Mar 8, 2013

PART 7 : HIHGLY RECOMMENDED!!

Should be no part dah actually, haha! Tapi sebab aku nak masukkan sekali dalam entry-entry kenangan. Jadi kite include entry ni masuk dalam cerita pertunangan yeah. Kat entry ni aku cuma nak bagi suggestion butik , photographer, dan catering yang aku pilih. . Aku bertunang bukan sponser tau, jadinya jangan la korang ingat aku promote dorang sebab dorang sponsor aku. Bukan. Sebab aku PUAS HATI. Aku kalau benda aku puas hati, memang aku suka je nak promote. Gittew. Tapi suka hati korang lah nak pilih butik photgrapher atau catering lain pun. Sendiri punya taste, sendiri bayar kan. hehe!

Kalau korang perasan, sebenarnya majlis tunang aku ni simple je. Tapi sebab semua orang bagi aku servis yang terbaik. majlis ni nampak seperti over kan.  haha! Simple maksud aku hantaran aku pun tak banyak. 3 balas 5. Pun aku tak jemput ramai orang, dalam 150 je. Sebab family aku dekat 50 orang, family Qery dekat 50 orang, plus jemput beberapa saudara dan jiran. Itu je. Baju pun baju kurung biasa. Cuma veil tu yang naikkan seri baju. Mekap pun tak over. Dan photographer. Biasa kot. Tapi bila semua orang bagi servis tip top. Jadilah majlis yang agak poyo. haha!


Kenapa aku suka Symboliqe Asia. 1st sekali..aku tengok siapa owner dia. Kalau owner atau perunding agak poyo dan kerek. Kim salam je la. Sebenarnya aku tak kisah pun pelamin macam mana. Kalau yang melayannya peramah. Kita pun akan rasa senang hati je nak cakap apa pun. Kak Nur adalah sangat peramah. Aku nak macam tu macam ni tapi aku risau sama ada sesuai tak dengan rumah kampung. Dia mesti akan cakap 'dont worry i try my best. U trust me k'. Memang dia akan try the best untuk korang. Apa yang dia boleh buat, dia kata boleh.Apa yang dia kata tak boleh buat, dia kata tak boleh. Sebab ada certain butik, kemain janji itu ini, tapi last-last apaaa pun tak boleh kan. Korang bagi nak tema macam mana, Kak Nur akan cuba design untuk korang. Bagitau je nak macam mana. Taste Kak Nur memang terbaik. Kalau korang pergi butik dia, sendiri tengok butik, sendiri tau la. Lepas tu tengok album dia. Pelamin memang tip top semua. Kalau macam aku punya tu, kalau korang nak pelamin yang sama, tapi nak warna lain, pun dia boleh buat. Sebab sebelum ni masa aku tengok pelamin tu, dia bukan warna royal blue, dia warna putih kot. Tapi sebab aku cakap aku nak warna royal blue. Dia kata okey dan dia boleh buat. 

 Ini adalah pelamin sebenar yang aku tengok dalam album, warna lain kan...

Dan ini adalah antara pelamin pilihan aku, last2 aku pilih pelamin yang kat atas tadi, tapi aku nak warna pelamin ni. Gittew.

Terjadilah pelamin ini. hihi!

Tempat duduk ni pun aku kata aku tak nak kerusi, aku nak bantal je. aku tak tau pulak bantal dia sangat la moden. Aku fikir bantal biasa yang besar gabak tu. Terus teruja.

Masa nak pasang pelamin, Kak Nur akan datang, dia akan tengok staff dia pasang. Ada butik lain, kebanyakkannya la, sebab rumah aku ni dah berapa orang kawin kan, aku dah tau sangat dah cara dorang pasang pelamin, bila dorang dah siap , dorang tinggal. Cantik ke, senget ke, dorang dah tak pedulik. Tapi Kak Nur dia akan datang dan tengok betul-betul. Dia sangat teliti. Kalau staff dia pasang senget benget, atau tak sesuai. Dia akan komen dan tukar terus dengan banda yang lebih sesuai. Dan dia akan datang sebelum majlis untuk tengok pelamin sama ada okey atau tak. Kiranya last touch up la. Memang dia nak pelamin tu cantik dan korang puas hati dengan hasil kerja dia. 

Pasal baju pun, dia akan suggestkan baju apa yang sesuai. Tapi terpulang kat korang nak pilih la, sebab baju dia punya la banyak. Aku ambik baju yang dia suggest. Cantikkan baju i. hahaha! Ada baju warna biru, tapi baju biru pelamin biru adik beradik pun warna biru seperti apakah kan.. Jadi Kak Nur kata better white. Jadi kite ambik white saja. hihi!

