Jumaat 
lepas punye cerita. Lepas amik stok, aku ajak Kak Azlin makan kat Rawang
 Burger Bakar 'RBB'. Sebelah Wangsa Walk tu je, kalau korang perasan ada
 KFC dengan Shell kan. Gerai dia bertentangan je. Betul-betul bawah 
bangunan Affin Bank tu. 
Gerai
 tu nampak macam biasa je, memang betul2 gerai tepi jalan tu. Bukak jam 6
 petang sampai pukul 2 pagi. Hari Isnin cuti. Tapi Sabtu Ahad tak silap 
aku sampai 3 pagi. Kalau korang selalu lalu situ, memang perasan punye. 
Meja berderet dan penuh je orang. Aku sampai2 pun mencari2 meja. Sekali 
nampak Kak Pija dengan laki dia pun ada situ. Ohoi terus lepak 
bersama-sama. 
Mula-mula
 hasben Kak Azlin tanya nak makan apa, sebab kalau nak order burger 
bakar kena order kat kaunter dia. Pastu Kak Pija cakap.. 'Saya nak 
bergembira'
Aku
 dah macam...eh eh Kak Pija ni buat lawak pulak ken... Tetiba hasben Kak
 Pija pun nak bergembira. Aku pun malas nak layan. Sebab tau dorang ni 
suka je main2 macam tu kan. Huhu! 
Sekali
 tengok menu dia....betul woi ada Burgembira. Muahahaha! Lawak gila. 
Paling tak tahan Buger Ombak Rindu. Aaron Aziz sangat kannnn...kuikui!
Antara
 menu-menu, dia. Korang kalau pergi dengan hasben, jaga-jaga kalau dia 
order burger madu tiga. Entah2 dia bagi hint hint ke kan. kuikui! 
Gambar bawah ni pulak adalah apa yang diorder pada malam ittew.

 Kalau tak berapa nak silap, ini Burger Double Riang.
 Yang ni kalau tak silap jugak Chickep Pop
Ini K-pop. Qery memang dah cop burger ni dari awal lagi, takde sapa boleh rebut dengan dia ye. Huhu!
Yang ni tak silap Burger Madu Tiga. 
 Cik Epal dengan Viruspadu pun ada malam tu. Kite makan sama2.
Aku harus makan menu yang paling terbaru. Haritu baru dorang buat. Sabtu baru dorang launch. 
 Burger Old School a.k.a Lagenda.
Gila
 sedap hokeyh. Daku masih teringat2 lagi setiap suapan. Over sangat 
kenn..huhu! Tapi memang sedap gila pun. Roti dia pun dah sedap. Daging 
dia lembut tak terhingga. Ada certain daging kan keras pastu lenguh gila
 mulut nak kunyah. Yang ni kunyah sikit je, dia dah lebur di dalam 
mulut. Terbaik!!!! Korang kena cuba.
Pastu
 meatball ni pun adalah menu terbaru jugak. Aku rasmi dulu. Inilah 
meatball tersedap aku pernah rasa. Memang lazat tak terperi. Hihi! Masuk
 mulut. Gigit sekali je, terus dia hancur sendiri. Ok tipu. Haha! 
Maksudnya, senang gila la nak gigit. Takyah beriye2 sangat. Kalau korang
 makan, jangan gigit sikit2 meatball dia, sebab kalau korang gigit 
sikit2, dia akan hancur kat luar. Paham tak? Kena masukkan sebiji dalam 
mulut terus. Hancur semua dalam mulut. Tak paham takpe. Korang kena 
datang makan sendiri, baru paham. Huhu!
Pastu kite panggil Abang Roy datang explain kenapa la burger dia sedap kemain..
Katanya,
 semua daging adalah diimport. Kebanyakkan burger tempat lain, dorang 
beli burger ramli, dorang hancurkan, dan buat balik campur ramuan 
dorang, yang ni bukan guna daging burger ramli. Gittew. Pastu terkejut 
aku Abang Roy kata dorang dah ada lebih 60 cawangan kat seluruh 
Malaysia. Dan ada satu kat luar negara, UK tak silap aku. Kagum sebentar
 sebab anak melayu kite berjaya sampai sana.
 Selamat
 Maju Jaya aku dan Qery ucapkan kepada Rawang Burger Bakar, semoga terus
 maju dan berjaya serta membanggakan warga Malaysia. Aminnn..
Setiap minggu ada peraduan menang RM500. Terbaik. Semua orang ada peluang. 
Nak tau RBB mana yang terdekat dengan kawasan korang, boleh ke website RBB
atau korang boleh tengok aktiviti-aktiviti yang RBB buat kat facebook
atau korang boleh direct follow owner RBB kat Instagram
atau kalau korang nak hai hai kat twitter pun boleh
Semua boleh ye. Hihi!
p/s : sangat2 recommended. Makan sekali nak lagi.. *aku la tu* kbye















7 comments:
Hi Sepet!
Haaa kan.. (sambung komen bout burger utk entry lepas) Burger Bakor Rawang sedap gila kan!hehe..
Memula tgk gerai macam tak meyakinkan, biasa2 aje tp bila saat ngapppp.. Fuhh memang sodap!
Sepet dapat x kad cop? Beli 1 burger dapat 1 cop. Then dah penuh cop tu dapat 1 burger free.. Kalau saya tak berapa nak silap la..hehe
lepas try dua2. sy sokong RBB ni dari burger abg burn...opsss!
Tengok gambar dlm menu macam comel je skali dapat uii besarnya :o confirm kenyang kan??
llondon kat mane? aku kat london tak penah dengar pon??
i x tertarik pun dgn beger tu,tp i tertarik dgn kasut u..gold awwww..
terpakse pegi RBB...cehh terpakse konon...gara2 entry ini....pape pon..mmg sdp meatball RBB...nom nom nom
Double riang tu meneliurkannn lahhh
Post a Comment