Jun 12, 2013

Baju

Tajuk harini nak cerita pasal baju.

Sejak aku kecik, aku memang tak banyak baju. Balik-balik itu jugak aku pakai. Nak kata baju baru tu memang jarang2 dapat kecuali hari raya. Pun tak de pulak perasaan meminta-minta nak baju baru ke apa. Sebab memang paham mak abah bukan banyak gila duit, lepas tu pun mak bukan keluar rumah sangat. Memang paham-paham la kan. Kalau itu baju yang ada, baju itu la pakai. Tapi takde la sedih sangat bajunya, sebab kalau baju Ceera yang dia dah tak muat, aku la tukang pakai. Hihi!

Aku selalu pakai baju dengan seluar Ceera sampai la Ceera kawin. Haha! Ko nampak tak kat situ. Nasibla sama saiz. Aku rasa Ceera dah redha je bila aku pakai baju dia kannn... Ofkos la masa tu mana ada duit nak beli baju. Mak abah pun tak pernah offer macam 'amik la duit ni buat beli baju'. Tak pernah tau. Kecuali kalau nak sekolah, nak raya. Dapat la merasa baju baru. Aku cuma merasa beli baju baru bile aku dapat duit raya. 

Duit raya tu la aku buat beli baju baru. Beli la baju RM19.90 pun dah rasa happy kot. Pastu asik pakai baju tu. Tapi rasa happy je la, takde rasa macam sedih sebab takde baju baru. Sebab aku rasa hidup aku masa tu normal. Sebenarnya kat sini, bukan aku mak abah aku tak mampu nak belikan aku baju baru, tapi aku yang tak pandai nak mintak-mintak.

Semua benda dari dulu lagi, sejak sekolah lagi, aku suka pakai duit aku sendiri. Masa sekolah mak offer nak bagi duit beli barang sekolah, macam beg sekolah, alatan tulis, aku mesti tak nak. Aku cakap aku boleh beli pakai duit raya. Tapi duit belanja memang hari-hari mintak okey. haha! Duit belanja sekolah tak yah cite, sekarang ni kite nak focus kat baju. Mihmihmih!

Start masuk asrama, kena pakai baju lengan panjang je. Aku takde banyak stok baju lengan panjang. So kumpul duit la pelan-pelan beli. Bila dah ada duit tu, outing la dengan kawan-kawan, kat pekan dia ada jugak jual baju lengan panjang. Boleh la beli selai selai. Tapi aku tak suka sangat beli kat situ, sebab takut nanti kang tersama dengan kawan2 pulak. Huhu!

Lepas tu masuk kolej. Masa ni pun dah ada duit sikit-sikit. Boleh la kalau nak beli baju harga RM50 ke bawah. Tapi takleh selalu ye. Makanan kat Shah Alam agak mahal. Kena pandai-pandai la nak hidup. Baju gi kelas banyak baju kurung je. Cuma aku kena beli banyak kemeja. Banyak pun aku rasa 5 helai je kot.  Hihi! Okey la tu kan. 

Bila dah kerja, boleh la beli baju sendiri. Dah boleh beli bukan setakat baju la. Boleh beli seluar, beg bla bla bla. Gitu. 

Sekarang. Aku rasa aku ada 20 helai baju yang tak pakai-pakai lagi. Dan aku rasa sangat kurang ajar perangai aku ni. Bila fikir-fikir, eloklah kalau aku sedekahkan je baju-baju yang aku tak nak pakai ni kat orang yang memerlukan. Tapi aku tak tau nak bagi sapa. Kalau korang ada alamat atau boleh bagitau aku mana-mana tempat yang kite boleh dermakan. Tolongla bagitau ye. Bagi kurang sikit baju aku ni. 

Baju ni memang keperluan, tapi kalau dah sampai tahap menimbun tu. Aku rasa elok la sedekah je. Tak payah la buat pre love pun takpe. Kalau korang rasa mampu je nak beli baju lain. Korang boleh sedekah. Kadang2 kite mungkin tak perlukan sangat baju ni, mungkin ada orang lain yang betul2 perlukan baju tapi tak mampu nak beli. 

Oh lupa sangat.

Kalau korang nak buat sumbangan untuk Rumah Perlindungan Poshe (rumah perlindungan kanak-kanak yatim pembawa HIV) , korang nak sumbang barang atau wang ringgit, boleh contact 
-AISYAHATUN MASTURA-
017-5760117
afmaries@yahoo.com

Dorang memerlukan RM8000 untuk pindah ke rumah yang baru.  Dorang memerlukan duit tu untuk beli barang2 kat bawah ni.



RM10 pun dah dapat ringankan beban dorang. Bila fikir-fikir, sedih kan. Apalah perasaan dorang ni. Tak pernah mintak untuk dapat penyakit HIV. Tapi dorang kena terima dan lalui semua ni. Berat betul dugaan.