Aku pakai baju ni. hehe! Itu pun Kak Nur nak bagi pinjam FOC baju untuk lelaki, aku kata tak payah. Nanti nampak seperti nak menikah pulak. Huhu!

Mekap artis. Aku pesan kat Kak Nur banyak kali. Aku takut mekap artis dia mekap aku buruk masa majlis nanti. haha! Sebab aku pernah kan mekap sebelum ni, ada yang cantik. Ada yang buruk. Aku tak nak la nanti semua dah cantik, sekali mekap tak boleh bla. Sebab kalau Kak Nur takde tukang mekap yang sesuai, aku sendiri ada pilihan mekap artis. Gittew. Tapi Kak Nur kata 'Hana you dont worry, trust me'. Fionneeee..aku pun trust. Haha! Kak Nur ada beberapa list mekap artis, dia bagi yang terbaik kat aku. Dan hasilnya memang bagus. Aku suka. =P

Hantaran pulak. Memang 100% serah kat Kak Nur. Aku cuma bagitau dulang aku nak apa, dulang Qery nak apa. Dia yang  pergi beli barang, tempah kek, tempah cupcake, gubah, semua dia buat. Padahal mak aku pun ada dulang hantaran. Kenapa aku tak buat sendiri je? Sebab...macam aku kata. Kita ada cita rasa yang berbeza. Memang aku nak majlis yang simple, tapi dalam simple tu aku nak yang terbaik. Aku nak yang cantik. Tak nak la semua dah cantik, tetiba hantaran terabur kan. Main letak-letak.  Lagipun aku sedar diri tak berapa nak kreatif. Kita serah pada yang pakar. 

Kalau ko pegi butik dia, dia akan tunjuk beberapa design dulang hantaran, kat atas ni contohnya la, sebenarnya ada banyak lagi. Tapi pilihan aku adalah ini.

Kuih tart

Coklat

Cupcakes

Marshmellow *xtau eja*

Buah

Semua makanan. haha!

 Ini Qery bagi kat aku, sirih junjung. Sekali dengan pokok.Lepas tu boleh tanam terus, haha!

 Kek

 Cincin tunang

 Oh ingat tak aku suruh kawan aku betulkan kedudukan hantaran ni, sepatutnya dia kena mengadap ke depan. Bukan macam ni. Itu pasal aku suruh tukar. Kekeke!

Kalau korang nak tanya-tanya atau berkenan dengan Symbolique Asia ni, jangan malu-malu, boleh contact Kak Nur

03-90116044/0122559769
Email : symbolique.asia@gmail.com
Alamat : No 10-1, Jalan SL 1/12, Bandar Sungai Long, 43000 Kajang, Malaysia
 
2. Photographer (Mohd Onald)
 
Onald ni sebab aku dah lamaaaaaaa kenal dari Ceera. Sebab dulu Ceera kawin pun Onald yang jadi cameraman. Lepas tu kalau ada majlis apa-apa Ceera akan upah Onald. Dan aku selalu akan sibuk nak tengok gambar-gambar yang Onald ambik. Selalu mesti gambar tu cantik. Onald ni dia memang kreatif, dan berseni. Bukan semua photographer ada seni yeah.
 
Ada yang suka jadi photgrapher, suka ambik gamba, tapi gambar biasa. Angel takde. Lepas tu tak pandai edit. Edit pun entah pape je.
 
Sebab banyak gila gambar dia yang cantik-cantik, korang tengok gambar yang dia ambik masa aku tunang tu je la yeah. Kan cantik *sesuatu sangat puji diri sendiri, haha*
 
Korang boleh tengok banyak lagi gambar kat blog Mohd Onald
 

atau add dia kat facebook


3. Catering (Khafa Catering)

Kerana masa majlis tunang aku tu, ramai pakcik makcik yang ambik contact number dia. Mula-mula aku takut jugak kan. Yela tekak orang tua. Kot tekak aku, memang masuk je segala jenis makanan. Haha! Asalkan kenyang. Tapi orang tua kan dia macam banyak komplen. Bila makcik2 masuk bilik aku sebab nak ambik gambar sama-sama, semua aku tanya sedap ke tak.

Jawapan dorang 'SEDAP! GULAI KAWAH TERBAIK!'

Ok fione, orang tua memang suka gulai kawah kot. haha!
 
Masa aku cakap dengan Ode, orang tua suka gulai kawah. Ode tetiba menepis statement itu.
'Eh Ode pun sukaaa gulai kawan laaaa'
Pftttt...bukan ke Ode pun orang tua. Kekeke!
 
