Dec 31, 2012

Produk Myracles Beauty penyelesaian wajah bermasalah.

Sticky Mode : Entry baru kat bawah =)

Selama aku menjual supplement  ni, ada jugak orang sms/wassap/email tanya takde ke jual pencuci muka collagen sebab dorang jenis yang tak boleh telan pil-pil. Aku pun sebenarnya jenis yang macam tu. Aku tak suka makan pil, ko bayangkan yeah. Demam panas sampai 40 darjah celcius pun aku still pemalas nak makan panadol. Padahal aku bukan jenis yang tak reti telan tablet. Tapi kerana aku mempunyai peragai yang tak suka telan pil pil ni.

Jadinya, bila dah makin ramai tanya and suruh aku suggest produk apa yang bagus. Aku terus laaaa google punya google. Carikan untuk korang. Macam-macam produk aku teliti. Kalau boleh aku taknak produk yang kulit muka mengelupas. taknak produk yang ada campuran kimia. Sebab kesian kulit muka kita kalau dah berlambak bahan kimia. Kan tak elok.....Seperti biasa, bila tengok ingrediant, mesti ada jeeeee bahan-bahan kimia. But but but...sehinggalaaaaahhh aku terdiam dan tersukaaa kat satu produk ni...

MYRACLES BEAUTY!!



INGREDIENT 100% KOLAGEN MARIN
TAK ADA BAHAN KIMIA
DIIKTIRAF FAMA

FAMA??? Seriusss?? bagussss okey!! Aku pun apa lagi, terusss laaa cek semua. Apa yang aku boleh explain kat sini...


Produk ni mengandungi

1. OXYGEN WATER (masa kerja farmasi, kitorang hanya gunakan oxygen water untuk patient okey, sebagai fungsi penyerapan yang bagus untuk kulit)
2. ALOE VERA (bagus untuk seluruh badan dari hujung rambut sampai hujung kaki)
3. BUAH DELIMA (semua orang tau kot, hehe! memang bagus untuk kulit)
4. SARANG BURUNG WALIT (membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.)
5. RUMPAI LAUT (masyarakat china selalu guna ni tau, sebab tu kulit dorang cantik)

Semua bahan kat atas tu tak dinafikan kebagusan dia. Function yang kedebabom untuk kulit. Hihi!

Myracles Beauty ni korang kena pakai satu set. Dalam satu set tu ada dua barang SAHAJA. Tak payah korang nak pakai banyak-banyak untuk kulit jadi cantik. 2 barang je dah boleh jelita habis. 

1. Myracles Collagen Soap

Sabun ni, korang kena guna 2 kali sehari. (pagi dan malam). Mula-mula basahkan muka korang dengan air. Lepas tu cuci dengan sabun kolagen myracles. Biarkan ia di muka seketika dan lepas tu bilas. Sabun ni ada wangian semula jadi tau. Bau dia sangatlaaaahhh wangi. Aku pakai rasa tak nak basuh pun ada. Haha! Lepas tu buih dia banyak. I liokeeeee. Buih banyak baru la yakin sabun tu kena semua tempat. Tak gitu mak jemah??

PESANAN PENTING!! Oleh kerana tiada bahan kimia dalam sabun ni. jadi sabun ni sedikit sensitif. Korang kena pastikan lepas guna, basuh sabun ni , dan letak dalam bekas yang bersih. Dont worry, bekas sabun aku akan berikan sebagai free gift kat korang semua k. Produk baru memerlukan bekas sabun yang baru supaya semangat sikit nak pakai. Kekeke! =)

Penggunaan sabun terpulang kepada individu sama ada nak kerat 4 atau kerat 2. Ikut kepada keselesaan pengguna.

Kalau ikut aku, aku suka potong 4. Bukan sebab nak jimat ke apa. Sebab sabun ni sensitif. Kalau pakai sekali, nanti kalau terdedah dengan kerosakkan, habis satu sabun tak boleh pakai. Jadi pakai sikit-sikit. Kalau portion tu rosak. I ada backup. Kekeke!!


Macam ni la rupanya bila dah dikerat 4.

Jangan risau, benda ni boleh lekat balik. Jadi tak tercemar pun. Simpan baik-baik dalam almari.

2. Facial Collagen Spray.

Macam mana nak guna?? Lepas cuci muka pakai sabun tadi, semburkan Spray muka kolagen myracles kat bahagian wajah korang terutama bahagian dahi, mata (pejam mata masa spray), pipi, dan dagu (kemamkan bibir masa nak spray tu). Nak spray kat leher pun boleh. 5-6 spray la untuk seluruh wajah. Lepas tu tepukkan dengan jari secara lembut. Bahagian mata (eye bag) pulak urut sebanyak 3 kali. Lepas tu biarkan je dia kering sendiri. Dalam masa 3-5 minit, korang dah boleh rasa perbezaan dan kesegaran dia. Seriussssss... Aku kan tak tidur malam, tak cukup tidur pun. Eye bag tak boleh bla la hoiii. Bila pakaiii....memang eye bag berkurangan terus. Apakah ini tidak best??? Syukur sangat tauuuu...eye bag sangatlah menjengkelkan..

