Wah, perlu ke tiap kali bagi tips nak bagi tau sekali cara Sepet. Haha! Opkos lah. Ini cara aku, maybe lain orang lain cara. Sebab situasi kita tak sama. Ada yang pengalaman berpantang anak pertama (maksudnya dia just jaga baby), ada yang pengalaman berpantang tapi masih ada anak lain yang perlu di jaga. Haaaaa.. Beza kan. Memang ada beza. Dan aku rasa keduanya.
Tips ni general. Tapi kalau ada tips khas untuk yang berpantang bukan dengan anak pertama, aku just selit-selitkan info yang bersesuaian lah. Hihi! Berpantang baby pertama banyaaaaaak senangnya.
1. Bincang dengan suami apa tugas masing-masing.
Masa berpantang, banyaaaaak kerja kita yang suami tak tau. Kalau dapat suami yang memang ringan tulang atau superdad tu mohon bersyukurlah dari sekarang. Haha! Tapi ni kisahnya kalau suami jenis yang kena bagitau baru buat. Yes uolls mesti bagitau apa tugas dorang supaya suami boleh get ready and belajar sikit-sikit, then boleh la buat masa korang baru seminggu dua berpantang tu.
Antara tugas yang penting yang perlu korang transferkan ke suami adalah...
- Basuh baju
-Sidai baju
-Masak (kalau suami pandai masak) / Beli makanan (untuk suami yang tak tau masak)
Ini antara tugas yang terpenting yang perlu suami korang tolong buatkan. (Minggu pertama je sebab selalunya lepas 7 hari badan dah kuat sikit. Tapi lagi bagus kalau suami hantar je dobi semua baju, hahaha! (suami aku lettew)
2. Pastikan toilet, katil, dapur, berada di tingkat yang sama.
Maksudnya, kalau rumah korang dua tingkat. Mohon transfer semua barang yang penting pergi tingkat bawah. Sebab dalam tempoh berpantang tu memang korang akan menjadi penghuni tingkat bawah je. Hahaha! Jangan kerap naik tangga (pesan orang tua-tua takut masuk angin). Naik sekali sekala takpe (ops, aku lah tu,haha)
Bagi yang duduk rumah kondo, apartment, flat, rumah setingkat tu memang takde masalah lah. Macam aku, aku kena bawak baju and segala yang perlu di pakai ke tingkat bawah. Kat tingkat bawah memang dah ada toilet so mandi situ je, nak gi dapur pun senang, tidur pun kat sofa je (aku dah beli siap-siap sofa bed.
3. Beli tempat mandi untuk bayi (Jaring Mandi)
Gambar dari google |
Inilah rupa jaring mandi anak aku. Haha!
Jaring yang kat atas tu, aku sangkutkan dalam tub mandi plastik ni. So elok je la baby tu baring.
Ada banyak jenis jual kat kedai, sukatilah korang nak beli yang mana. Aku tiru abang aku. Masa mengandung nampak dia mandikan anak pakai jaring tu. Nampak cam senang je baby helok duduk. So aku ikut beli. Hihi!
Pentingnya tub mandi + jaring ni untuk yang berpantang sendiri, sebab kita tak reti. Tak reti nak pegang baby kecik. Bukan senang ye nak pegang baby sebelah tangan then sebelah tangan lagi jirus air. Kalau baby jenis kaki yang asik nak menendang lagi la seriau. Memang baby akan nangis sebab baby tak biasa lagi dalam dunia ni, pulak tu bila kena air, pastu tak selesa tali pusat tak tanggal lagi. Jadi korang baringkan je baby kat situ, mandikan dengan air suam.
Pengalaman aku, anak pertama tak pakai jaring ni. Memang aku pegang sebelah tangan je mandi and sabunkan. Takde rasa susah sangat sebab anak pertama aku ni memang behave. Tak meronta pun plus badan dia keras. So aku takla risau sangat. Tapi anak kedua ni ganas. Haha! Suka meronta. Jadi untuk nak selamat. Korang beli lah siap-siap.
4. Beli stok bahan basah atau bahan masakan yang mencukupi.
Masa mengandung dah boleh google dah makanan mana yang korang rasa lalu nak makan. Ikan apa yang korang boleh telan, jenis masakan apa yang senang nak masak. Boleh beli ikan salmon banyak-banyak, bawal putih, ikut korang lah nak beli apa pun. Hahaha!
5. Beli makanan urgent (haha!)
Maksud aku, makanan yang korang tetiba rasa lapar sangat tak boleh tahan. So makan makanan urgent ni untuk isi perut sementara masak makanan berpantang.
Contohnya biskut, buah, roti. Jangan fikir ini kelakar tau. Korang takkan rasa kelakar bila korang lapar. Memang akan ada masa yang tiba-tiba pagi tu tak sempat nak masak, sekali anak meragam lah, anak nak menempek lah, pulak kalau kau ada dua tiga anak lagi kat rumah. Makanan urgent ni memang tersangatlah membantu. Prepare lah paling boleh tahan lama biskut. Simpan biskut dari mengandung sembilan bulan ye, haha!
