Actually segan nak up entry ni, sebabnya bukan aku selalu tavel pun. Tapi boleh la nak kongsi pengalaman dan kongsi apa yang aku tau. Semoga ada ibu-ibu atau bapak-bapak yang teringin tapi risau nak bawa anak travel naik kapal terbang boleh bayangkan macam mana, apa yang perlu, apa yang tak perlu.
1. Mula-mula sekali. Rancang perjalanan, kemana korang nak pergi, berapa jam perjalanan dalam kapal terbang?
Contohnya dalam flight 8jam. Jadi jumlah masa perjalanan adalah lebih kurang 12 ke 13jam (kalau flight tak delay). Yela, kat KLIA kena ada dua jam awal, perjalanan dalam kapal terbang dah 8 jam, sejam ke dua jam pulak airport tempat korang berkunjung tu. Estimate je la lebih kurang 4 ke 5jam dalam airport.
Untuk perjalan jauh. Lebih 4jam dalam flight , aku cadangkan korang ambil flight malam. Sebab dah malam, Insyaallah anak kita tidur. Malam tu pulak yang paling best dalam pukul 11 malam ke 1 pagi. Dah sedang elok dah tu. Yang penting, anak lena masa dalam flight. Anak tidur tak banyak ragam, hati kita pun senang.
2. Umur anak berapa?
Umur anak sendiri, sendiri yang tahu ye, haha! Pengalaman aku ni HANYA pernah bawa anak yang berumur LAPAN BULAN dan DUA TAHUN sahaja. Rasanya lebih besar anak tu, lebih senang sikit kita nak control kan. Tapi perangai anak masing-masing, sendiri je la yang tau. Kalau anak dengar cakap, syukurlah. Haha! Kalau anak tu tantrum lebih sikit, then kita sebagai mak bapak ni kena lebihkan sabar semasa travel.
Untuk bayi dua tahun ke bawah, kos naik kapal terbang actually cuma RM50 SAHAJA. Itu kalau Air Asia tak silap, yang lain aku tak sure tapi pun tak mahal sangat sebab baby tak ada sit. Mak yang kena pangku anak tu, tapi rasanya kena tambah sikit lagi kalau korang nak beli insurance atas flight (kalau tempah flight sendiri kena beli insurance sendiri, kalau ikut travel agen selalunya dorang dah include travel insurance)
Untuk bayi bawah dua tahun dan perjalanan jauh, MAKE SURE masa korang booking flight tu, request duduk kat area BULKHEAD bersama bassinet (depan sekali which is tak ada orang kat depan kita, yang ada hanyalah dinding), then kat situ anak boleh tidur dan kita pun boleh tidur dengan selesa.
Pic dari google. Lebih kurang macam ni lah rupa dia nanti.
Tips untuk bayi : Tips ni dari kawan, tak pernah cuba lagi sebab Alhamdulillah anak-anak okay masa naik dan turun flight. Masa kapal terbang nak naik atau turun, telinga kita akan rasa berdesing atau berdengung atau bergema tak tau la apa specific name dia. Tapi korang faham kan. Untuk bayi ni, maybe dorang rasa tak selesa dan nangis dengan kuat ya rabbi. Hahaha! So sebelum nak naik atau nak turun, pastikan korang bagi dia menyusu badan/botol. Bila dorang telan air liur tu Insyaallah dapat kurangkan rasa tak selesa tu.
Untuk anak yang lebih dari dua tahun, memang kena beli satu sit untuk dorang. Harga sama macam dewasa ye. Huhu!
3. Bawa bekalan MAKANAN yang cukup semasa dalam perjalanan.
Makanan yang paling penting untuk bayi semestinya susu. Yang fully breastfeed rasanya tak ada masalah sangat. Yang minum susu formula ni bawaklah secukupnya. Jangan sebab nak jimat ruang and taknak bawak beg berat punya pasal, susu pun nak bawak sikit je. Jangan nak "Ingatkan ada jual susu tepung kat airport", "Ingatkan dalam flight ada susu tepung extra pramugari jual"
Heh!
Jangan nak ingatkan ingatkan sangat ye. Hahaha! Bawak susu tu, sebab takut kang kat sana takde susu yang macam anak korang minum. Kang beli jenama lain risau tetiba berak keras ke, tak sesuai ke apa kan. Agak-agak satu plastik/tin tu bertahan berapa lama. Sehari berapa kali menyusu. Berapa orang anak yang menyusu? Bawak lebih sikit tk berdosa pun.
Untuk anak-anak yang dah besar sikit ni, bawak la kudapan untuk dorang. Ada yang risau, eh boleh ke bawak makanan masuk flight. Makanan kering boleh. Selalunya kat kastam, even bawak air pun dorang lepaskan sebab nampak korang bawak anak kecil. Tapi kat China ketat sikit lah setakat ni. Kalau ada air memang dorang suruh buang jugak. Jangan risau, atas flight terus mintak air panas dan air mineral masuk dalam botol. Makanan biskut, coklat, roti semua boleh naik kapal terbang.
