Feb 26, 2013

Melawat Kak Fillanie

Rasanya ramai yang dah tau Kak Filla baru lepas bersalin baby girl. Hari Jumaat tu ingat nak pergi melawat kat spital. Tapi kak filla kata dia keluar ward. Hari Isnin baru balik rumah sendiri. Jumaat sampai Ahad duduk kat Shah Alam rumah mertua. Segan la aku nak gi rumah mertua dia. Jadi kite tunggu je la sampai Isnin. Sabtu ajak Qery beli barang baby. Tak sempat pilih pun,main sebat je mana depan mata. Bukan sebab tak reti pilih tau, sebab malas nak jalan2, haha...Kong ajo sungguh. 


Memang dah lamaaaaa nak jumpa, tapi asik la memasing pun bizi. Kali ni mesti nak jumpa jugak, nak tengok babynyeeee...

Gerak petang dah, pukul 5. Ofkos la jem kan. Tak ingat la sampai rumah dalam pukul 6 lebih kot. Telepon kak filla aku rasa ada dalam 4 5 kali tanya jalan. Kemain masuk kiri masuk kanan belok sana sini. Akhirnya jumpa jugak. Sesat tak sampai 5 minit pun. Prestasi memberangsangkan. Jarang kitorang sesat sekejap2. selalu mesti 30 minit sesat. Huhu!

 
 Kami yang excited gila.

Sampai rumah, tengok tok braim *yeke eja camni, haha* dengan wan pun ada. Mak ayah mertua pun ada. Borak sekejap salam2, lepas tu dorang suruh naik atas sebab baby dengan mak baby nye kat atas. Naik tangga pelan2, intai satu bilik nampak perempuan pakai kain batik tengok bongkok2 cari apa entah.

Nak pitam ok tengok kak filla pakai kain batik, hahaha! Jumpa gelak2 borak2 tengok baby. Babynya homeiiii sangat. Muka dia aku tengok macam lagi nakal dari Ani. Dah 3 anak ni, lagi cepat laaaa kurusnya, aku rasa kak filla takyah pakai bengkung pun takpe, huhu!

Ani mula-mula datang je kena sakat dengan Qery. Siap nangis tau..Lepas tu Qery puji wangi, terus ok. Siap main suap2 aiskrim.


Amboiii Aniimatooooo..biasaaaa diaaa duduk situuuuu.....

(_______)

 

Kasih besar dah. Pun dah dengar cakap. Ani ni rasa nak gigit je pipi dia.


Pastu petah bercakap pulak tu. Tahun lepas masa jumpa tak pandai cakap lagi.


Anjeeeeee hangat ngan uncle yeahh...

Aku borak2 dengan kak filla kat atas. Qery dengan Kasih dengan Ani main kat bawah.  lepas tu Qery nak balik, dia suruh Ani naik atas cakap kat aku suruh turun. Masa Ani naik tangga dia cakap kuat-kuat.

Ani : Cepaatttt aaaa turunnn!!
Aku : Kenapa?
Ani : Orang kat bawah tu suwohhhh turun.. *Qery lettew, haha*
Aku : Orang kat bawah tu sapa?
Ani : Alaaaaa....uncle..

Uncleeee...pftttt

Pastu nak balik tu nak tangkap gambar. Aku tak tau Kak Filla kata dia nak pantang tak nak snap gambar masa pantang. Sekaliiii eh nak join pulak, haha! Tapi dengan syarat kena nyorokkan separuh badan la. Penat adjust tau. haha!



Kasih Aleesya sangat comel. Cepat besar eh baby. Lepas tu gemuk macam Ani. hihi!

Selamat berpantang Kak Filla. Semoga sempat kurus dihari persandingan ku. Ecewah..haha! Kbye!