6. Pastikan semua barangan baby berada di sebelah tilam.
Pampers, baju, segala losyen, segala jenis minyak, tuam, strerika, selimut, letak kat tempat yang korang senang nak capai. Nak mudahkan kerja korang je.
7. Ambik vitamin atau apa sahaja jenis makanan/minuman yang boleh bekalkan tenaga.
Aku minum collagen SHE masa berpantang. Bagus untuk tambah susu dan bagi tenaga. Then aku ada beli susu kambing untuk tambah kalsium dan tenaga jugak. Ikutlah korang mana yang sesuai. Sebab kita memang perlu extra energy untuk jaga diri sendiri dan jaga baby masa berpantang. Tak sama kudrat kita, lepas bersalin memang badan lemah sebab tenaga banyak guna masa lahirkan anak. Pulak tu darah nifas keluar. Selain dari makan makanan berkhasiat, kalau korang nak makan vitamin untuk tambah tenaga, silakan.
Pati Ikan Haruan (Ayam Brand) tu aku minum 6 hari je. Lepas tu aku dah tak mampu nak telan dah. Kekeke!
8. Pakai Stokin!!
Jangan buat kesilapan yang telah aku lakukan. Aku jenis badan cepat panas bila pakai stokin. Memang rimas gila pakai stokin. Anak pertama, aku hanya pakai stokin kalau mak and mertua aku datang, hahaha! Tapi bila anak kedua, maybe sebab badan aku lemah tak cukup nutrisi lagi, pulak tu kena jaga dua anak. Then aku banyak berdiri kat dapur. Kat dapur kebetulan ada tempat tu tak ada alas carpet. Satu haritu aku pijak tiles, sejuk dia tangkap sampai tulang kaki. Terus terduduk sebab kaki macam ngilu amat. Tak boleh jalan. Aku jalan terjengket-jengket. Lepas dari kisah tu, aku memang pakai stokis. Mula-mula tak selesa, tapi lama-lama dah biasa.
9. Cari Tukang Urut
Selalunya, aku akan berurut hari ketiga empat berpantang. Jumaat bersalin, Isnin Selasa Rabu tu aku dah berurut. Tukang urut ni actually ada pakej jugak sekarang. Ikut kemampuan dan ikut suka korang lah nak berapa kali urut. Untuk aku yang wajib tiga hari tu je. Haha! Sebab badan aku ni memang jenis tak boleh di urut. Akan demam lah aku sebab pepahamlah tukang urut punya kekuatan ni picit badan aku yang tak berapa nak ada lemak. Haih... Berurut anak pertama dengan anak kedua, dedua aku demam. Patut dah tengok badan macam aku tu takyah la over sangat tekannya kan. Hahaha!
Tapi ada orang suka je kena urut. Ada tu sampai sebulan dia berurut. Tak tau lah akuuuu. Haha! Sukati korang lah, mana yang sesuai je okay.
10. Beli Set Bersalin (Beli yang pakai je)
Kenapa aku cakap camtu. Sebab dalam set bersalin, bukan semua kau akan pakai. Selalunya kita akan pakai pilis, then apa herba-herba kat perut tu, bengkung, tuam. Ini je kot. Dalam set tu ada banyaaaaak lagi la macam set mandian, scrub bagai, pastu macam spray bau lavender untuk bagi ketenangan semasa tidur. Kalau kau rasa kau rajin nak pakai semua tu, silalah beli semua. Macam aku, memang tak rajin then ke tong sampah la perginya. Jadi jangan lah membazir, beli yang perlu sahaja.
11. Buat menu harian
Supaya korang tak blur nak fikir nak masak apa harini. Fikir nak masak apa pun boleh buat mood merudum tau. Kadang kita ni perempuan, bila dah blank otak tak tau nak masak apa. Boleh jadi tak lalu nak makan gak. Hahaha! Selalu terjadi kat aku gak ni. Jadi siapkan lah menu supaya nanti takyah fikir dah.
12. Buat jadual harian supaya tak kelam kabut.
Inilah yang orang selalunya nak tau apa yang patut buat sesudah celik mata. Haha! Macam aku katakan tadi. Lain orang lain cara. Ini cara aku.
- Aku bangun bila baby bangun. Baby dah bangun, cek lampin dia ada berak ke tak, kencing banyak ke tak. Selalunya memang aku tukar je pampers bagi baby selesa then sambung susukan dia.
-Baby tidur, bangun mandi siapkan diri sendiri dulu. Masa nilah kau nak letak pilis ke, nak berbengkung ke, nak buh losyen kurus ke.
-Sarapan. Aku sarapan makan telur separuh masak uolls. Haha! Pastu minum air susu kambing. Takpun biskut cicah susu. Just nak alas perut. Sebab lepas sarapan tu memang nak kena masak nasi and lauk terus.
-Masak simple je. Makanan berpantang ni semua boleh makan. Anak boleh makan, suami pun boleh makan.
-Dah masak, sediakan baju anak, sediakan tempat mandi anak.
-mandikan anak.
-aktiviti seterusnya banyakkan rehat.