KESAN SEGERA (3-5 MINIT)

Korang boleh rasa dan nampak kulit muka akan jadi lebih tegang, lebih runcing, lembab, rasa segar, lebih cerah, serta eye bag akan berkurang ataupun hilang. Sekejap kan???

KESAN JANGKAMASA PANJANG (1-2 MINGGU)

Kulit akan lebih cerah (whitening) dan pencerahan dalaman (lightening). Nampak lebih muda (anti-aging) dan bentuk muka akan lebih runcing (facial up lift)

Sekali lagi, kerana Produk Myracles Beauty ni TIADA BAHAN KIMIA. Jadi dia tak mengelupas, kerana dia merawat semua sel-sel dalam kulit kita. Malah menghidupkan semua semua sel-sel mati. Good sangat!

PENTING!!

1. Sekiranya korang nak pakai foudation selepas spray kolagen kat muka. Dinasihatkan.....sapu foundation selepas muka korang betul betul betul betul betul kering!! Ok????? Sampai dah kering sangat. baru apply foundation. Keranaaaa???? Kalau korang sapu foundation ketika muka lembab (kolagen tak habis meresap kat dalam kulit), nanti foundation tu pun aku masuk ke dalam kulit korang. Sebab macam korang tengok ingredient tadi ada oxygen kan, dia meresap masuk ke dalam kulit sekali. Kerana itulah muka korang akan jadi gelap. Sebab dengan foundation tu masuk sekali dalam kulit.

2. Minum 3 liter sehari. Kalau kat rumah takde botol air 3 liter takpe. Minum 8 gelas air satu jam selepas bangun tidur. bangun pukul 6. Minum segelas air pukul 7 pagi, 9 pagi, 11 pagi, 1 tengah hari, 3 petang, 5 petang, 7 malam, 9 malam. Cukup..Hehe! Dan boleh tidur dah pukul 10. Nak minum lebih silakan..lagi bagus. Kalau korang tak minum air dengan cukup, mungkin akan rasa pedih sikit kat muka (biasalah, semua produk pun sama, kalau tak cukup air, kulit kering, bila cuci muka memang akan rasa kesat and pedih, jadi sila minum air secukupnya kalau nak kulit cantik)

3. Jerawat akan kecut, jadi sesiapa mempunyai masalah jerawat boleh cuba produk ni. Kerana kulit muka menegang. Juga mengecilkan liang pori dan jika liang pori mengecil, jeragat jugak akan berkurangan.. Serius tak tipu. hehe!

TESTIMONI PENGGUNA






Harga satu set RM170 Semenanjung, RM185 Sabah/Sarawak
Harga Myracles Collagen Soap : RM50 Semenanjung, RM55 Sabah Sarawak
Harga Myracles Collagen Spray : RM120 Semenanjung, RM130 Sabah Sarawak

Cepat SMS/Wassap ke 0122678134 (sepet)
atau email detail ke sepetsshop@gmail.com

Detail diperlukan.
Nama :
Alamat :
Produk :
Kuantiti :
No telefon :

Tambahan RM6 postage untuk ke semenanjung dan RM9 ke sabah sarawak.

Kalau korang order harini, aku akan pos esok insyaallah. Aku ada ready stock, tapi kerana aku nak cari bekas sabun yang proper sikit untuk korang. hehe! BEKAS SABUN AS A FREE GIFT. Tapi kalau korang tak nak dan nak cepat. bagitau. Aku akan pos without bekas sabun. Kekeke!!

Ready stock.

Azam baru aku untuk tahun depan, nak cantik dengan myracles beauty. Korang jom cantik cantik jugak!

Segala pertanyaan tentang produk ni sila komen di sini. Terima kasih. =)

Sembang kosong

Boring tak korang asik baca jual itu ini. kahkahkah! Bertabahlah ye. Iolls suri rumah. Itu je la pun sumber pendapatan. Kekeke...

Aku tak ingat bila last aku masuk bank. Aku dah berapa lama tak masuk bank ni. Kalau nak keluar duit pun dekat mesin ATM je kan. Tapi haritu masuk bank. Tatut....Suruh Qery teman. Motif?? Aku ada satu perasaan yang sangat tak logik. Kan kena ambik nombor untuk tunggu turn. Bila nak dekat sampai turn aku, mesti hati dah berdebar-debar. Padahal takde apa pun. Kalau pos barang pun sama. Dekat-dekat nombor aku, mula lah gelisah. Itu pasal la aku suruh Qery teman. Supaya dia boleh meresah-resah bersama haku. Muahahaha! Tapi hampaaa...aku je yang cuak. Dia rilek je. Cisss betul


Kakak kat kaunter ni bangus sangat. Aku kan slow. Dia bagitau dari A sampai Z apa nak kena buat. Ada orang kan dia macam malas nak layan kan. Akak ni tak. Dia ajar je, pastu cakap lembut. Good Good. Saya vote akak laaa..hihi!
 

