Feb 19, 2013

Environment memang mempengaruhi cara bekerja.

Korang tau kan aku jaga mak kat spital waktu malam sahaja, sebab waktu pagi sampai petang aku kerja. Mak pun tau, pagi-pagi suruh aku balik, tidur and buat kerja. Sebab mak memang paham waktu kerja aku. Aku datang pukul 9 malam, balik pukul 8 pagi. Tidur 2 jam. Bangun buat kerja. Macam tu la rutin setiap hari pun. Kalau tak jaga mak kat spital pun aku tetap tak tidur. Jadi aku takde rasa apa. Rasa biasa je. Kadang2 bila ngantuk gila, tengah reply wasap boleh terlelap. Customer sampai miskol2 tau ingat iolss tipu duit dia, yela kan, masa nak jual barang cepat je reply, bila dah bayar aku lambat nau reply. Hehe!

First day jaga mak kat ward, mak aku dapat tempat yang tak ada bilik tu. Yang kongsi 6 orang. Depan semua chinese. mak dengan sebelah dia je melayu. Yang patient kat situ punyela bising, berborak sampai 3 4 pagi. Orang nak tidur pun susah. Semua patient kat situ susah nak tidur. Dah la nurse dia pun bising. Apakah? Aku berasa amat pelik kenapa nurse pun bising siap gelak kuat-kuat. Adui..lepas tu layan patient kasar tau. Cakap kasar. Doktor dia..alahai...

Mungkin sebab before ni aku kerja kat spital swasta, semua doktor pun speacialist. Cara doktor pelatih lain mungkin pengalaman berbeza jugak kan. Ada satu hari tu, aku nak gelak. Ada 2orang doktor. Muda, chinese, aku tengok name tag dia tahun 85. maknanya baru 28tahun. sorang lagi melayu, rasanya lagi muda dari doktor chinese tu. tapi dia punya action, serupa doktor pakar 40 tahun berpengalaman. Grrr......

Yang chinese ni okey. Dia ramah sikit, masa dia layan patient lain, aku perhati je. Yang melayu ni dia ikut je doktor chinese ni. Agaknya tengah belajar lagi kot. Entahlaaa...aku rasa je. Sebab doktor chinese ni yang explain. Yang melayu ni dia tukang record je.

Masa doktor chinese ni pergi amik record kat meja depan, yang malay ni tanya mak aku...

DM (Doktor Melayu)
DC (Doktor Cina)

DM : Makcik rasa macam mana sekarang?
Mak : Makcik rasa batuk kuat, kepala pening bila batuk. Kahak banyak, pun rasa masin.
DM : Kahak memang la masin makcik
Mak : Tapi makcik memang ada gastrik. Rasa masin ni pun masin gastrik, rasa garam.
DM : Iye, memang semua kahak rasa masin.

Nada doktor tu memang nada marah tau. Aku dari tepi senyum je. Hehe! Nak di ajar, dah belajar sampai jadi doktor. Lepastu..datang doktor cina tu..dia bagi mak aku ubat gastrik. Haha! Aku tak tau la mesti doktor melayu tu malu.

DC : Makcik, saya bagi ubat batuk ye. Makcik batuk teruk sangat ni.

Lepastu DC tu pun cakap kat DM.

DC : Bena expectorant bagus untuk batuk berkahak, dan dia mild. kerana dia adalah dexchlorpheniramine bla bla bla
DM : Oh okey..

OMG. Bila masa bena ni dexchorpheniramine?? Bena is guaifenesin kot. Pitam...haha! Sukatila doktor. Lepas tu DM pun cakap dengan staffnurse

DM : Em..eh korang ada..........jap, apa eh nama ubat tu tadi.

Pftttttt..nama ubat bena expectorant pun tak tau..rasa nak bunuh diri ni.

Tadi nampak seperti bijaksana kan. Ok la malas nak cerita pasal kisah mereka. Petang tu mak pindah bilik. Dapat bilik ber-aircond. Maybe sebab guna GL andak kot. Dapat la bilik selesa sikit. Kali ni doktor melayu takde. Doktor chinese tetap ada. Hihi! Tapi aku nak balik dah..tak tau la apa jadi.

Day 2 jaga, mak okey je. Batuk2 still ada, tapi takdela sampai pening kepala yang teruk tu. Pun takdela terjaga banyak kali. Ada la 3 4 kali. Gitu. Yang lain tido je.

Day 3, mak pindah ward lain. Kali ni nurse and doktor dia peramaaaah sangat. Cakap pun lembut. Treat patient pun bagus. Tanya patient tu macam-macam. Senyum, plus doktor perempuan dia cantik gilaaa...

