Sepet guna produk apa?

Bagitau awal-awal ye, kulit muka aku takde la cantik gila babeng tau. Tapi dah letih nak jawab mesej setiap kali orang tanya, maka..aku terpaksa rajin untuk buat entry. Entry Part 4 bertunang tu kite hold dulu, bagi laluan entry lain yeah. haha! Macam la orang menunggu sangat entry tu. Ini semua phoyooooo...

Sebelum aku bertunang, aku tak cukup tidur, lepas tu penat, lepas tu stress. Serius masa tu muka aku tak terurus pun. Ada jerawat baru nak tumbuh segala. Sampaikan tukang mekap tanya aku 'ini jerawat baru nak naik ni, mesti tak cukup tidur, penat dengan stress ni'

Amboi pandai betul dia teka. Haha! Masa tu jerawat tengah malu-malu nak keluar. Kebanyakkan keluar kat dahi la. Kalau kat dahi kompom stress, lepas tu bawah mata aku gelap kan. Sebab tak cukup tidur.

Jadi lepas bertunang, aku terus jaga muka balik. Kiranya betul-betul guna dengan tertib la. Kalau tak..aku ikut kerajinan. Kalau malas aku tak pakai apa pun. Gittew.

Pertama sekali. Pencuci muka aku guna Cetaphil. 


Cetaphil ni memang pencuci muka atau badan yang doktor-doktor pakar bagi kat patient yang kulit betul-betul sensitif. Cetaphil ni sesuai dengan semua jenis kulit. Baby pun boleh pakai. Cetaphil ni dia takde buih tau. Kiranya kau boleh cuci muka macam biasa, tenyeh-tenyeh urut-urut kat muka, lepas tu kau bilas je dengan air. Walaupun ko tak nampak pun buih-buih, tapi insyaallah dah bersih dah muka kau. hihi!

Yang paling best pasal Cetaphil ni, ko tak yah bilas dengan air pun takpe. Orang pemalas keluar bilik macam aku memang patut pakai cetaphil. Ko dah cuci muka pakai cetaphil kan, kalau ko ada wet tissue, ko boleh bersihkan pakai wet tissue je. Aku selalu buat angkara malas nak jalan gi dapur. Bayangkan tahap pemalas aku.haha! Kalau sapa-sapa student yang pemalas nak gi bilik air, memang bagus la ko pakai cetaphil ni.

Untuk cream muka, sebenarnya aku tak pakai cream muka. Aku cuma spray muka pakai Spray Myracles Beauty. 


Kalau aku rasa kulit aku kering, aku spray. Kalau aku rasa bosan pun aku spray. Haha! Gila takde keje. Sebab haritu aku gi event Myracles , katanya lebih kerap kita spray, lebih cepat nampak kesan. Jadi aku kejenya kalau bosan, kalau panas, aku spray. Sebelum selepas mekap pun aku spray.

Sabun Myracles Beauty tu aku guna jugak, cuma aku guna masa mandi. Sebab sabun tu dalam bilik air kan. Bila mandi aku pakai la. Itupun sabun tak boleh lama. Seminit cukup. Mana-mana sabun pun tak boleh letak kat muka lama-lama. Kalau tak, kulit kite akan kering. Jadi seminit je, lepas tu cuci muka terus. Cetaphil tu aku guna bila muka tak selesa, cam nak berminyak sikit-sikit, terus aku cuci pakai cetaphil. Ikut suka aku la nak pakai mana-mana, dua-dua aku suka pakai. haha!

Dan supplement, setakat ni untuk kulit aku makan Maixara C-Sential. Alhamdulillah, 5 hari makan pun aku dah nampak perbezaan. Ingat tak aku cakap muka aku ada jerawat tu kan. Lepas tu parut tu susah nak hilang, tengok makan dah 5 hari, nampak dah pudar sikit. baru makan seminggu lebih. Harapnya nampak la perbezaan dia bila dah berbulan2. hihi!

Before ni aku selalu snap gambar pakai camera 360 kan. sebab tu korang nampak cantik je. Ok la kali ni bagi korang tengok yang tak berapa nak floles. Still aku upload kiri pakai 360, kanan gambar ori. Okey semua, get ready yeah...






Gittew.

Boleh nampak yang kiri gila floles, adalah kerana haku pakai camera 360 yeah. Jadi sila jangan puji sangat kulit i floles ke hapee... Serba salah aku mendengarnya. hehe!

Alhamdulillah, gabungan 3 barang ni, kulit aku jarang dah ada masalah. 

Cetaphil aku takde jual. Kalau nak gi cari kat farmasi.
Maixara aku ada jual. RM99.90 sekotak. Aku makan 2 biji sehari. Makan lepas dinner. 
1 set Myracles beauty RM170. Aku spray dengan sesuka hati. Mungkin sebab tu jugak kulit aku cepat baik. Hihi!

Dah jangan tanya lagi aku pakai apa tau. Dah bagitau terang2 dah ni. Huhu!

Ada yang tanya aku makan VCOA tak, yup aku makan vcoa untuk tenaga dan untuk kesihatan. Yang aku cite kat atas ni untuk kecantikkan.

 
Tunggu sambungan entry yang ber part-part tu k. Harini jugak akan ku publish.

Ok bye =)

Comments

Lady D'yot said…
hehe..tetap comel!
NinaAz said…
Sepet still comel ok!. Hihi.. krim malam pakai tk? Ngeeee~
kissz said…
Org santekkk pakai la apa pongggg flolessss tetapppp giteewwww
Unknown said…
Gambar yg last tu macam muka Yunnan :)
Unknown said…
Gambar yg last tu macam muka Yunnan :)
Unknown said…
Gambar yg 2nd last tu macam muka Yunnan :)
NenetPenne (NP) said…
akak pun pakai cethapil recommended by orang farmasi tu...
Unknown said…
Tetap comel kak ^_^
Tak kesah lah cik zu guna apa pun awak tetap cantik....serius jujur aunty tau sib baik dah ada qery....kalau tak.....

Suka tengok tahi lalat tepi bibir awak tu.....makin manis.
Unknown said…
Hiiiii...suka la tengok muka awk...kiuttttt lah...
Unknown said…
hiii...suka la tngok muka awk..kiuttt sgtttt...
Unknown said…
Kalau xde jerawat pun blh pakai x cetaphil tu