Shawl ni kan. Readers yang hadiahkan. Nama dia Nur Diyanah. Dia tengah study kat India. Jadi dia hadiahkan shawl dari India ni untuk aku. Ada 3 helai okey. Terharu sangat. Baik dan pemurahnyaaaa readers aku ni la. Tenkiu tau awak. Kite sukeeeeee sangat, kain dia lembut dan sejuk. Serius tau sejuk sangat. Qery smampai terkecik-kecik hati sebab aku puji shawl ni sejuk. Harus lah. Haritu dia belikan shawl aku, tapi tak puji sangat kan. Muahahaha!

Okey ini cerita lain.
 
Kerana baju aku dah banyaaaak sangat.Iyela aku dah tak payah pakai baju kemeja. Seluar kerja. Baju kurung. Sweater kerja. Apa lagi? Semua benda yang berkaitan dengan kerja. Labcoat pun dah tak payah pakai. Jadi benda-benda ni buat semak tau. Dah la bilik aku ni memang bersemak. Tambah lagi baju-baju yang aku tak pakai. Menyemak-nyemak sangat lah kan. Jadi aku terus rasa nak bagi je kat sapa-sapa yang memerlukan.

Kite sedekah je la kat sapa-sapa. Baju aku elok lagi. Ada yang baru beli, baru pakai sekali dua. Ada yang tak pernah pakai pun.Ada baju lama-lama yang sexy sikit tu. Pun aku bungkus siap-siap. Kite donate kan saja.


Nasib kotak Felinna banyak gila kat rumah ni. Boleh recycle kan. Huhu!

Ok tu je nak cite.

PROMOSI FELINNA LAST DAY HARINI. CEPAT BELI SEBELUM HARGA KEMBALI KEPADA ASAL =)

Dec 29, 2012

Selera lain-lain. Acane??

Seperti biasa yang aku selalu cerita kat korang. Aku dengan Qery mempunyai taste yang BERLAINAN GILA BABENG PUNYA HABAQ HANG. Benda yang aku nampak cantik, dia akan cakap buruk. Benda yang dia nampak cantik, aku nampak buruk. begitu.

Kitorang tak sama taste sejak dari duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu lagi. Aku suka lelaki dan perempuan gelap sebab dorang manisssss je bila senyum kan. Dia suka perempuan putih. Dan dia suka kalau dia pun putih. *mata ke atas*. Since siapa perempuan putih, dia akan cakap CANTIK. Aku pulak tak kisah, Aaron Aziz dengan Beto. Dua-dua taste i. Kahkahkah! Tapi iolls akan dahulukan Beto walau apa pun terjadi. *nasib Beto dah kawin, hehehe*

Semalam bercerita pasal rumah. Qery cakap dia suka kalau rumah tu simple and nice. Dia suka konsep black and white. Kemas tapi garang. Gittew. Ini berangan tau. Korang jangan fikir kitorang mampu nak beli rumah sebegini punya rupa. Muahahaha! maksud aku taste okey. Ini lah rumah taste Qery. Simple and nice.

 Aku okey je, cantik jugak konsep dia. Kemas. Hehe!


Qery suka warna merah kot. Aku rasa je la. Sebab kasut dia banyak warna merah.
 

Alah maksudnya modern style la.

Aku pulak tak kisah, tapi kalau aku punya taste adalah rumah yang penuh dengan pokok. Hahaha! Aku suka pokok. Tapi aku tak pandai tanam pokok. Aku suka rumah kayu omputeh. Korang tengok cite hobbit kan. Aku memang rasa nak sebijik rumah macam tu. Jap aku tunjuk kat korang k


Cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 








 Aku suka bau rumput, bauk pokok, bau tanah..bau kayu. Paham tak? Hihi! Aku suka rumah kayu, rumah yang warna dia betul2 warna kayu. Tapi aku tau tak mungkin la kan boleh dapat rumah macam ni. Hihi! Berangan je la untuk kepuasan diri sendiri.

Itulah masalah taste lain-lain. Qery pun memang setuju kitorang punyai taste yang tak sama. Habis cane?

Dec 28, 2012

Suka sayur je

 Sebelum cerita, bagitau siap-siap, siapa yang email semalam, aku dah reply malam tadi. Kot kalau ada yang agak-agak email dia tak ber-reply, please resend balik kat aku tau. Dan kalau boleh bagi semua detail yang aku nak tu. Semua tu penting sangat. Jadi harus beri, kalau tak nanti susah iolls nak manage.

Please sapa-sapa dari Sabah atau Sarawak, kalau berminat cari duit poket, please email aku. kalau kat semenanjung, aku perlukan dari Perlis, Kedah, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu. Memang ada la yang email, tapi tak cukup tau. Nak ramai lagi. Stakat ni yang email baru dalam 80 orang. 

Lepas tu tolong Like Page Treenea Selangor ni tau. Aku mewakili dealer area Selangor. Jadi apa-apa nanti korang boleh order stok kat aku. Okey semua? Hihi!

Ok dah tak yah cite pasal ni. 

