Gittew, tajuk nak MLM sangat kan, hahaha! Tinggal aku nak upload gambar orang pegang duit yang baring2 atas lantai , pegang duit kepuk2 depan pc. Sesuatuuuuu.....huhu!
Bukan nak cerita pasal duit yeahhhh.. Duit memang la agak penting jugak dalam dunia ni, tapi duit bukanlah segalanyaaaa..kot kalau tetiba malaysia kena serang dengan penjajah balik ke, atau malaysia ditimpa musibah ke. Sia-sia duit dalam bank berkepuk-kepuk berhabuk-habuk. Takde sapa kisah pun masa tu. Hihi!
Hidup aku totally berubah sejak aku habis belajar. Kalau korang nak tau..sebelum aku konvo aku dah start kerja. Aku takde masa nak rehat-rehat dulu kat rumah. Ada certain student yang rasa nak rehat dulu kat rumah, 2 3 bulan baru start cari kerja. Tapi aku terus cari kerja walaupun belum dapat result. Aku kan jenis tak sabar punya orang.
Takpela tak rehat pun. Aku tak kisah.Yang penting aku nak cari kerja. Masa ni bukan aku sorang yang berperangai macam ni, tambah pulak semua kawan2 tekad terus cari kerja. Kitorang senang dapat kerja. Mungkin sebab graduate dari MSU. Apply pastu interview mesti dapat.
Bila dah convo terus sambung kerja. Kehidupan berubah. Daripada seorang yang bergantung kat parent, aku tak pernah lagi mintak duit parent sejak aku kerja. Walaupun sesusah mana pun masa tu. Aku akan diam je. Kalau mak tanyaaaa ada duit atau tak, kompom aku cakap aku ada duit, hahaha! Kalau tak de duit, kite buat muka seposen kat Qery, mihmihmih.
Eh takde la yeah. Qery bukan bapak manis i. Pun jarang la mintak duit kat dia. Jarang kot. Kadang2 aku selalu je, benda aku beli pun aku akan cakap Qery beli, kalau bill aku bayar pun aku akan cakap Qery bayar. Saja nak up up Qery ken..hahaha! Susah payah selepas kerja memang Qery je la yang tau. Sebab memang sejak aku kerja pun dah dengan Qery kan. Jadinya memang dia la yang tau.
Walaupun aku anak bongsu. Aku jarang ambik kesempatan menggunakan title 'anak bongsu' tu, hahaha! Ofkos boleh je kan. Mengendeng dengan parent, mintak je apa kau nak. Kompom dapat. Mak aku tu lagi laaaaaa...offer aku macam-macam. Downpayment kereta la, siap belikan aku kereta secondhand suruh aku bawak yeah. Tapi aku tak tau la. Aku tak suka pakai kereta orang. Dan aku tak kan pakai kereta orang. Bukan mak aku tak tau kan...Kesudahannya, kereta tu abang aku pakai. Muehehehe!!
Hidup ni, letak kat kite sendiri. Sama ada kite nak jadi kite yang dulu-dulu, still bergantung dengan orang, atau kite nak berubah. Kalau kite cuma fikir je, tapi takde perbuatan pun susah jugak tu.hihi!
Kot aku fikir nak makan, tapi aku tak makan-makan. Pun makanan tu takkan masuk dalam mulut aku.
Duit takkan jatuh dari langit, kepandaian takkan datang dengan sendiri. Kejayaan takkan datang dalam sehari.
Masing2 kite ada cara hidup masing2. Kite fikir, adakah kehidupan kite akan jadi sesuatu yang membanggakan ibu bapa, atau tak. Itu je.
Kemain entry pepoyo 2 3 harini.Sebenarnya badan aku 2 3 harini tak boleh bla la. Badan sengal-sengal. Nak gi berurut je rasa, tapi malu la urut2 mesti nak kena bukak baju kan. Ada ke yang spa takyah bukak baju? I is pemalu tau..percayalahhh...haha!
Salam Jumaat semuaaaa. Muah!!
5 comments:
Sepet pernah dengar pasal paraben? produk fellina inchloss banyak mengandungi paraben kan? selamat ke? saya memang pengguna fellina..huhu
lady d'yot...
sebelum ni sepet da penah citer pasal paraben..
pi selongkar balik entry pasal paraben tu..
xpun gi kat search, taip "paraben", nanti entry pasal paraben tu akakn keluar..
selamat membaca :-)
anna hashim : oooo..maby sy terlepas entry tu..tenkiu for your information ;)leh bg link tak?
ada sepet tempat urut takyah bukak baju. tapi awak ganti pakai tshirt n seluar cerut tempat tu. tapi memang khas urut la bukan spa. nama ancient thai kat BB. tempat tu memang proper urut bukan stock pelik2 ke apa. memang puas hati pergi. :D tapi mahal sikit la.
Cik Zu memang duit bukan segala galanya....tapi segala gala nya perlukan duit......acaner tu.
Post a Comment