Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 26, 2013

Sebenarnya aku semangat je nak update, tapi tetiba je bila pandang screen laptop ni, terus takde idea. Tensii gegirl. *gigit bibir sambil mata menggoda* sesuatu sangat, huhu!

Aku tengah risau dengan Ode aku ni. Sepatutnya dia bertolak dari Jeddah malam Ahad, jadi agak-agak selepas subuh Isnin *semalam* dah sampai ke KLIA. Malam tu mak dengan aku berborak la pukul 3 pagi dalam bilik, sambil dia tengok aku buat kerja, sambil kira-kira Ode dah berapa jam dalam kapal terbang. Mak tak boleh tidur kot sebab excited nak jemput Ode, maklong dengan Cik Intan. Tetiba dapat sms dari Ode, katanya kapal terbang ada masalah teknikal. So dorang tengah cek kapal terbang tu semua la. Mungkin lambat sampai Malaysia. Dia suruh mak datang lambat sikit pun takpe.

Subuh tu masa aku keluar bilik, aku dengar mak tengah cakap-cakap dengan abah dalam bilik. Aku pun bukak la pintu bilik mereka sambil kepochi. 

Aku : Nape?
Mak : Kapal terbang Ode kau naik, enjin dia meletup.
Aku : *diam tak terkata, telan ailiooo je*
Mak : Dorang dah naik kapal terbang tu. Tengah gerak, lepas tu kapal terbang tak boleh naik.
Aku : Oh tak berlepas lagi la *phewww lap peluh*
Mak : Belum. Masa nak naik tu enjin meletop. Semua sekarang ni tengah kat hotel. Tak tau balik bila. 

Nasib baikkkkkk la tak berlepas lagi. Kalau dah naik, buatnya enjin meletop di udara yang biru ittew,.. tak boleh daku bayangkan....

Jadi sekarang ni Ode selalu update dengan Kak Ida, apa-apa Kak Ida mesti akan inform mak dengan abah. Sebab mak abah akan inform orang kat kampung. Nanti anak-anak maklong tertunggu-tunggu pulak kan. Malam semalam Ode kata dia bertolak petang harini. Insyallah sampai KLIA hari Rabu subuh. Mintak-mintak la semuanya selamat pulang. Aminnnn...

Okey ini cerita malam tadi. Aku macam biasa tak tidur, lepas tu rasa nak terkucil. Lalu aku pun masuk bilik air dapur, dengan terperanjat beruknyaaaaaa....memang betul2 beruk kerana daku nampak lipas yang besar gilaaaaaa, aku pun bagaaai nak gilaaaa jadinyaaa...tatuttt..sobsob! Cecepat keluar dari bilik air, capai penyembur lipas. Aku pun terintai2 la dari celah pintu bilik air tu. Rupanyaaaaa ada dua ekor lipas tengah proses buat anak. Patut la aku nampak besar gila.  Sekor-sekor dah la memang besar, membuat persenyawaan di dalam bilik air, sekali pandang memang aku nampak lipas tu besar habaq hang lah kan...

Aku pun takut-takut berani je semburkan spray. Keadaan lipas masa aku spray masih macam kat bawah ni.


Jijik euw euw euwwwww!! Meremang bulu tengkuk aku.

Aku spray betul2 di wajah mereka, amboiii...haha! Tergolek2 tak bernafas beliau berdua. tapi yang tak boleh bla...bontot dorang taknak tercabut pulak tu.

Akibatnya, lipas ni mati dalam keadaan begini. Aku rasa bersalah je. Tapi aku geli. Dan aku dah tak tahan nak terkucil. Huhu! Mati betul2 depan pintu bilik air, lalu aku jiruskan jauh2 sikit. 

Tapi sampai sekarang ni aku pelik. Kenapa ye masa aku spray, lipas-lipas ni tak stop dan larikan diri? Hidup mati bersama lettew. Mihmih!

Sorry, lain kali pilih timing yang betul yeah. Jaga-jaga la sekalian lipas, rumah pakcik Noh ada Lipas Hunter okey. *berlagak gila padahal time sembur pun kecut-kecut perut. huhu*

Mood : masih rasa serba salah. huhu!

8 comments:

Cik Cammy Lia said...

hahaha lawak je..

P/s : semoga abg n makcik2 sepet slmt tibe..

zara zalani said...

hahhahhhaaa....walau xdak idea, citer yg best kelakarr....speachless laa...lawak tul!
segalanyacantik.blogspot.com

RieNa said...

kesian lipas2. tak puas lg tu. huhuhu

Vee Lea said...

Hahaha.. Comel je Sepet nii. Cinta abadi la tu ;D

FzaH@3PiXs said...

Bulu roma saya pun meremang jugak...

FzaH@3PiXs said...

Bulu roma saya pun meremang jugak...

sharifah rosidah said...

Kita sama2 berdoa semuga abang kamu selamat sampai...insyaallah.


Lipas tu tengah syok sebab tu lah bontot masih terlekat lagi....tak pasal2 mati dalam ke syok kan tau.

Irfa said...

oh x baiklah kamu..sian mereka tak sempat membuat zuriat ;)