Baju dari Pretty Chase

Haritu aku ajak Qery gi beli barang dapur. Tempat paling aku suka dalam pasar raya adalah tempat sayur-sayur. Muahahaha! Aku suka beli sayur. Aku tak tau kenapaaaa. Walapun aku tau bukan aku yang akan makan sayur tu. Tapi aku tetap suka beli. Aku suka sebab sayur warna hijau. Aku suka beli baby carrot, salad, tomato yang kecik tak tau nama apa. Suka beli timun jepun tu, aku suka sayur dan sayur. Haha!

Qery kalau tengok aku pilih sayur, dia memang takkan ganggu. Sebab dia tau aku tengah rambang mata.


Aku sanggup duduk situ lama-lama, belek-belek sayur. Tapi aku tak masak tau. Korang jangan la pulak dalam hati tu 'bagus budak ni suka masak' 'untungnyaaa Qery dapat makwe pandai masak sayur'

(_______________)

Ianyaaaa sungguh ketidakadilan...huhu!


Lepas habis ambik sayur, baru aku teringat mak pesan beli ayam. Alamak!! mana la aku reti beli ayam. Kalau beli yang dia dah siap potong tu tau la. Kalau yang beli seekor tu tak tau. Aku pun bisik kat Qery..

S : Em nak tanya boleh?
Q : Apa?
S : Tau beli ayam?
Q : Nak ayam apa?
S : Ayam yang sekor tu. Kite tak reti nak cakap dengan abang tu. Muka dia garang je.
Q : Kamu pergi kat dia, amik sekor ayam. lepas tu bagi dia ayam tu.
S : Tapi kite tak reti pilih ayam
Q : Pilih je mana-mana, sama je
S : Iyeke? Kalau ayam tu tak elok, macam mana nak beza dengan yang elok?
Q : Kalau ayam tak elok, dia tak jual laaaaaaaaaa

pfttttttttttttt

S : tolong la pilihkan...
Q : *geleng-geleng kepala, tapi jalan jugak kat tempat tu*

Masa Qery pilih-pilih tu, aku intai dari belakang. Mesti ada cara nak pilih ayam kan. Contoh macam kalau pilih sayur, kite akan patahkan sikit hujung untuk tau sayur tu tua ke muda, ataupun kalau beli ikan tengok mata, tengok ada darah ke tak. Kalau beli ayam mesti la ada jugak tengok kat mana-mana...ke takde?? Hahaha! 

Masa Qery letak bagi abang tu. Aku cakap kat abang tu..

S : Potong tau..

Sekali Qery tutup muka dengan dua-dua belah tengan..

S : Kenapa tutup muka?
Q : Eiii malunyaaaa kiteeeee...kamu ni tak pernah beli ayam eh?
S : Tak
Q : Mesti la dia potong, takkan nak bagi kamu sekor tu..eiiiiiii

Iyeeeekeee?? Hahaha! Mana la haku tau abang tu memang potong dulu.

Kong ajo Qery ni, sikit-sikit nak malu. biasa la tu kan..hihi! Aku memang tak reti la beli ikan ayam daging ni. Sayur aku tau la. Dengan buah. Yang lain tu no no no. Jangan suruh aku beli. Boleh je la kalau nak suruh beli pun, tapi kalau aku ambik yang tak elok punya, jangan marah-marah. Balik tu pesan dengan Qery..

S : Nanti dah kawin, kamu kalau nak beli ikan, beli yang dah terus siang tau..
Q : woi tak reti siang ikan ke?
S : Alah beli je aaaaaa yang dah siang..kecoh betul
Q : Ah takde! Kite beli yang tak siang lagi
S : Macam tu kamu makan la dengan taik-taik dia.
Q : Siang ikan senang kot.
S : Kalau senang kamu buat la. Hihi!
Q : perempuan ni kan...
S : Love u..baiknyaaaaa kamu..suka tolong kite siang ikannnn...
 Q : *muka stress*

hahahaha! Kalau susah sangat, kite puasa ikan je. Pedehal. Sarapan sayur, lunch sayur, dinner sayur. Takde hal. *nangis*

Lelaki macam tu la. Suruh siang ikan je pun susah.. *tetiba kannn aku ni..haha*

OKLA BYE!!

PROMOSI FELINNA 4 HARI LAGI. SILA JANGAN KETINGGALAN!!

Dec 27, 2012

Do like my page *paksa dalam kelembutan, muahaha*

Okey, sesiapa yang nak jadi agent bawah aku nanti. Silalah Like page Treneea ni dulu tau. Apa-apa aku update sana. Senang untuk semua orang tau info bla bla bla. Tapi aku still akan update sini. Sapa nak jadi agent tu WAJIBULGHUNNAH Like tau.. Kalau tak i merajuk..hihi!


