Semalam gigih la aku beli laptop dengan desktop. Yela nak bagi staff pakai and buat kerja syok-syok sikit kan. So belilah yang baru. Ingat nak bagi je laptop lama suruh pakai, tapi keyboard laptop tu cam gilo. Tekan huruf P keluar *.
Pastu macam menguji kesobaran kami semua. Sistem macam banyak sangat nak create, lepas tu aku memang out lah bab excel ni. Kau ingat aku mampu tengok banyak-banyak garisan tu.
Dulu kat kolej mana belajar woi. Masuk tingkatan 4 5 pun takde pulak kelas computer ke apa. Masuk bengkel pun bukan la aku jenis suka membelek. Dah tu kat MSU pun takde pun kene mengena dengan computer. So memang tahap kebengongan aku terhadap computer tu di tahap tertinggi dan tak boleh dinafikan. Huhu!
Kalau setakat nak suruh aku update blog boleh la, hihi! Kalau kerja guna system-system pas ke Lina and Fieya. Aku tau-tau system dah siap, ajar aku cara guna je. Oklah tu kan berguna la jugak aku datang opis ni, hahaha!
Jadi semalam konon beli la desktop touch screen ni, ingat yang kat dalam opis tu nak bagi kat Fieya je, so bagi aku guna yang baru. Kekeke! Yang baru ni screen lebih besar dan lebih puas hati.
Sekali datang bukak-bukak computer terus macam blur. Sebab dia macam adroid. Jenis yang kena download apps bagai. Pastu try nak download cimb clicks tak boleh, nak download Mozilla tak boleh, kembang-kembang hidung tak tau nak marah diri sendiri ke apa. Huhu!
Ke ada cara lain nak download benda alah ni. Eiii Ayieeee tolongggggg..
Waktu-waktu begini, terasa seperti perlukan abang Zikri a.k.a abang IT, hahaha! Mula la aku cam berangan kalau kat rumah mak kan senang. Terus boleh tanya Ayie kalau tak reti. Dulu memang selalu la aku terjerit-jerit nama Abuteh. Ayie dan Abuteh orang yang sama tau. Cuma Ayie tu panggilan dari kakak-kakak. Disebabkan aku sorang je adik dia, jadi aku sorang je la panggil dia Abuteh (Abang Uteh).
Sampai stress la dia, internet tak dapat connect pun aku jerit, laptop lembap pun jerit, laptop tetiba hang pun jerit, hahaha! Sekarangggggg ni caneeee. Acaneeeee. Help help. Pastu tak reti nak connect dengan printer. Maigod semua lah aku tak reti. Tiba-tiba aku terasa seperti lahir di zaman jahiliah pula. Oh oh oh.
Semalam aunty jual laptop kata, printer sekarang semua download je. Tak perlu cd cd lagi. Tapi macam eh nak download apa. Apa jenis sebuah printer kau ni Zuhana? Aku nampak nama dia je Canon. Tapi apakah sejenis kau ni wahai printer. Mana aku nak cari kau punya no siri ke, apa. Tak tau kat mana. Help help!!
Ok kita tunggu jap lagi pasti akan menyusahkan Fieya dan Lina. Hahaha!
4 comments:
Hahaha lawak lah kak cepet. Kalau nk cari printer model biasa ada tulis kat body printer tu. Ce try tgk hehe
touch screen pakai windows 10 ke ape? klu pakai windows baru kena ada akaun microsoft, leceh sket, tu sebab tak boleh download ape jenis apps sekalipun..
bukak akaun microsoft satu, janji windows ori..hehe
Pc atau laptop skrg lg advance. Ada internet dia akan connect sendiri ke printer. No worries
cute je ladyboss ni ngomel bende² cute cenggitu
Post a Comment