Dan aku terfikir, mungkin environment dan aura (+/-) tu mempengaruhi sikap manusia kan. Kiranya, tak kisahla kerja kat swata atau kerajaan. Kalau dah ada aura negetif dan environment pun tak best. Sebaik-baik manusia pun boleh berubah.

Day 4, mak memang okey, boleh mandi sendiri, jalan-jalan. Cuma doktor nak suntik antibiotik. So kena bertahan kat sini sampai habis dos. Masa nurse nak cucuk antiobiotik tu, aku tanyala doktor bg antibiotik apa. Katanya Augmentin. Selalu kalau Augmentin sama ada 5 atau 7 hari je. Cuma kalau yang tahap teruk tu boleh cecah sampai 14 hari. Saja tanya sebab nak kire2 berapa lama lagi nak kena bermalam di sini, haha!

Mungkin lagi 3 hari. Tengok kalau tak okey jugak, slalu doktor akan tukar jenis antibiotik.Tapi Augmentin pun dah kire kuat jugak. Hope okey la hendak-Nya kan.

Bila tengok muka mak kan..rasa kesian sangat. Emak aku ni adalah mak yang super power tau. Anak 9 okey, memang power la kan. Aku dengar orang beranak 2 3 pun dah surrender. Aku pun agaknya 1 anak pun dah surrender. Mak aku pulak suka beranak, haha! Kalau setakat sakit sikit2 dia tak mengadu, tapi kalau dah teruk baru dia akan gi klinik. Walaupun penat dan tak sihat,hari hari masak untuk keluarga. Nak harap aku yang rajin ni. Boleh laaa..tapi masak maggy.*sambil gigit bibir bajet comel* huhu

Mak ni pulak baik hati sangat. Sangat-sangat baik hati. Tak boleh dengar anak ada masalah sikit, dia akan rasa susah hati. Aku rasa semua emak pun macam tu kan. Sanggup bekorban apa saja untuk anak. Cuma kite je selalu berkire2 nak berkorban untuk mak sendiri. Biasala..aku pun camtu, haha! Kali ni je aku dapat jaga emak. Sebab aku dah tak kerja. Jadi aku ada masa waktu malam untuk jaga. Dah kire bersyukur gila.  Tapi pun takde la jaga sangat. Setakat teman kat sebelah sambil tengok cd korea je, huhu!

Dulu masa mak masuk IJN, lamaaaaaaaaaaaa....aku dapat jaga 2 kali je. Sebab masa tu aku kerja. Siap oncall lagi. Tak terkejar masa tu. Rasa bersalah sangat bila tak dapat jaga emak. tapi tak pernah miss untuk datang melawat. Masa mak masuk ICU tu, dapat tengok 5 minit pun dah puas hati. Masa masuk ICU dengan NICU, semua orang tak boleh jaga mak, sebab nurse yang akan jaga 100%. Kami boleh melawat kejap2 je. Tapi masa masuk ward, yang kerap jaga Ayie dengan Ode la kot. Sebab dorang ada motor. Senang nak bergerak. Terima kasih bebanyak kepada mereka ni.

Aku rasa, sapa-sapa yang takde mak ayah, lebih sensitif issue ni. Bila dorang dah takde, masa tu la baru kite akan teringat-ingat, terbayang-bayang, rindu. Kan...Mak dengan aku memang rapat. Kalau dia tak suka aku, dia akan cakap je. Sama ada dia akan mengadu kat kakak-kakak aku dulu, tapi lepas tu mak akan mengadu kat aku balik yang dia cite kat kakak-kakak aku pasal aku, haha! Rasa kelakar sebab...betulla, selagi kite tak bagitau apa yang kite tak puas hati kat orang tu sendiri, kite akan rasa susah hati kan. Sampaila kite bagitau sendiri.

Macam best fren. Apa tak puas hati, bgtau je. Tapi aku takde la tak puas hati kat mak aku. Derhaka okey, haha! Kadang2 mak ada la tegur itu ini, tak baik macam itu macam ini. Then aku akan explain kenapa aku buat macam itu macam ini. Dan kite akan lebih tau isi hati masing2. Kalau borak2 dengan mak, aku takkan tanya mak apa masalah mak. Biar mak sendiri yang cerita. Dan aku takkan tambah nasi ayam sos tomato semua. Cuma dengar je. Kadang2 mak mak ni dia cuma nak luah je. Kot kite tembah lada hitam sos cili tu yang dia lagi rasa tak tenang kan.