Feb 25, 2013

Mula mengongkong..dan misteri nusantara..mihmihmih

Heheeeeee...gelak sikit sikit dulu. Kenapa ramai sekarang ni gelak mihmihmih..seperti sopan pulak. Lalu aku pun terikut-ikut. =P

Bila dengar perkataan kongkong kan, aku mesti rasa nak gelak. Orang pertama yang aku akan fikir adalah Qery. Sebab dia kalau nak diikutkan, betul-betul mengongkong aku. Tak bagi aku keluar. Takut aku berkawan dengan orang tak senonoh. Tak bagi aku berkawan dengan sorang laki pun. Dan untuk 5 tahun. Kesimpulannya, aku tak kisah pun. Sebab aku pun bukan jenis yang nak kena kawan dengan laki aje. Kalau jumpa kawan laki aku still tegur la. Tapi kalau macam nak tetiba berborak dalam fon, cerita itu ini, mintak maaf la. Tak kuasa aku.

Jadi, semua benda yang Qery tak bagi aku buat. Aku takde la buat, dan takde protes,memberontak ke apa. Aku redha je. Haha! Masa mula-mula dulu selalu jugak gaduh, sebab aku macam pelik, kenapaaaa aku tak boleh buat itu buat ini semua kan. Dan bila lama-lama..aku fikir, kalau tak buat pun takpe. mungkin sebab nak sedapkan hati. hihi...apaaa pun tak boleh..

Kemain jaga iolls, seperti muka aku macam Maya Karin.*padahal*

Aku pulak jenis tak kisah. Walaupun aku tak boleh buat itu ini, aku tak kisah pun kalau Qery nak buat. Tak ambik tau pun. Lantakla.. Asalkan tak mengganggu kehidupan aku ni. Yang penting, masa aku perlukan kau..kau kena ada. kalau kau takde, ada adaaaa kan jugak. Hahaha! Paham tak? 

Contohkan...kalau aku cakap dengan dia, aku nak keluar dengan dia hari Isnin. Jadi kau kena keluar dengan aku hari Isnin. Kalau tetiba kau cakap kau nak lepak dengan kawan2 pada hari Isnin tu jugak, memang nahas...huhu! Masa tu aku akan ugut Qery nak keluar dengan kawan2 jugak,dan lepas tu kompom Qery akan cancel keluar dengan kawan2 dia. Dia akan keluar jugak dengan aku. Sebab apa...sebab dia takkan bagi aku keluar tanpa dia. Strategi iolls sungguh bijaksana. haha!

Nampak kejam kan. Belum kawin dah tahap poyo habis. mihmihmih. *tetiba gelak sopan*

Well, kerana aku memang tak pernah kongkong dia. Semalam aku call dia pukul 8 pagi. Gerak sebab dia kata haritu ada kelas. Aku taknak la dia bangun lambat. Kol banyak kali tak angkat. Lepas tu aku pun bukak la facebook dia and cek kat group PGG dia. Cek jadual waktu. Tengok harini kelas dia start pukul berapa semua. Tengok sekali next class pukul berapa.

Tengok tengok haritu kelas start pukul 11 sampai pukul 1 tengah hari. U know what. Semalamnya aku tanya dia kelas habis pukul berapa. Dia kata pukul 2. Bila aku tengok kelas habis pukul 1. Aku tergelak sorang2. Oooooo....selama ni dia tipu aku..kelas habis pukul 1, tapi cakap pukul 2, sebab apa...sebab lepas pukul 1 tu agaknya nak lepak dengan kawan2, nak gi makan. Tapi cakap kat aku kelas habis pukul 2 supaya dia ada masa nak buat itu ini. Bijak dia eh..haha! Sebenarnya aku tak kisah pun, sebab aku memang tau perangai dia macam tu.

Lepas tu aku pun download la jadual kelas dia. So lepas ni aku tau la dia punye kelas start pukul berapa, subject apa, hari apa. Dia dah semester 5 baru aku buat macam ni tau, before ni aku malas ambik tau pun. Sebab dia dah melampau..pointer dah turun. Jadi aku kenaaa amik tau jugak walau apa jua keadaan.

Pukul 1.15 tu dia call aku. Katanya baru balik dari kelas. Nak jemput aku pukul 2. Aku pun pura2 tanya la.

S : Eh cepatnya habis kelas. Kata pukul 2.
Q : Haah, harini keluar kelas awal.

Pftttttt....nak gelak sambil tumbuk muka sendiri.

Pukul 2 lebih sikit dia sampai rumah. Dia pun cerita la, dia datang lambat kat kelas harini. First time datang lambat, lepas tu lecturer tak bagi masuk, terlajak tidur semua. padan muka.

