Lately ni memang aku ada cerita, abah aku sakit. Tapi tak pernah lagi bagitau apa sebenarnya sakit abah kan.
Bulan 4 haritu, abah dah sakit dalam 2 bulan. batuk non stop,sakit kat dada sampai ke belakang. Muntah. Sampai berat turun 10kg. Abah ni jarang macam ni. Dia walaupun sakit, dia tetap akan bukak kedai. Kedai tu macam kehidupan dia dah. Kalau raya pun, cuti 2 hari je. Lepas tu dia akan bukak macam biasa.
Sejak sakit tu, slow-slow dia tutup kedai. Mula-mula dia bukak pagi dengan petang je. Pukul 5 terus tutup dan rehat kat rumah. Kedai tu kalau abah aku sihat, memang beroperasi dari 7 pagi sampai 10 malam everyday. Tak de cuti. Tapi bila aku perasan yang abah aku ni macam pelik sikit. Jadi kite memang tau dia memang sakit.
Next week pulak dia dapat bukak sampai tengah hari je, then dia balik kejap kejap sebab tak tahan panas katanya. Balik pun tidur. Plus masa tu gigi palsu abah patah. Tu yang lagi dia tak boleh nak makan sangat. Setakat bubur. Terus hilang selera makan.
Berat turun lagi. dan lagi dan lagi. Ada satu hari tu, dia jadi pelupa. Pagi-pagi mintak kunci kedai. Padahal kunci tu ada dalam poket seluar yang dia tengah pakai. Seminggu tu ada dua kali dia jadi macam tu. Sebagai anak yang tinggal serumah, haruslah perasan kan perubahan dia tu. Dengan setiap malam dia batuk, duduk kat singki dapur sebab nak muntah. Pukul 3 4 pagi. Nasib la aku tak tidur. Kadang2 aku turun tengok sebab macam teruk je bunyi dia.
Berapa banyak kali jugak dia kata tak tahan sakit. Before tu kite ke HUKM. doktor suspek TB. Tapi dalam kahak takde virus TB. Ubat TB memang ada makan, and side effect dia memang takde selere makan, dan badan jadi sakit-sakit. So abah melalui semua fasa tu. Hati sapa la yang tak sedih tengok abah sendiri macam tu. Dari semalam elok-elok sihat, tetiba je terus sakit teruk. Makan ubat TB je la.
Lepas tu, kitorang anak beranak tak percaya abah ada TB. Sebab kalau TB mesti semua anak beranak effected. Ofkos. TB ni senang berjangkit.Tapi aku emak okey. Alang2 abah dah sakit teruk, kite semua decide ke swasta. Cek abah sebenarnya ada sakit apa, sebab kalau nak tunggu gov memang appointment lambat lagi. Sebelum menyesal kalau jadi apa-apa, better kite cari inisiatif lain.
Masuk Pantai, doktor kata calcium terlalu tinggi. So abah kena kurangkan calcium tu. Then doktor suruh buat ct scan. Aku pun bawak abah buat ct scan. Next week follow up dengan doktor. Doktor admit lagi untuk buat biopsi. Bila dah buat. Baru tau sebenarnya abah ada cancer.
Doktor terus tulis surat ke HUKM. Untuk buat appointment dengan dua orang doktor. Satu doktor Hayati, sorang lagi doktor oncology. Semalam appointment dengan doktor oncology. Aku Kakcik dengan Andak teman abah ke spital.
Bila sampai turn, aku abah dengan kakcik je masuk. Andak kena tunggu luar sebab anak-anak dia ada. Doktor tu baca semua report. Dia kata abah kena buat kimo. So abah sign tanda setuju la kena buat kimo. Perasaan aku? Aku redha..
Semua benda ni aku dah fikir, kalau bagus result dia aku terima, kalau buruk result dia, aku redha. Aku dengan mak aku memang kite dua2 dah bincang, kite terima walau apa pun terjadi. Sebab abah dah cancer stage 4. Aku cuma doa, yang abah sempat tengok aku kawin. Tu je.
Sebab tu aku ada sedikit serabut, hihi! Walaupun aku dalam blog macam happy-happy. Tapi sebenarnya dalam hati i is so sad.
Kepada customer yang disayangi, kalau macam tetiba aku ada emosi ke, im so sorry, hihi! Memang kehidupan ada sedikit kelam kabut, aku still okey. Still boleh separatekan hal peribadi dengan bisnes. Mihmihmih!
Oh ada yang mintak opinion pasal nak tabita ke nak myracles ni Sepet. Macam ni, Tabita kesan dia tersangatlah cepat. korang boleh tengok seawal 3 minggu. Dan kalau Myracles, kerana Myracles tak menggunakan langsung bahan kimia, ofkos kesan dia takde la seawal 3 minggu ko dah nampak muka floles. Takde la. Mungkin kena guna sampai 3 bulan macam tu baru boleh nampak beza ketara. Semua terpulang kat tangan masing-masing. Kalau rasa wedding nak dekat, boleh la guna tabita dulu, and bila dah rasa kulit okey, boleh stop and guna myracles pulak. Gitu.
Tak kisah. Aku okey je mana-mana. Haha! Kbye
Comments
semoga Allah beri yg terbaik utk abah. take care ana.
(ops, jgn publish komen ni, malu pulak kalau org lain baca.hihi)
Sedih la entry sepet harini...
walaupun xkenal sepet, ceera, jemah... tp rasa mcm kenal je dgn baca blog...
Sepet, xdak apa yg dpt kami, as readers ni tolong, melainkan DOA DOA DOA...