Emakku, Syurgaku =)

Semenjak aku start bisnes ni la aku banyak berborak dengan mak. Kalau tak dulu aku balik rumah je tido. Sebab penat kerja kan. Sebab mak kan inspirasi aku untuk berniaga. Jadi banyak benda aku selesa cerita dengan dia. Bila mak sakit ni, rasa sunyi and bosan sikit. Kalau tak malam2 memang dia akan teman aku buat kerja. Eh dah la..malas nak taip dah.

TQ sebab selalu doakan mak aku sihat. Allah je yang boleh balas..

Semoga mak cepat sembuh ye. =)

Feb 18, 2013

1 gambar tunang cukup?

Korang boleh terima tak kalau aku tetiba taknak cerita pasal tunang tu? Sebab rasanya dah lama berlalu kan. 

Dengan ini, aku bagi tengok 1 gambar je lagi


Boleh?

Hehe! Mestilaaaaaaaaaaaa tak boleh kannnnn...

Dah janji nak cerita tapi tak cerita pulak. Sebab aku pun belum dapat gambar lagi. Ada yang sampai sekarang mesej suruh cerita cepat. Huhu! Sabar tau...pasti ku cerita jugak akhirnyaaaaa...

Cerita dari A-Z, kesenangan, kesusahan, kebest-an, keperasaan, ke apa lagi. hehe! Semua akan kuceritakan, supaya kepada sapa-sapa yang nak tunang, boleh jadikan guide. Mana tau yang takde adik beradik, anak sulung, ataupun anak tunggal, atapun anak yatim piatu. Tak tau nak tanya sapa. Harap boleh tolong guide korang sikit-sikit.

=)

First Time...

Jumaat lepas, Qery tetiba cakap nak shopping kat Alamanda. Pergi Alamanda bukanla first time. Tapi shopping kat Alamanda adalah pertama kali okey. Sebab sebelum ni pergi Alamanda secara tak sengaja. Jadi jalan-jalan je. Kali ni Qery beriye-iye nak shopping kat sini. Katanya nak beli jam. Ah tak kisahla. Aku ikut je. 

Ingat ye, Qery yang nak shopping, bukannya aku. hehe!! Masa ni aku takde perasaan pun nak shopping. Sebab aku baru shopping je. Mula-mula ingat nak tengok wayang dulu. Kemain tanya salesgirl yg jaga kiosk tu.

Sepet : Tumpang tanya, wayang kat mana eh?
Gadis Kiosk : Akak jalan terus, masuk kiri, turun eskelator, keluar dari bangunan ni, pusing kiri.

Keluar dari bangunan ini???? Aku pun berasa pelik

S : Dia nak halau kite dari Alamanda ni ke?
Q : Kenapa?
S : Dia suruh kite keluar dari bangunan ni..

Rupanyaaa...memang wayang dia kena masuk pintu dari luar bangunan. Haha! Pintu dari dalam tengah renovation. Wateverrrrrr....

Nak tengok cerita Partner. Tapi dah takde. Dah terlepas pukul 3. Lepas pukul 3 dorang tak tayang dah. Stress je Qery. Terus makan kat foodcourt. Makan ayam penyet best. Qery makan nasi ayam kot. Pastu makan krispy popiah jugak. Nyummehhhhhh!! Macam biasa takde gambar.

Dua-dua pemalas keluarkan fon.

Lepas tu masuk kedai jam. Tengok-tengok jam. Cantiknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... Aku suka satu jam ni. Dia love love love. Tapi sebab niat nak shopping takde, aku diam je. Cuci mata je la. Pastu Qery pilih2 tengok2 jam. Pastu agaknya aku berdiri lama sangat depan jam yang aku suka tu.. Dia tepuk bahu aku, termelatah kat situ. haha..malu je.

Q : Tengok apa?
S : Jam ni cantik kan? Love love, tapi kecik sangat tak?
Q : Okey, cantik. Cuba la pakai

Gadis kerja kat situ pun bagi aku try, memang cantik gilaaaaaaaaaaa.... aku rasa cantiklaaaaa.. Tapi takpela...

S : Takpela..hihi
Q : Belila, kite hadiahkan kat kamu...

Wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!! Terasa seperti gadis paling bertuah dalam dunia..haha!

S : I love u!!
Q : Tau...dapat hadiah baru la love u love u kan..

Pfttttttt!!