S : Harini kelas start pukul 11 kan. 
Q : Eh mana kamu tau?
S : Habis pukul 1 kan?
Q : Woiii! Kamu bukak facebook kite ke??
S : Kenapa? Tak boleh?
Q : Tak payah la cek sampai macam tu sekali...
S : Mestilah...kite kan TUNANG kamu...

Perghhhh...TUNANG okey, kahkah! *kikis2 kuku* Geli kehamatttt....

Q : Fuyoooohhhhhh!!!! *muka tanjat* Tak sangkaaaaaa kamu macam ni...
S : Ini baru sikit yeah..Lepas ni kite akan ingatkan kamu semua benda.
Q : Apa benda?
S : Macam kelas pukul berapa, doktor apa yang ajar, subject apa, kelas kat mana..paham?
Q : Perghhhhhhhh!!! Stressnyeeeee!!

Hahahaha! Seronok rupanya perasaan dapat kongkong orang ni. Patutla Qery bahagiaaa je selama kongkong aku. Hamik kau...my turn.

S : Lepas kawin nanti, kite akan cek kamu kat mana guna gps.
Q : Alaaaa....
S : Nak cek betul ke pegi kelas, betul ke gi training bola, paham?
Q : Eiiiiiii, kite tak sangkaaaaa aaaaahhhhhh!!!

Lepas tu kejap 5 minit tanya aku.. 'betulke nak buat macam tu' haha! Aku angguk laju2 dengan yakin. Biarkaaaannnnnnnnn diiaaaaaa...padannn muka...

Eh nak cerita benda lain la..pasal misteri nusantara kejadian kelmarin.

Ni cerita subuh kelmarin tau. Aku kelmarin memang tak tidur semalaman. Sebab dah terbiasa setiap malam macam tu, pukul 3 4 5 pagi turun dapur sebab nak gi buang air kecik.

Tapi 2 3 harini. lampu bilik air dapur problem. Dia kelip kelip. Kadang2 ok kadang tak ok. Kalau pagi2 aku tak masuk bilik air dapur, sebab aku guna bilik air dalam bilik mak. Tapi malam-malam mak dah kunci pintu bilik, terpaksa la guna bilik air kat dapur tu.

Malam tu 3 kali aku buang air kecik dengan pintu terbukak. Kahkah! Sebab i is seram la kan nak tutup pintu. Dibuatnyaaaaaaaa masa lampu tu kelip2 tetiba ada benda lain dalam bilik air . Kan seperti menganiaya diri sendiri. jadi aku bukak pintu luas-luas. cecepat buang. Haha! Pengotor itu pun nak cite.

Tapi takde apa2 berlaku la. Cuba aku je la yang sesikit nak tengok tempat lain, mata melilau. Lepas tu, masa dah subuh. Aku pun nak amik wuduk. Eh jap eh ni bukan cerita nak bagitau aku solat ke apa tau. Haha! Ni nak bagitau pasal kejadian ketika ambik wuduk.

Aku bukak lampu bilik air, still kelip-kelip. Pastu aku berdiri lamaaaa berfikir. Nak amik wuduk dalam bilik air ke, nak ambik kat singki dapur je. Lepas tu terus jalan kat singki. Pun terus bukak pili air tu. Start la apa yang patut. Pintu bilik air tu aku biarkan terbukak. Lupa nak tutup pulak. Lantaklah. Selalu pun pintu tu terbukak.

Masa tengah cuci lengan, aku dengar pintu bilik mak macam ada orang bukak. Alah kalau kite lock dari dalam, masa nak bukak lock tu kan bunyi dia kuat sikit. Tu yang aku dengar. Aku agak mak abah aku dah bangun nak solat. So biarkan je, sambung basuh telinga.

Masaaaaa aku basuh telinga..aku perasan ada orang jalan belakang aku. dari belah bilik air tu tau. maknanya dari kiri aku la. Aku perasan orangnya pakai tudung corak-corak warna biru. Lepas dah selesai basuh telinga kiri kanan. Aku pun toleh la kiri tengok kot kot mak aku gi dapur nak cari baju dia ke apa, sebab ada separuh baju dia kat almari dapur. Pusing kiri tengok takde, pusing kanan tengok TAKDE JUGAK!!

