perasaan tu aku pun alami jugak. Huhu! Bila aku lalu mana-mana hospital aku pernah kerja. Aku rasa sayuuuuu je. Yela kan, kat mana tempat kite nak cari rezeki. Bangun time orang belum bangun, berjaga time orang tengah tidur, tengok orang tenat, kelam kabut supply ubat masa zaman H1N1 dulu, sendiri sakit pun still kerja sebab nak orang lain sihat. Telan la panadol hari2. Gittew. 

Aku sampai sekarang respect siapa-siapa yang kerja kat hopsital, macam nurse, farmasi, doktor, betapa dorang ni kuatnya semangat, murni sungguh pekerjaannya. Ceaaa sebenarnya nak puji diri sendiri ke apa ni kan, haha! Bukan aku la.. Aku dah resign sebab aku dah tak boleh go on lagi. Pekerjaan memang murni, pahala pun banyak. Tapi aku resign sebab aku tak boleh deal dengan masa kerja dia.

Kerja tu aku suka, cuma masa kerja dia ikut shif. Kebetulan aku pun ada buat part time bisnes online. So masa dia agak terkabut2 jugak aku nak handle. Dengan kepenatan lagi. 

Ada satu masa tu, aku demam tapi still oncall. Lepas tu ada lebih 40 orang nak discharge. Aku rasa nak pitam pun ada. Mana nak tolak ubat, mana nak tambah ubat, mana nak key in, mana nak prepare, nak call doctor untuk double check, nak call nurse untuk confirm takde barang patient tertinggal, kalau ubat takde, nak call hospital lain untuk pinjam, nak dispen, nak susun ubat. Semua buat sorang. Nak kecing pun takde masa. itu baru discharge, belum yang new patient nak masuk lagi, belum yang every day doctor bagi new drug lagi, belum campur ubat untuk patient datang kat emergency department lagi.

Lebih stress kalau nurse yang nak cepat. Aku paham dorang pun kesian kat patient, sebab patient sakit nak ubat kan,. Tapi tu la. Masing2 ada tanggungjawab masing2. Pasrah je..hihi!

Kalau nak diikutkan, memang rindu je nak kerja. Datang kerja pagi2, susun ubat, call ward, dispen ubat kat patient, explain cara guna device, rindu tengok gelagat orang. Aku rindu jugak. Tapi kalau diberi peluang untuk kerja balik. Aku tak nak dah. Hahaha!

Duduk rumah pun bukan best. Tapi berbeza perasaan kerja sendiri dengan kerja dengan orang. Kerja dengan orang kite akan rasa tak puas hati itu ini, komplain bla bla bla. Kite boleh nampak permainan orang atasan. Tapi kita tak boleh direct cakap 'hello CEO, tak bagus ok macam tu, kena macam ni' Gila ke kau..haha! Walaupun kita tau dan nampak plan kerja dia yang huru hara, tapi still kena follow. Kerja sendiri, kita sendiri akan tau apa kekurangan diri kita, kat mana lebihnya kita, tak boleh nak komplen diri sendiri nanti sendiri sentap kan. haha! Dan yang paling penting, kita tau usaha kita macam mana, macam tu la yang kita dapat.

 Rindu staff dan bos farmasi ni =P

 Rindu kakak-kakak MOB =)

Aku selalu berkata-kata di dalam hati. I just wanna be what i wanna be, not who others choose to see. Kemain kan..haha! Stakat ni, aku happy dengan apa yang aku buat sekarang. Walaupun aku tau untuk kerja kat farmasi lebih di pandang mulia. *mulia sangat kannn, haha* Hidup perlu mengundi. *tetiba*

Selamat maju jaya untuk apa saja pekerjaan yang korang buat k. Kbye =)

7 comments:

Shima Mazlan said...

ko beruntung sbb dpt pengalaman mcm tuh .. kire ko byk pengalaman la .. kje sendri n kje ngn org .. aku teringin nk meniaga .. but xberani nk amik risiko .. :(

sharifah rosidah said...

Teruskan lah buat novel...jangan berhenti...nanti boleh publishkan.

Oooo begitu rupanya...aunty selalu ingat kerja bahagian farmasi mesti tak sesibuk kerja nurse dan doktor, rupa rupa nya sama je ya...bagus juga cik zu bagitahu kat sini supaya lain kali kalau kita pergi hospital dan tunggu masa nak ambik ubat tu....kalau lama ke, tak lah kita marah2 dan sumpah seranah kan.

Fareeza Nazim said...

No more pharmacist cun mcm awak.. Dl masa g pantai suka tgk awak

mazs mazlan said...

publish la novel,,hehe

suri said...

saya ekceli berhenti keje dah 7 bulan..dr lepas stpm keje kt Jaya33 tu (kt situ kan bnyk company)since ujung taun 2007 (umo time tu 19 taun)...elok pas stpm je trus keje..mula2 as a freelancer je..tp bila dh berapa bulan keje sy mintak resign sbb nk smbung study..tp boss x bg berhenti dgn bnyk alasan huhu..sy pon okay kan jela n smpailah 2.8.12 lepas..waktu tu gaji sy dh 3k sbb dh lama sgt keje ngn dorang walaupon xde qualification kan..tp tu lah..after 3 bulan kawen (pjj suami kt ipoh sy kt PJ) suami mintak sy berhenti keje..sedih yang amaaaaat! tp yerla dh jadik isteri kan..haruslah kene ikut ckp suami..so dgn berat ati sy pun benti keje..n elok je benti keje sy pregy..n skang fulltime housewife dn tunggu masa je nk bersalin..tiap kali suami g keje sy mesti nanges,tingatkan tempat keje..sedihhhh..lepas benti tu ada la 2 kali g opis sbb rindu ya amat kan..bos pun still cntct sy tanya kabar sume..tp x pe..suami sy ckp berkorban untuk suami tu kan pahalanya berlipat ganda..trus rasa mcm..redhaaaaaaa jerla hihihi...

Aqilah Shaid said...

Sepetttttt, nak tanyaaaa, macam manaa perjalanan nak amik course farmasi nii ehh? Study mana dulu?

mimie kiroro said...

ospital mane ek??