Mula-mula Qery nak beli jam sport untuk dia pakai time sukan, tapi yang cantik adalah jam yang pakai time casual. Last-last jam dia tak beli, aku yang dapat jam. Huhu! Masuk kedai jam lain.. Ada satu jam Police tu punyelaaaaaa cantik. Tapi bukan jenis sport. Kalau aku kaya, dah lama belikan untuk Qery, tak kisahla sport ke tak kan. Tapi sebab sedar diri, marilah kite beli apa yang kite nak je. Sob sob

Jalan-jalan lagi, masuk kedai kasut la apa la. Aku adalah bosan gila kalau Qery masuk kedai sukan. Sebab aku tak tau apa2, ikut je belakang dia. Dia jalan aku jalan, dia benti aku benti. Selalu kalau dia dah lama sangat dalam tu, aku akan buat perangai seperti tendang2 kasut dia, muncung kan mulut, mengeluh haihhh haihhh...hehe! Sampai dia tak tahan, dia keluar kedai sukan tu, dia masuk kedai sukan lain. Apakah ini???

Masuk kedai CD, terbeli lagi CD Korea. Nasib Qery tak lempang. Huhu!

Jalan-jalan lagi..best jalan kat Alamanda sebab environment dia aman dan best. Lain kali mesti nak pergi sini lagi. Aku ternampak kedai Mekap Mac. Teringinnyeeeeeee nak ada barang mekap jenama Mac ni. Sebab tak berani masuk pun kedai ni.

S : Tau tak, dari duluuuuu lagi kite nak beli mekap ni. Tapi takut nak masuk.
Q : Jom.

Terus tarik tangan aku. Alamak!! Teruk la mamat ni. Dan lelaki tu pun tanya aku..Laki ni cam lembut2 sikit. Sapa slalu gi Alamanda tau la kot.

Lelaki : Boleh saya tolong?
Sepet : Saya nakbeli foundation yang sesuai dengan kulit muka saya..

Haha! Jawapan gila kampung kan. Nampak sangat....

Lelaki : Oh boleh..tunggu sekejap, nanti Lisa datang mekapkan you. Cuba kat muka u tengok sesuai ke tak.
Sepet : Lama tak? Kalau tak cuba tak boleh yeah?
Lelaki : Selalu kalau cuba kat tangan je tak sama effect dia dengan kat muka.
Qery : Boleh2, nanti try mekap kat muka dia.

Erghhhh! Sukatijeeeeeeeeee..terpaksa aku tadah jugak muka ni.

Lisa ni cantik and lemah lembut. Dia bgtau ada 4 step nak mekap. Mula-mula aku nak beli foudation je, tapi kerana dek termakan kata-kata Lisa, terbeli 4 barang. Grrr...

Lisa suruh iolls pandang atas. sebab dia nak mekap bawah mata. Maklumlah..jarang orang mekapkan aku. Tak tau kena pandang atas. Hihi! kampung sangat.
 

Banyak nak kena alter ni, hehe!

Nak cantik punye pasalkan..Qery sengih-sengih kat aku. Nganjing aku la tu. Dia yang beriye nak shopping, sekali keluar-keluar Alamanda, semua barang aku, haha! Dengan jam, cd, barang mekap. Dia satu pun tak beli apa2. Nasib mu la. Nanti kite cari lain la ye. Hihi!

Okla bye!! =)

BACK TO WORK!! BEST TAK? HAHAHA!!

Dah lama aku nak gelakkan korang. Padan muka kena kerja, hahaha! 

Adoila, rasa kong ajo sangat bila dapat gelakkan orang. Mentang2 lew kittew tak kejeeww kanwww..huhu! Terasa umur 14 tahun bila taip wwww wwwww.

Marilah sama-sama kerja bersungguh2 tau. Harini aku update banyak kali angkara bersemangat waja. 

Kepada yang doakan mak aku tu, terima kasih banyak2 yeah. Semalam mak kata dia rasa okey sikit. Batuk dah kurang, gastrik pun dah okey sikit, cuma dada still sakit. 

Semalam tukar ward. Doktor kat ward ni punyelaaaaa cantik. Aduilaaa..rasa nak jadikan kakak angkat je. Dah la cantik, lemah lembut lagi. Layan semua patient dia bagus. Pandai ambik darah. Tak sakit pun.

Semalam masa datang mak tengah tidur. Terus curi2 snap gambar.


Sepanjang malam memang tak tidur, bukan sebab terlalu prihatin terhadap emak ku yang tercinta, tetapi dikala emak sedang tidur, aku tengok cd korea. kahkah! Beginilah anak bongsu..buat-buat jaga, padahal ada muslihat lain kan.lalalala~~

Malam-malam mak ada jugak terjaga sebab batuk. Tapi tak teruk la. Lepas minum air. Dah okey. Sambung tidur. Kadang2 aku fikir, mak sengaje je pura2 ok. Tak nak bg anak2 risau kan. Emak2 kan slalu je camtu. Hihi!
 

