Yeay!! Dah banyak balik!!

Stok yang ada kat aku ni, kadang2 tak tentu tau penjualannya. Kadang2 minggu ni barang ni laju, kadang2 minggu depan barang lain laju. Aku pun tak tau mana yang tetiba customer nak kan. jadi aku selalu akan make sure aku simpan stok banyak. Walaupun takde orang pun beli. Haha! Yela, kot kot la kalau customer tanya..kak sepet, lotion ada. TAKDE. Kak sepet vit c ada. TAKDE. Kak sepet Vcoa ada. TAKDE. Abis apa yang ada. HAKAK ko je yang ada dik. Hehe! Terus kena blacklist. 

Semalam Myracles Beauty memang laju pulak orang beli, agaknya sebab ramai dah tau kot. Tapi nasib baiklah stok tinggal ngam-ngam untuk semalam. Malam tu terus restock lagi. Nasib baik jugak kenal owner kan. Kot kalau terdesak nak stok haritu jugak, boleh la Qery pergi amik je barangnya. Jadi barang takde la tersekat tersedak semua.


Sukeeee =)


Kepada sapa-sapa yang nak beli, boleh terus sms/wassap/email aku tau. Aku terus pos dengan free git *bekas sabun* sekali. Aku kalau boleh malas nak pos Jumaat tau. Sebab kebanyakkannya bila aku pos jumaat. Abang pos laju gi hantar hari Sabtu. Lepas tu sapa yang tak kerja hari Sabtu tu tak dapat la barangnya. Tak pasal-pasal kena amik sendiri kat Pusat Pos Laju.

Aku dipahamkan, sekarang ni Pos Laju Malaysia dia ada problem sikit. Staff dia tak cukup untuk hantar parcel yang begituuuu banyaaaaak. Hehe! Jadi kadang2 ada kelewatan sikit. Dan jugak, sekarang ni dorang bagitau banyak sangat new staff. New staff ni pulak tak familiar dengan alamat-alamat. Kot yang dia tak tau tempat, dia tak hantar. Boleh?? Aku kadang2 bengang jugak. Tetiba pulak ko kata tak cover tempat tu kan. Kadang2 dorang terlepas pandang parcel tu. Seminggu duduk dalam stor tak berhantar. Aku ni kesian la dengan customer. Ada certain customer yang first time beli. Tak tau sangat pasal benda2 ni. Tak baik tau. First impression dia beli barang online dah tak best, kompom la dia akan rasa tak best sampai bila2 kan. Huhu!

Kadang2 aku tak boleh nak tolong pun, sebab aku pun tak kerja bahagian pos laju. Ramai customer tanya aku balik kenapa abang pos laju tak nak hantar gi rumah dia. Aku tak boleh nak jawab, sebab bukan bidang kuasa aku kan. Apa yang aku boleh buat, bagi tracking number, suruh dorang cek online. Kadang2 ada yang tak tau nak cek pun. Sobs..pun aku tak kisah nak cek kan. Kalau aku ada depan komputer aku cek la, kalau aku kat luar, lambat sikit la aku cek kan. Hihi! I is kesian tau dengan customer. 

Tapi dalam 100 parcel yang aku pos, mungkin la 2 3 je yang jadi macam tu. Hihi! Kire okey la. Yang tak okey, 100 parcel pos, 51 masalah, itu memang akan di maki terus, hihi. Aku rasa mana-mana pun sama. Skynet ke, Gdex ke, kalau barang dah terlalu banyak, masalah2 macam ni mesti akan terjadi punya. Kannn..

Aku buat pengeposan setiah hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat *kecuali cuti umum* Jadi, kalau nak barang cepat, korang bayar sebelum pukul 2 petang. Kompom akan di pos pada hari yang sama. Kalau korang bank in selepas pukul 2, akan di pos pada keesokan harinya. Ok bebeh.

Yang penting, iolss ada semua stok. Bgtau je nak apa.. =P

Comments

Terus ter kagum aunty.....
ADLIL RAJIAH said…
hamboi kooo sepetttt.. semakin majuuuu kannnn.. aku doakan terbaek sokmo2 utk ko. :))
Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
mrs.ecam said…
err pos laju tu bleh buat penghantaran kali ke 2 kn...sbb aku dh 2x pos laju dtg time jumaat ptg...opis aku jumaat is hapday...so klu pos laju dtg jumaat ptg mmg xdek org dh kt opis...so kol jek blk pos laju tuk penghantaran kali ke 2 n bgtau skali time lunch n time bile xdek org kt opis..in sha allah derang leh hntr...FOC...tp rsnyer smpi kali ke 2 jek...klu kali ek 2 die dtg xdek jugak org nk amik brg tu mmg kne g pos laju sndri la collect brg..eh pnjgngnyer aku xplain...hikhik...sori tuan blog