PROGRAM CSR “LOVE AND HOPE”

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) “Love and Hope” akan diadakan di Rumah Perlindungan POSHE (Positive Shelter Home) pada 30 Jun 2013 (Ahad).

Untuk makluman, Rumah Perlindungan POSHE adalah sebuah rumah perantaraan (half-way-home) dan rumah perlindungan untuk kanak-kanak yatim pembawa HIV. Rumah tersebut kini mempunyai 10 orang kanak-kanak yatim dalam lingkungan umur antara 11 tahun hingga 18 tahun yang menjadi mangsa HIV Positif yang diwarisi dan mereka bergantung sepenuhnya pada ubat-ubatan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut adalah pembelian beberapa peralatan baru seperti katil, almari baju, tilam, cadar, bantal, peti ais, mesin basuh, dan almari buku serta mewujudkan sebuah Perpustakaan Mini bagi tujuan kemudahan pembelajaran berterusan bagi kanak-kanak yatim tersebut,.

Sehubungan itu, jasa baik dan kerjasama daripada semua amat diharapkan bagi bersama-sama menyumbang mengikut keupayaan yang ada  untuk membantu kanak-kanak yatim ini supaya mereka juga dapat menikmati kehidupan yang sempurna seperti kanak-kanak yang lain. Sumbangan ini amatlah penting bagi meniupkan semangat kepada kanak-kanak tersebut supaya mereka tidak merasa tersisih dan terpinggir dek kerana kekurangan dan kemiskinan hidup.

“Berinfaqlah wahai anak Adam, niscaya engkau akan diberi balasan/ gantinya” (HR. Bukhari dan Muslim)

*********************************************

Jom bersedekah =)

Rasul SAW bersabda :

1. “Sedekah itu petunjuk (cermin)” maksudnya sedekah itu menunjukkan (mencerminkan) bahwa pelakunya memiliki keimanan yang baik dan percaya dengan hari pembalasan (qiyamat) karena ia pasti melakukannya dengan mengharapkan pahala dan pahala adanya di akhirat. Sebagian ulama berpendapat ‘dihari kiamat nanti orang yang bersedekah memiliki tanda yang khusus’.

2. “Musnahkan segala kesumpekkan hidup kalian dengan bersedekah niscaya Allah SWT akan melapangkan kesempitan-kesempitan kalian dan menolong kalian kalian dari musuh-musuh kalian”.

3. “Bersedekahlah,karena didalamnya terdapat 6 manfaat yaitu 3 didunia dan 3 di akhirat,adapun 3 didunia diantaranya :
a.menambah (keberkah) rezeki
b.memperbanyak harta.
c.memakmurkan (melapangkan) rumah.

Adapun 3 diakhirat yaitu :
a.menutupi aib (kejelekan waktu didunia)
b.menjadi naungan atas kepala.
c.menjauhi dari api neraka.

4.”Sesungguhnya sedekah seorang muslim itu menambah keberkahan umur dan menghindarkan mati konyol (su’ul khatimah)dan Allah SWT menghilangkan dari dirinya sifat sombong,kefaqiran dan keangkuhan”.

5.”Bersedekah dapat memadamkan (panasnya) dosa”.

6.”Sesungguhnya setiap terbit matahari ada dua malaikat yang berdoa,salah satunya berdoa ‘wahai Allah,gantilah harta orang yang bersedekah’ dan yang lainnya berdoa ‘wahai Allah,hancurkanlah harta orang yang tidak bersedekah’ “.

7.”Bersedekah akan membendung 70 pintu bencana (malapetaka)”.

8.”Lakukanlah sedekah dipagi hari karena musibah tidak akan menimpa pelakunya (dirinya,keluarganya dan hartanya)”.

9. “Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan panasnya alam (siksa) kubur untuk pelakunya”. Jadi sedekah bermanfaat untuk 3 alam yaitu : 1.alam dunia 2.alam barzah 3.alam akhirat.

10. “Tidaklah berkurang harta yang disedekahkan melainkan bertambah,bertambah dan bertambah”. ulama mengatakan bahwa 3 hal yang digemari iblis dan tentaranya yaitu :
1.Mukmin yang membunuh mukmin lainnya.
2.Orang yang mati kafir (su’ul khatimah).
3.Orang yang takut susah/fakir (sehingga menghalanginya dari bersedekah).

*tetiba jadi ustazah di pagi hari. hihi*

3 comments:

NinaAz said...

baju aku banyak y nak dibuang. tapi seme kat kampung. huuuu

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. thank you bagi info. insyallah sekiranya ada rezeki lebih. saya ingin berkongsi rezeki dengan mereka. thanks again dear. tak sia2 jadi ustazah pagi ni :)

H said...

akak, nanti dah jumpa tempat nak sedekah baju please buat entry. thank youuuuu :)