Gila la internet ni, kalau hujan je start la takde line. Hampir gila aku dibuatnya semalam. Nak update entry ni tak tau berapa jam aku mengadap laptop, pastu satu hape pun tak buat. Terasa macam nak gigit broadband, lepas tu nak pijak, lepas tu nak blender. Rasa je la. Kalau aku buat, memang aku dah komfem gila. Huhu!
Dalam tempoh pertunangan ni kan, rasa macam alhamdulillah setakat ni belum ada benda-benda yang tak baik, belum tahap nak bergaduh tumbuk muka ke, walaupun tumbuk muka qery adalah salah satu wish list aku dari dulu. Haha! Geram dengan pipi dia. Kalau dapat tumbuk tu, mesti melantun 5 batu penumbuk i dengan badan sekali melantun2. *bajet kurus* kihkih!
Rasa tak nak kawin tu still ada. Boleh? Haha! Sebab dah selesa macam ni kan. Bangun bilik sepah pun takpe, baju berlonggok berapa hari pun buat-buat tak nampak. Masak pun meggy je. Boleh tidur suka hati nak pukul berapa. Ceaaa...apahal tetiba fikir pasal tidur kenn...kahkahkah! Korang jangan sengih2. Aku sengih takpe. huhu!
Pastu aku pun macam meluahkan la perasaan tu kat Qery.
S : Ish macam tak caya la nak kawin dah. Hurm. Hari-hari tengok muka kamu. Dah la pembuli
Q : Kamu ingat kita dapat terima? Kita lagi tak boleh terime hidup dengan orang pemalas.
Kong ajoo sangat Qery ni.
Dia memang tau aku pemalas tahap gaban. Sebab aku selalu cerita kat dia. Nanti dah kawin, kena masak sarapan untuk Qery ke eh? Stresssss... Aku dah la tak makan sarapan. Qery pulak jenis kena sarapan. Lepas tu nanti kena masak makan malam. OMG. Lepas ni iolls tempat kegemaran kat shopping complex adalah Popular ataupun MPH. Lepak belek buku masakan. Kau mampu? Kalau takde kat situ, boleh cari i kat pasaraya,tengah cari ikan. Pftttt...Pitam sangat!!
S : Nasib baik kita kawin lepas raya kan.
Q : Kenapa?
S : Kalau tak, pening kepala nak fikir masak sahur untuk kamu.
Q : Haha! Itu yang kamu fikir.
S : Iye la. Sahur koko crunch boleh?
Q: Woiiiii!!
Hahahaha! Boleh la boleh laaaaa... Kecoh la mamat ni. Bersyukur la sahur makan koko crunch. Dari minum air kosong je. mihmihmih!
Q : Ah kita nak makan......erm...
S : Ok kite drive thru MacD. Mesti ada yang set sahur tu. Best.
Q : *jeling*
Bangun pagi kena masak sahur. Mesti mak aku nangis kegembiraan kalau tau aku bangun masak sahur. Mesti mak nak tidur rumah aku sepanjang puasa. Huhu!
S : Nasib baik kita tak kawin bulan 5 kan. *masa tu pilih tarikh antara bulan 5 atau bulan 9, tapi dapat bulan 9*
Q : Kenapa?
S : Kalau kita kawin awal, sebelum puasa. Nanti masa raya, mesti balik kampung kan..
Q : Habis tu?
S : Balik kampung tu tak kisah, tapi yang kisahnya, mesti nanti sedara mata tanya... 'ini ke pengantin baru haritu, macam mana dah ada isi ke' Pfttt.. Soalan makcik sangat okey, tak boleh bla. hahaha!
Q : Haha! Haah la kan.. Nasib baik kita kawin lepas raya.
Kompom! Soalan makcik2 ni serah je kat aku. Sebab aku ramai kawan makcik. Haha! Soalan dia macam pakej tau.
1. Dah ada isi ke?
2. Rancang berapa orang?
3. Jangan tunggu lama-lama
4. Chayok!
hahaha! Ok tak klaka.
Sampai sekarang rasa macam tak percaya ke kena lalui semua tu. Tapi nasib baik bakal keluarga mertua aku jenis yang rilex. Cool. Tapi yang tak best, sebab semua adik beradik Qery LELAKI. Takpe la, kite geng ngan mak Qery je. Kompom sangat iolls jadi menantu kesayangan lantik sendiri. Haha!