Menyirappp darahhhhh tauuu...habis sapaaaaa yang lalu tadi????? Ofkos la aku perasan ada orang lalu. Kalau aku dah siap explain pakai tudung corak2 warna biru kan. takkan la nak kata bayangan. Masa tengah takut-takut tu, pun mata melilau jugak, lepas tu slow-slow basuh kaki.

Lepas dah basuh kaki, cecepat naik tangga. Pastu tekejut sebab abah aku bukak pintu bilik sebab nak tanya pasal sejadah.

Misterinyaaa disini adalah..siapakah yang lalu itu? Adakah sengaja nak takuit kan iolls. Geram je tau. Lepas tu terus aku terbayang, nasib baik la aku tak ambik wuduk dalam bilik air. Kalau tak kompom lagi misteri nusantara tauuuuu..kong ajo betul.

Pukul 7.30 aku gi dapur lagi sebab nak buang air kecik. kali ni mak kat dapur sebab nak makan ubat. Aku bukak lampu bilik air, tengok2 lampu tu okey je. Apakah ini? Pagi2 buta kau buat hal. Sekarang dah elok. 

Semalam aku tak tidur lagi. Tak de apa. Dia takde menjelma dah. Agaknya semalam dia menjelma sebab abang aku la..dia gi cerita kat anak buah aku. Anak buah aku pun tanya aku malam2 kat dapur.

Danial : Maksu, pak tua kata,  maksu ada kawan yang kita semua tak boleh nampak.

Abang aku tu kalau bab nak takutkan anak buah aku bukan main lagi.

Maksu : Kenapa dia cakap macam tu.
Danial : Mana danial tau, betul ke...

Kerana aku bijak sangat nak takutkan anak buah aku....

Maksu : Haah....semua orang tak nampak...

Sekali..hamik kau...padan muka diri sendiri. Kan 'benda' tu dah menjelma. Main lalu-lalu lagi. Terbaik. *mata ke atas*

Ok la byeeee =)

Feb 22, 2013

Tetiba malas

Semalam ingat nak buat tutorial untuk shawl Jameela tu. Yang aku beli banyak warna tu. Ingat tak? Jap aku upload lagi sekali yeah.



Shawl ni panjang dia 2 meter tau. Slalu shawl panjang 1.5 meter je. lepas tu lebar dia tak silap 50cm. Memang best. Lepas tu dia bukan 4 segi. hujung dia bulat. Eh susah la nak terangkan. Korang kena beli shawl yang sama macam aku baru korang tau betapa bestnye. Hehe!

Sebenarnya nak bagitau malas nak update tutorial. Tu je. =P

Kalau pakai shawl biasa, tutorial tu dah lamaaa aku buat. KLIK SINI

Feb 21, 2013

Semua orang ada kannnn


Harini malas nak menaip. Tayang wajah i dulu, haha! Eh korang tau kan Kak Filla dah dapat baby girl. Sila add dia kat facebook mahupun instagram. Comel gila muka anak dia macam ani tomatomato.. Tahniah Kak Filla. Tambah lagi geng bershopping.

Ok.

Cuma ada soalan.Semua orang kalau kite kecikkan mata sikit sambil senyum akan ada benda ni kan??
 

Aku snap masa kat spital. Lepas tu macam konfius. Ini eye bag ke atau tak cukup tidur ke atau semua orang memang ada??

Semua orang ada kannn...lagi2 masa kite senyum. kan kan kan..
*sedapkan hati*

K-ry and Zack-u

Rindu nak ingat-ingat balik zaman 5 tahun yang lepas. Masa mula-mula Qery nak ngorat aku yang gojes ni, jangan pitam lagi, hehe..baca sampai habis baru pitam tau. Masa tu set nama dia kat fon Kry. Qery pulak save nama aku zackU.

Aku baca balik entry2 yang aku dah save semalam. Saja la. Sekali tengok masa tu Qery kurus gila dan aku gemuk gila. Tergelak sorang-sorang. 

