Tolong jangan suggest dah. huhu!

Ingat tak yang aku mintak suggest cd cd korea yang best. Aku tak sangka kebanyakkan readers pun suka tengok cerita korea. Aku sebenarnya bukannya suka sangat *ceaaa tetiba tak nak ngaku*. Aku pilih-pilih jugak hero dengan heroin. Kalau hero selengaaaaaa.. Pun tak selera aku nak tengok.

Baru-baru ni terbeli lagi cd korea. Kegilaan ini adalah sejak tahun ni. Aku paling benci kalau masuk kedai CD, mesti tak sengaja terbeli. Ada yang reader tanya aku beli cd kat mana. Aku beli kat kedai Speedy. kat situ banyak cd korea. Sila pergi cari kedai ni k. Kalau tak pun korang download je. Sekarang ni orang suka download. Aku beli cd sebab aku tak pandai download. Hihi!

Ingat tak aku minat lelaki korea ni, kalau jumpa cerita yang dia berlakon, terus beli. sampai sekarang still minat kat dia. Heroin pulak, aku suka yang cerita World Within tu je. Dia takde la handsome sangat, tapi sebab dia macho. Dan dia garang. Pfttt... Aku memang suka lelaki garang, sebab lelaki garang nampak sangat seksi.. mihmihmih

Pun minat kat Rain jugak. Aku rasa kan.. Aku lebih minat lelaki tinggi. Sebab aku perasan, lelaki korea yang aku minat, semua tinggi-tinggi. Pernah dulu kan, ada lelaki ni nak bercinta dengan aku, memang perfect dah perangai dia, aku suka sebab dia soft, pandai, abang yang bertanggungjawab, gentle, suka sampai rasa nak bercinta dengan dia, tapi aku reject sebab dia rendah. Kuikui! Sangat ketidakadilan melayan orang kerana ketinggian.

 
Dan aku suka hero yang ni. Sangat la kecomelan plus macho. Kalau dapat laki ni, aku sanggup ketip kuku dia hari-hari. Ketip kuku...? Sesuatu sangat...

CD kat atas ni semua haritu aku dah tunjukkan. So cerita yang best kat mata aku cuma ada beberapa je.

1. My Girl
2. Full House
3. Partner
4. Worlds Within

Yang lain...boleh la....

Lepas tu korang suggest macam-macam cerita, sampai aku save nama2 cerita tu dalam fon. Panjang listnya. Tapi bila aku tengok hero-hero dia, ada yang aku suka, aku beli, yang aku macam takde selera *wahhhh, kemain sampai takde selera kan..haha*, aku tak beli.

 OMG Lee Min Ho, cerita yang dia berlakon semua best!! Semua cerita kat atas ni semua best sangat.
Sila tengok kepada yang belum tengok tu yeah.
 Cerita My Princess ni pun best, aku suka tengok heroin dia begitu comel.

Cerita ni biasa je, macam mengarut terlebih. Tapi aku tengok je sampai habis, haha!

Cerita yang aku baru beli ni. yang best adalah.
1. City Hunter
2. Personal Taste
3. Boys Over Flower
4. My Princess

Kesimpulannya di sini, hero yang handsome dan heroin yang comel sangat dititikberatkan dalam love story. Walau macam mana best pun suatu cerita, kalau hero tak boleh bla. Aku pun malas nak tengok. Hihi!

Haritu, aku tengok cd cerita Boys Over Flower, tapi tak boleh habis satu malam. Mana tak nya, ada 25 episode. Aku dapat tengok sampai 10 episode je. Malam tu tertido mimpi hokey. Gila betul. Aku sekarang ni dah la jarang mimpi.

Disebabkan cd cd korea ni, mata macam panda. Jerawat pun dah start nak keluar sebab tak cukup tidur. Hihi! Dah tu. Tolonggggg la jangan suggest lagi yeah. Aku dah tak sanggup lagi. 

Jap, sapa yang pernah melancong ke Korea ikut agensi travel. Berapa yeah bajet yang diperlukan untuk ke Korea. Agensi mana yang terbaik?????