Please KLIK SINI untuk Like yeah..mari lah ajak sedara mara kawan rapat like sekali. Cepat yeah siapa nak jadi agent email aku sehingga last jam 12 malam ini. TQ =)

Please email me your butiran (contoh seperti di bawah sanaaaaa)

sepetsshop@gmail.com

Subject : Agent VCO Antioxidants By Treenea

Name Penuh : Zuhana Bt Aaron Aziz
Nama Samaran :  Kak Bunga
No ic : 900101-01-0112
No telefon : 012-2222222
Alamat surat menyurat : Lot 900, Jalan 300, Kg Dusun, 89090, Johor
Kawasan : contoh (Cheras, KL) @ (Rembau, N.sembilan) @ (Shah Alam, Selangor)

Kenapa Nak Libatkan Aaron Aziz??

Amboi tajuk artis sangat. Haha! Aku sekarang dah tak layan Aaron Aziz. Aku jatuh hati dengan Beto. Uih rasa macam nak jumpa Beto lepas tu luahkan perasaan. Mesti Beto menyesal tak jumpa aku 10 tahun yang lepas. Kekekeke!

Walaupun aku dah minat Beto, tapi aku still suka je kat abang Aaron aku tu. Cuma, kalau dalam waktu yang sama, keluar cerita Beto dengan Aaron, contoha la, TV3 Beto, TV1 Aaron. Ofkos tanpa berfikir panjang iolls pilih Beto, kahkahkah! Dia sweet, hitam manis. dan fun!! Itu yang penting. Lelaki fun adalah best tau.

Oh tak kisah la. Yang aku pelik sekarang ni. Kenapa dan mengapa perlu melibatkan Aaron Aziz dalam cerita ni?


Kahkahkah!! Tetiba saya cium dia, dia cerai bini dia. Amboiii... Jelita sangat ke engko cinderella berkaki kecik? Lempang kang sia-sia hidup tu. Wife abang Aaron comel hokeyh..

Kesimpulannya, nasib baik dia tulis Aaron Aziz, kalau dia tulis Beto. Memang aku tak tengok cite Cinderella dah lepas ni. Huhu!

Pemenang Teka dan menang II =)

Hamboih..semua bijak bistari. Hehe!! Kalau korang yang tertanya-tanya apa la maksud Khairi Fizairi dalam bahasa inggeris kan.. Boleh baca kat SINI

Jawapan dia agak tak ada kene mengena pun. Tapi tak sangka ramai yang betul. Korang baca yeah blog Qery. Aku ingat takde orang nak baca blog dia, muahahaha! Keji iollssss.. Tak bahik sungguh..

Kita ada sorang je pemenang..iaitu................


Ekceli aku cuma nak jawapan 'jangan nak poyo'

so kalau korang ada tambah *sengau-sengau* itu salah la. kekekeke!!

Sila sedih sekarang kepada yang tambah sengau-sengau tu. Muahahaha!!

Okeylah. Next week kite buat teka dan menang lagi. Tahniah kepada Nady ryd'na, semoga dapat menggunakan free gift sebaik mungkin. kekeke!! =P

Dec 26, 2012

TEKA DAN MENANG II

Pemenang akan diumukan pada pukul 12 tengah hari esok yeah. =)

Hadiahnya seperti biasa, FREE GIFT YANG HOMEI!! Hehe!


Soalannyaaaaaaaa...

Apakah maksud nama Khairi Fizairi dalam Bahasa Inggeris?

Manusia tercepat jawab dengan betul akan di pos free giftnya esok.

Sila komen dan berikan email korang terus.

Semoga berjaya. Hihi!

Baju Kurung Modern =)

Haritu aku jalan Ampang Park, saja la jalan-jalan nak beli baju kurung. Ingat nak beli baju kurung yang biasa je, tapi apakah semua baju kurung yang biasa je pun Rm250 ++

Baju kurung kalau mahal sangat, terus aku rasa tak cantik. Hahaha! Baju kurung tu biasa kot. Tapi kalau orang kaya dia tak beli la yang baju RM250, bukan sebab tak cantik, sebab murah sangat. Muahahaha! Kong ajo...

2 3 kali aku lalu kat satu kedai ni, baju ni memang superb! Cantik gila, baju kurung peplum. Tengok dari jauh je la. Sebab tak berani nak masuk. Dah kata kalau baju kurung biasa pun RM250+ kan, bagaimana pula baju yang lebih cantik ittew?

Terus bisik kat Qery..

S: Apa kata kite laluuuuu je kat kedai tu, kita takyah masuk la. Nak tengok dari luar je.
Q : Kenapa tak nak masuk. Masuk je la.
S : Ala kite tak nak la, nanti mahal sangat tak mampu beli acane?
Q : Takpe kalau tak nak beli pun. Survey je harga.

Korang tau kan, aku kalau masuk kedai, mesti kena beli jugak, kalau tak nak beli aku tak masuk. Jadi aku memang tak nak masuk la. Lalu je sebelah kedai tu. Sekali tengok kat patung-patung tu, dorang ada sangkut harga sekali.

Baju kurung peplum semua Rm150 je. Apaaa ni???
Ada satu tu baju putih kain lace sebijik untuk nikah. Rm150 jugak. Hampir aku nak beli. Hahaha!
Pastu aku pun nampak la baju kurung merah ni. Cantik. Tapi merah ni Rm180. Kite try yang peplum je. Wakakaka! Try punya try, saiz XS dia pun aku pakai gelebeh. Sentap..