Aku tanya la Qery...nanti lepas kawin kan, apa yang dia teringin sangat nak buat. Aku bajet macam dia cakap la nak pergi honeymoon ke, nak gi jalan-jalan luar negara ke kan...
Q : Kite paling tak sabar, nak campak baju kita kat muka kamu, sambil cakap 'tunggu apa lagi? Pergi basuh laaaaaa'
Nampak tak kat situ????
Nak kawin ke tak nak ni. Gegirl keliruuuu....huhu!
p/s : Bulan ni last harga Maixara C-Sential (MCS) RM99.90. Bulan depan naik
harga RM109. Jadi. Sapa-sapa nak buat stok, boleh beli sekarang k.Aku
sentiasa ada stok. MCS memang baik untuk kulit muka, merawat dari dalam. RM99.90 free postage, free black shiseido mask, free eye mask, free lip tint.
19 comments:
hahaha! nikmati hari2 single awk selagi ada....pas ni dh jd wife org....:-P
hai kak sepet.. kengkadang rasa nak berguling depan PC ofis bila baca dialog kamu dgn abg Qery sayang kamu tu. kahkahkah , boleh fengsan okay.. aduhaii.. part paling best is bila abg Qery cakap tak sabar nak campak baju kat muka kak sepet.. dia is KEJAM ohh! hahaha
Part yang last tu tiba-tiba teringat drama teduhan kasih yang kat tv3. kena dera dengan suami.
comel jeee sepet ni taw karang ayat.. suke bace..
hahahahaha .. apew yg ko pk same mcm aku .. aku lg la mcm xcaye hjg mggu ni kehidupan aku bermula sebagai isteri .. mcm xcaye jew .. tiap2 ary aku mesti ckp ngn diri sendri yg aku ni nk jd puan dh .. mcm xsedia pon adew gak .. ary tuh aku adew tny ngn tunang aku .. time pose bole x nk ddk umh mak aku .. sbb aku xpenah masak utk sahur selama aku hidup .. pastu tunang aku jwb "kita masak la sama2 nanti" .. cehhh .. poyo jew nk masak sama2 .. 1 lg aku ni dh la penakut ngn hantu .. mmg xla aku nk bangon masak sorg2 .. walaupon hakikat nya aku taw hanti kene ikat time pose .. hehehe .. pnjg plak comment aku kali ni .. heheheheh
situasi akak sama dengan saya,
ada sekali saya borak dengan tunang saya suruh cari rumah dekat dengan kedai makan senang kerja saya..(hehehe) tapi dia jawab dia lebih rela cari rumah dalam hutan sebab nak suruh saya masak untuk dia...sadis betol..
tang soklan makcik2 tu mmg seratus peratus betul.
"dh ada isi ker?".
huwaaa sentap giler nak jawab,stress!
xlama dh tu....
;)
Hahaha.memg tu soalan pakej. Bila org tny dah ada isi ke belum? Ahaha.hadoi... xd rezeki lagi kottt. 3bulan lg xlama dah tu. Jgn lupa jemput ak heh. Mihmihmih
ckp kat qery basuh baju, masak semua tue tugas suami..x caye?suh dia g tanya ustaz..kihkih..
Haha.. dah tak sempat dah ko nak pikir nak kawin ke tak dik.. Telan je la semua.. :P
hahahha aku lak yg nebes lebih.Pehal tah
hahaha..kelakar awak ni..semoga semuanya berjln lancar yea..dan selamat berumahtangga..:)
sepet comel sayang.
kite tak tahan asyik gelak jer baca blog kamu. hehehe!
sepet nanti dah kawin jgn tak update blog pulak tau. hahahahaha! :-p
tak sabar nak tgok sepet kahwin.. :D
sepettttttttttttt...
jgn lupa invite kita tau... :)
tahniah awal2
hahaha omaigod ayat yang last tu suka suka suka sangat... sebelum baling baju kat muka sepet.. dia kene duduk kat kerusi malas sandar tu.. pastu kaki silang.. baling baju kat muka sepet tu sambil tengok tv.. sepet kene drama air mata sikit.. kutip baju kat lantai sambil becucuran air mata.. hoi best nya.. hahah saiko plak ahkak arini ;)
baca en3 ni tetiba teringat masa memula kawen dulu (tahun 2000)
sedar tak sedar tahun ni dah 13tahun jd bini orang.tp rasa mcm smlm duk atas pelamin.kih kih kih
Post a Comment