Sempena 1 Syaaban ni, nak bersyukur je rasa..hihi! Meh nak share kat sini pulak.
Sabda
Rasul S.A.W : "Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban,
diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan
Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti
pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan
ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan
alam kubur, bebas dari hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah akan
aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya."
Ok dah. Aku rasa korang tau kot aku ni tak berkawan sangat. Bukan bermakna aku takde kawan yeah. Kawan aku ramai, tapi aku tak berkawan sangat mungkin atas faktor aku kerja online. Aku tak jumpa orang. Keluar pun dengan family and Qery. Kalau macam nak lepak jalan-jalan, memang belum lagi terlintas nak lepak keluar dengan kawan-kawan. Gittew. Paling2 pun nak shopping ajak Qery, kalau bosan dengan Qery, aku akan ajak adik beradik. Camtu.
Tapi selalu lepas solat, aku mesti doa mohon Allah bagi aku kawan yang baik-baik. Dekatkan aku dengan orang yang baik-baik. Jauhkan aku dengan orang yang berhasat dengki. Memang setiap kali lepas solat, mesti doa macam tu. Memang aku sendiri tau aku tak ramai pun kawan, tapi tetap nak doa macam tu. Haha!
Lepas yang aku share ayah aku sakit. Berpuluh email masuk, wassap, mesej kat fon, mesej kat facebook mintak aku sabar. Ada yang share pengalaman, share info, share doa-doa. Rupanya Allah dah makbulkan doa-doa aku, dalam aku tak sedar. Walaupun kawan-kawan yang aku tak nampak, Silent reader yang senyap-senyap. Alhamdulillah semua baik-baik belaka.
Terharu sorang-sorang je lepas baca. Ada yang sempat reply, ada yang tak sempat nak reply. Sorry kalau yang tak sempat nak reply tu tau. Memang aku appreciated sangat. Apa yang korang share tu semua aku dah list kan dalam buku. Macam biji aprikot, durian belanda, habbatussauda, air zam-zam, kurma, carrot, brokoli, taugeh, banyakkk sangat.Hihi!
Macam haritu aku cari biji aprikot, 5 kedai aku cari, kedai organic, kedai ahso, farmasi, last-last give up and tanya kat facebook. Kebetulan Kak Hasween kata ada jual kat cafe hospital ampang. Terus aku pergi. Syukur gila ada lagi sebotol. Terus aku beli. Senyum sampai telinga. Tapi pahit sikit kan. Ada yang cakap capsule aprikot lagi bagus. Tapi aku tak tau mana nak cari capsule apricot tu. Dah cari banyak kedai. Tak jumpe. Huhu!
Ada akak yang baik hati siap cakap boleh pos durian belanda kalau nak. Semoga semua-semua manusia yang baik hati ni dapat pembalasan yang baik jugak. Aminnnnn... =)
Lung cancer ni adalah salah satu cancer yang paling susah nak survive, tapi kite anak beranak akan cuba ikhtiar sebaik mungkin.Insyallah. TQ semua yang bagi semangat. I love you.
p/s : trial set tabita (repacking) sapa order and bayar selepas pukul 10.30pagi tadi, semua pos esok. TQ
Comments
teruskan bertabah. bertuah abah dan mak punya anak2 mcm ana dan kakak2/abg2 ana.
and family members full support is important for abah..