Tak cantik okey kalau pakai peplum lepas tu tak de cutting. Baik haku pakai baju kurung. Lepas tu tanya adik tu, baju merah kat patung saiz apa, adik tu cakap saiz XS. Bagus!!

Aku pun try, still longgar jugak. Huh!!! Apahal semua longgar. Grrrrr

Takpe la longgar pun beli jugak. Sebab dia nampak seperti baju kurung, cuma dia ada lace sikit-sikit. Terus beli.


Cantik ke tidok?????

Dec 25, 2012

Dapatkan DATA, =) agar tidak kehilangan.. =(

Tajuk terus sedih. apakah? Haha! Jom tengok video dulu..


=( =( =( =(

Tak ada sorang pun nak percintaan yang macam ni. Kalau boleh semua orang nak percintaan yang kukuh. Kesian Nick dengan Amy ni. Sob sob sob

Aku pun ada pengalaman bercinta jarak jauh. Iyelah. Nak save kredit, mesej pun benda penting je. Kadang-kadang selalu salah paham. Tapi bila nak tanya lebih-lebih, rasa macam terhad gila. Last-last putus.

Sekarang???? Iolls ada boifen, dia tak jauh. Tapi bila dia bizi. Memang rasa seperti jauh gila. Macam iolls kat Jepun dia kat Malaysia, amboi..haha!
Tapi jangan risau, dengan adanya DATA, tak kisah la jauh atau dekat, kita boleh berWhatsApp. Wuhuuuuu!!


Hubungan walaupun jauh, tetap rasa dekat di hati. Auwww!!
Sekali sekala jiwang.
Seperti Qery, walaupun dia jauh *kalau jalan kaki jauh tau..hihi* semua berubah, hanya kerana DATA yang ohsem itew!!

DON’T LOSE IT ALL , TIME TO GET DATA

Dengan Xpax, korang boleh dapatkan DATA. Lepas tu terus dail *128#. Pilih pakej yang korang suka.Sila layari http://www.xpax.com.my/c1.php atau pun korang boleh terus ke www.xpax.com.my

Krismas ha??

 Ramai jugak kawan aku yang sambut krismas harini.

Kepada Jobiana Albert , kepada Estachia Samuel, Angela, Felicia, dan yang tak berapa rapat pun haku tak ingat nama dah. Haha! Eh my bos Charis..

Selamat beraya. Makan sikit-sikit je. Nanti gemuk susah nak diet. Huhu!


Kita yang tak sambut krismas pun sibuk semangat. Semangat nak cuti sebenarnya. Kekeke!

Harini aku macam biasa, rehat-rehat di rumah. =)

Syok dapat tido. Hoih dah 2 hari tak tido ni. Mata buat hal. Biasaaaaaa diaaa tuuuu...

Dec 24, 2012

Curi dari facebook =P

 Haritu aku takde kerja, bukak facebook tengok kat news feed tu, kemain lagi orang share-share gambar ni. Aku pun tengok la. Gambar pertama, budak tu tiru ayah dia solat.

Dah sampai gambar ke empat. Apaaaa pun tak boleh. hahaha!



Cute. Budak-budak semua macam ni la kan. Aku tengok Keisha selalu kacau Ceera dengan Ciput solat. Tapi sebab kalau aku ada boleh la tahan tahan kan. Cer bayangkan kalau kat rumah sorang-sorang, anak pulak seperti di atas. Hahaha! Acane?? Hilang surah dalam hati, sebab hati tengah gelak, haha. Adui la...


Ini pun jumpa ada orang share-share. Macam best pulak ayatnya. Terus aku copy paste. Hihi!

Semua dah kemas-kemas macam nak balik dah je? Bukan balik kerja pukul 5 ke? ngeh ngeh ngeh. Mentang2 esok cuti. Plan nak gi mana-mana ke? Musim hujan ni. Duduk rumah tidur je la k. =P

Selamat bercuti semua!!

Byeee!!

Jangan lupa order lotion dengan vit c, iolls tak cuti pung, hahahaha!

PEMENANG SEGMEN TEKA DAN MENANG!!

Amboi korang, kemain lagi ye nak menang punya pasal, terus komen. Hihi! Tapi memang senang gila kot jawapan dia.


Inilah dia...jeng jeng jeng...

Tombol Gear kereta Qery, muahahahaha! 

Bling bling. Kpop sangat. Maafkan je la. Dah lama dah beli tombol ni. Mula-mula beli dah longgar, selalu gak kalau jem ke apa, aku bukak main nyanyi-nyanyi. Hahaha! Qery jeling dari tepi dan aku macam biasa, buat muka seperti tak bersalah.

Pemenangnya, Nyzam. Eh engko ni kenapa la tak bagi email terus, kan haku terpaksa dan memaksa diri untuk memintak email. ni. Hehe! Lebih senang email terus alamat kat sepetsshop@gmail.com

Lelaki okeyhh menang? Apakah? Nak bagi free gift gegirl kat lelaki?
Sangatlah sesuatu. Takpe nanti sila bagi isteri yeah. muahahaha!

