Oct 10, 2013

Sihat dengan Maixara Q-Berry

Produk Maixara lagi? Hahaha! Antara banyak-banyak produk setakat ni, aku memang sangat sangat trust dengan produk Maixara. Apa sahaja produk keluaran Mama Secret ni mesti terbaik. Sebab formulanya bukan cincai asalkan ada ye. Semua refer to chemist. In case apa-apa yang berkaitan dengan produk memang owner Maixara akan direct refer dengan chemist. 

Korang pernah dengar MCS, MWE, MME, dan sekarang aku nak kenalkan pulak satu lagi produk kesihatan Maixara,

Maixara Q-Berry (MQB)


Bahan Utama (Gabungan 2 Anti Oxida Terbaik di Dunia)

1. Maquiberry
-Nilai Antioxidan paling tinggi di dunia
- Mengandungi tahap polyphenol dan anthocyanin yang paling tinggi
-Menyokong inflamasi kesihatan
-Menyokong Sistem Keimunan Kesihatan
-Melindungi sel-sel badan daripada tekanan pengoksidaan
-Meneutralkan Radikal Bebas
-Membantu menyokong kesihatan saluran darah jantung
-Membantu dalam proses detoksifikasi toksin
-Membantu dalam proses pencernaan
-Mengekalkan tahap kepekatan gula yang sihat dalam darah
-Membantu mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL)
-Membantu mempertingkatkan metabolisma dan membakar lemak

2. Pomegranate
-Membantu melindungi jantung
-Membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah
-Mencegah dan mengubati kanser
-Membantu mencegah dan memperlambatkatkan penyakit Alzheimer
-Membantu melindungi otak bayi semasa kelahiran

 Tak ada pewarna, pengawet, perasa tiruan atau bahan terlarang

 Dalam masa yang sama, meningkatkan metabolisma, bila metabolisma meningkat, senang untuk korang kurangkan berat badan.


Fungsi MQB
 - Anti penuaan
-Anti Oxidant
-Mengurangkan berat badan
-Meningkatkan tenaga
-Meningkatan tahap kesihatan (anti radang dan anti bakteria)

 

Fakta Produk
 -Produk keluaran bumiputera Islam
-Halal dan Selamat
-Tidak mengandungi Gelatin
-Selamat untuk wanita mengandung dan menyusukan anak
-Sesuai untuk lelaki dan perempuan
-Dijamin berkualiti premium

Harga
-RM89 (Semenanjung)
 -1 botol 60 biji
 
Cara pengambilan
-2 Biji setiap hari selepas sarapan pagi.
-Banyakkan minum air kosong
-Sesuai untuk semua peringkat umur

****Untuk kesan maksima, sesuai diambil bersama MME***

Kalau korang nak ambil beberapa produk Maixara, kat sini ada beberapa set kombo yang sesuai.

1. Set Kecantikan (MCS + MWE + MME = RM340)
Cara pengambilan
MME - Selepas Sarapan
MWE - Selepas makan tengah hari
MCS - Sebelum tidur

2. Set Hamil (MCS + MWE RM200)
Cara pengambilan
MWE - Selepas sarapan
MCS - Sebelum tidur

3. Set Kurus (MME + MQB RM220)
Cara pengambilan
MME - Selepas sarapan
MQB - Sebelum tidur

4. Set Berpantang (MWE + MQB RM190)
Cara Pengambilan
MWE - Selepas sarapan
MQB - Sebelum tidur


Kombo Maixara
1. MCS + MWE : RM200
2. MCS + MME : RM220
3. MCS + MQB : RM170
4. MWE + MME : RM250
5. MWE + MQB : RM190
6. MME + MQB : RM220
7. MCS + MWE + MME : RM340
8. MCS + MWE + MME + MQB : RM400

Sapa nak boleh order ye. Semua produk Maixara akan ku pos pada hari Jumaat, sebab stok dah licin. Malam ni baru ambik stok. Hihi! Kecuali MWE dengan MCS, yang tu stok available.

Contact Sepet 012-2678134 
Kombo ni bukan selamanya ye. Kombo bertukar sehingga diberitahu. =)

Oct 8, 2013

Update lah sangat

Tak hagak-hagak pemalas aku sekarang ni kan. Bangun harini kemain lambat lagi. Pukul 10 tadi itupun paksa-paksa bangun. Sebab tengok wasap dah seratus lebih. Rasa bersalah pulak kat customer bila balas lambat. Huhu!