Sepet, i lebiu....
huhuhu
abah awak cancer apa? dah stage 4 pulak tu, semoga Allah ringankan sakit dia..
Ada doa dalam Al-Quran, doa tu dibaca samada terbaik untuk sembuh atau redha dgn ketentuan ilahi..
Tabah eh sepet, aku doakan semua yang terbaik..
apa jua ketentuan Ilahi terimalah dgn redha..
in syaa Allah..
takziah atas berite sakit abah sepet tu..
sj nk share experience sy..skang ni pun abah sy tgh sakit cancer.
kptsn yg bijak sbb bwk abah sepet gi private. bkn nk kutuk gov. tapi ape yg sy nmpak..hosp gov more to bereksperimen..suke sgt buat ujikaji. lmbt take action.
lain org lain experience kan. mybe ade yg ok dgn hosp gov.
ape2 pun mulai skang mmg kne pantau ape yg abah sepet makan. elakkan makann yg boleh mnggalakkan pertumbuhan cancer. jgn tunjuk yg kite sedih. kte kne slalu buat die happy. Doc kate slh satu cara nk lawan cancer is psycho. bile otak pesakit kuat insyaAllah die boleh lawan tak kire stage brape pun.
Abah sy dah hampir 4tahun dgn cancer. Dari segemuk2 smpai sekurus2. Yg buat die bertahan is anak cucu berkumpul ramai2 happy2. Support die.
ok tu je sepet. tak payah approve la comment ni.. pjg benor.hehe
ok take care.
sob sob sob... semoga adik sekeluarga tabah mengharungi dugaan Allah ni ye dik... yakin dgn Allah.. Allah telah menentukan segala yang terbaik untuk hambanya...
first time komen blog adik ni.. selama ni silent reader jer n tukang beli barang.. :)
http://atoyis-san.blogspot.com/2010/10/atuk-as-pesakit-cancer-yg-tegar.html
insya allah semuanya akan selamat
Don't be sad dear... I've experienced the same thing as u...
Dah lebih setahun arwah abah akak pergi kerana kanser hati... masa tahu pun dah stage 4.. Tawakkal... Alhamdulillah, dia pergi diatas pangkuan anak2... dan semua kehendaknya dapat kami penuhi sebelum dia pergi...
be positive, give him all support that u can...
unfortunately, dia tak dapat tgk anak akk yang kedua... in fact, masa dia pergi pun akk sedang mengandung 5 bulan...
kuatkan semangat... biar dia nampak kita kuat, supaya dia rasa kuat...
Al-Fatihah untuk arwah abah akk...
;-)
hope sangat abha sempat tengok sis kawen..
arwah nenek kita pun dulu ada cancer. cervix cancer. kena go thru radiotherapy, chemotherapy apa semua. tp, Allah tu lagi sayang nenek kita, so after 2 years dia sakit, dia meninggal. tp nak ikutkan, tempoh tu agak lama jugak lah.sbb Doctor ckp cell cancer nenek kita tu, sangat active.
bertabah eh, Sepet. kita doakan Abah awak kuat. :)
mohon singgah
http://redlovers2710.blogspot.com
Im having the same situation..abah cancer prostate. n to make it worst, ada ketumbuhan kecik dekat kepala dia..anyways, cuba try cari info 4life, transfer factor.ni macam supplement. so far bila abah makan tu ada la nmpk kesan dia..selera bertambah, n psa level (some sort of ukuran yang dia guna untuk taw cancer ke tak) dia pon da turun..
and if cancer usus, ramai yang guna SNE..lain orang, lain dia punya reaction dekat sesuatu ubat tu..what we can do as a daughter, tolong cari info pape yang ptt.
kte usaha dan tawakal kan?
fighting!semoga abah awak cepat sembuh..amin.=)
sedih sgt akak dgr...
Akak akan doakan Abah sepet dlm keadaan baik dan dikurniakan umur yg panjang...
pakcik akak dulu pernah kena cancer, tapi siapa sangka, dia kembali sembuh dik...
semua tu rahsia Allah...
kita berdoa sama-sama ye...
sepet bace nie... x salah berusahadan mencuba mungkin ini salah satu penawarnya
tabah ya!
jemput baca pengalam orang yang melawan kanser dengan vivix shaklee di blog saya.
http://linazainal.blogspot.com/2013/06/fight-cancer-with-vivix.html
Akak doakan semoga Pakcik Noh dan sepet sekeluarga tabah mengharungi dugaan Allah ini dan semoga beliau sihat untuk sama2 meraikan hari bahagia sepet nanti...
Moga abah sepet dan keluarga kuat menghadapainya... Apa yang penting, buat dia happy...
antara yg dia buat, sentiasa makan ubat dgn air zamzam dan asparagus tu dia rebus, blend and minum....
ada lg lah benda lain lg dia buat nanti akak share lg lain kali....
sokongan keluarga sgt perlu....take care ya.
oh ya...akak supply air zamzam...husband akak org Mekah so mmg we all make sure yg dtg tu betul2 yg adik dia hantar. RM95 utk sebotol 10 liter...sebab bukan amik untung, sekadar cost kargo and storage....
kalau nak blh bgtau...botol semua mmg sealed lg dr kilang king Abdul Aziz Saudi.....
take care!
shireenaida@gmail.com
if u want to try vivix shaklee,can protect cancer from become more serious. utk if ada diabetic or mslh jantung jugak bagus.
boleh contact sy if awak nk cuba bg dkt ayah awak.. 0132723193
semoga ayah awk cepat sembuh.. insyaAllah.. :)