Jun 13, 2013

Dah beli hadiah hari bapa?

Semalam tengok andak upload gambat kat IG, rasa sedih je. Lepas tu dia bagi video pulak kat weechat. Lagi la aku sedih. Buat masa ni aku yang monitor ubat abah. Kapsul aprikot insyaallah sampai harini. Ubat selera makan kalau habis cecepat aku beli. Ubat tahan sakit yang mana sesuai dengan abah. Ubat steroid yang dia kena habiskan. Ubat muntah sebelum makan. Aku bukan tak percaya abah aku makan ubat ke tak.  Tapi sebab dah terlalu banyak ubat. Aku takut dia tersalah amik ubat je. 

Dulu aku pernah tanya dia mana ubat gastrik. Pastu dia tunjuk ubat muntah. Pening kepala aku. Huhu! Lagipun mata dia tak sharp sangat. Walaupun aku tulis kat plastik tu nama ubat dan cara makan, tetap dia macam tercari-cari. Haritu la cari ubat muntah. Dia kata dah habis. Aku pun cari la sama-sama dengan dia. Sekali ada je banyak lagi ubat muntah. Dan aku terus pelik, selama ni dia ingat ubat muntah tu yang mana. Pfttt...

Macam sekarang ni, aku rasa was-was. Setiap kali nampak muka abah je mesti aku tanya tadi makan ubat yang mana. Kang dia main tibai je ubat mana-mana asalkan makan..pun susah kan. Huhu! Mesti kena monitor jugak.

Abandak and Ode teman abah. Andak cakap abah makan 2 3 suap je. kat rumah ni memang abah makan bubur sikit je. Takde selera la kot.


Dah kurus. Kadang2 bila pegang tangan abah rasa nak nangis kat situ jugak. Huhu! Tapi sebab i cannot crying. Bukan sebab aku tak boleh nak nangis. Gila ke hape, tengok cerita korea kemain deras air mata ku. Hero heroin belum nangis. I dah sedu dulu kan... Tapi bila dengan family sendiri, masing2 ada ego sendiri. Macam aku, bukan aku tak sedih, tapi aku tak nak nangis, ofkos sebab nak nampak tabah dan cool gila, padahal dot dot dot kan. Hihi!

Nasihat kat abah tu memang everyday aku nasihat. Contoh bagitau dia apa yang dia tak boleh makan, apa yang perlu dia kurangkan. Walaupun aku tak bukan semua benda dia boleh ikut. Tapi tetap ingatkan dia. Sebab aku rasa, nak push memang tak boleh. Tapi kite dah dewasa. Nasihat je la mampu. Dengar tak dengar belakang kire. Hihi! Abah kalau aku nasihat, senyum memanjang. Pastu angguk-angguk.

Contoh aku tanya dia harini hisap berapa batang rokok. Dia kata dua batang. Aku cakap baguslah kurang kan. Tapi kalau boleh kurang lagi, lagi bagus. Pastu nampak dia dah tak hisap rokok dunhill n malboro. Dia hisap rokok daun. Hihi! Aku biarkan je. Pelan2 la kurangkan. Kalau sakit makan la ubat tahan sakit. Gituuu...

Kepada korang-korang yang belum beli hadiah hari bapa..Boleh la hadiahkan Opti E Plus. Buat masa ni abah aku tak berani makan banyak sangat supplement. Sejak dah tau sakit, dia stop makan semua supplement. Doktor suruh stop. Sebab takut banyak tindak balas dalam badan and abah tak boleh tahan. Yang biji aprikot ni pun curi2 makan tanpa pengetahuan doktor. Huhu!

Mak aku je yang still continue, sebab mak cakap makan Opti E Plus 2 biji sehari kaki dia dah boleh lipat lama. Gatal2 kat badan hilang. Lepas tu dulu kan kalau makan ayam nanti mesti gatal satu badan. Tapi baru-baru ni dia kata memang dah tak gatal langsung. Dulu masa makan sebiji sehari tak nampak sangat perubahan tu. Bila makan sebiji dua kali sehari, dia kata memang rasa ok sangat. Siap promote kat adik lelaki dia yang ada gout. Suruh beli and makan. Hihi!

Opti E ni bukan je baik untuk kesihatan, tapi bagus untuk kulit. Korang boleh refer Link ni untuk maklumat lanjut.


Byeeee =)

5 comments:

NinaAz said...

Dulu. Byk beli hadiah mkn y berkhasiat utk abah. Mcm2. Herbalife. Gamogen. Tp tahun ni. Tahun first tak de beli apa2.......

kikin said...

Sepet...just nak bgtau..mengikut pengalaman saya..org yg kimo ni mmg x selera mkn masa 2-3 hari mase kimo tu...so jgn paksa sgt..mase saye kimo dulu lg teruk 2-3 hari makan pon x..cume nak minum air laici je...or air berperisa..sbb air kosong buat tekak rasa loya dan pahit...so sepet boleh buatkan ayah jus...jus epal hijau + carrot + saleri + peria katak...epal hijau ngan carrot tu hilangkan pahit saleri dgn peria...jus kan bagus utk semua jenis penyakit..pera dgn saleri bagus untuk melawan kanser....cuba la...then bg ayah makan masam2 like...laksa penang...or tomyam.....sbb tekak kan loya..so masam2 je blh terima....tu je...semoga ayah sepet cepat sembuh... + jgn biarkan ayah sorang2....nnti die mengelamun....nnti die fikir bukan2...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum sepet. sedihnya tengok abah awak. semoga abah awak boleh berhenti hisap rokok. teringat papa sheila =________=

Emmy said...

Untung la Pakcik Noh sebab ada anak sorang pharmacist. Atlis ada la orang nak tolong monitor ubat2an dan cari supplement yang terbaik. Akak doakan ayah sepet berselera makan semula =D

~♥dieyba_baby♥~ said...

nice.. boleh cuba.. in sha allah.. kita done follow u.. follow kita.. no 4502.. dieybababy.blogspot.com