Sorry tau korang. *tak habis2 la dengan sorry aku ni, hihi*. Itu pun termenung dah 10 minit. Pening kepala pulak sebab tidur ikat rambut. Aku ni tak boleh kalau ikat rambut lama-lama. Mula lah pening kehapenyeee. Lepas tu ikat ketat pulak. Padan muka sangat. Hihi!

Aku rasa aku ni panas dalam la. Sebab aku dah berapa harini rasa badan lemah gila and panas je. Tak rasa demam tau. Tapi macam panas. Tanya Qery, dia memanjang sejuk. Yang Qery ni pulak sejuk tapi badan berpeluh. Lagi la aku tak paham.

Turun dapur terus bukak peti ais, excited sebab semalam baru lepas beli barang dapur.


Semalam pegi la Giant beli barang dapur, takde la dapur sangat. Cite lebih. Yang sebenarnya nak beli air. Sebab air manis dah habis. Asik la minum air masak. Bosan jugak. Aku dah la tak minum nescafe. Pastu yogurt pun yilek, so penuhkan peti ais.

Aku dah cari dapur dah. Ingat nak beli dapur camping tu je. Kan senang guna gas kecik tu. Punyela aku buat muka kasihan kat Qery, dia kata dia tak nak beli dapur. Grrrrrr. Geram betul lah. Katanya nanti beli dapur yang betul2 terus. Saja la tu tak bagi aku masak lagi. Tapi bagus jugak, tak payah la aku susah2 masak kan.  Kekekeke!

Minggu lepas dengan minggu ni ramainya beli bedak arab. Sebab memang murah kan, selalunya kat pasaran 50g rm50 above. Aku nak clear je ni. So memang nak habiskan terus. Ada yang tanya-tanya warna tak clear la apa. Aku tunjuk lagi sekali eh.

atas dari kanan : cherry, russet
bawah dari kanan : orange jade, cherry pink, orange jade. *warna hampir sama*

Eh, tetiba Qery dah balik. eh lupa aaaaa. Harini nak gi amik kad nikah. OMG, tak mandi lagi. Habislaaaaahhh aku. mesti Qery membebel. Dia kalau bebel, aku boleh kenyang 1 hari tau. Sobsss.. Kbye

Oct 7, 2013

Mood KO

Haih, tiap kali nak update blog aku kena kumpul kekuatan. Entah  pape je kan. Huhu! Bila tak duduk depan laptop banyaaaaaak je benda aku nak cerita, bila dah hadap depan mata, takde mood pulak nak cerita. Biasalah penyakit perempuan. Sekarang ni pun dalam 3 4 hari macam tu aku mood weng weng sikit. 

Yang paling teruk, 2 hari lepas, langsung tak nak bercakap. Kahkahkah! Perempuan gila. Qery banyak kali tanya kenapa kenapa. Kesian dia. Aku tetiba bengang tanpa sebab. Dia pegi kelas pun aku rasa nak marah, hahahahaha. 

Bila ingat balik rasa nak lempang diri sendiri. Semalam rasa dah okey sikit, tapi still la pagi tu cam amarah kan. Tengah gosok baju Qery pun dalam hati membebel-bebel, tak tau la apa benda yang aku bebelkan. Tetiba tengah hari Qery balik semata-mata nak hantar nasi bungkus, lepas tu dia gi kelas balik. Terus ada dua perasaaan. 1 terharu sebab dia balik bawak makanan. 1 lagi marah sebab dia pergi kelas balik. Kekekeke!

Inilah first time aku moody sebab penyakit perempuan ni. Selalunya aku takde apa masalah pun. Qery pun terkejut kot, sebab selama ni aku okey je. Setakat paling teruk pun kaki aku lenguh. Dah kawin ni mungkin dia mengada lebih sikit. Nak anjeeeeeeee jeee kejenyeeee...Kahkahkah!

