Puasa dipenuhi dengan amalan tidur. Kehkehkeh!

Selamat berpuasa korang. Harini aku puasa. Gila tak puasaaaa?? Haha! Orang gila memang tak puasa la kan. Hari pertama ni harap tak lembik la. Aku memang selalu takde masalah dengan lapar dan haus. Sebab aku memang timing makan masa maghrib. Tapi tak tau la pulak kot dugaan tetiba pulak zohor dah pengsan. Lepas tu tidur lagi 5 minit nak azan maghrib baru sedar. Kekeke!

Aku dah diajar puasa masa umur 5 tahun. Masa tu sekolah pun tadika islah. Lagi la ustazah-ustazah pun bagi support untuk puasa. Lepas tu esoknya bila ustazah tanya siapa puasa, cepat-cepat angkat tangan, padahal puasa setengah hari. Bila dah semangat tu, bukan main lagi la nak try puasa penuh. Sampaikan bila balik sekolah, dalam pukul 1 macam tu mak suruh makan aku tak nak. Yela, mak pun tak nak la anak dia terus puasa, Kang terkejut perut tu, sakit dia jugak yang susah. So dia ajar la harini puasa sampai pukul 1. esok tahan sampai 1.30. Lusa sampai pukul 2. Macam tu la. Ansur2 sampai la aku boleh puasa penuh.

Masuk darjah 1. Aku dah start ponteng puasa. Sebab darjah 1 sampai darjah 6 ada dua sesi sekolah kan. Pagi dengan petang. Lepas tu aku gi sekolah jalan kaki. Haus. Pulak tu kalau rehat tak reti nak duduk diam. Selamber main tengteng. Main Tok Harimau. Kejar sana sini. Lepas tu lembik. Sampai rumah mak suruh mandi, lepas tu suruh baring depan tv tengok kartun. Bagi anak-anak leka sementara tunggu azan. Bila mandi tu telan air paip. Syorga gila kan. Haha! Lepas tu keluar bilik air pure2 lembik. Pftttt

Sekarang ni dah besar panjang, takkan la nak ponteng puasa.. kalau budak-budak takpe la. Kepada yang dah ada anak. Ajarlah anak korang puasa dari kecik. Jangan sampai darjah pun korang still cakap dia budak lagi. Nanti menyesal dikemudian hari bila anak2 tak puasa. Ada kawan aku satu tempat kerja, still tak puasa. Apa lah nak jadi. Kalau tak tahan sangat, bawak tidur sekejap.

 Tidur kejap je la. Hilangkan rasa haus lapar tadi.

Kalau rasa penat tidur kejap-kejap. lepas solat zohor tu tido kejap pun takpe.

Hahaha! Gila tidur nampak bijik mata. Aku baru tau aku tidur nampak bijik mata. Orang kata sapa tidur macam ni, orangnya degil. #kerjaqery
Tapi jangan sampai ke sudah tidurnyaaaa... Kalau sampai kesudahnya korang tidur. Aku cadangkan takyah bangun. berbuka je dalam mimpi terus. Kan senang. Mihmihmih!

Ok, selamat berpuasa semua. Esok komfem semua pun update menu berbuka. Termasukla aku. =P

p/s : stok tabita available. masih belum terlambat untuk cantik semasa raya. order sekarang. hihi!

Comments

penyisir rambut said…
mak ai...muke dah lembik sgt tu..pegi cepat telan ayor paip!
Vee said…
Selamat berpuasa sepet!! :)
Eda Amisha said…
selamat berpuasa :)
ika sulaika said…
selamat mengerjakan ibadah puasa :)
Dzureen Darwis said…
Sama lah kita pun tertidur tadi lepas asar.
NinaAz said…
Hehee. Sama mcm abah sy. Tido nmpk biji mata.hehe