'aku seorang yang blur, konfius, happy, menjengkelkan, pendiam, suka bercerita, kuno, tak suka jawab fon, degil, suka menari sorang-sorang dalam bilik, kentut, korek hidung, berangan, bercinta, frust, menangis, suka berkawan dengan nenek-nenek, aku seorang manusia yang sama macam korang, masih berpijak dibumi yang nyata. Aku adalah seorang anak, adik, makcik, kawan, kekasih, dan aku adalah aku' Ecewahhhh
=)
bajet gila taip diri sendiri punya biodata kenn...hihi!
Membesar dengan jayanya
Aku lahir pada 5 April 1988. Lahir secara songsang. Mungkin kerana aku songsang, mak kata perangai aku lain sikit dari yang lain. Kerana aku songsang jugak, doktor tak bagi mak beranak lagi. mihmihmih!
Gambar dah buruk, tapi still nampak aku kenyit mata kan. Hihi! Aku memang suka ambik gambar kenyit mata dari kecik.Pakej dengan silangkan kaki. Kat album ni, kebanyakkan gambar aku masa kecik gaya sama.
Anak buah aku Ajoi, masa dia tengok album ni, dia boleh tanya kat Mak aku apa tau..
"Opah, maksu memang dari kecik gedik kan"
Aku perhatiiiiiiiii je Ajoi dari jauh time tu..huhu!
Adik beradik aku kata, masa kecik-kecik, budak laki tu boifren aku. Tapi aku tak ingat la kan. Gila ke hape boleh ingat pulak. Musykil jugak, takkan aku dari kecik pun dah gatal. Pfttttt...
Aku dan Ceera. Gemoknyeee la haiii...
Masa ni darjah berapa tak ingat. Ofkos dah darjah. Sebab masa Ika (kiri) lahir, aku dah 6 tahun. Anak buah dah macam adik-adik je. Hihi! Ajoi gemok kaki lipat-lipat.
Tell u, tengok kaki silang. Hehe!
Main kat kedai abah. Kecik-kecik aku suka gi kedai abah, sebab boleh main.
Berangan jadi jurutera. hew hew hew
Raya tak ingat darjah berapa.
Aku membesar macam orang lain. Kuat nangis, pemalas pergi sekolah, selekeh, suka main waktu rehat, suka gila hari jumaat sebab boleh balik awal.
Pendidikan
2006-2009 - Management &Science Universiti (MSU)
2004-2005 - Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja (SMTDLM)
2001-2003 - SMK Taman Seraya
1995-2000 - SKKCB
1993-1994 - Taska Al-Islah KCB
Gambar selepas SPM. Rasa lawak bila edit camtu.
Aku bukan mix chinese. Kalau tak berapa nak silap, moyang aku orang Jepun. Tapi aku tak boleh berbahasa Jepun, mahupun Korea *tiba-tiba sangat* hihi! Aku lagi selesa berbahasa Melayu. Sejak dah duduk rumah ni lagi jarang berbahasa Inggeris. Masa kerja dulu cakap la jugak kan. Sehari walaupun sikit. Kalau speaking balik ni confirm berterabur.
Blogging
Aku start tahun 2008 secara tidak disengajakan. Lepas tu terasa best gila kot menulis, sebab aku jenis pendiam. Apa yang aku tak puas hati, aku cakap dalam hati. Darah muda masa tu baru umur 20 tahun. Apa sahaja aku tak puas hati, terus aku tulis kat blog. Sekarang ni dah pandai tapis sikit. Sikit je laaa...kuikui! Aku cerita apa sahaja yang terlintas dalam kepala hotak ni. Takde specific sangat.
Pekerjaan
2008 - KPJ Seremban
2009 - KPJ Ampang Puteri
2009-2010 - KPJ Selangor
2010-2012 - Pantai Hospital Ampang
2012-sampai sekarang - Bisnes Online, hihi!
Travel
Korang rasa aku suka travel ke? Hehe! Aku jarang dapat jalan-jalan. Cuma dapat pergi sini je.
- Umrah (Madinah, Makkah,)
-Jordan
-HK Disneyland
Kuikui! Entry ke HK dah save. Tak payah cari dah.
Citarasa terhadap lelaki.
Auw! Haha! Aku nak kata tak memilih tu menipu sangat la. takkan la aku nak kapel dengan mat rempit kan. Tapi aku tak kisah kalau boifren tak de kereta.Tak ada masalah. Pun aku tak kisah kalau kena belanja lelaki tu makan. Kalau shopping pun tak pernah mintak lelaki pegangkan barang2. Aku tak suka lelaki kaya. Aku suka lelaki yang tinggi, matang, manja, comel, klaka, gentle, garang, bertanggungjawab. Aku tak suka lelaki yang harapkan mak bapak. Pelis la. Lelaki kot. Kena la usaha sikit kan..huhu!
Itu sahaja setakat ni. Takde yang menarik sangat. Ordinary girl beginila. Kalau aku lahir jadi puteri santubung lain cerita la kan..hihi!
Ok sekarang kenalkan diri korang pulak.
*haha, takde keje orang nak perkenalkan diri kat ko*
TQ for reading. =)
Comments
asal la muka dr kecik sampai besar sama je ekekkeke ...maintain shomels
sepet..awak berubah ke arah kebaikan..alhamdulillah..susah kan kalo gambo kita zaman jahil dah dipublish memana..
ketara kak jem rapat ngan ayie kan..hehe
muka awak dari kecik sama jek dik..rambut kerinting adalah shomel..tp masa awk freehair tu rasa mcm rmbut awk dah lurus..maintain kerinting la comel dik..hihi
ok, akak perkenalkan diri plak eh..
akak dah kawen..ada anak sorang..
tak lawa mcm sepet..sekian..
ececeh..
betol-betol nak pilih kekasih kena la pilih yg bertanggungjawab..
kita lah yg mng contest raya akk tu . Ayat kita mcm tadika kan ? hehe ... and kite tak suka ayat tadika kita >.<
btw, epy to read ur blog. :D
mcm rambut anak akak je//hehe