Kepada peng-kalah. Sila buat muka masam, contoh seperti gambarajah 34.

Gambarajah 34

Kepada yang menang, sila happy, hehe!

Takpe semua, mana tau aku tetiba nak buat teka menang lagi kan. Atleast dapat la barang free. Hahaha!

Okbye semua!!

Cantik baju ni =P

Sekarang ni, bila pos laju sampai rumah bagi parcel. Mesti mak pun akan tunggu sekali. Lepas tu nanti masuk bilik sama-sama, tunggu sampai aku bukak parcel tu. Nak tengok baju-baju yang sampai. Hehe! Kadang2 sengaja aku beli yang saiz besar, terus bagi kat mak. Kesian pulak kan. Excited gila tengok aku bukak bungkusan tu tapi tak dapat apa. Hahaha!

Baju dalam almari banyak tak pakai lagi. *motip? haha* Nanti la aku pakai tunjuk lagi yeah. Ini adalah salah satu baju dari Pretty Chase. 


kain atas dia tu jenis lace. Sekarang lace kan IN jugak. 
 

Macam ni la rupanya.
 

Posing sikit.
 

Posing tak ikhlas, haha! Qery la salah. Aku dah tak nak posing dah sebab malu la kat orang lalu lalang kat situ, tapi dia sibuk je suruh stay stay stay. Erghhhh..terpaksa aku posing jugak *terpaksa sangat, huhu*

Sapa nak baju macam ni, sila ke Pretty Chase yeah.. Oh lupa nak bagitau. Pretty Chase ada buat giveaway atau. Jap iolls copy paste je, tapi cakap omputeh la, muahaha!

Hi dear,

We would like to inform you that we are having a Special Giveaway this Christmas.
Kindly comment on our shout out on our Fb Page > https://www.facebook.com/prettychase
The post is as follows:
Special Giveaway from Pretty Chase in this season of giving.
Just simply complete this sentence:

All I want for Christmas from Pretty Chase is____________ because __________________.

Name any beautiful piece from our store and give us your most creative reasons.
You may walk away with the item for FREE!
It's just that easy to get items you love from us :)
Winner(s) will be announced on Christmas Day!

Happy Winter Solstice, Happy Weekend & Happy Commenting ♥ ♥

Baju-baju baru korang klik SINI

Cite lain..hihi!

Order minggu lepas start Jumaat petang sehingga pagi ni jam 10 pagi. Aku pos harini k. Sebab harini aku ada hal sikit. Selalu korang bayar jam 3 4 petang pun aku still pos hari yang sama. Tapi sebab harini tak dapat la, sorry sangat-sangat. banyak kerja sikit minggu ni. Sapa bank in pukul 10 je aku pos harini tau. =)


Jangan risau, stok lotion ada, stok vitamin c pun ada. Memang sekarang ni ramai gila orang puas hati dengan produk dari Felinna ni.
 

Mari order harga promosi, ada kat entry atas sekali okey boleh baca. hehe!


Disebabkan esok krismas day, jadi abang pos laju cuti, korang yang bayar selepas pukul 10 harini semua akan di pos pada hari Rabu tau. 

Mari order sementara stok masih ada. Kerana stok ni dia macam chipmore. Hahaha! Aku ingat ada je la. Sekali secara tetiba takde, tapi aku dah order banyak gila. Jangan risau, barang ada je. Kalau takde pun aku akan cuba ada ada adaaaa kan jugak. 

Meh order dengan Sepet
012-2678 134 =)

Dec 22, 2012

TEKA DAN MENANG

Apakah ini?


Tak jelas??
 

Senang kan?

Sapa teka paling cepat dan betul dapat hadiah free gift yang comel itu. Muahahaha!

Walaupun free. Ianya tetap bernilai hokeyh.. tak caya free gift tu ada jual kat pavilion. Tak tipu. Kat pasar malam pun susah jumpa tau. Muahahaha!

Sila komen jawapan dan tinggalkan email sekali. So kalau korang menang aku terus email tanya alamat. Isnin aku pos free gift. free gift je ok. Losyen takde. Kahkahkah!

Ok bye!!

Dec 20, 2012

Blog yang aku suka baca part 2.

Ewah, poyo gila habaq hang nak ber part part. Huhu! Maafkan diriku ini. Aku sekarang ni tak tau la apa punye perangai. Suka baca blog makcik-makcik tau. Dulu aku suka bca makcik Filla, Makcik D, dan makcik Peeja. Sekarang ada list terbaru tau.. Meh kongsi dengan korang, mana tau kot yang belum pernah baca macam aku, memang aku suggestkan gila-gila. Aku baca sampai bawak berhari-hari.