Harini rasa letih yang hamat. Barang2 pun belum balut lagi. 10 kali aku ulang alik depan barang2 yang aku dah susun tu, tinggal nak balut je. tapi macam alahaiiii... kejap lagi la pukul 2 aku balut. Tunggu Qery balik, baru ada semangat sikit nak balut. *mata ke atas sangat sangat*


Semalam upload gambar baju ni kat IG, takde la semalam aku gosok sekali semua ni, ada half yang aku dah gosok. Kiranya semalam gosok dalam 20 helai je la.. Tapi mmg tshirt pun aku gosok ye. Qery tak pernah pakai baju yang tak bergosok. Pfttt. Dulu masa belum kawin, setiap baju dia, dia hantar dobi untuk gosok. Bila dah kawin ni, takyah la hantar dobi lagi. Walaupun aku pemalas, tapi aku tetap boleh gosok. Aku gosok baju start darjah 1 kot. Gosok seluar mesti ada garisan tu, mak aku ada ajar okey, sebab abah aku pun perangai macam Qery, seluar dia kalau gosok mesti ada garisan tu. Jadi aku okey je. 


Jadi kerana harini mood sokey sokeyyy je la. Bagi tengok mata je. Bulu mata yang suam2 kuku ittew. Huhu!

Kbye =)

Clearance stok masih available.

Oct 4, 2013

Baru sebulan dah gemok ke?

Please lah kan. Baru sebulan kot.  

Begini ceritanyaa.. Minggu ni, aku memang tak masak langsung tau. Sebab Qery la tak bagi. Nanti masak kang kena mawahhh pulak. Hikhokhikhok. Padahal barang nak masak ada je. Lagipun berbuih dah mulut aku suruh beli dapur. Dia buat tak tau je. Memang dia tak bagi aku masak, sebab dia kata kesian tengok aku kelam kabut. Auwwww, harap berlanjutan lah sampai 10 tahun lagi. Hahahaha!

Jadi kerana dia tak bagi aku masak, dia akan curi masa balik belikan aku makanan walaupun dia ada kelas ke kursus ke, gittew. Dan yang paling best, setiap kali dia beli nasi bungkus nasi tu penuh 1 polystrene, lauk asing masuk dalam plastik. Dan aku makan habis! Habis okey, habisssss... Huwaaaa.. Habislaaa aku...

Makan tengah hari

Ini kejadian hari Ahad. Hari Ahad je, sebab hari hari selepas Ahad tu aku tak mampu nak upload. Huhu!


Makan petang

Makan malam.

Yang ni okey lagi, Isnin Selasa Rabu Khamis siang malam nasi. Stressnye. Aku rasa aku dah bertambah berat la. Bila pegi rumah mak, mak cakap aku nampak biasa je.Aku agak mak jaga hati tu. Semalam aku tak puas hati, pegi timbang kat Jusco, pun still 48kg. Aku dah down down sebelum timbang sebab budget macam dah over 50kg camtu.

Tapi kenapaaaaaa aku rasa macam dah gemok.


Baiklah, harini kena diet. Korang tak paham perasaan aku. Huhu! Aku pernah melalui fasa berat badan 52kg. Dan ianya tak comel langsung. Percayalahhhhhhhhh....

Oct 3, 2013

Entry kelam kelibut

Semalam adalah hari tak boleh bla. Aku punyela bersemangat pagi tu nak update, akan tetapi terbantut sebab secara tiba-tiba ramai sangat yang buat payment. Terus aku berpura-pura menjadi rajin, lalu membalut barang-barang sambil tersenyum. Kau mampu buat kerja sambil senyum. Tak tau la senyum tu dapat pahala ke tak. kekekeke!

Rumah aku ni, tak tau la dah macam apa je. Bersepah. Aku la tu yang menyepahkan. Huhu! Dengan lip tint tercampak seketul belah sana, pastu kertas tetiba berterbangan belah sini, kipas yang salah. Asik nak terbangkan barang. Lols

Pastu Qery balik, tengok aku terus geleng-geleng kepala. 

Q : Kenapa buat kerja sepah-sepah.
S : Mana ada sepah *mempertahankan diri, mihmih*
Q : Barang-barang kamu ni tengok lip tint ni.
S : Ala barang kite je nampak sepah, beg futsal kamu kat tepi tu lagi sepah

Padahal dia letak beg futsal tu cantik je tepi pintu, sebab aku dah takde point lain. Terpaksa la aku cakap beg futsal tu sepah. Kihkihkih!