Teringat masa Qery jual mahal. Pftttt, pernah okey. Agaknya masa dia jual mahal tu, dia ada makwe kot. Zaman gila dia. Tetiba datang kat asrama aku semata-mata nak makan sama. Bukan sekali datang. Berkali-kali. Aku pulak yang rimas. Haha!

Sebab iolls masa tu ada boyfriend. Pandang Qery sebelah mata je. Malas nak layan sebab dia dulu tak betul sikit. Makin di layan makin gila. Plus mengada-ngada lagi over dari pakwe aku pulak. Kau apahal kan. Nasib pakwe PJJ, haha! Takde la nampak sangat kegiatan curang aku ni. lalalala~~

Bila eh start suka Qery..bilaaaaaa ehhhhh..kejap fikir. Takde la terus suka kot. Mula-mula benci gilaaaaaaaaa...serius tak tipu. Pernah cerita kan yang aku siap delete number dia kat fon. Maki-maki dia, kahkah! Masa tu memang bengang tahap cipanzi. Padan muka aku sekarang. (__________________)

Lepas tu bila dah kawan balik, rasa dia funny. Funny sebab perangai dia yang mengada-ngada. Lepas tu kuat cemburu. Hoih...sampai sekarang kuat cemburu tau. Stress mak hencik.  Baru-baru ni dia tegur aku...

Q : Kite tak suka mata lelaki pandang kamu.

*cry cry cry*

S : Lah, kalau laki tu pandang, kite nak elak macam mana.
Q : Nyorok la belakang kite.

Boleh??

Kalau nak lepak kedai mamak malam-malam memang kim salam. Sebab malam kan ramai lelaki lepak kan. Tak boleh hokey, padahal laki2 tu tak pandang aku pun.. Apakah ini??

Bila dah sukaaaa...sebab hari-hari pun jumpa. Sebelum Qery ajak bercinta *auw, haha. Malu haku nak taip ni* pun dia dah protect aku tak hingat punya. So rasa selamat je dengan dia. Lepas tu rasa terbiasa kot. Pun takde kuar dengan lelaki lain *sebab Qery tak bagi, boringggg..padahal bukan makwe dia pun masa tu* Aku dalam tak puas hati pun ikuttttt je. Haha! Sebenarnya memang takde laki ajak aku kuar pun. Sedih...haha!

Dulu memang panggilan kitorang kamu kite kamu kite. Tapi sekarang dah tukar tau. Cuma kat blog aku still letak kamu kite takut korang muntah darah jijik je dengar nama panggilan i yang anjeee tu. kahkahkah!!


 Sanggup letak nama jersi sempena nama kekasih. Lomatikkknyeeee Abang Qery. Haha! Oh aku tak panggil dia abang ye walaupun dia tua 4 tahun. Pleaseeeeeee la.... Boleh pupus lipas kalau aku panggil dia abang. 

Dari ini, aku sajikan...ceaaaa...gambar-gambar tak berapa nak lama..dah upload banyak kali. Saja nak upload banyak banyak. Ini semua phoyooooo










Dah muak?


Doakan yang baik-baik untuk aku tau.

Sayangggg korang

=)

Feb 20, 2013

5 hari je

Semalam, sebelum aku gi spital. Kan aku gi Alamanda dulu. Bungkus makanan dari sana je untuk mak aku kat spital nanti. Sebab memang dah plan. Lepas shopping kite terus menuju ke spital.

Sampai spital pukul 9 lebih macam tu. Terus la aku ke tingkat 6. Jalan dengan penuh gaya. Bila sampai je kat bilik. Aku perhati dari luar, tengok orang dah tak sama. Terus terfikir, takkan tukar katil lagi. Lepas tu aku keluar, tengok senarai nama pesakit. Takde pun nama mak aku. 

Terfikir lagi semalam tanya pasal antibiotik kat nurse. Kalau tak silap 5-7 hari je kalau Augmentin. Agaknya mak aku dah balik kot. Sebab memang haritu hari ke 5 pun. Sambil berjalan keluar tu, aku pun tengok la fon. baru hegeh2 nak tengok fon. Sekali tengok ateh mesej kata mak dah balik. Pftttt...

Qery dah berambus. Dia ada bola pukul 10. Marilah kite tahan taxi je. Hehe!