Walaupun emak masih di hospital. Perniagaan tetap berjalan seperti biasa. Huhu! Sapa nak kurus kat mana2 peha lengan pipi, boleh cuba losyen Felinna, sapa nak supplement untuk luar dan dalam boleh cuba makan VCOA, sapa nak kulit cantik tegang kedut2 muka hilang boleh cuba Myracles Beauty.

Contact me : Sepet 012-2678 134
Postage setiap hari (isnin - jumaat)

Feb 16, 2013

Handsome nye doktor2 muda ni.

Di saat aku menulis entry ni, aku tengah jaga emak aku kat spital. Dont worry *ceaaa bajet korang worry sangat kan, haha* Mak aku sesak napas malam tu. Malam tu tak dapat tidur batuk-batuk. Before ni pun mak aku memang jenis tak boleh tidur malam. Kami akan lepak sama-sama tengok tv. Borak.  Kalau aku ada kerja, mak akan masuk bilik teman, kadang2 siap tolong aku kirakan barang, haha!

Tapi malam semalam yang macam teruk sikit, kahak dia over pulak. Aku kan tak tidur semalaman. Jadi aku tau la mak pergi klinik. Mula-mula ke klinik je.Lepas tu dorang suruh refer spital. Kalau korang still ingat 2 tahun lepas mak aku pernah kena tebuk kat dada. Satu tulang rusuk dia kena patahkan. Ada ketumbuhan kat paru-paru. Lebih kurang 2 bulan dalam IJN. Pftttt.... masuk ICU NICU. Masa tu hari-hari aku jeguk mak, pernah la jaga 2 3 kali. Sebab aku kerja tak menentu. Dengan tak cukup staff. Dengan mak sakit. Dengan masalah tempat kerja.

Kali ni masuk ward, kata doktor jangkitan kuman kat paru-paru. Tapi pun belum buat apa-apa lagi. Seharian kat sini. Kami mintak doktor untuk keluar, then kite akan ke spital IJN, sebab mak aku memang check up kat IJN. tapi doktor sini tak nak lepaskan lagi. Katanya dorang nak tengok dulu macam mana. Takpe la, ikut je la. hehe..

Sebab tak kisah, boleh cuci mata tengok doktor handsome. Oh Oh Oh.. Kenapa ye doktor muda selalu handsome. Tolong la jangan macam ni. I is tak selesa tau. Nak tidur pun kena ayu-ayu. Takut tetiba doktor masuk nak cek kan. Kekeke!

Patient depan katil mak aku ni bising je. Macam tak sakit pulak. Aku nak tidur pun tak boleh tau. Geram betul. Kesian kat mak aku la. Dia dah la ngantuk. Orang sakit dada ni dia tak boleh dengar bising2. Dia memang tak boleh tidur. Nak rehat pun tergendala. Takpe, mak cepat-cepat sihat, lepas tu balik rumah boleh tidur sambil sumbat telinga. 

I is mengantuk, sekarang pukul 3 pagi, tapi nak tengok cerita korea jap. bye semua!

Feb 15, 2013

Kegilaan ke-2

Apa yang Qery paham perangai aku, aku tak boleh tengok benda comel. Dia cukup takut kalau aku masuk kedai yang ada barang comel2. Aku sanggup tak beli baju baru, sanggup tak beli kasut, sebenarnya bukan la sanggup, kegilaan aku lebih kepada benda2 comel. Walaupun aku tak pakai atau guna, aku mesti nak beli.

Kalau ada lori comel pun aku boleh senyum 5 minit. Kemain kire bape minit, nipu sangat. Haha! Tapi aku mampu senyum kalau nampak bas kecik, lori kecik. Benda yang tak sepatutnya la. Lori dengan bas kan sepatutnye besar. Jadi kalau aku jumpa lori kepala besar gila, tetiba badan dia kontot, pun aku dah gelak terkekek2. Kadang2 lori tu warna pink, lagi aku rasa lawak gila. Haha! Comel kan lori warna pink, rasa nak lempang lori tu.

Beberapa harini, Qery cuti. Aku ada singgah kedai-kedai comel. Banyak jugak barang2 yang beli tanpa motif. Hihi! Marilah kite sama-sama renungkan...


Aku pun tak tau kenapa aku beli. Siap beli penimbang yang comel ni


Dia kecik je, besar lagi syampu kot. Homei sangat, mak terpaksa beli awak.

Tapi yang kat bawah ni, aku nak bagi customer bertuah.




Sapa la yang bertuah tu ye. =P

Aku sendiri tak pakai barangan body shop, kahkah!


Tetiba upload muka sendiri kan, tuan blog syiok sendiri namanya. hihi!

