Hahaha! Gelak dulu lah kan. Sebab baru bersalin dua kali pun. And sekarang ni tengah pregnant anak nombor tiga (rasanya dah 20weeks).
Dari anak pertama orang dah tanya apa tips kurus. Cepat nau kurus. Alalalala, kalau korang perasan pun, badan aku tak naik sangat masa mengandung. Naik tu naiklah, tapi taklah sampai 20kilo.
Berat badan semasa aku, kalau tak pregnant lebih kurang 48-50kilo. Ini berat badan biasa, kalau makan banyak capailah 50 51. Pastu insaf sikit turun la 48 ke 49. Dia antara tu je la, sebab aku ni sejenis agak obses dengan berat badan sendiri jugak. Berat naik tu tahan lagi, tapi yang tak tahan telinga ni kena caci dengan adik beradik sendiri. Hahaha!
Orang yang obses dengan berat sendiri maybe paham lah kot perasaan aku ni. Orang yang tak obses tu maybe rasa aku cam poyo sangat. Poyo gila Sepet dah kurus pastu cakap sendiri gemok. Nanti Allah bagi gemok betul-betul baru padan muka. Gittew. Cakaplah apa pun, aku pasrah dan redhoooo. Hahaha!
Pregnant Izz Qaiser : 9bulan berat badan aku 57kilo.
Pregnant Luth Runako : 9bulan berat badan aku 60kilo
Pregnant Sekarang : 20weeks berat badan masih 48kilo. *sobs*
Faktor badan aku tak berapa naik masa mengandung, awal pregnancy memang mabuk teruk. Tak lalu makan dan muntah. Tiga-tiga macam tu, tapi mengandung nombor 2 dan 3 ni mild je muntah. Masuk kandungan 4 bulan dah okay. Cuma lepas tu biasalah kalau ada sikit-sikit bau kuat tu rasa-rasa nak muntah tapi tak muntah. Tu je la pun.
Tapi lepas tu kena control sendiri lah. Supaya badan tak naik mendadak. Then bila tak naik mendadak kita pun senang sikit nak kurus masa berpantang.
Meh aku share kan apa yang aku buat masa mengandung dan berpantang, then maybe korang boleh ikut mana yang sesuai. Yang tak sesuai jangan lah ikut. Huhu!
1. Kawal cara pemakanan. (Sekali makan jangan sampai dua tambah)
Yes! Aku tau susah. Hahaha! lagi-lagi berbadan dua ni. Asik lapar je perut tu. Baru dua jam je makan, tapi perut bunyi-bunyi mintak makanan. Takpun mulut tu rasa nak mengunyah je.
Cara aku, aku makan macam biasa. Portion yang sama macam tak mengandung. Walaupun lepas tu rasa cam nak tambah lagi, jangan sesekali ikut nafsu tu. Ajar perut terima jumlah makanan yang biasa korang makan tu. Nanti lama-lama korang akan rasa ok, perut pun akan kenyang macam biasa.
2. Kudapan
Untuk aku, aku bukan jenis suka mengunyah. Bila nak makan then aku makan je. Hahaha! Tapi masalah jugak kalau dah dua jam je dah lapar balik. Make sure kudapan korang tu berkhasiat. Berkhasiat tu macam buah ke, sayur ke. Tapi buah pun make sure banyakkan ambil buah berwarna hijau. Macam epal hijau, buah kiwi, anggur hijau, avocado. Buah warna hijau ni manis dia tak sekuat buah lain. Aku dulu suka makan papaya, pastu epal merah, strawberi, tembikai, pastu baby cepat nau besar kat dalam. So iolls kena marah dengan nurse. Hahaha! Dia suruh ambik buah warna hijauuuu je.
3. Kurangkan makan coklat, cheese, roti, biskut, jajan, kek.
OMG sedapnyaaa kan. Hahaha! Tapi yang ni memang kena kurangkan. Janganlah mengidam sepanjang mengandung tu nak makan cheese. Pening kepala korang masa pantang nanti oi.. Jenuh sangat nak turun tu. Huhu! Sesekali tak pe. Tapi kalau makan setiap haritu memang tak bagus.
4. Banyakkan berjalan.
Susah juga kalau kita bekerja ofis (duduk mengadap komputer), lepas tu masa rehat makan dua tambah. Itu kalau tak mengandung pun boleh naik mendadak kan. Huhu! Jadi kena banyakkan jalan. Gi la ajak suami jalan-jalan shopping mall ke. Ops, haha! Jalan-jalan shopping mall takyah beli, takyah bawak duit. Supaya metabolisma korang kekal tinggi.
5. Jangan obses vitamin.
Maksud obses ni, ramai dikalangan kawan aku yang bagitau. Masa anak pertama, biasalah excited dia lain macam. Orang cakap beli tu bagus untuk baby, beli ni bagus untuk baby, dorang pun ikut. Ada vitamin yang naik selera makan, ada vitamin yang bagi tenaga, ada vitamin tambah darah, ada vitamin C, ada vitamin itu ini semua makan. Pastu selera membuak. Hahaha! Tu pun faktor berat badan naik.