Tengah tunggu taxi tu, macam-macam perasaan ada. Takuit sebenarnya. Sekarang ni kan macam-macam kes. Mata melilau-lilau tengok kiri kanan. Sebab dah malam kan. Nak suruh Qery patah balik memang melampau la. Dia dah lambat, sebab nak gi ambik kawan dia dulu. Baru la nak selawat baca ayat2 kursi, dah ketakutan baru la nak baca kan. Manusiaaaa...huhu!

tunggu dalam 5 minit macam tu, dapat jugak taxi. 

Pakcik : Melawat kawan sakit ke atau kerja kat hospital?
Aku : Melawat, tapi orang tu dah balik pakcik.

Huhu....bersungguh pegang bubur ayam tau..sampai je rumah masuk bilik mak.

Aku : Mak nak makan bubur ayam ni? Ni popiah pun ada..
Mak : Letak je atas meja tu.
Abah : Abah pun boleh tolong makan kan.. *sambil sengih2*

tak sampai 5 minit, semua selamat dalam perut mereka.


TQ semua yang doakan kesihatan mak iolls. Harapnyaaaa lepas ni sihat selaluuuuu...
Korang pun jaga kesihatan okey, baru boleh baca blog aku dengan tenang. Kekeke!

Muah!!

Alamanda Aku Datang

Ceaaaa....haritu pergi Alamanda kan. Kali ni terpaksa repeat sebab Qery dah terbayang2 kasut bola. Jadi....Alamandaaaa tunggu kami. Hehe!

Jauhhhh bebeno pun nak beli kasutnye, macam la kat tempat lain takde kasut tu. Tapi nak jugak pegi sana sebab haritu jalan-jalan tak puas. Lagipun best jalan-jalan time orang belum gaji ni. Lengangggg je. Haha!


Lupa nak snap gambar guna camera 360, kalau tak kompom bersewi-sewi, haha!

Qery tu, selagi tak dapat kasut yang dia nak...memang perit la telinga nak dengar dia berjampi. Dari duluuuuuuu....sampaiii laaaaa sekaranggg...perangaii tak berubahhh..huhu! Pastu sikit sikit ter huk huk... Paham? Camni laaa...

Q : Hukk hukkk... *macam budak nak start nangis tu*
S : Nape?
Q : Nak kasut. Huk huk..

Pfffffttttttttttttt

Selagi tak dapat..selagi tu la huk huk huk...tanamlah kesabarannnn di dada..huhu!


Pastu jalan-jalan selalu pakai baju bola tau. Boringgggggggg.... Aku rasa, dalam sebulan, baju bola dia, ada la dalam 10 pasang. Aku pun tak paham. Dulu masa sekolah aku paling tak suka lelaki yang suka main bola kot. Gila tak fun. Sekarang dah dapat..diam je la..haha!


Ha yang ni guna 360, baru la bersewi-sewi..kekeke!

Aku makan kat foodcourt dia. Lele Penyet. Abang tu bagi ikan lebih. Mungkin masa order tu aku senyum menggoda sangat kot, auw!! tu yang bagi ikan lebih *perasaaaannn* Maklumlah senyum lebih sebab Qery takde kat sebelah. Dia gi beli crispy popiah.


Dap dap. Tapi tak boleh lawan crsipy popiah yang kat Midvelley. Lagi rangup.

Tengah-tengah makan. nampak kawan aku Rose. Kawan baik masa sekolah teknik. Sekelas katanyaaa.. Ofkos la merangkap kawan baik kan. Dalam kelas aku kan 3 orang perempuan je. Aku, Rose dengan Saerah. Tapi Saerah outsider. Dia tak duduk asrama. Tu yang aku dengan Rose kemana-mana berkepit je. 
 

Ros masa kat sekolah idaman semua lelaki tau. Haha! Sebab dia cantik gila, bulu kening tebal. Selalu kalau lelaki ngorat ros, aku selalu jugak la terperasan yang laki tu ngorat aku. Boleh? Haha! Takdela.. gila kehape nyeee.. Dulu masa kat sekolah, aku dengan ros langsung tak kisah tudung senget ke, baju komot ke. Tak kisah pun tak cantik. Tak tau la kenapa ye. huhu! Perangai tu terbawak sampai sekarang ni. Masa snap ni pun tak kisah cantik ke tak. redha je masing2. Pun takde nak tengok cantik ke tak, delete snap lain ke apa kan.