-petang lebih kurang jam 5 atau 6 boleh mandikan anak lagi sekali.
p/s : Aku tak pernah mandikan anak awal pagi. Kecuali kalau haritu mak mertua aku datang, haha! Mak mertua aku suka mandikan baby pagi-pagi. Aku lagi suka mandikan baby lebih kurang jam 9 ke 10 pagi. Kalau baby bangun pukul 8.30, aku akan bagi dia masa termenung dulu. Then pukul 9 baru mandikan. Kalau baby bangun pukul 9 lebih, pukul 10 baru mandikan. Waktu macam tu dah sedang elok nak mandikan baby. Badan dia dah tak terkejut sangat. Mandikan dengan air suam.
p/s : Ada orang cakap roti biskut tak elok nanti perut baby kembung. Bukan semua baby macam tu. Anak aku elok je. Kita je yang tau makanan tu elok ke tak untuk bayi kita. Masa ni la kita nak tengok baby kita ni allergy apa. Faktor terbesar bayi kembung (doktor cakap tau) bila dia kerap menangis. Bila menangis, hidung dia akan keluar hingus, bila hingus keras atau tahi hidung banyak, bayi susah nak bernafas ikut hidung. Jadi dia bernafas ikut mulut. Bila bernafas ikut mulut ni lah angin banyak masuk. Thats why kebanyakkan baby kerap menangis ni selalu dapat kembung perut. Tapi kembung sikit-sikit tu normal. Sapu lah minyak telon/yuyi.
p/s : Masa berpantang ni sebenarnya makan lah makanan yang boleh tambahkan tenaga korang. Kadang tu ramai yang pesan jangan ambik tu, angin. Jangan ambik ni angin. Angin ke tak angin ke korang kena cuba dulu. Macam aku, boleh je makan telur masa berpantang. Ada orang tak boleh sebab anak dia allergy. Nak tau sesuai ke tak, masa berpantang ni lah korang kena try and error so next pantang korang dah tau makanan apa yang sesuai.
13. Minum air secukupnya!
Jangan malu-malu minum air. Minum air supaya badan kita boleh proses susu dengan banyak. Kita nak menyusu badan kan. Banyak senang menyusu badan dari bagi anak susu formula. Susu formula mahal kot. Hahaha! Minum air untuk bagi kita senang lawas jugak. Ada ibu yang sampai takut nak buang air besar. Yelah, tempat tu luka pun tak baik lagi, pulak tu nak membuang (najis keras pulak), adududu. Jadi minum lah air. Selalunya (aku beranak swasta, aku tak tau gov ada bagi ke tak) doktor akan supply duphalac kat ibu supaya najis lembut. So jangan skip minum duphalac seminggu pertama tu. Untuk korang jugak tu. Hihi!
14. Persediaan MENTAL yang FIZIKAL!
Ini point paling penting, tapi letak last supaya korang ingat tak lupa. Huhu! Masa berpantang ni, kita ada 1001 emosi yang susah nak digambarkan. Kadang kita rasa, kenapalah kita tak dilayan macam puteri, sedangkan kita tak ada kekuatan nak jaga diri kita pun. Kadang tu dapat pulak suami yang sibuk nak kita jaga dia sekali. Kita mula lah rasa, kenapalah suami aku ni tak paham aku ni masih tak kuat. Pulak tu bila kita baru nak rehat, ada pulak saudara mara datang, kawan-kawan datang. Tak cukup rehat and penat sangat rasa. Emosi kita memang tak stabil.
Ada orang yang kemurungan, ada yang sampai meroyan. Sebab tu pentingnya preparation sebelum berpantang. Suami kena tau hal-hal emosi yang mungkin atau yang bakal isteri dia hadapi. Macam-macam perkara boleh berlaku semasa pantang. Jadi, prepare mental dan fizikal. Keep positif, sedapkan hati. Fikirlah berpantang ni 44 hari je. Tahanlahh dugaan apa pun yang datang selama 44 hari tu. Hihi!
Sebab tu aku cakap, energy memang perkara paling penting sekali. Apa sahaja yang boleh bekalkan kekuatan kat korang. ambiklah. Enjoy dan ciptalah pengalaman yang best masa korang berpantang supaya korang rasa bestnya bila berpantang. Bagi aku berpantang sendiri memang best. Banyak benda kita boleh belajar. Kita free and easy nak buat apa pun sebab selesa kan kat rumah sendiri. Husband mesti banyak main peranan, mesti tau cara nak stabilkan emosi. Gittew.
Sekian sahaja tips berpantang cara Sepet. Semoga dapat bagi banyaaaaak manfaat untuk korang. Aku faham dengan keadaan sekarang ni ramai ibu-ibu yang nak berpantang sendiri sebab taknak susahkan parent. Boleh je berpantang sendiri, cuma kena extra berhati-hati lah. Jalan pun jangan la laju nau. Sopan santun macam kau jalan masa bersanding tu. Haha! Extra care lah orang kata. Untuk kebaikkan diri kita juga.
Untuk yang tengah tunggu hari, aku ucap siap-siap.
Tahniah dapat baby dan
SELAMAT BERPANTANG
p/s : share jika bermanfaat =)
No comments:
Post a Comment