Rahsia kulit cantik berseri2, pakailah produk Myracles Beauty. *motif sangat* =P

Kegilaan Drama Korea

Sekarang ni aku telah menjadi seorang perempuan gila. Kerana sanggup tak tidur menghabiskan cd cd korea. sehari 1 drama. 1 drama okeyh, bulan 1 cd. Bayangkan berapa lama. 16 - 20 episode. 1 episode lebih kurang sejam. Pftttt...

Gara-gara hero dia yang handsome. Heroin yang comel. Sekarang dah jatuh cinta kat Hyun Bin. Okey mungkin tak kenal. Aku pun baru kenal sejak 3 hari lepas, haha! Lepas tu sanggup beli semua drama yang beliau berlakon. Kegilaan apakah ini??

Aku bukannya jenis yang tengok tv. Jadi cerita korea kat tv memang aku tak tengok. Sebab aku tak suka tunggu. Aku nak tengok sekali harung, puas hati, senang hati. Kalau tengok episode, malam tu mesti terfikir-fikir, esoknya sebelum cerita tu start pun mesti teringat2, tak suka tau. 

Dulu aku suka gila dengan Lee Dong Wook, kalau korang pernah tengok cerita My Girl. Hero dia yang tu la. Aku suka lelaki yang jarang senyum. Yang muka garang, tapi bila senyum manissssss je. 

Dulu Qery jarang senyum hokeyh. Susahnyeeeee nak tengok dia senyum. *tetiba cerita pasal Qery ken..kekeke* Sebab tu aku suka dia. Sebab tu jugak, dulu aku terpaksa buat lawak hari-hari sebab nak tengok dia gelak tau. Kalau tak berborak dengan dia, dia buat muka blur, suruh senyum pun tak pandai. Dia garang sebenarnya..sekarang je dah gedik gila, tak tau ikut perangai sapa.. huhu!

Berbalik kepada cerita tadi, Aku suka Lee Dong Wook kan. Jadi CD pertama yang aku beli adalah CD My Girl.


Tapi ni beli baru sebab CD lama kat kawan aku. Hihi! Dek kerana suka dengan mamat ni, aku terpaksa beli cd2 yang dia berlakon.


Dan cerita di bawah.


Yang ni belum sempat tengok lagi

Selepas lelaki ni, aku suka kat Rain, alah yang iklan Nama saya Rain. Gittew, yang berlakon cute Full House tu. Jadi aku beli CD Full House.


Suka tengok dorang, sweet. Dan terpaksa beli cerita yang ada Rain lagi.


Yang ni belum sempat tengok lagi. Kekeke!

Selepas beberapa tahun aku suka kat dua orang lelaki ni. Baru 3 hari lepas, aku dah jatuh cinta tahap gila kat Hyun Bin ni. Stress tau! Terpaksa beli cd yang dia ada, tak kisah la tak best ke best ke. Aku beli jugak.


Cite ni best!

 .
Secret Garden pun best


Yang ni best, tapi last2 heroin mati. Macam apakah??


Semua cd ni aku baru beli dalam minggu ni.  Kecuali Full House tu. Jadi ada yang tak tengok lagi. Dah berapa hari aku tak tidur kerana merekaaaaaaa...

Rasa nak campakkan cd-cd ni kat rumah Qery beberapa hari. Baru la aku boleh hidup tenang. Hihi!
Kepada penggemar cerita Korea, cite apa lagi yang best. Pastikan hero dia hensem k. Yang muka jambu sweet2 tak nak la. Yang macho2 je tau. =P

Feb 14, 2013

Customer BERTUAH

Selama ni asik buat gift kat readers je, marilah buat gift untuk customers.


Beberapa set barangan The Body Shop dengan syarat pembelian 14.2.2013 - 22.2.2013

Hadiahnya

1. White Musk Libertine (body lotion + body wash)
2. Pink Grapefruit Body Scrub + Japanese Cherry Blossom

Selamat bershopping =)

Serabut

Korang rasa serabut tak? Aku rasaaaaaaaa laaaa.. nak buat cane ni? Huhu!


Kejap, iye memang la aku dengan Qery dah bertunang, habis aku dengan Qery sangatlah geli bila orang panggil encik tunang, cik tunang. Euw!! Tak biasalah...haha!

Pun takde perasaan nak tukar status kat facebook. Gelinyeeeeeee...macam hapee pulak kan. Rasa nak lempang diri sendiri. Kite-kite tau dah la. Kecuali kena paksa dengan Qery. Tapi Qery pun geli jugak kot. haha!


Again, cerita pasal tunang akan menyusul, kena tunggu aku dapat gambar dari fotographer. Taknak la aku update gambar fon. Walaupun fon ada camera 360, hihi!

Semua bersabar tau..