Tukang snap gambar.

Happy la Qery haritu. Dapat beli kasut kuning.


Lelaki memang macam ni ke?

Nasib Qery ni gila kasut je, kalau gila kereta. Lagi pengsan.
 

Aura Instagram

Sekarang ni kemain semua orang ada instagram. Walaupun aku pun register IG ni lambat, tapi aku tetap rasa aku IN *sangat* dengan peredaran zaman, haha! Gambar memang entah pape, tapi tatapppp aku nak upload. 

Tapi bukan la semuaaaaaaaaaaa gambar aku upload hat IG. Ada beberapa je gambar pun. Sebab aku taknak bila semua gambar aku upload kat IG, nanti aku dah malas update blog. Selalu bila gambar dah tunjuk kat IG, memang agak kemalasan nak update gambar yang sama kat blog, tapi kalau gambar belum update kat mana-mana, agak rajin sikit nak menunjuk gambar kat blog. Jap. Aku pun tak paham apa aku taip ni..lantakla..

Ini sebelum pegi spital. Kite makan dulu nasi ayam.


 Aku suka nasi ayam kat Tesco ni, sebab kan sedap sangat. Pekerja dia pun comel baik-baik je. Sampai dah tau dah kitorang selalu order apa.


Bungkus makanan untuk mak, tapi sendiri makan sebab mak asik pilih bubur ayam je. Aku beli bubur ayam setiap hari untuk aku makan. Tapi selalu mesti mak yang ambik bubur tu. Huhu! Terpaksa i makan nasi ayam 2 kali. Muka pun dah macam ayam.

Semalam dah  menunjuk kat IG jam yang Qery hadiahkan tu. Yang aku cerita aku berdiri lamaaaaaaa kat depan jam ni. Sebab dia comel. Qery terpaksa hadiahkan..haha! Marilah menunjuk di sini.


Comel tak? Tak eh? sob sob. Aku rasa comel gilaaaa kot. Sebab dia ada love kecik-kecik. Lepas tu dia macam gelang. Lepas tu warna dia emas. Lepas tu yang paling best Qery yang hadiahkan..itu paling penting. Kekeke!

Belakang dia jenis cangkuk tu. Aku memang tak bukak la jam ni. sebab susah kot nak pakai. lagipun salesgirl tu kata pakai je, nak ambik air sembahyang pun boleh. tak payah bukak-bukak. Aku rasa aku dah macam gegirl dah ada jam berantai2 ni. 

Gegirl pun gegirl la. Asalkan free. kuikui!

Feb 19, 2013

Anak buah feberet terkini


Aku suka dengan budak yang umur 1-3 tahun sebab dorang ni comel gilaaaa...yang belum pandai cakap tu. Yang pasti semua anak buah perempuan pernah jadi anak buah feveret la. Sebab setiap kali dorang besar, aku akan tukar anak buah. Pilih yang comel. Dah besar tak comel dah. Huhu!

Sekarang ni ada 2 orang budak comel.  Kenalkan...walaupun semua orang dah kenal pun. Huhu!

Mia Sara


Mia ni memang comel sangat. Suara dah la serak. Lepas tu kalau nampak aku, asikla ter jom jom. Ajak masuk bilik aku sebab nak amik gula2. Dia tau dah mana aku letak gula2.



Mia dengan abangnya, hakim.
 

Mia si pembuli. Hehe!


Dan juga Keisha!!


Homei sangat budak ni.




Kalau dua-dua datang rumah, xtau nak layan mana satu.

Kalau boleh jangan besar2 dah, biar kecik ni je. Hehe!

Abang-abang kandungku tersayang

Haaaaaaa...harini nak cerita pasal abang-abang iolls. Rasanya dorang ni tak baca pun blog adik dia ni. Kerana semua banyak keje. Hehe! Selalu yang baca blog perempuan je kan. Rasanya dulu pernah cerita, tapi entry dah save. Kite cerita lagi sekali yeah. 