Ikut apa yang doktor bagi je lah. Setakat ni yang biasanya sampai beranak doktor akan supply calcium dengan folic acid je kan. Kalau rasa badan lemah ke apa, tanya doktor perlu tak ambik extra vitamin, kalau boleh apa jenis vitamin, then beli yang tu je. Tak perlu nak makan sampai bergondong-gondong vitamin. Yang penting makanan seimbang masa mengandung, vitamin ni makanan tambahan sahaja.
6. Sapu losyen kurus sejak mengandung lagi.
Bukan masa pantang je ye. Masa mengandung pun lelemak yang timbul kat kaki, peha, bawah lengan, double chin (selain kat perut) dah boleh sapu dengan losyen kurus. Macam aku sekarang, masih tak ada lemak lagi tapi sapu gak XXS Losyen (by Seqy) kat kaki sebab kerap lenguh.
7. Makan berpantang
Jangan masak makanan berminyak. Makan la salmon grill ke, ikan stim ke, sup sayur ke, sup ikan ke, masak yang kukus-kukus, rebus-rebus. Banyak minum air masak. Orang dulu tak bagi minum air masak banyak-banyak. Tapi mana nak datang susu badan kalau tak minum air masak kan. Huhu! Plus air badan kita dah banyak keluar masa mengadung. Then kena lah minum air secukunya. Minum je gais, kang nak membuang pun susah. Kalau boleh jangan minum milo sebab milo boleh keraskan najis.
8. Aktif masa berpantang.
Aktif tu maksudnya takde la kau berlari ke apa. Hahaha! Gilo ke Sepet ni suruh aku joging dalam rumah. Untuk dua minggu pertama tu, jangan lah baring je. Dukung lah baby, bagi baby menyusu, mandikan baby, pakaikan dia baju, lipat baju baby. Dah kuat sikit boleh cuba bangun masak sendiri, kita tau tahap energy kita banyak mana. Kalau rasa takat tu je, dah jangan buat lagi. Kalau rasa pagi je kuat sikit, pagi je la aktif, then rehat.
Eh benda ni normal kan Sepet. Kalau pantang sendiri memang semua buat sendiri kan. Yeeeee. Hahaha! Aku seminggu tu Qery ada, mak and mertua pun ada datang jenguk. Then lepas tu gigih buat sendiri semua. (Nanti kita share tips berpantang sendiri pulak)
Tapi ada ye certain mak atau mertua. Masa berpantang langsung tak bagi kita pegang baby. Tak bagi kita bangun dari katil pun. Hahaha! Pastu suruh kau kurus..Acaneeee...
9. Sapu Losyen Kurus/Bengkung semasa berpantang
Ok ni bukan nak promote produk sendiri tau. Haha! Tapi ini hakikatnya. Badan aku jenis tak boleh letak herba-herba dan tak boleh berbengkung pun. Kalau aku pakai bengkung, memang kulit keluar bintik-bintik merah sebab panas. Dia terperap jadi macam ada ruam dan gatal yang amat. Boleh la bengkung maybe 30 minit je kot. Tak boleh lama kalau tak mengundang masalah tu. Jadinya memang aku perlukan sangat losyen kurus sejuk.
Mula-mula aku pakai gak losyen then bengkung. Pun tak boleh ye, memang tak boleh terperap kulit aku ni memang nipis sangat. So aku cuma sapu losyen XXS then rasa sejuk nyaman je.
10. Menyusu badan
Orang kata menyusu badan boleh kurus, tapi orang tak tau bila menyusu badan kita cepat lapar. Macam mana nak balancekan?? Kalau lapar minum lah air. Macam aku, masa pantang aku beli stok susu tepung (susu kambing perisa coklat) sampai 10 kotak. Hahaha! Itujela aku minum bila lapar.
Cukupla 10 tips dulu.
Ini kurus cara aku. 2 minggu berpantang selalu aku dah dapat balik berat masa tak mengandung. Cuma biasalah ada gelebeh-gelebeh. Ambik masa jugak nak kembalikan bentuk dia. Memang aku gigih sapu xxs losyen masa tu. Itu je yang boleh pun. Jangan la stress tengok berat dah kembali, tapi bentuk badan masih tak memuaskan hati. Gaissss, perut kita ni mengembang tempohnya 9 bulan. Mana mungkin boleh kecut balik dalam masa 9 hari. Kadang tu kena logik sikit lah kan. Haha! Pakai la seluar dalam yang ketat, suruh suami beli yang mahal sikit. Beli yang fully cover sampai tutup habis perut tu. Then sapu losyen kurus. Haaaaaa Insyaallah berkesan.
Berpantang 7 hari (anak pertama) |
2 ke 3 minggu berpantang anak ke dua |
mengandung anak ke-3 (20minggu) |
2 comments:
patut la sepeh slim..ok boleh follow step sepet nie
Mengandung dgn berat gitu pun mesti kecik molek lg. Untung sepet
Post a Comment