Qery balik sekejap sebab petang tu dia nak gi kursus.. Aku fikir dia tak balik rumah, ingatkan lepas sekolah dia direct terus pergi. Tu yang rilex je buat kerja sepah2. Sekali dia balik pulak. Huhu! Tak pasal-pasal kena buatkan air nescafe. Hikhokhikhok

Lepas dia pegi, 30 minit dia call kata kursus dia silap tarikh. Bahahaha. Padan muka. Dia pun balik rumah. Terpaksa la aku buat kerja dalam keadaan bersih. me not like. 

Tapi memang patah pinggang lah rasanya semalam.

Syukur sangat-sangat, TQ tau sapa-sapa yang beli tu. Aku dah balut dengan penuh kasih sayang dah. Hihi! Harap2 masa korang dapat ni korang happy la ye.

Ada info tambahan untuk sapa-sapa yang beli MME, nanti korang rujuk balik entry MME tu tau.Cara pengambilan dia, atau nanti aku akan buat entry macam mana nak amik. Itu kena kumpul kekuatan lain nak update. Huhu! Atau korang boleh direct wasap aku.

Dan semalam jugak kena restock MME. Amboih kemain semua ye. Sapa nak kuwussss lagi boleh la order. Dan insyaallah akan buat contest untuk MME ni. Sebulan lagi ye. Sapa-sapa yang beli dah boleh ambil gambar sebelum. Kihkihkih!


Lepas balut terus siap-siap nak gi pos.

 Sibuk nak ikut, sebab lepas tu nak gi beli raket bandminton,lepas tu nak balik rumah mak kejap.

Eh tetiba aku malas nak cerita. sebab Qery baru lepas mesej dia nak balik pukul 1, rumah bertewaborrr lagi. Aaaaaa tatut. Nak gi kemas. Cepat cepat update.

 Konon je.aku tak tau main badminton pun. 

Mamat ni la baru pandai main. Bertahun main okeyh, kalau tak pandai tak tau la.

Ok tu je. nak kemas. Kang tak pasal2 beg futsal tu jadi mangsa lagi. Hihihi!
Bye bye

 Shawl dari
Instagram : Shawlfactory
Facebook : Shawlfactory
Email : shawlfactory@gmail.com
Msg/WhatsApp : 0126673142

Oct 2, 2013

Nak kurus secara sihat ke tidok?

 Entry baru di bawah

*info tambahan*

Setelah sekian lama aku meng-research....lama jugak okey, huwaaaa.. Nowadays, kenapa la banyak sangat produk yang keluar. Terpaksa la haku menyiasat mana satu yang bagus. Memang semua orang ada masalah berat badan, termasuklah aku. *mata ke atas* Biasalah perempuannn... huhu!

Kebanyakkan yang mintak aku cari supplement untuk kurus ni, dorang ada suggest sekali brand 'itu' 'ini' 'itu' 'ini'. Gittew. Dan yang mana aku cuba tengok bahan-bahan dia, ada yang okey, ada yang okey kot, ada yang okey ke? Haha! Ada yang okey, price dia unreasonable, ada yang murah sangat-sangat yang jenis 'okey ke?' Lols.. Haha!

Ada yang mintak aku jual ubat kurus yang memang ada dalam pasaran. Bukan tak nak, tapi ubat kurus adalah ubat kawalan. Yang mengadungi bahan-bahan kawalan, contoh kalau amik lebih akan ada side effect lain. Ubat kurus ni mesti ada precriber from doctor, then every time jual mesti record dalam buku, buku tu setiap kali peng-audit datang, akan di cek dan di sign, cop bla bla bla bla. You know every tablet kalau hilang sebiji pun mesti buat incident report. So semestinya aku tidak boleh menjual ubat kurus sesuka hati. Unless aku jadi doctor dan itu sememangnya tidak mungkin. Bahahaha!

Setelah meneliti, *tetiba bersyukur gila dulu belajar pasal perubatan, haha* insyaAllah berkesan kalau korang ambil ikut masa yang betul. Mesti disiplin, dan jangan skip kalau boleh. Korang boleh rasa perubahannya. Dan yang paling penting, bukan ubat, dan tak perlu nasihat doktor, cuma korang kena guide sendiri kat rumah. Okeyhhh??