Aku ada 3 orang abang. Anak pertama (Abang), Anak ke-5 (Ode) dengan anak ke-8 (Ateh/Ayie). Dan dorang ni mempunya muka yang seakan-akan sama. Mungkin kerana dorang adik beradik. Ok tak klaka.


Abang sulung, tahun ni umurnya 44 kot. Jarak dengan aku memang jauh gila. 19 tahun. Sampaikan ada orang ingat itu ayah aku. Pftttt... Abang ni orangnya peramah. Kalau dengan orang yang dia tak kenal pun dia boleh berborak. Tapi aku rasa semua lelaki macam ni. Kalau abang posmen hantar barang kat rumah, abang aku boleh berborak tanya pasal kerja dia la apa la. Kalau aku, takde maknanya, sekalipun yang hantar tu kakak pos, aku tak borak kot, sign borang terus masuk rumah, haha! Gila tak peramah. Mungkin pemarah je. Heeeeee

Abang power main gitar. Kepandaian dia main gitar telah diturunkan kepada semua adik-adik lelakinya. Hehe! Jadi nak dikatakan, semua adik beradik lelaki aku tau main gitar. Aku pernah belajar main gitar masa sekolah rendah, tau code je la. Main gitar tak tau. Pftttt. Lepas tu salahkan jari pendek. Tak banyak aku boleh cerita pasal abang maybe sebab jarak umur kan. Yang rapat gila dengan abang aku ni kakcik, akak dengan kaklang. Yang lain so so je. 


Abang kedua adalah Ode, umur tahun ni 36 tahun. Ode ni manjaaaaaa tak hingat. Kalau depan aku...lagi sajaaaaa jeeeee buat-buat manjaaa.. Nyampass sangat. Huhu! Kalau makan ubat, sajaaaa je makan depan semua orang, nak bagitau dia demam. Pfftttt....Malas nak layan..huhu!

Lepas tu Ode ni gila motor. Letak la motor kat depan dia. 2 3 haripun dia boleh hidup tau..haha..matiklaaa cakap camni. Kegilaan dia terhadap motor tak dapat aku gambarkan. Kalau korang add dia kat instagram. Kalau ada 50 gambar, ada satu je gambar dia. Yang lain motor. 

Lepas tu Ode ni dia suka berkawan. Ramai gila kawan dia. Sebelum kawin selalu konvoi sana sini dengan kawan2. Tapi kat umah anje.. Kombinasi yang agak tak patut. huhu!


Ayie/Ateh. Tahun ni umur 28 tahun. Abang atas aku. Beza 3 tahun dengan dia. Ayie je la pun yang aku rapat. Sebab dari dulu asik dengan dia je. Main kat jalan raya, gi skola, camping, semua dengan dia. Dia terpaksa jaga aku sebab selalu kena paksa dengan mak abah. Haha! 

Pun selalu gaduh dengan aku jugak, Gaduh 5minit je. Pastu ok. Ayie ni dia minat lain sikit. Dia suka menanam, masak, Kawan pun tak ramai. Sorang dua je yang rapat. Kawan tempat kerja ada la. Cuma maksud aku, kawan berhibur. Dia jarang berhibur pun, asik duduk rumah je. Tak fun okeyh,haha!

Mungkin sebab dia rapat dengan emak kot. Sebab tu la dia selalu duduk rumah je. Itulah hipotesis yang boleh dibuat.

Eh haritu berborak dengan anak buah aku pasal fizik. Fizik kan banyak hipotesis. Aku kan slalu bajet power dalam segala subject padahal dot dot dot. Jadi kerana nak bagi semangat. Aku cakap la kat dia..

Maksu gojes : Senang la fizik. Hipotesis dia kan semakin semakin je. 
Ajoi : Semakin apa? Sekarang kite belajar dalam bahasa english la maksu, mana ada semakin..
Maksu : Oh yeahhh....

Kemain sekarang dalam english eh..untunglaaaaaaaa maksu dapat belajar dalam bahasa melayu. kihkih!

Begitula cerita tentang abang kandungku.

apa apa pun...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


 Dragon ball ada 7 biji semuanya