4. Bawa baju extra!
Mohon bawak baju extra sebab kita tak tau apa yang bakal terjadi dalam kapal terbang. Kita tak tau sama ada anak kita kencing bocor kena seluar ke. Atau kita tak tau anak kita muntah berapa kali. Kita tak tau anak kita masa tu dia nak berak 2 3 kali dalam flight. Hahaha! Macam aku dulu, masa pergi Izz Qaiser elok je tak ada apa ragam. Masa nak balik, termuntah sampai dua kali. Baju takde pulak tu. Bertahanlah bau masam satu kapal terbang akibat kecuaian mak sendiri. Haha! Jadi orang lain silakan jangan buat kesilapan yang telah ku lakukan itu.
5. Mainan perlu atau tidak???
Untuk bayi aku tak suggest pun korang bawak mainan. Sebab dorang tak tau main pun. Selalunya kalau bawak mainan pun dorang takkan main, dorang campak lagi adalah. Dah korang pulak penat asik nak mengutip mainan. Anak kita leka dengan apa? Then bagi lah. Contoh kalau dia suka tengok Upin Ipin, atau suka dengar lagu kanak-kanak, prepare lah dalam fon siap-siap. Memang tak elok hadapkan gadget, tapi dikecualikan lah dalam flight tu demi kebaikkan semua penumpang. Haha!
Ada bayi tak suka tengok tv, dia hanya diam bila dengan mak dia je. Jadi bertabahlah mak, lapiklah punggung tu dengan bantal yang lebih tebal supaya tak kejung. Huhu!
Macam Runako, dia memang nak aku je. Mainan yang menarik perhatian dia tu macam button-button kat sit depan, earphone yang dorang provide, so mainlah kau di situ. Kose mak nak larang. Asal tak ganggu orang lain dah lah.
Untuk anak yang dah besar sikit, maybe boleh consider mainan. Bawak mainan yang betul-betul dorang suka. Takyah la bawak sampai sebakul. Bawak dua tiga jenis je cukup.
6. Cuaca
Ambil tahu cuaca tempat yang korang travel tu. Selalunya memang kita dah siap-siap google kan berapa suhu semua. Jadi pastikan baju yang korang bawak tu sesuai lah dengan cuacanya.
Tips : Suhu dalam kapal terbang taklah sesejuk mana. Jadi pastikan kalau destinasi korang tu sejuk beku, dalam kapal terbang tak perlu lagi nak pakai sweater. Just pakai tshirt biasa dan letakkan sweater korang tu dalam beg galas dulu. Nanti turun airport baru pakai. Untuk bayi pun sama, jangan pakaikan dorang baju tebal sangat dalam flight. Pastikan baju dan seluar dorang senang untuk korang bukak. Macam aku cakap tadi kita takkan tau berapa kali dorang kencing berak muntah. Huhu!
Untuk pengalaman aku, pangku anak dalam flight memang berpeluh. Ko akan nampak orang lain berselibung dengan selimut, padahal ko rasa panasnyaaaa lahai kapal terbang ni. Huhu! jadi pakai baju yang selesa serap peluh okay.
7. Ubat-ubatan
Preparelah ubat-ubat yang biasa. Ubat demam, ubat batuk, ubat selesema, ubat cirit-birit, minyak kembung perut, plaster, minyak gamat, sakura mask Seqy Beauty. Eh. Haha! (Ubat masuk luggange tau)
8. Baby carrier/stroller
Bawaklah mana satu yang sesuai. Stroller memang leceh sikit sebab kita kena check-in dia sekali. Tapi leceh masa kat situ je. Bila dah sampai memang berguna sangat. Anak yang bawah 10 kilo, rasa termampu nak pakai baby carrier, silakan. Yang mana memudahkan korang anak beranak, mohon lakukan. Huhu!
9. Shawl/nursing cover
Bagi yang menyusu badan, boleh la prepare. Untuk aku, aku hanya labuhkan shawl dan nyorok-nyorok sikit. Plus Runako dah campur susu formula. Cuma nak tidur tu dia kena menyusu. Kira cam banyaaaaak senang dah. Untuk yang memang fully bf ni, bawak lah supaya senang sikit takyah nyorok-nyorok.
10. Masuk paling lambat dalam kapal terbang
Selalunya siapa ada anak kecik ni, diberi priority untuk masuk paling awal kan. Tapi kalau boleh masuk paling last sekali, supaya naik flight terus jalan. Huhu! Bila korang masuk awal, ofkos korang dapat duduk awal. Tapi risau kalau tiba-tiba flight delay setengah jam sebab cuaca atau keadaan tak membenarkan kapal terbang berlepas. Kan dah bercinta nak menunggu, lepas tu anak pulak cepat bosan, mulalah dia buat perangai ke apa kan. So kalau boleh masuk lah last sekali. Nampak cam semua orang dah masuk tu, barulah kita beratur terkedek-kedek. hihi!
Sekian sahaja Tips dari Kak Sepet. Next tips kita cerita pasal bawa anak kecil ke Umrah ye. =)
4 comments:
akak, cerita cepat pasal bwk anak2 bjalan.. x sabar nak baca ni
bagus tips tu. sebab tak ada pengalaman lagi bawak anak naik kapak terbang. huhu. Anak IQ dah ler tak reti duduk diam. huhu...cemane la kalau flight lama2...
Tq tips sangat berguna.. Sbb first time Bawak baby n takut x Boleh Bawak susu. Keh2.Tq for the good info
klu sy beli mainan baru yang diarang tak penah main, lagi jangan bagi tidur sebelum flight
Post a Comment