Mungkin korang pernah dengar produk ni, sebenarnya dah keluar beberapa bulan yang lepas, tapi aku masa tu masih macam was-was jugak, ofkos la. Benda kurus2 ni dari dulu lagi aku takut nak jual. Tapi bila tengok bahan-bahan dia. Insyaallah okey dengan izin Allah. Gittew kenn.. Hikhik!

Maixara Miracle Essence (MME)


Bahan-Bahan :
1. Collagen - Collagen daripada gred terbaik skala tilipia yang diiktiraf halal.
2. Vitamin C - Membaikpulih tissue di seluruh bahagian anggota badan, dan membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan.
3. Gluthathione - Dipetik daripada enzim buah-buahan yang berkualiti tinggi, membantu proses pemutihan, melembutkan dan memperbaiki struktur kulit muka dan badan, juga bertindak sebagai antioksidan
4. COQ10 - Sememangnya di dalam badan, ia membantu meningkatkan kesihatan jantung, meningkatkan tahap tenaga, meningkatkan sistem imun, tekanan darah dan meningkatkan peredaran darah.
5. Alpha Lipoic Acid - Menukar glukosa (gula) kepada tenaga dan membantu penumbuhan semula vitamin E, C dan glutathione dalam badan dan bertindak sebagai antioksida.
6. Hoodia Extract - Diperbuat daripada 100% ekstrak semulajadi Hoodia dan membantu sebagai penahan selera.
7. L-Carnitine - Assist in fatty acid metabolism and transport, maintain healthy and triglycerides and HDL level in normal, healthy individuals, convert fatty acids into energy, and maintain cellular energy *tak reti haku nak explain dalam bahasa melayu, haha*
8. Multi-Vitamin - 18 vitamin dan mineral untuk menyediakan badan anda dengan nutrien yang diperlukan untuk fungsi badan yang optimum termasuk magnesium, fosforus, selenium, besi dan kalsium.

So every ingredients ni kalau aku belajar dulu, memang selamat pun, takde apa yang bahayanya.


Testimoni MME







Cara Pemgambilan
1. 1 1/2 sudu sehari (sebelum sarapan atau 30minit selepas sarapan).
 atau
2. 1 sudu pagi dan 1 sudu malam.
(Sekiranya waktu malam, korang ada ambil supplement atau ubat lain, just continue amik MME sekali sehari *pagi)

Lebih baik kalau minum air secukupnya. bagi membantu proses berjalan dengan lancar.

Note :
-Wanita hamil tak boleh minum MME
-Wanita menyusukan boleh ambil MME, sekiranya bayi tak ada alahan, alahan berbentuk gatal-gatal, atau sebarang allergy, tapi jika bayi cirit birit juga diminta ibu berhenti mengambil MME.
-1 botol MME tahan lebih kurang sebulan
-berperisa strawberi, ala-ala yoghurt
-umur 12 tahun ke atas boleh ambil MME

Harga 
RM145 (semenanjung)
RM150 (sabah/sarawak)
Free postage

p/s : Barang akan di pos pada hari Rabu bersama free gifts. =)
order sekarang 
Mesej/What's App - 012-2678134. 
Email - sepetsshop@gmail.com
Sepet

Oct 1, 2013

Tak sabar dah...

Haritu Onald baru bagi tengok gambar yang dia nak letak dalam album, aku dah tak senang duduk. Hahaha! Punyela excited. Sebab aku memang harapkan gambar dari Onald and team sahaja. Aku cantik ke tak belakang kira. Yang penting, aku tak sabar gila nak cerita kat korang. Hahahaha! Sabarlah semua. Mungkin dalam beberapa minggu je lagi. *feeling excited*


Bagi tengok gambar yang kabur-kabur dulu. Mihmihmih! Bye bye bye

Befday Emak Abah Andak Atam

Paling boring kalau tetiba nak sambut befday mak abah, mesti nak selitkan andak dengan atam. *bunyi seperti jeles je,kekeke*. Kenapa semuaorang nak lahir bulan 9 ni? dah berpuluh tahun aku masih tak puas hati. Hahaha!

Dorang ni berwasap la dalam group family, selalu wasap dari group family ni aku malas nak layan sangat, haha! Sebab aku tak paham sangat, yela benda dah berjela. Aku bukak semata nak hilangkan notification tu je. Banyak okey dorang ni berborak. Kadang beratus tak baca. Tak kuasa la aku nak baca satu satu. Tu yang skip je, tetiba alih-alih hari Jumaat tu dorang tanya 'jadi tak jadi tak sabtu ni' Gittew.