Menu aku masa tu adalah
1. Ayam goreng
2. Gulai Kawah
3. Gulai asam pedas ikan terubuk *aku tak ingat ikan apa*
4. Sayur campur
5. Gulai Nangka campur apa aku tak ingat
6. Ikan masin bulu ayam
7. Ulam (banyak jenis)
8.Sambal belacan
9. Kuih 3 macam
10. Air
 
Kemain banyak okey. haha! Sebab mak abah aku nak lauk-lauk ni. Dia tak nak lauk pakej. Suka hati la. Yang penting semua puas hati makanan sedap.
 
 


 
Gittew. Gambar curi dari Ceera, hehe!

Khafa ni dia ada sewa khemah meja sekali. Ko cakap je nak tema warna apa. Dia mesti okey. Sebab aku kata aku punye pelamin warna royal blue, jadi dia pun letak khemah warna biru.
 
Pakcik Makcik yang pukul 12 dah datang sebab nak makan.Haha! Comel dorang ni.




Khemah ni adalah Khemah Arab. jadi meja dia pun bulat-bulat. kalau ko nak yang meja petak tu, khemah dia adalah kemah tak tau nama, haha! Ko boleh request nak khemah meja bulat ke meja petak.

Lepas kenduri, mak abah aku puji-puji masakan Khafa Catering ni. Mak bapak aku ni susah nak puji. Aku memang dah bersedia hati yang cekal je kalau mak abah aku kondem. Sebab orang tua kan dia suka style lama, masak semua. Lagipun ada catering kat kampung aku ni masakan dia biasa. Selalu gak mak abah aku cerita catering masak lauk tak sedap, santan tak pekat la apa la. I is tatuit. Tapi yang ni puji kemain. Abah aku macam biasa dia kata gulai kawah terbaik. Dia tambah 3 4 kali

Aku syak abah yang habiskan gulai kawah. Sebab masa aku nak makan dah habis. sob sob. Padahal aku order semua ni untuk 200 orang punya makanan. Ofkos catering bagi lebih kan. Jemput pun tak ramai, dalam 150 orang je. Tapi semua habis. Pftttt...

Tak pasti semua yang datang tu kuat makan ke apa. Haha! Yang pasti lauk pauk dia sedap.
TQ la Khafa Catering sebab masak sedap2. Nanti kalau ada majlis apa-apa i tempah lagi k =P

Khafa Catering ni area Pandan Indah.
Kalau korang duduk area KL Selangor boleh la tempah kat dia.
Korang boleh pesan kat dia suruh datang pukul berapa. Nak suruh datang awal pukul berapa semua.
Macam aku, aku lagi prefer datang awal, sebab aku taknak tetamu yang datang awal tu duduk melanguk je kan. Atleast boleh la makan dulu. Gittew. 

Kalau berminat, boleh contact
Encik Khalid 
013-664-6300
email : jawes_1981@yahoo.com)
 
Kalau korang nak tau pakej2 makanan, boleh tanya dia. Ataupun kalau korang ada menu korang sendiri, korang boleh bagitau dia. Dia akan kira the best price untuk korang k.
 
Nanti korang boleh cakap, dapat tau dari Sepet ataupun Qery, dan mintak dorang bagi the best price. Hehe! Aku nak bagitau harga kat sini pun macam tak best pulak. Kalau korang betul-betul berminat. Boleh contact semua yang aku recommended ni. Nak pakej yang sama macam aku, tanya 'yang macam Sepet punya majlis ni berapa RM' Gittew.
 
Ok. Bye!

10 comments:

NinaAz said...

sirih rupanya... nina ingat pasu bunga+pokok2 apa... hiiii

Unknown said...

lauk2 yg order tu sungguh mnyelerakan anak tekak la sepet..
royal blue cantik plak kn..

sharifah rosidah said...

Cik Zu terima kaseh banyak2.....senang lah aunty nanti kalau anak nak kawin.....boleh lah banding2 kan dengan package2 perkahwinan yang ada di tempat aunty....kalau mereka lagi bagus boleh lah ambik mereka.

Syue Mustafa said...

Dari gambarpun dah nampak kesedapan lauk pauk itu...

Nora Karim said...

pelamin cantik... lauk nampak sedap... hantaran lawa... :D

Siti Nurhayati Dollah said...

Suka hantaran. Simple tapi outstanding. Yang paling suka, kek tu. comel je bentuk dia.

Irfa said...

bolehlah akak simpan en3 ni utk majlis bertunang anak akak yg sulung tu..sekarang dia baru darjah 6.hehe
#upsr pun lom lepas sibuk nak pk psl bertunang..hahahha

Unknown said...

Cantik pelamin. Suke!

Anonymous said...

Lauk nampak sedappppp semua ;D hee

ainthestrange said...

senang kan semua planner buat... nnt nak buat majlis cari planner cm tu baru senang hati... tak suka planner buat keje nak untung je