Feb 13, 2013

Event Myracles Beauty ittew

Minggu lepas, aku dengan Qery dijemput untuk join event Myracles Beauty (MB). Kot sapa-sapa yang tak pernah dengar, MB ni satu syarikat yang keluarkan produk Myracles, setakat ni ada sabun dan spray. Yang mana aku suggest sapa-sapa yang nak kulit muka jadi cantik, boleh try test produk MB ni yeah.

Aku sebenarnya tak suka join event, sejak dulu kala lagi. Korang pun tau kot sebab aku memang siap update kat blog, kalau ada event tolong jangan jemput, kahkah!! Tapi kerana aku memang suka dan puas hati dengan produk MB ni, aku telah memutuskan untuk datang jugak. Amboi sampai memutuskan..poyo mesti lebih. Hihi!

Bukan la tak suka sampai tak kan pergi event ke apa, aku okey je kalau pergi, tapi aku ni pemalu tahap tak boleh bla tau. Memang kat blog nampak seperti tak tau malu ataupun banyak cakap, tapi bila aku sorang-sorang, aku diam je. Aku hanya banyak cakap dengan Qery, haha! Sebab tu Qery akan pening kalau orang lain cakap aku pendiam pemalu. Huhu! Tapi aku rasa semua orang sama kan. Kita akan cakap banyak dengan orang yang kite selesa dan kite dah biasa. Kalau orang yang kite baru kenal, kite tak bercakap sangat. Normal.

Sambung cerita tadi. Tengah hari tu siap-siap, tetiba Qery tanya nak pakai formal ke apa. Adui aku pun tak tau la. Kalau nak pakai formal pun boleh, tak pakai formal pun aku okey je. Aku pun pakai la skirt. Pastu pakai jacket jean.

 

Bila Qery sampai, dia suruh aku tukar pakai jeans dan bawak coat. Motif suruh aku pakai jeans kerana, nak sama-sama dengan dia. Stress aku. Pakai coat hitam sebab haritu dia pakai baju hitam. Hoih apa-apa la.


Event kat De Palma Hotel. Dekat je dengan rumah aku. Nasib baik. Sampai sana cop tempat duduk. Duduk diam-diam. Takde la diam. Aku borak dengan Qery je. Tunggu sampai semua orang sampai. Aku sebenarnya nak meja depan sekali. Sebab aku memang dah biasa duduk depan sekali. Haha! Kat sekolah memang aku jenis duduk depan tau. Tapi tak pandai la. Qery pulak jenis duduk belakang. Sebab nak pilih meja depan belakang pun dah 5 minit. Last-last ofkos Qery menang. Aku tak suka lelaki yang dalam kelas duduk meja belakang. Grrrr! Aku suka lelaki yang meja tepi dinding. Selalu lelaki yang tepi dinding ni pemalu. Auw! Meja belakang jenis yang macam Qery, tak yah explain semua orang tau, meja tengah pulak yang kadang2 malu, kadang2 tak malu, haha! Psycho sungguh diriku ini.


Masa ni dorang tengah memperkenalkan orang-orang kuat MB. Banyak maklumat yang aku dapat. Yang paling penting, aku suka cara staff-staff dan management MB, dan produk dia. Pasal produk dia, aku buat entry lain. Kalau tak kemain panjang. korang baca pun bosan. Huhu!

Sehinggalah satu kejadian. Pengasas MB (Encik Fadhlur Rahman) a.k.a Encik F, aku panggil dia encik Fadhlur, tapi ramai panggil beliau encik Rahman. Aku dah terbiasa panggil Encik Fadhlur. Jadi kite singkatkan je panggil Encik F yeah. Kes malas nak taip. Beliau panggil 3 orang volunteer untuk berucap kat depan. Aku paksa Qery angkat tangan, haha! Aku kan suka kenakan Qery. Biarkan dia..


Nampak tak Qery kat depan, kahkahkah!! Aku gelakkan Qery. Tetiba kan..Encik F panggil aku kedepan atas statement Qery...

Q: Sebenarnya saya cuma tulang belakang Sepet. Yang penggerak dan menjual adalah Sepet

Tulang belakang okey..konfiden jadi tulang belakang iolss, haha! Sapa-sapa yang takde tulang belakang boleh mintak Qery *ok tak klaka*

Encik F : Kalau macam tu kite mintak Cik Sepet ke depan.

Ok rasa nak pitam sekarang. Boleh tak masa nak ke depan tu buat-buat pengsan. 

(__________________________)

Qery memang nak kenaaaaaa tauuuuuu.. !! Tapi aku kedepan jugak, haha! Rasa nak lempang diri sendiri.