Comments

kissz said…
Kalo nk g trip korea...
Sila buat rombongan ye cik pet..
I is nak ikot juge...
Nk jmpa dong wookk
Auwww
mila said…
eh sm la plak taste kite hahaha...sy pon suke laki tinggi gk.penah gk kne ngorat muka dh hensem tp sebab dia rendah terus xde selera hahaha..jht tak?? mujur husband skrg mmg tinggi dri sy ekeke..
beta kupu said…
Sepet, xkira, aku nak gak sages kat ko suh tgk cite I miss You & Take care of us captain. siyes sgt bestttttttt dua2 cite ni! sekian ~ haha
~ Ain Dania ~ said…
owhh Lee Min Ho...!!!! love u...!!!!! *mata berkaca* Amboiii over plak..hahahahaha
Citer city hunter tu best kan... suke part romantik2 die dgn kim na na hehe..

Lepas tu sepet, dlm citer gumiho tu pasan tak mamat yg jd dortor jahat tu...pasan tak muke die...rase nk toreh2 sbb cantik sgt kulit die...kalah org pompuan..hahaha kite panggil die mamat patung kedai baju...hahahaha
Pn Qema said…
SEPET jom layan citer korea lama
"JEWEL IN THE PALACE" setiap hari 2.30 -3.30 ptg. Kisah benar. Best.
NinaAz said…
Full house me is like toooooo... ;)
kazmyra afkar said…
best idok wild romance?? mcm mane cerita dye...

personal taste the best..
Anonymous said…
heroin my princess tu girlfriend rain real life. hehehe.

pastu cari la cite you're beautiful dgn princess hours. best jgk yg tu. :D
Koleksi Hafim said…
sepet, ce tengok ni. muslim tour to korea :)


https://www.facebook.com/Muslimtourtokorea?fref=ts
Syahiedaazizi said…
sepet, knp tak try tgk running man?dia bkn love story pon.tp memang best giler n kelakar abis.kadang2 min ho ngn dong wook pon jd artis jmputan. hihi.
Miss Moon said…
semer citer sepet letak tew semer besttttttttttttttttttttt

nak suggest 1 agi

Cerita BIG pun besh ekekke

http://miera301.blogspot.com/search/label/korean%20drama

mebi ada mana yg ley sangkut kat sepet ekekekek
ini kisahnya said…
city hunter dgn my girlfriend is gumiho tu best sgt.. ada tengok dkt 8tv.. 8.30pm - 9.30pm..

http://alfakhishah.blogspot.com/
ika said…
ade citer baru yg best tajuk die THAT WINTER THE WIND BLOW...tengoklah sepet..heroin die yg berlakon full house...hero die xpasti nama tp macho.... lagi satu citer YES CAPTAIN...ni pun best...hero heroin die sama comel
Unknown said…
Kakak sepet...kmu mst suke tgok love story sbb pkwe kmu sweet cmtu.kbhgiaan wjud dlm idup kmu..tp kte x suke tgok sbb kte rse smue tu plsu.laki y baek x wjud kt alm nyata..sobsob....
Unknown said…
Saya pun suka cerita My Girl & Full house tu. Yang lain belum tengok lagiiiiiiii! ;)
Ainul Anne said…
amboi kemain nak ke korea dah! nak ikot! huwhuw

laki yg cit my girl tu baru je masuk running man bebaru ni. kurang hensem pasal rambut cam bebudak hahaha
Cik Zu cerita korea yang aunty tengok satu je....alah yang femes sangat dulu tu....dalam cerita tu banyak sedih je...alah yang satu perempuan dua lelaki berebut tu....itu je lepas tu malas lah nak layan lagi...
Shahrizat said…
http://misterkoreabudgettravel.blogspot.com/
Shahrizat said…
http://misterkoreabudgettravel.blogspot.com/
elle-amin said…
Like3!
Cerita kehidupan istana korea.
Cerita romantik dgn cara yg sangat sopan dan tradisional.
elle-amin said…
Running man!
Like3!