1. Makcik Ana. (muahahaha)

Suka baca blog dia kerana???? Dia sangat comel. Kalau masak memang sedap. Walaupun aku tak pernah rasa lagi, cuma tengok dalam blog, tapi dah terasa-rasa je kat lidah aku ni. Lepas tu Kak Ana ni sangatlah cool. Yang aku terkagum-kagum dengan Kak Ana ni, tahun lepas dia bercuti dengan anak-anak kat luar negara. Selamber 6 buah negara sekali harung. Amboi..Tahun ni bercuti 2 negara *kalau tak silap la* tapi kemain lama tau. kita ni kalau paling hebat pun bercuti seminggu, itu pun lepas balik Malaysia sebulan berbuka makan Maggy, muahahaha! baru-baru ni Kak Ana pergi 4 Disember sampai 21 Disember. Lamanyaaa..lepas tu syiok tengok dia dengan anak-anak main salji, suka tengok rumah Kak Ana besar dan cantik. Terus jadikan dia idola. 

2. Makcik Elly (Kak Elly sangat cantik hokey)

Kak Elly ni pun cute, lepas tu funny. Tengok anak-anak dia pun cantik macam mak dia. Semalam tengok barang-barang yang dia pakai untuk diri dia, rasa macam nak ada jugak, sebab nampak dia cantik kan, haruslah nak cantik macam dia. Aku memang tak boleh tengok perempuan cantik, mesti nak tiru dia pakai apa. Muahahaha! Tapi ofkos la barang-barang tu mahal. Tak tau la nak kena kumpul duit sampai berapa baru mampu nak beli. Sedih. Hahaha!

Buat masa sekarang ni aku malas la nak snap gambar. Takde nafsu. Sebab duduk rumah je kan. Kompom la muka sepah habis. Lepas tu tak kuasa pulak aku nak capai tudung semata-mata nak snap. Lepas tu keluar dengan Qery pun semata nak gi pos barang. Kompm lagi sekali muka tak siap, sebab aku tak pakai mekap pun.Agak keji jugak kalau snap gambar syok sendiri.

Lagipun rasa macam tak selamat bila pegang fon kat tangan setiap kali keluar. Sebab aku ni careless. Kecuali kalau Qery yang snap gambar takpe, kalau aku yang kena keluarkan fon sendiri lepas tu snap, memang sorry naik lori la.

Cepatnyaaaa dah nak masuk tahun 2013 kan. Aku takde plan apa pun tahun ni. Tapi tahun depan punya plan memang banyak gila. Tak tau la macam mana ni. Nak fikir pun macam stuck je. Huhu!


Sajikan korang dengan gambar raya lepas, hidung kembang lambang kebanggaan. 

Okbye!

Dec 19, 2012

I Miss Them!!

 Rindu dengan kekecohan kakak-kakak yang assist doktor ni. 

 Rindu Doktor Suhaimi yang selalu singgah farmasi borak-borak.

 Rindu dengan Doktor Leow Hon Keong yang selalu mintak injection shincort lignocaine suplasyn. Aku teringat lagi, masa semua orang dah balik, aku kerja second oncall, kena jaga MOB setengah jam selepas ofis hour. kiranya 5 sampai 5.30 la. Doktor Leow nak balik, singgah meja farmasi bagi aku serbuk kopi. I is blur, kenapa kopi??? Adakah muka aku nampak mengantuk? Hahaha!

Dr : Hana, Kopi ni patient saya hadiahkan, dia kata kopi ni bagus, macam-macam khasiat

Aku tak minum kopi hokeyh...erk?

Aku : Iye doktor? Boleh jadi lebih cantik tak?
Dr : Boleh!
Aku : Ok saya bancuh sekarang.

(___________)

Sanggup....hahahah! Semata-mata ken..Perempuan gitu la..


Rindu dengan colleague, kiri tu nama dia Dila. Sebab aku nak resign, dia di ambil masuk. Gantikan aku la. Tapi dia pun dah resign. Ngehngehngeh!

Perempuan belah kanan tu Racheal, budak marketing, pun dah resign. Suka borak-borak masuk dalam farmasi masa aku tengah oncall. Ngumpat pasal itu ini. Haha! Oh rindu...

 Paling rindu kat Kew!!! OMG!! Sapa yang baca blog aku dulu, memang aku rapat dengan Kew, dia ni kiranya macam kakak la. Umur dah 30 samting gittew. Tapi sebab dia kecik, jadi nampak muda. Aku kalau apa-apa selalu ngadu dengan Kew. Siap dulu aku tertinggal fon, Kew bawak balik simpankan. Muahahaha!

 Bos yang begitu baik. Even ada je tak suka kat bos, cakap bos itu ini, tapi pada mata aku. Bos aku adalah bos yang bagus. Ada sebab dia begitu begini. Bos ni semua benda atas bahu dia, bila dia marah ke apa ke, mesti ada reason kan. Tapi bos aku pun dah resign. Wakakaka!

 Rindu Judith, Kak Ros pun, Chia dan kesemuanya..kekeke!

 Rindu nak stress bila nampak plastik discharge menimbun atas meja. Muahahaha!


Hari last iolls kerja.
Kalau boleh dah tak nak kerja farmasi dah.
Muahahaha!