Encik F : Ok Cik Sepet boleh ceritakan pengalaman selama menjual MB

OMG. Pengalaman apa?  Aku kan macam blur. Pengalaman dari segi apa. Aku tak tau nak jawab pengalaman yang mana satu. Pengalaman customer aku, atau pengalaman aku layan customer. mana satu ni? Aku kan dari dulu macam tu. Orang kena tanya direct soalan. Kalau tak aku kompom blur. Plus dengan maluuuuuuuuu nak bercakap. Sebab Qery dari awal tak bagi aku bercakap tau. Dia dah pesan, jangan bercakap. Sebab dia kata suara aku macam kartun. Kalau aku ada soalan atau ada benda nak cakap, aku akan bgtau Qery, Qery yang akan sampaikan, haha! Kong ajo Qery, buat aku down dengan suara sendiri.

Lepas tu Encik F suruh aku ceritakan pengalaman tu kat blog, haha! Sebab aku macam patung je kat depan kan. Hihi! Beliau pun panggil orang yang ke dua berucap. Kakak ni aku tak ingat nama. Lalalala~~


Kakak nipun cerita la

'Permulaan saya kenal produk ni, saya bla bla bla bla'

Aku terus cakap kat Qery..

'Laaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Encik F suruh cerita pengalaman macam mana kenal produk ni ke. Kite ingat dia suruh cerita pasal pengalaman dengan customer, haha. Nasib baik kite tak cerita, kalau tak malu je, tanya lain jawab lain'


Calon ke 3. Bagus dorang ni, tak gugup pun masa cerita. I is penakut dan malu. Mana taknya, dah 6 bulan tak kerja, tak jumpa ramai orang, tak attend course, tak attend meeting. Tetiba datang event, kena bercakap kat depan. Rasa tak biasa. Padahal dulu kalau orang tanya boleh je jawab kan, haha! Tak adapt lagi. Maybe sebab dah lama perap dalam bilik, berkawan dengan laptop dengan handfon. Pfttttt, banyak la alasan ko kan. Biasalah manusiaaa...haha!

Jadi aku berhutang satu speech kat semua orang yang datang event haritu. Tapi bukan semua orang baca blog aku. Cerita pengalaman aku jual MB yeah.

'Saya *terus sopan sebab Encik F baca ni, hehe* start jual MB ni sebab ada beberapa orang customer saya tanya tentang produk wajah yang selamat. Sebelum ni saya tak jual produk atau set pencuci muka ke apa. Sebab saya tak berani. Kebanyakkan pencuci muka ni banyak bahan kimia. Tapi ada sorang customer ni merayu-rayu *betul tau, huhu* mintak saya cari dan jualkan satu produk yang bagus. Katanya dia cuma percaya barang yang saya jual je, sebab saya pernah kerja kat farmasi, pfttt...haha! Padahal bukanlah pandai mana pun..

Saya pun cari kat google, dan terjumpalah produk MB. Lepas tu tengok ada kawan-kawan kat facebook pun ada jual. Terus saya decide untuk contact sendiri dengan pengasas MB. Lama jugak saya fikir, Rasanya Encik F pun tau saya ambil masa yang lama sebab saya fikir, kaji, fikir balik, kaji, fikir. Haha! Padahal nak jual je pun.

Saya cuma nak yang terbaik untuk semua customer, saya taknak la semata-mata nak jual je. Rasanya ada dekat 2  minggu jugak. Baru saya decide untuk jual. 1 minggu saya fikir, seminggu Qery fikir, haha! Dan sampai sekarang, setakat ni penjualan dan feedback tetang produk MB amat memberangsangkan. Sangat-sangat berterima kasih kepada Encik F atas produk MB yang bagus ni. Banyak customer yang bagi feedback positif, ramai jugak yang repeat order. Produk bagus mesti la customer suka kan, hihi. Kepada semua team MB, selamat maju jaya, i love MB so much!'

Speech tu korang tak yah baca pun takpe, haha! Itu hutang aku dengan team MB. Ok back to cerita tadi. Lepas habis event, terus snap gambar kat sini.


Aku memang dah gemuk. Bukan sebab tudung tu gelembung. *mata ke atas* huhu!
 

New packaging MB. Cantik ke tidok.. Ofkos cantik kan.. tapi agak susah sikit nak pos, sebab tak muat sampul saiz S. haha! Tengokla macam mana aku nak kena adjust. Maybe balut macam biasa.


Itulah saja cerita event hari Sabtu. Terus makan kat Bora Ombak. Dah lama tak makan sini.Sapa slalu makan sini, Bora Ombak dah tukar owner ke? Apsal menu dia dah tak best. Tukang masak lari eh? Haha!

Okeyla. 
Bye!!