Aku yang 'eh eh apahal yang Sabtu ni..?' terus la scroll balik, apakebenda la mereka semua ni. Biasalah family ramai cengginilah ye. Group Family Noh termasuklah semua adik beradik ipar anak buah semua. So macam-macam ada lah kan. Rupanya dorang nak buat makan-makan sambut befday mak abah andak dengan atam. Pastu bertemakan semua orang pakai Jubah. Ops...aku dah la jubah takde ni. Acane??

Mula-mula dorang kata nak buat port luck, tapi tetiba ada kesedaran yang tak ada orang nak mengemas rumah. Hahahaha! Ofkos la takde. Mak kan dah sakit. Lepas tu Kak Nini pulak sarat mengandung. Kalau dah ramai-ramai macam tu, ofkos la rumah akan kotor. Takyah buat port luck pun kalau dah ramai-ramai mesti la bersepah kan. Gittew. 

Jadi, sepakat membawa berkat, semua nak makan kat restoren makanan arab.. Abah aku ni memang suka makan makanan Arab. Ikut selera dia je. Sabtu tu Qery pukul 8 dah ada kelas, habis lewat. Tapi Qery kata kalau sempat dia join sekali. Dia cancel main badminton malam tu. So dapatlah join sekali makan sama-sama. 

Mula-mula aku fikir kalau kelas Qery habis lambat, aku tumpang Atam je, sebab rumah aku dengan jugak dengan rumah atam. Dekat la kalau nak kereta. Huhu! Berfikir jugak aku, kalau Qery tak dapat ikut jugak ni, mesti family aku fikir yang Qery ngelak nak makan sama-sama ke apa kan. Tapi aku pedulik hape. Hahaha! Lantak la dorang nak fikir apa pun. Sekali Qery kata dia balik awal sikit. Phewwww... Kering balik peluh kerisauan akhak. Kuikuikui!

Jadinya, berkumpul rumah mak dalam pukul 9. Kakcik Akak Kaklang Ode rasanya sampai awal, petang-petang camtu sampai kot. Aku Andak dengan Atam sampai nak ngam-ngam pukul 9 camtu. Kitorang sampai-sampai, semua dah menunggu nak bergerak je. Hikhikhik!

 Inilah baju Arab terbaik yang aku ada, haha! Sebab dulu aku beli kat kedai pak Arab. Boleh la ye semua. Kihkih! Kalau tak boleh, amik gambar belakang2, keluarkan kepala je. Huhu!

Sampai je Restoren Sawarbina ni, semua cop tempat.  Aku bisik dengan Qery, duduk dekat dengan mak. Pastu aku cakap lagi, duduk sini, sana banyak budak.Perangaiiiiiii teruk kebeno kan. Hahaha!

Sekali Ayie duduk depan aku. Dia cakap 'Oi Na Ayie dengar la apa ko cakap, hahaha'

Taktik dari dulu lagi. Kalau nak makan,mesti sebelah emak, dan jauh dari budak. Haha! Nyaman sikit nak makan kan. Tapi last last, kat area aku duduk jugak budak2 ni nak main. Sajeee jeee.. Grrrr

Eh malas la nak cerita, korang tengok gambar je la eh.










 Qery behave je. Hihi! Qery okey je dengan family aku. Takde la kekok sangat. Cuma dia tak biasa bila ramai-ramai. Maklumlah family dia 3 orang je adik beradik. Semua lelaki pulak. So bila ramai-ramai macam ni, mungkin take time jugak la nak biasakan diri dengan persekitaran. Gittew kan. Jangan kata Qery la, semua orang pun sama kot. Huhu!

Pastu, lepas habis makan, sambut befday dorang and tiup lilin.





 



Sebenarnya aku nak update proper tau, tapi kan..harini banyak order, aku dah terjeling2 kat fon tengok wasap n mesej dah bertingkek-tingkek. Jadi, update macam ni pun bolehhh la eh. Hihi!

Glitter Shawl yang aku pakai tu dari

Instagram : fznisa_scarfshop
Facebook : Fznisa Scarfshop
Direct What'sApp/Msg 0133644855

Banyak gila shawl cun. Lepas tu glitter shawl memang trend kot.